Rabu, 20 Julai 2011

Kerana cintaku 12

"Hei Rin,bila lah kau nak masuk kerja.Aku rindu kat kau tau,dah seminggu kau cuti.Bosannya aku bila tak ada kau,tak ada sape aku nak menyakat.Hei,cakap pun sorang-sorang,betapa rindunya aku kat kau".
Terjah Liyana ditelofon tanpa mengucap salam terlebih dahulu.Rina sudah membuat muka bosannya sejak mendengar segmen terjah oleh Liyana.

"Assalamualaikum,wahai kawanku.Kita sebagai orang islam mestilah memberi salam terlebih dahulu".
Sindir Rina bersahaja.Liyana hanya tersengih mendengar ucapan kawannya.
"Waalaikummussalam,maafkan aku wahai kawan."Balasnya dengan kedengaran ketawa halus.Mungkin malu mendengar sindiran Rina.
"Ada apa hal telefon aku?"Soal Rina agak malas,sebenarnya dia baru sahaja bangun tidur itu pun dalam keadaan terpaksa kerana  berada di kampung.
"Rindu".
"Eeleh,itu je ke?"
"Ala kau ni".Kedengaran suara Liyana agak manja.Sememangnya Rina sudah sedia maklum Liyana seorang yang agak manja dan sensitif.Dia juga adalah kawan yang sentiasa menolongnya di pejabat jika ditimpa masalah.
"Esok aku balik la".Rina memberi jawapan.
"Eh yeke?"
"Ye la".
"Tu je aku nak tanya kat kau.K bye".Ucap Liyana ringkas dan menutup talian telefonnya dengan segera.
"Bertuah punya kawan".Marah Rina dengan merenung skrin telefon bimbitnya.Kalaulah Liyana ada disini,sudah di sekeh kepala Liyana.



Keadaan Rina dikampung tidak selesa sejak akhir-akhir ini kerana kehadiran bakal kakak tunangnya.Setiap pelakuannya terasa diperhatikan,gerakannya juga terbatas tidak sebebas dahulu.Selama 2 hari bakal tunang kakaknya itu berada disini cukup menyeksakan.Dari pemerhatiannya,Rina tahu bahawa emaknya cukup menyayangi lelaki itu.
"Kakkkkk".Panggil Alia meleret.
"Ada apa dik?"
"Tak ada apa lah".Ucap Rina perlahan sebaik lihat lelaki itu.Rimas dia memandang lelaki itu.
"Larh,cakaplah".
"Esok,Rin nak balik".
"Kata cuti 2 minggu kan?kenapa awal sangat.Baru 3 hari duduk sini.Perasaan rindu akak pun tak lepas lagi.Jangan balik dulu ea".Pujuk Alia lembut.
"Kerja da banyak tertangguh la.Bulan depan adik balik sempena hari pertunangan akak Rin k".
"Erm."

"Kenapa awal nak balik?Sebab tak selesa dengan I ke?"Kata lelaki itu cuba berbahasa.
"Eh tak ada lah,banyak kerja kat pejabat".Ucap Rina yang senyum terpaksa.Sengaja untuk tersenyum untuk menjaga perasaan kakaknya itu.
"Ala,you ni.Adik I ni gila kerja la".Terang Alia sambil memaut lengan lelaki itu.
Rina hanya menjeling dengan tingkah laku kakaknya.Malas mahu dilayan terus masuk ke bilik tidurnya.
Alia mengangkat bahu tanda tidak tahu dengan perangai adiknya.




"So Farhan,camne dengan syarikat tu?"Soal Yusri yang melabuhkan punggungnya disofa.
"Ok je,buat masa ni aku malas nak tunjuk muka.Tunggu 2 3 bulan baru aku tunjuk muka".Balas Farhan Hasyim yang leka menaip dikomputer.
"Pujaan hati kau tahu?"
Farhan Hasyim hanya tersenyum dan mengeyit mata ke arah Yusri.




"Cepat nak balik.kenapa?"Soal emak Rina.
"Banyak keje mak,kat pejabat tu banyak kerja.Nanti makin bertimbun".Jawab Rina yang ligat mengupas bawang.
"Payah dapat anak gila kerja ni".

Tiada ulasan :

Catat Ulasan