Sabtu, 30 April 2011

Kerana Cintaku 6

                       Hati ini sentiasa teringatkan dirimu
                       setelah ku bangun yang ku nampak
                        hanya bayanganmu
                        Hatiku makin jadi tak keruan keranamu

Itulah ayat sms yang diterima tadi sewaktu dia baru bangun tidur.Rina tersenyum senang melihat ayat romantis itu tapi kenapa hatinya masih ada perasaan takut lagi.Rina cepat-cepat bangun dari katilnya dan bergegas ke bilik air.Takut lambat untuk solat subuh.

Tok tok tok.Ketukan dibilik Rina tidak berhenti-henti.Suhada mendengus."Nih tak lain tak bukan bangun lambat nih,nak kena nih."Luah Suhada seorang diri.
Terus sahaja Suhada membuka pintu bilik Rina.Kelihatan katil kusut menandakan Rina sudah bangun.Suhada tersenyum.Rupa-rupanya dia salah sangka.Mengucap panjang dibuatnya.
Rina sudah keluar dari bilik air dalam berpakaian berkemban.Dia tersenyum manis melihat Suhada menolong mengemas katilnya.Untungnya Rina mendapat kawan baik sebaik itu,tak pernah mengira walau sesen.
"Thanks Su".Ucap Rina
"Hah kau,tak da ape la.Nih mesti tak solat lagi kan.So cepat la gi".Kata Rina.
"Hehehe,baru kena  da".Balas Rina dengan tersenyum sumbing."
"ooooo".
"Rina kau nak tahu tak?."
Suhada hanya mengangkat kening menandakan dia ingin tahu.
"Semalam dan hari ini,dia hantar sms romantis".Kata Rina dengan suara ceria.
"Oklah tu.Apa lagi masuk la jadi wife dia.hehe".Usik Suhada
Rina hanya tersenyum tersipu malu.
"Dah-dah cepat siap".
"Baik bos".kata Rina seolah-olah menerima arahan dari bosnya sambil menabik tangan.








Rina mempercepatkan langkahnya untuk memasuki lif agar tidak terlepas.
Sedang dia mahu melangkah.Rina terlanggar seseorang.Habis semua dokumen yang dipegang jatuh bertaburan."Maaf encik".Rina memohon maaf kepada orang itu.Dia tahu itu adalah kesilapannya kerana tidak berhati-hati.Cepat-cepat dia mengutip kertas itu yang jatuh bertaburan dilantai.
Lelaki itu turut menolong."Takpe encik,saya boleh buat.Silap saya."Kata Rina tanpa memandang ke wajah lelaki itu dari tadi.Sebenarnya dia takut kena marah.
Lelaki itu hanya diam dan terus menolongnya.Tiba-tiba untuk satu kertas yang ingin dikutip.Dia terpegang tangan lelaki itu tak sengaja.Merah padam wajahnya ketika ini.
Sekali lagi dia memohon maaf kepada lelaki itu untuk menutup malunya.
"Maafkan saya encik".
"Tak pe".Balas lelaki itu membuatkan Rina terkedu.
"Adoi,takkan lah dia".Fikir Rina dengan hati yang tak keruan.
Lama-lama,Rina cuba untuk melihat wajah lelaki itu.Dia terkejut melihat Farhan Hasyim yang kini betul-betul berada didepannya.
Lagilah dia bertambah malu,ingin sahaja dia lari dari situ.Dia sedar dia harus profesional.
Farhan Hasyim tersenyum melihat melihat muka merah Rina.
"Kenapa terkejut?"Farhan Hasyim memulakan perbualan menyebabkan Rina tersedar.
"Apa aku nak buat nih".Bisik Rina didalam hatinya.Rina sehabis mungkin menunjukkan wajah yang tenang.
Farhan Hasyim tahu riak wajah Rina ketika ini.
"You buat apa kat sini Farhan?"
"Lah Rin,nih kan syarikat.So I ada urusan kat sini".Balas Farhan Hasyim dengan wajah selamba.
Jawapan Farhan Hasyim tidak dapat menenangkan hati Rina yang dilanda kegelisahan yang teramat sangat.
"Kenapa?"Tanya Farhan Hasyim.
"Takde apa-apa".Balas Rina pendek.
"Oklah I nak jumpa your bos.Jumpa lagi."Farhan Hasyim meminta diri dan terus menuju ke lif.
"Adoi mampus aku,dah lambat da.Nih semua dia punya pasal."
Kata Rina seorang diri yang sedang merenung jam tangannya.







Farhan Hasyim tersenyum seorang diri di dalam bilik pejabatnya mengenangkan perlanggarannya dengan Rina.Dia menyusun strategi agar dia lebih dekat Rina dan memilikinya.
Farhan Hasyim menekan nombor di telefonnya untuk menelefon flower love.Dia ingin menempah bunga untuk Rina.
Setelah menempah bunga istimewa untuk kekasih pujaannya, dia meletak telefon.
"Tak jauh lagi nih".Bisiknya.
Farhan Hasyim terus melakukan rutin hariannya sebagai pengarah syarikat

Jumaat, 29 April 2011

Kerana Cintaku 5



woitttttttt...Rina...
Tanpa mengetuk pintu pejabat Rina.Liyana terus menyergah Rina membuatkan Rina terkejut.
Liyana adalah kawan sekerja Rina yang rapat dengannya selain Shah Iman.

"Oit,mak kau jatuh tergolek.Aku pergi mengangkat."Latah Rina sambil mengoyangkan pennya di tangan.
Liyana ketawa besar melihat gelagat Rina melatah.Akhirnya Rina berhenti melatah  kerana terlalu penat.
Rina mengurut dadanya."Woi.boleh bagi salam tak Yana."
Liyana tidak memberhentikan ketawanya.Rina mula memasamkan mukanya.
"Ops,jangan marah Rin".Kata Liyana dalam serba salah.
"Pe kata nanti aku belanja kau nak".Pujuk Liyana agar Rina tidak terus merajuk dengannya.
"OK,aku setuju.tak sia-sia merajuk.hahaha".Gelak Rina senang hati.
"Amboi,bila dengar aku nak belanja terus senyum."Balas Liyana.
"Alah,orang tu bukan senang nak belanja kita.setahun sekali agaknya."Perli Rina.
Liyana hanya tersenyum sumbing mendengar sindiran Rina.
"Boleh kopak duit aku.Kalau hari-hari belanja kau.Dahlah makan banyak.Naik bankrup aku."
Balas Liyana dengan sungguh-sungguh.
"Yela,aku makan banyak".Rina mengaku kalah.Liyana hanya tersenyum menang dan menunjukkan peace kepada Rina.Rina hanya tidak membuat endah kerana dia sudah lali dengan perangai rakan sepejabatnya yang sememangnya mahu menang.
"Hah,lupa pulak aku.Asal kau jumpa aku.Kan tak lunch lagi.Haaaa.Curi tulang ye."
Tanya rina.
"Oit tak baik tau fitnah aku.Aku just nak cite benda je."
"Cite pe ?Gosip?tak berminat".Jawab Rina.
"Ish tak lah.Nanti kita ada bos baru.Kacak weh".Liyana mula membuat muka gediknya.
"Dah asal?.
"Kau an.Memang tak da feeling la."Balas Liyana dengan muka bengang.
"Yela.Aku baru tahu rini.Bila masuk?"Tanya Rina membuatkan Liyana tersenyum lebar.
"Aku tak tau."Balas Liyana selamba.Rina bercekak pinggang mendengar jawapan rakan sekerjanya.
Sekali lagi Liyana menunjukkan peace.Rina hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Tak silap aku nama dia Farhan.Muda lagi tu,dah lah kacak.Fuh tergugat iman aku.hehehe".
Rina berdebar-debar mendengar nama yang diucapkan oleh Liyana.
"Takkan lah dia".Bisik hati Rina..
"Apa nama panjang dia?"Tanya Rina untuk mengetahui.
"Oit,jangan kacau".Kata Liyana.
"Aku tak hingin la,cuma nak tahu".Balas Rina.
"Aku tak tahu".kata Liyana tersengih-sengih.
"Huh".





"Farhan".Keluar nama itu dari mulut Rina.
"Takkan la dia,janganlah.Ahhh ramai lagi orang nama Farhan bukan dia seorang."Pujuk hatinya yang dilanda resah.

Bippppppp.
"Oit fon aku terbang".Latah Rina yang terkejut mendengar telefon bimbitnya berbunyi.
"Hish"
Rungut Rina.Terus sahaja dia membuka mesej untuk melihat.


                                      Hari-hari aku merinduimu
                                      Siang dan malam
                                      Sungguh aku tak tipu
                                      Jangan sekali menolakku
                                      Kerana hati ini amat mencintaimu

Rina tersenyum melihat mesej yang dihantar Farhan Hasyim.Sudah beberapa hari,lelaki itu menghantae mesej sebegitu.Dia rasa sungguh seronok.Teramat seronok.Tapi bila hendak dibalas mesej itu.Hatinya dilanda sejuta keresahan.Apa yang perlu aku lakukan?
Dia meletakkan telefon bimbitnya di katil.Dia mahu tidur agar hatinya tamat keresahan.Tapi sampai bila?
Rina terlena bersama kenangan yang dilalui.Moga mimpi indah itu jadi kenyataan.



Farhan Hasyim sedang termenung dijendela.Hatinya terasa teramat lega setelah menghantar mesej kepada Rina.Biar itulah caranya untuuk dia luahkan perasaan.Sesekali dia tersenyum apabila melihat telefon bimbit ditangannya.Entah apa yang ada didalam hatinya kini.
Matanya berat untuk tidur.Puas digolek-golek badannya ditilam empuk tapi matanya seolah-olah tidak merelakannya dia tidur.
Farhan Hasyim menatap gambar Rina kekasih pujaan hatinya.Dia mencium gambar itu dan akhirnya dia terlena.Moga satu hari nanti Farhan Hasyim dan Rina akan bersatu.

Sabtu, 23 April 2011

Kerana cintaku 4





 Bippp.

Bunyi telefon bimbit Rina menandakan mesej masuk.
"Hisy sapa pulak nih"Rungut Rina dalam hatinya.
Dalam rungutan Rina itu,dia masih menyampai telefon bimbitnya di meja bersebelahan dengan tempatnya duduk.
"Kacau la,dah lah aku penat".Rungutnya lagi.Dia membuka mesej dan terpampang nama iaitu Farhan Hasyim.
"Herm".Dia mengeluh dan mendengus apabila melihat nama itu.Terus sahaja baca mesej yang dituliskan.


       Pertama kali hati ini melihatmu
       Hati ini sudah terpaut
       Lihat saja bicaramu
       Hati ini tergoda selalu
       Lihat saja kelakuanmu
       Hati ini menjadi gila
       Sesungguhnya hati ini ikhlas
        Terimalah cintaku sayang
       Kalau engkau masih ragu-ragu
       Aku setia menantimu


Penuh leka Rina membaca itu dan penuh minat.Berulang kali dia membaca.Cuba membaca luahan hati itu.
Akhirnya dia tersenyum tapi masih ada ragu-ragu lagi dalam hatinya.

Bippp...Sekali lagi mesej masuk.Terkejut sungguh Rina dengan bunyi itu kerana terlalu terleka.
Cepat-cepat dia membuka mesej itu dan terpampang lagi nama Farhan Hisyam.
Bibirnya tersenyum.Adakah aku betul-betul bersedia?
Ya Allah tolonglah aku.
Dia membaca mesej itu.

                    Masa kau lari tanpa kata
                    Hati ini untuk milikimu semakin hancur
                    Hati ini seolah tidak boleh hidup tanpamu
                    Hati ini seolah kecewa
                    Tapi walaupun kau lari sejauh mana
                    Aku tetap mengejarmu
                    Kakimu akan ku ikat
                    Akan ku beri cinta dan hatiku demimu
                    Aku akan sentiasa mencintaimu
                    Walaupun kau buat tak tahu

Aku akan mencintaimu
walaupun kau buat tak tahu

Bait ini cukup membuatkan nalurinya bergoyah sekali lagi.Berapa kali dia membaca bait-bait itu seakan berada dikayangan.Kau putera dan aku puteri kayangan.Indahnya.
Bibir Rina tak henti-henti senyum pada tadi.Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dada.
Seolah-olah Farhan Hisyam mendengar bunyi jantungnya.
Adakah ini cinta pertama?tapi?Ahhhhh...Ragu-ragu pergilah engkau dan biarkan lah hati ini senang.
Televisyen yang terpasang dibiarkan begitu sahaja.Rina hanya melayan angan-angannya.


               Aku ikhlas mencintai kau

Farhan Hasyim menghantar mesej terakhir.
Dia tersenyum senang."I love you Rina".Bisik hatinya dengan penuh bunga-bunga cinta.
Dia berbaring di sofa dengan perasaan yang hanya ditahu.Dia tersenyum sendirian lagi.
Teringat kembali bagaimana dia marah gadis itu di pusat beli-belah.



"Woi,tak nampak ke?"Jerkah lelaki itu kepada Rina.Rina terkedu.Itu semua akibat kecuaiannya kerana melanggar lelaki itu tapi tak disangka akan dimarah sebegitu.
"Rengkali pandang depan".Jerkah lelaki itu lagi.
"Maaf,saya tak sengaja".Ucap Rina berhati-hati agar tidak dimarah lagi.Dia maulu dilakukan sebegitu.
Adakah lelaki itu tak punya perasaan.
Lelaki itu hanya memandang Rina seperti singa kelaparan.Rina hanya menunduk.Tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.Lelaki itu hanya merenung tajam.Rina menjadi tidak serba kena.
'Huh".Dengus lelaki itu.
Farhan Hasyim pergi meninggalkan Rina.
'Fuh,lega".Ucap Rina tapi dalam hatinya masih tinggal debar akibat lelaki itu tadi.


Farhan Hasyim tersenyum lagi apabila mengenang kenangan itu.Kalaulah dia tak langgar aku.Mungkin aku takkan diserang angau cinta.

Sabtu, 16 April 2011

Kerana Cintaku 3



"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnyaaaaaaaaaaaa aku."Jerit Farhan Hasyim di bilik pejabatnya.Di lantai pejabatnya habis bersepah gara-gara amukan terlampau Farhan Hasyim.
Dah gaya macam orang tanjung rambutan.
"Hoi kenapa ni?da gila ke?rileks..rileks."
Muncul Yusri dibalik pintu pejabat Farhan Hasyim.Yusri hanya memandang pelik ke arah Farhan Hasyim yang sedang berserabut.
"ce cite kat aku.ce cite bro".
Ucap Yusri kepada Farhan Hasyim.
"Aku geram,aku geram tau tak."Jerit Farhan Hasyim.Sifat tenangnya sudah tiada didalam dirinya akhir-akhir ini sejak Rina menolak cintanya.
"Syhhhhhhhhhh.slow sikit bro.Buat malu je kat staff kau".
Balas Yusri kepada Farhan Hasyim untuk menenangkan sahabat baiknya itu yang hampir-hampir mahu menjadi gila.
"Huh"
Itu sahaja perkataan  yang dilafazkan oleh Farhan Hasyim dan mendengus kasar.
"Cakap jew la.mana aku tau kau ade masalah kalau tak story."Tanya sekali lagi Yusri kepada Farhan Hasyim.
Setelah berdiam,barulah Farhan Hasyim bersuara.
"Tadi aku nampak Rin dengan lelaki mana entah.Mesra sungguh.Aku ajak keluar macam-macam alasan dia berikan.Huh."Kata Farhan Hasyim dengan penuh geram.
"Berani betul dia tipu aku,kalau tak nak keluar.Cakap aje lah.Aku tak marahnya.Nie menipu,buat aku bengang."Tambah Farhan Hasyim lagi.
Sungguh tekun Yusri mendengar kata-kata yang dilafazkan sahabat baiknya yang dari kecil lagi.
"Ala membe je bro.Maybe dia ada alasan sendiri."Luah Yusri untuk menenangkan sahabatnya itu agar tidak terus berprasangka buruk kepada Rina.
Yusri tahu Farhan Hasyim sungguh kecewa ketika ini.
"Kau nak mengalah gitu je ke hah?"Tanya Yusri.
"Aku?mengalah no lah beb".Sungguh bersungguh-sungguh yang dilafazkan oleh Farhan Hasyim.
Yusri terangguk-angguk mendengar apa yang dikata oleh Farhan Hasyim.Bagai orang tua pula gayanya.
"Tadi macam orang gila je aku tengok."
Usik Yusri  sambil tergelak besar.
Farhan Hasyim hanya tersenyum.Dia tidak terasa langsung dengan kata-kata Yusri.
"Oklah aku cau lu.Banyak lagi kerja.So chaiyok ok bro."Yusri menepuk bahu Farhan Hasym menandakan memberi semangat.
Farhan angguk dan melihat sahabatnya keluar dari biliknya itu.
Dia meraup wajahnya beberapa kali dan memandang lantai yang bersepah gara-gara perangai kebudakannya tadi.Dia menekan butang di telefonnya.
"Suhada masuk".
Farhan Hasyim mengarahkan setiausaha.





Jumaat, 15 April 2011

Kerana cintaku 2



Farhan Hasyim akui,dia boleh dapat mana-mana perempuan yang dia mahukan kerana kedudukannya dan ketampanan wajahnya yang boleh buat mana-mana wanita cair.Tapi itu,bukan alasan baginya.Yang Farhan tahu Rina bukan seperti wanita yang pernah mendampinginya termasuk bekas kekasihnya yang hanya memandang harta kekayaan.Masakan Farhan lupa ketika keluar bersama-sama,Farhan membeli seutas rantai berlian yang agak mahal untuk diberi kepada Rina.Rina menolak dengan alasan "kita tak da apa-apa ikatan".Farhan hasyim hanya akur dengan kata-kata Rina.
Cinta itu tidak boleh dibeli.Dia paham dengan ucapan mamanya dahulu..


"Sibuk benar Rina,sampai tak perasan langsung Shah ada kat sini".Ucap Shah iman setelah penat berdiri melihat Rina tekun menaip.Tersentak dibuatnya Rina mendengar suara lelaki bercakap.Akhirnya ,dia tersenyum melihat Shah Iman berdiri betuk-betul dipintu pejabatnya.
Syah Iman juga mempunyai perasaan terhadap Rina.Akauntan muda di syarikat mewah milik bapak saudaranya.Lamarannya juga ditolak oleh Rina dengan beralasan tidak mahu mempunyai ikatan pada masa ini.Yang dipikirnya hanya kerjaya.Shah iman tidak kisah,dia tidak mahu mengalah dengan kata-kata gadis itu.Dia akan pastikan gadis ini akan jadi miliknya tak lama lagi.
"Shah,masuklah kenapa tercegat kat situ je.Rengkali bagi salam dulu ya.Assalamualaikum".Bidas Rina kepada Shah iman.Shah iman tersenyum mendengar percakapan Rina sebentar tadi."Waalaikummusalam cik Rina,bukan apa Shah malas nak ganggu Rina .Tekun sangat."Balas Shah iman dengan nada bersahaja.Langsung tak terasa dengan kata-kata Rina.
"Rina sekarang tengok jam pukul berapa".
"Kenapa?"Tanya Rina dengan pelik.
"Tengok jew lah dulu"
Rina memandang jam tangannya menandakan pukul 1 tengahari.
"So?,kita ada meeting ke?"Tanya Rina lagi.Mana tau dia ada lupa tentang mensyuarat penting.Matilah dia kalau lambat.Fikirnya.
"Pukul 1 kan?so jom la pergi lunch.tak lapar ke sayang oiiii".kata Shah Iman kepada Rina.
Rina ketawa dengan gelagatnya sebentar tadi.Macam mana dia boleh lupa waktu makan tengahari.Patutlah perutnya lain macam sahaja.Rupanya lapar.
Rina terus mengemas mejanya yang berselerak tadi dan mencapai beg tangannya.
"Jom Encik Shah pergi lunch.Perut I dah lapar nih.huhu".Kata Rina sambil memegang perutnya menandakan dia sudah lapar.
Shah Iman dan Rina terus mahu menuju ke Restoran Vell berhampiran Syarikatnya.
Itulah tempat kegemaran mereka.Macam-macam ada.Kata Rina dahulu yang baru pergi ke Restoran itu.


Shah Iman dan Rina sedang enak menjamu selera di Restoran vell.Sesekali terdengar suara Shah Iman membuat lawak.Sungguh terhibur hatinya ketika ini.
Tanpa mereka sedari,sepasang mata memerhati dengan tajam gelagat mereka berdua.Cemburu benar.Sapa lagi kalau bukan Farhan Hasyim.
Farhan Hasyim memdengus geram."Tadi kata,ada meetinglah bila aku ajak keluar.Nie aku nampak dengan lelaki lain."Bisik Farhan dengan nada geram.
Disebalik keretaunya itu,Farhan Hasyim ingin berjumpa dengan Rina.Terus sahaja kakinya melangkah ke Restoran itu.Entah apa yang dia mahukan.


Rina kaget melihat sebatang tubuh berada dihadapannya yang mengucapkan hai.Dia belum bersedia lagi untuk bertemu dengan lelaki ini.Tapi inilah yang terpaksa berdepannya kini.Sebenarnya dia tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan lelaki yang meluahkan perasaan terhadapnya dua hari lalu.
Rina terus tersedar dari lamunannya dan menjemput lelaki itu duduk.
"Duduklah Farhan,nie Rina mahu kenal.Ini Shah,jurutera ditempat kerja Rina".Farhan Hisyam menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.Tapi dalam hati hanya dia  seorang je yang tahu.Betapa panasnya hatinya ketika itu.
Farhan berdehem beberapa kali sebelum berkata."So Rina ,da tamat meeting ke?"Ucap Farhan Hasyim yang disengajakan supaya Rina sedar apa yang dia lakukan.
"aaaa......dah..dah...Tu baru nak lunch".Ucap Rina dengan tergagap-gagap.
Macam mana aku boleh jumpa dia ni.Adui masalah timbul,tolong....tolong....tolong...Jerit dalam hatinya.
Shah Iman hanya memerhati drama dua orang manusia ini.
"Ok lah Rina.Farhan pergi dulu.See you later".Bicara Farhan Hasyim setelah melihat kegelisahan di muka Rina.
Kini,barulah Shah Iman sedar.Lelaki tadi rupanya cemburu melihat mereka berdua.
Shah Iman hanya tersenyum.Dia ada saingan rupanya.
Kegelisahan hati mula melanda dihati Rina.
Pelbagai alasan akan direka oleh Rina ,agar Farhan tak terasa dengan tindakannya.







Maaf semua,sebab baru tulis entry n singkat sangat.sibuk ler.insyaallah kalau ada masa lapang nanti bab 3 pula..
selamat membaca

Sabtu, 9 April 2011

cover novel TERIMALAH CINTAKU

nih cover terbaru terimalah cintaku..yang aritu bila tengok balik cover dia cam xsesuai je

Jumaat, 8 April 2011

Bila Rindu Berlagu





"Kita putus".Pinta Ryzal kepada Suhana.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah wanita itu.Suhana memandang lama wajah kacak lelaki itu yang berjaya bertakhta di hatinya."Tapi kenapa?"Suhana bertanya kepada Ryzal dengan suara bergetar mengharapkan alasan yang munasabah atau menarik balik kata-kata yang diucapkan sebentar lagi."Su anggap saja kita tak de jodoh,lupakan Ryzal.Kalau jumpa buat macam tak kenal".Sungguh senang yang diucapkan oleh Ryzal tetapi hanya hati Suhana sahaja yang tahu.
"Senangnya Ryzal cakap.Su yang tanggung pedih hati nih.Tolong tarik balik kata-kata tu."Rintih Suhana.
Ryzal hanya berwajah selamba,sedikit pun dia tidak kasihan terhadap wanita itu."Dah lah tu Su,kan Ryzal dah kata tadi kita dah tak da jodoh.Takkan tu pon kau tak paham-paham lagi nak aku jelaskan lagi ke?"balas Ryzal.Perkataan saya dan awak da tidak digunakan lagi,hanya kau dan aku membuatkan Suhana terpana."3 tahun kita bercinta,sekarang ni yang Ryzal balas pada Su.Ryzal ingat Su apa hah?"Suhana meninggikan suara dalam suara bergetar.Setelah cuba ditahan,akhirnya air mata wanitanya jatuh jua.Sungguh dia terseksa.Sapa sangka lelaki yang dulu tergilakan dia,kini meninggalkan dia dengan alasan yang ringkas.
Tanpa jawapan Ryzal pergi meninggalkan Suhana."Ryyy...........zallllllllllll.Tunggggggggggggggggggggu".
Jerit Suhana dalam sedu.Ryzal tidak menoleh langsung ke arah Suhana.
Suhana jatuh terduduk di tepi tasik itu.Inikah kesudahan cintanya selama 3 tahun.




Aku rindu pada suaramu
Aku rindu segala tentangmu
Tapi kenapa ini yang kau balas kan padaku

Suhana memandang lama gambar itu.Sungguh dia rindu.Sudah genap 2 minggu dia putus bersama lelaki itu.
Dia kecewa.rindu,benci..Semuanya ada dalam dirinya kini.Tapi dia tak dapat berbuat apa-apa.Akhirnya dia terlena dalam pembaringannya bersama kenangan manis yang pernah dikecapi.

"Ryzal sayang Su".Ucap Ryzal dengan nada romantik membuatkan naluri wanitanya bergetar hebat.
Suhana menunduk malu setelah mendengar kata-kata lelaki dihadapannya.
"Kita baru kenal".Ucap Suhana malu."Tapi Ryzal cintakan Su.Ryzal tak tipu Suhana,percayalah".kata Ryzal lagi sambil meratah sepuasnya wajah gadis yang telah membuatkan hatinya tidak keruan.Rambut keperangan semula jadi,alis mata yang cantik dan wajah yang menawan.Itulah kata keramat yang dikatakan dalam hati Ryzal.Sungguh sempurna.Bisik hatinya.Suhana menunduk malu lagi setelah perasan dengan tindakan Ryzal yang rakus melihat kearahnya.Pipinya berubah menjadi merah padam.Ryzal hanya tersenyum dengan tingkah laku Suhana yang agak malu bila berhadapan dengannya.Ryzal cuba memegang tangan Suhana,laju sahaja Suhana menepis."Maaf".Ucap Ryzal setelah sedar dengan tindakan terburu-burunya.
"Su terima Ryzal?".Ryzal meminta kepastian.Suhana hanya memdiamkan diri dan mengalihkan pandangan ke arah pemandangan di luar kafe itu.Setelah lama kesepian akhirnya Ryzal bersuara memecah kesepian sebentar tadi."Su,Ryzal tetap tunggu Su sampai bila-bila".Luahn Ryzal dengan nada romantis.


"Su kau teringat lagi kat lelaki tu?".Pertanyaan Sahida teman rumahnya merangkap teman baiknya membuat Suhana tersedar dari lamunannya yang lama.Suhana memandang wajah Sahida dan menggeleng.Wajahnya kelihatan cengkung sejak Ryzal meminta putus 2 minggu yang lalu.Dia terlalu cintakan lelaki itu.Betapa bodohnya Suhana.Fikir Sahida."Dari mata kau,aku da tau kau tipu aku.kau masih ingatkan dia kan?dah lah Su jangan jadi bodoh sangat boleh tak.Dah terang-terangan dia tak nak kau."Nasihat Sahida pada Suhana.Apa yang boleh dibuat hanya kekuatan yang dapat diberi."Tapi aku cintakan dia".balas Suhana dengan lemah."Memang kau cintakan dia,tapi dia ada pikir perasaan kau.dah-dah lah Su jangan fikir dia lagi".Ucap Sahida dengan ringkas tapi sedikit pun terkesan dihati Suhana."Kau nak pergi kelas tak?"Tanya Sahida.Suhana hanya menggeleng menandakan dia tak nak pergi lagi ke kelas."Apalah nak jadi dengan kau nih Su".Bebel Sahida.

Setelah 3 bulan yang ditunggu oleh Ryzal akhirnya dapat juga jawapan...Pertemuan di kafe citra.Ryzal memandang sekeliling Kafe itu untuk mencari Suhana...Pada ketika ini sungguh ramai pelanggan.Suhana melambai kearah Ryzal menanandakan dia duduk dihujung kafe itu yang sedikit tersorok dari orang ramai.Lihat saja Suhana,terus kaki Ryzal melangkah cepat.
Suhana mengangguk.Yahhhhhhhhhhhoooooooooooooooooooooooooooooooooooo.Jerit Ryzal kegembiraan yang tidak mengendahkan  orang lain turut ada di Kafe citra itu.
"Ryzal".Tegur suhana.Dia malu melihat orang awam memandang pelik ke arah Ryzal.Ryzal duduk kembali ke kerusinya setelah melihat orang ramai memandang ke arahnya."Maaf,Ryzal terlalu gembira."Ucap Ryzal dengan senyuman manis.


"Suhana apa masalah awak nih.Pada tadi  saya tengok awak termenung".Pertanyaan Puan Karina membuatkan Suhana tersentak dan akhirnya kembali ke alam sedar."Maaf puan".Ucap Suhana kepada pensyarahnya yang memang terkenal dengan sikap tegas yang amat terlampau di Fakulti seni bina."Baik saya maafkan kali ni.Jangan buat lagi".kata Puan Suhana dengan tegas dan kembali menyambung pengajarannya yang tertunda."Sungguh aku amat merinduimu".bisik hati Suhana.Dia melayan perasaannya tanpa mempedulikan pensyarah yang sedang mengajar.Inikah manusia yang dilanda kekecewaan?

Keadaan di kantin  agak sesak  dengan   pelajar jurusan seni bina.Suhana duduk bersendirian melayan persaannya."Su".tegur Amir ."Su okey?pada tadi Amir nampak  su     termenung je?tanya Amir  dengan    penuh prihatin terhadap sahabat baiknya.
"Su okeylah   Amir".Ucap Suhana  ringkas ."Su masih memikirkan dia?"Tanya Amir.Pertanyaan Amir membuatkan air mata Suhana megalir deras.Amir mengelap air mata Suhana dengan tisu,baru lah dia mengerti."Jangan menangis nanti orang lain ingat Amir buat Suhana menangis".Amir cuba berjenaka dengan Suhana.Suhana hanya tersenyum dengan kata-kata Amir.



3 bulan yang lalu..
"Su,tadi Amir nampak Ryzal dengan perempuan lain".Ucap Amir  berhati-hati agar Suhana tidak cepat melatah.Suhana hanya memandang selamba ke arah Amir.Hanya tuhan yang tahu dalam hatinya kini."kawan dia tu".Bela Suhana dengan senyuman dibibir.Amir tidak berkata apa-apa.Dia hanya mengangguk dan berfikir."kawan?takkan lah berpegang tangan ,berpeluk-peluk.mustahil."kata -kata itu hanya diluahkan adalam hatinya sahaja.Suhana menghabiskan minuman yang tinggal sedikit didalam gelasnya.Setelah habis minum,dia meminta diri untuk pulang kerumah sewanya.Amir hanya mengangguk dan tersenyum.
"Suhana,Suhana.Kalau orang lain dah gelabah tapi kau selamba rock je."Luah Amir setelah lama Suhana meminta untuk pulang.Dia bangun dan meninggalkan kantin fakulti itu.


Suhana masih teringat dengan kata-kata Amir di kantin Fakulti ."Tadi,Amir nampak Ryzal dengan perempuan lain".Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Suhana 3 bulan yang lalu.Sungguh sakit hatinya ketika mendengar perkhabaran itu dan dia hanya mampu mengawal perasaannya..Bukan sekali dua tapi kawan dia yang lain juga berkata perkara yang sama.Dia hanya bersabar kerana terlalu sayangkan lelaki itu.Dia juga ada memikirkan betapa bodohnya dia memikirkan lelaki yang tak pernah menghargai dirinya.Bagai sampah,itulah perkara yang terjadi pada dirinya.Dia juga tidak lupa di kafe citra inilah Ryzal melamarnya .Di kafe ini jugalah dia menerima lamaran lelaki itu yang bersungguh-sungguh.Habis madu sepah dibuang.Itulah yang di ibaratkan dirinya.

APABILA RINDU BERLAGU
HATIKU TEWAS
INIKAH PANAHAN ORANG YANG DILANDA PUTUS CINTA?



Keadaan dipusat beli-belah kelihatan sesak kerana ada jualan murah.Suhana dan Sahida juga tidak melepaskan peluang.Tidak lupa juga Sahida mengajak Amir.Amir hanya setuju dengan pelawaan Sahida dan Suhana,kemungkinan dengan cara ini Suhana dapat melepaskan tekanan.Itulah yang dikir 2 sahabat baik ini.
Perjanjian di butik harapan tepat jam 2 petang.Yang sampai tepat pada waktunya hanyalah Amir.Kelibat dua orang wanita itu belum lagi sampai.Amir hanya menunggu.Dua minit kemudian muncul Suhana dan Sahida dibutik itu.Amir memandang dengan wajah geram yang disengajakan  untk menakutkan kawannya itu."Maaf Mir,kita orang lambat.parking tak de da".ucapkan Sahida dengan wajah yang dibuat kesian untuk meminta simpati.Suhana hanya tersenyum riang dengan gelagat dua rakan baiknya ini.
"Jom masuk".Ajak Suhana setelah berdiam diri.Mereka melangkah ke dalam butik itu untuk mencari pakaian.Amir hanya menjadi pelayan setia untuk Sahida dan Suhana.
Sewaktu leka memilih baju, Amir dan Sahida ternampak kemesraan Ryzal dengan wanita lain dengan bergelak ketawa.Amir terus mengajak Sahida dan Suhana keluar dari tempat itu agar tidak dilihat Suhana adegan itu."Takde pilihan la.jom su".Sahida memberi alasan.Suhana menurut sahaja.


Semasa mereka keluar dari butik harapan tanpa sedar Suhana terlanggar seorang wanita.Hampir-hampir sahaja wanita itu jatu terduduk tapi sempat seorang lelaki kacak memegang pinggang wanita itu."Maaf tak sengaja".Ucap Suhana yang dilanda perasaan bersalah."You buta ke?"Ucap wanita sombong itu.
Suhana hanya menunduk tanpa sedar ada seorang lelaki memandang tajam kearahnya.
"Jalan pandang depan".kata wanita itu lagi.Setelah rasa seperti  diperhati lama.Suhana menoleh ke arah lelaki itu.Betapa terkejutnya dia dengan kehadiran lelaki itu."Ryzal".lahir nama itu dari bibir mungilnya.
Kini baru dia sedar rupanya lelaki yang dipuja bersama wanita lain.Dia melihat sendiri kemesraan itu.Dia melingat tangan lelaki itu melingkari pinggang wanita itu.
Dia terus meninggalkan pasangan itu.Air mata mula mengalir deras dipipi gebunya.Persetan semua itu.
"Aku setia,menanggis kerana kau.ini yang kau balas."Jeritnya didalam hati.Dia lelah dengan semua itu.


Di tasik Permai kelihatan ramai pengunjung bersama keluarga dan pasangan masing-masing yang bergembira sedang beriadah.Dia duduk dibangku kosong yang diteduhkan dengan pohon yang rendang.Suhana teringat kembali uacapan Ryzal."Ryzal sayang Su".Tapi itu dulu.Sekarang sudah tinggal kenangan.Ketika bisikan itu menjelma terasa bahagia Suhana ketika itu.Terasa dunia ini dia yang punya..Sekarang hanyalah mimpi.
Sekarang dia tak nak lemah.Dia mahu kuat.Itulah azamnya.
"ya aku tak nak bersedih lagi,aku mahu kuat".luahnya dengan penuh semangat.
Suhana kuat ketika ini setelah jelas apa yang dilihatnya didepan mata.Tidak guna lagi dia membazir air mata.


APABILA KAU KATAKAN KATA PUTUS
AKU KECEWA DENGAN UCAPANMU
SEHARIAN BERLAGU RINDU PADAMU
KINI APABILA RINDU BERLAGU
AKU SUDAH TIDAK HIRAUKAN
KERANA AKU TAU RINDU ITU AKAN PERGI JUGA.


"Terima kasih Ida dan Amir kerana mu aku kuat.kerana kau aku disini'Suhana bangun dari bangku itu dan melangkah pergi dari tasik itu untuk pulang.Azam yang baru menjelma kembali.






maaf semua kalau cerpen bila rindu berlagu xberapa best..insyaallah nanti kalau saya ada masa.saya akan tulis TERIMALAH CINTAKU bab 2...
harap anda sudi beri komen dan membaca

Jumaat, 1 April 2011

Kerana cintaku 1




"Rina saya cintakan awak."
pangggg......."aduh"...Farhan hasyim mengaduh setelah ditampar oleh Rina.
"asal minah nie,takkan aku luahkan perasaan pun kena makan penampar.Aku bukan buat salah pon."Bisik Farhan  Hasyim dalam hatinya....
Rina agak terkejut dengan tindakan drastiknya itu.
"Awak ,saya mintak maaf.Saya tak sengaja,saya pergi dulu."Ujar Rina  cemas dan terus pergi meninggalkan Farhan Hasyim di restoran mewah itu.Farhan Hasyim tidak terkata apa dengan gelagat rina dan   melihat Rina menghilangkan diri.Dia hampa.Teramat hampa,setelah bersusah payah untuk menyampai hasrat hatinya.Ini yang dialami kini.



Rina terus berlalu pergi ke biliknya tanpa memandang ke arah suhada teman baiknya yang sedang menonton tv.Rina menghempaskan badannya ke katil yang bertemakan warna merah jambu yang sememangnya menjadi kegilaannya sejak kecil lagi."Hei rina.macam mana date tadi ok?wah-wah tak pandang aku dah eh."Suhada bertanya kepada Rina sambil ketawa di permukaan pintu bilik Rina.Rina hanya memandang wajah kawan baiknya dengan wajah lesu.Suhada terus berhenti ketawa setelah melihat wajah kawannya yang sunggul.
"kenapa nih?kau ada masalah ke?".Suhada duduk dibirai katil Rina.Rina hanya mampu mengeluh.
''Dia lamar aku tadi." kata Rina dengan suara yang perlahan tapi masih didengari oleh kawannya.
"Habis?kau tolak?" tanya  Suhada kepada Rina.
"A...ku,tak boleh terima dia.kau tau kan kenapa"
"Bukan ke yang kau tunggu selama nih.Ni peluang Rina"pujuk Suhada.
"aku takut.aku takut kalau dia tau"
"itu kan bukan yang kau nak.bukan salah kau.itukan anugerah cinta pada kau.kau cubalah berterus terang."
"Aku takut."kata Rina dan memandang ke arah kawan baiknya.
"kau tak perlu takut."Suhada menaikkan semangat Rina.Dia tahu akan masalah kawan baiknya itu.Dia turut simpati dengan keadaan sahabatnya itu tapi dia hanya mampu memberi semangat dan nasihat.Sebagai kawan dia mahu yang terbaik terhadap Rina.Dia tak nak Rina tewas dengan perasaannya.
"kau jangan mengaku kalah"
Nasihat suhada sambil mengusap belakang Rina...Rina hanya menunduk diam membisu.Tiada lagi kata-kata yang dapat diluahkan.Otaknya dan hatinya melayang ke tempat lain.Kini ,dia hanya memikirkan tentang Farhan Hasyim yang ditinggalkan di restoran mewah itu.Dia berasa bersalah dengan tindakan yang tidak sepatutnya.Rina menyandarkan kepalanya di bahu rakannya manja.
"kita terlalu berbeza Farhan" bisik hati Rina...Dia tertidur dibahu rakannya.Rakannya hanya membiarkan sahaja.Betapa bertuahnya Rina mendapat sahabat sebaik Suhada yang tak pernah kenal erti lelah untuk memberi semangat kepada Rina.Suhada membaringkan Rina ke katil dan meletakkan bantal di bawah kepala Rina.
Dia mengusap lembut rambut Rina dengan penuh kasih-sayang."semoga kau temu kebahagian Rina"bisik hati Suhada.
Dia menutup suis lampu dan berhati-hati menutup pintu bilik agar kawannya tidak sedar dari tidur.




Farhan Hasyim memegang pipinya.Masih teringat lagi peristiwa yang berlaku di restoran mewah itu.Dia merebahkan badannya ditilam empuk itu.Matanya terpejam rapat.Otaknya ligat memikirkan hal tadi.Pedih sungguh hati dia ketika ini apabila memikirnya cintanya ditolak.Sungguh bukan ini yang dia inginkan.Tapi sekeping hati suci wanita itu yang amat dicintai.
Telefon bimbit bergetar menandakan mesej masuk.Farhan Hasyim mengambil telefon bimbit dimeja dan terus membuka mesej untuk dibaca.

salam bro..macm mana date tadi?ok?-yusri
wasalam..erm.hampeh bro-Farhan
Asal?dia tolak cinta kau.hehe.Don't give up my frenz-yusri
Kalau dia tolak aku pon tak kisah.nie kena penampar tau tak n tinggal aku gitu je-Farhan
Hahaha...sejarah beb.melamar perempuan tapi penampar kena dapat,story at aku-yusri
Esok lah aku story.Aku nak tidur-Farhan

Farhan Hasyim mencampakkan telefon bimbitnya ke katil.Dia melangkah kakinya untuk menuju kebilik air.
Sungguh serabut perasaannya ketika ini.Dia mahu mengambil wuduk untuk menyembah kepada pencipta..Berisgtifar hatinya akibat melupakan kewajipannya pada Allah kerana terlalu memikirkan seorang hamba Allah..Terasa amat berdosa pula dia ketika ini.








mAAF kalau bab 1 nih xberapa best.arap diberi komen..tq