Rabu, 29 Februari 2012

Kurnia 18

                            








 Bicara hati Miqael dan bicara hati Nur Amalina










Miqael berbaring di tilam empuk.Bibirnya mengukir senyuman bahagia.Tangan kiri dan kanan di letakkan dibawah kepala.
Bahagia bertandang dalam hidupnya dan dia harus berterima kasih kepada papa.Sebab papa,memudahkan dia memiliki Nur Amalina.2 bulan lagi dia akan memiliki gadis comel itu.Kesilapan lama tidak akan diulang lagi.Cukuplah sekadar 3 tahun dia menutup hati terhadap perempuan.Kini,dia membuka seluas-luas untuk Nur Amalina.Hanya gadis itu.
Jatuh cinta terhadap Nur Amalina bagaikan anugerah terindah.2 tahun dia sering memerhati gadis itu tanpa mendekatinya.Mungkin kerana perwatakannya.Entah kenapa,tahun ini segala-segalanya berubah.

Tahun ini dia bertekad untuk mendekati gadis itu dengan sengaja melanggar air kotor.Bila mengenang peristiwa itu,hatinya ketawa.Pelbagai cara untuk mendekati gadis itu dan hanya dengan satu cara yang berkesan iaitu pergi ke kampung Nur Amalina.Akhirnya,dia boleh tersenyum bangga.

Seorang yang perwatakan kasar tapi manja.Sukarnya membuat gadis comel itu jatuh cinta,dia seperti tiada perasaan umpama burung merpati makan di tangan bila tangkap terbang jauh.Nur Amalina,susahnya aku mahu memiliki.


hei pujaan hati
setiap malam
ku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan


Lirik lagu itu meniti dari bibirnya dan dialunkan mengikut irama..

Kakinya melangkah ke ruang tamu menempatkan sebuah piano milik arwah mamanya.Piano itu juga adalah alat muzik kegemarannya.Disaat dia gelisah dan sedih,piano itulah tempat dia meluahkan perasaan.Kenangan bersama arwah mama terimbau kembali.Kalau dia dapat putarkan masa ingin sahaja dia mengubah segalanya.

Sebuah lagu dialunkan,dia menghayati sebaik mungkin dan lagu itu adalah lagu kegemarannya.Pujaan hati.
Suara yang serak-serak basah turut dikeluarkan seirama dengan alunan muzik yang dimainkan.


hei pujaan hati
apa kabarmuku
harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu
 pujaan hati setiap malam
ku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

Matanya dipejamkan untuk menghayati lirik lagu itu.Sungguh,ada sesuatu yang mengusik jiwanya.Berharap?Ya dia berharap sangat agar Nur Amalina menjadi miliknya.Setiap malam,dia akan berdoa supaya gadis itu adalah jodohnya.
Seumpama lagu itu begitulah kisah hidup dia.Miqael juga berharap suatu hari nanti,Nur Amalina akan rasa apa yang dia rasa.


Setelah selesai mengalunkan lagu itu.Dia beralih kepada lagu lain.Lagu rindu setengah mati menjadi pilihannya.

Aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

Hanya dibahagian korus sahaja dia mengalunkan lagi itu.Jari jemarinya berhenti bermain piano.Dia melepaskan nafas perlahan.Terasa jiwanya dilanda gelisah yang hebat.Wajahnya terarah kepada gambar keluarga yang terpampang besar.Papa,mama dan adik termasuk Miqael tersenyum gembira.Jelas sekali sebuah keluarga bahagia tetapi beberapa tahun yang lepas dia tersungkur dan adiknya seakan membencinya.Dia tidak pernah menyalahkan adiknya kerana semua yang terjadi adalah khilafnya.Papa telah memafkannya dan dia perlu mencari kemaafan adiknya.Kata papa,adik telah lama memaafkannya tapi apabila tidak bersua muka,perasaan bersalah menghimpit jiwa.


Nur Amalina bergolek ke kiri ke kanan.Matanya tidak mampu terpejam.Dadanya berdebar hebat,kenapa ini perlu terjadi.
Semua ini gara-gara babah yang mengingatkannya tentang majlis 2 bulan akan datang.2 bulan lagi dia akan bergelar tunang orang.Tunang kepada Miqael Adham bin Datuk Adam.Bergetar badannya menyebut nama itu.Lelaki yang dibencinya akan menjadi tunang dan bakal suami.
Kata orang tua,orang yang dibenci itulah akan menjadi suami.Betul juga teori itu.
Benci terhadap Miqael sudah tiada dan hatinya timbul perasaan sesuatu.

"Ahh,aku tak akan jatuh cinta".Ujar hatinya angkuh.Dia tak nak jatuh cinta sebab cinta itu menyakitkan hati.Dia tak nak dikecewakan.Apabila dia menepis perasaan yang hadir,perasaan itu makin getar.Miqael,lelaki itu penuh lembut bicara berhadapan dengannya.Lelaki itu juga menyakitkan hati.Kenapa kau perlu hadir di dalam hidupku.Siapa engkau sebenarnya?Apa hubungan engkau dengan Suzana?
Nur Amalina masih ingat kata-kata Miqael.Satu hari nanti dia akan tahu kisah hidup Miqael.Adakah kisah hidup Miqael dan Suzana.Serabut,perasaan inilah yang timbul.
Beberapa bulan lagi,dia akan jadi tunang dan isteri Miqael.Dia harus menerima Miqael seadanya dan pada masa itu dia akan jatuh cinta.Dia memejamkan mata,pening memikirkan satu situasi yang akan berubah tidak lama lagi.Mengenali lelaki itu,segalanya berubah dengan pantas.

Siapa Miqael yang sebenarnya?
Lelaki itu istimewa.



Miqael yang melihat si pujaan hati sedang "Online" lalu menegur.

Miqael Adam:Hai sayang,tak tido lg ke?induw la.

Setelah selesai menaip,di tekan enter dan terpampang di skrin Skype.

Amal stylo:Sape sayng awak?Saya rasa awk silp send la.
Miqael Adam:Ala,sayang malu la tu kan..hehe.
Amal Stylo:huh.

Entah kenapa,hatinya berdebar setiap kali Miqael menyebut "Sayang",hatinya bergetar.Sempat lagi dia berangan sebelum membalas.

Miqael Adam:Awk msh ad kat situ?sowy kalau sy slh tulis.

Beberapa minit kemudian..

Amal Stylo:eh tkla,ok la.sy nak out dlu.kite jmpa at kolej k..babai,assamualaikum.
Miqael Adam:Muahhhhhhhhhh sayang,saya kiss kat pipi..Huahua..Babai,waalaikumusalam.

Nur Amalina yang membaca hanya membuat muka geli.
"Belum apa-apa,sudah berani cakap gitu".Getus hatinya.

Telefon bimbit dibuka apabila perasan bunyi getar di atas katil..

    "gdnite sayang.Sy syng sngt kat pujaan hati saya.Jangn lupa kan saya taw.."

Nur Amalina tersenyum..

2 ulasan :

  1. I don't know how to reach u. i think this is the only way. bila Zatul punya komen tak appear dlm post bab 22 novel bersiri aku untukmu, cik tulip jadi pelik.well, mungkin zatul sibuk tapi personally i wanna thank u for supported me from the beginning.cik tulip amat hargai. terasa kehilangan pula bila zatul tak komen sebab biasanya zatul akan tinggalkan komen pada setiap post cik tulip. terima kasih sekali lagi. i really appreciated your support.looking forward to hear something from you...

    BalasPadam
  2. heyy.. dh makin okayy dh cre penulisan zatul.,. gudluck my dear.. tp siri kali neyh pndek sgt lah.. xpuas nk bce n hayati.. ape2 pown tq.. hehe.. nina akn tros mmbace.. :)

    BalasPadam