Jumaat, 15 April 2011

Kerana cintaku 2



Farhan Hasyim akui,dia boleh dapat mana-mana perempuan yang dia mahukan kerana kedudukannya dan ketampanan wajahnya yang boleh buat mana-mana wanita cair.Tapi itu,bukan alasan baginya.Yang Farhan tahu Rina bukan seperti wanita yang pernah mendampinginya termasuk bekas kekasihnya yang hanya memandang harta kekayaan.Masakan Farhan lupa ketika keluar bersama-sama,Farhan membeli seutas rantai berlian yang agak mahal untuk diberi kepada Rina.Rina menolak dengan alasan "kita tak da apa-apa ikatan".Farhan hasyim hanya akur dengan kata-kata Rina.
Cinta itu tidak boleh dibeli.Dia paham dengan ucapan mamanya dahulu..


"Sibuk benar Rina,sampai tak perasan langsung Shah ada kat sini".Ucap Shah iman setelah penat berdiri melihat Rina tekun menaip.Tersentak dibuatnya Rina mendengar suara lelaki bercakap.Akhirnya ,dia tersenyum melihat Shah Iman berdiri betuk-betul dipintu pejabatnya.
Syah Iman juga mempunyai perasaan terhadap Rina.Akauntan muda di syarikat mewah milik bapak saudaranya.Lamarannya juga ditolak oleh Rina dengan beralasan tidak mahu mempunyai ikatan pada masa ini.Yang dipikirnya hanya kerjaya.Shah iman tidak kisah,dia tidak mahu mengalah dengan kata-kata gadis itu.Dia akan pastikan gadis ini akan jadi miliknya tak lama lagi.
"Shah,masuklah kenapa tercegat kat situ je.Rengkali bagi salam dulu ya.Assalamualaikum".Bidas Rina kepada Shah iman.Shah iman tersenyum mendengar percakapan Rina sebentar tadi."Waalaikummusalam cik Rina,bukan apa Shah malas nak ganggu Rina .Tekun sangat."Balas Shah iman dengan nada bersahaja.Langsung tak terasa dengan kata-kata Rina.
"Rina sekarang tengok jam pukul berapa".
"Kenapa?"Tanya Rina dengan pelik.
"Tengok jew lah dulu"
Rina memandang jam tangannya menandakan pukul 1 tengahari.
"So?,kita ada meeting ke?"Tanya Rina lagi.Mana tau dia ada lupa tentang mensyuarat penting.Matilah dia kalau lambat.Fikirnya.
"Pukul 1 kan?so jom la pergi lunch.tak lapar ke sayang oiiii".kata Shah Iman kepada Rina.
Rina ketawa dengan gelagatnya sebentar tadi.Macam mana dia boleh lupa waktu makan tengahari.Patutlah perutnya lain macam sahaja.Rupanya lapar.
Rina terus mengemas mejanya yang berselerak tadi dan mencapai beg tangannya.
"Jom Encik Shah pergi lunch.Perut I dah lapar nih.huhu".Kata Rina sambil memegang perutnya menandakan dia sudah lapar.
Shah Iman dan Rina terus mahu menuju ke Restoran Vell berhampiran Syarikatnya.
Itulah tempat kegemaran mereka.Macam-macam ada.Kata Rina dahulu yang baru pergi ke Restoran itu.


Shah Iman dan Rina sedang enak menjamu selera di Restoran vell.Sesekali terdengar suara Shah Iman membuat lawak.Sungguh terhibur hatinya ketika ini.
Tanpa mereka sedari,sepasang mata memerhati dengan tajam gelagat mereka berdua.Cemburu benar.Sapa lagi kalau bukan Farhan Hasyim.
Farhan Hasyim memdengus geram."Tadi kata,ada meetinglah bila aku ajak keluar.Nie aku nampak dengan lelaki lain."Bisik Farhan dengan nada geram.
Disebalik keretaunya itu,Farhan Hasyim ingin berjumpa dengan Rina.Terus sahaja kakinya melangkah ke Restoran itu.Entah apa yang dia mahukan.


Rina kaget melihat sebatang tubuh berada dihadapannya yang mengucapkan hai.Dia belum bersedia lagi untuk bertemu dengan lelaki ini.Tapi inilah yang terpaksa berdepannya kini.Sebenarnya dia tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan lelaki yang meluahkan perasaan terhadapnya dua hari lalu.
Rina terus tersedar dari lamunannya dan menjemput lelaki itu duduk.
"Duduklah Farhan,nie Rina mahu kenal.Ini Shah,jurutera ditempat kerja Rina".Farhan Hisyam menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.Tapi dalam hati hanya dia  seorang je yang tahu.Betapa panasnya hatinya ketika itu.
Farhan berdehem beberapa kali sebelum berkata."So Rina ,da tamat meeting ke?"Ucap Farhan Hasyim yang disengajakan supaya Rina sedar apa yang dia lakukan.
"aaaa......dah..dah...Tu baru nak lunch".Ucap Rina dengan tergagap-gagap.
Macam mana aku boleh jumpa dia ni.Adui masalah timbul,tolong....tolong....tolong...Jerit dalam hatinya.
Shah Iman hanya memerhati drama dua orang manusia ini.
"Ok lah Rina.Farhan pergi dulu.See you later".Bicara Farhan Hasyim setelah melihat kegelisahan di muka Rina.
Kini,barulah Shah Iman sedar.Lelaki tadi rupanya cemburu melihat mereka berdua.
Shah Iman hanya tersenyum.Dia ada saingan rupanya.
Kegelisahan hati mula melanda dihati Rina.
Pelbagai alasan akan direka oleh Rina ,agar Farhan tak terasa dengan tindakannya.







Maaf semua,sebab baru tulis entry n singkat sangat.sibuk ler.insyaallah kalau ada masa lapang nanti bab 3 pula..
selamat membaca

Tiada ulasan :

Catat Ulasan