Rabu, 1 Februari 2012

Untuk mencintaimu 7


Hanny Putri menghempaskan badannya ke tilam.Penat terasa di segenap tubuhnya.Matanya dipejamkan,teringat pula kemalangan tadi.Kelakar pun ada tapi biarlah bukan Hanny Putri bunuh orang cuma terlanggar seseorang.
Ingatannya juga kembali pada anak saudara bosnya.Tiada senyuman yang ada hanya kedinginan yang ditampil.
Dalam hatinya mengutuk,patutlah cepat tua payah nak senyum rupanya.Baju kurungnya masih tersarung dibadan,belum diganti lagi.Fikirannya menerawang entah ke mana dan tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Eh bukan ke mamat dingin tu aku pernah jumpa".Hanny Putri mengingat kembali.Otaknya dipaksa untuk berfikir.
Baru dia ingat bahawa lelaki itulah yang hampir langgar dirinya kerana mabuk,nasib baik dia sempat mengelak.Lelaki itu juga marah akan dirinya sedangkan lelaki yang dikenali sebagai Fik itu memandu dalam keadaan tidak betul.Dia cuba ingat kembali peristiwa itu.
Lelaki itu bersama dengan wanita cantik dan seksi.Keluar dari kereta dalam keadaan berpelukan.Sungguh menjelekkan.
Akhirnya,pergaduhan itu hanya selesai begitu sahaja.Hanny Putri tidak berani membuka suara bimbang akan diperlakukan tidak baik.

"Oooo,mamat mabuk tu.Dah lah nyusahkan hidup aku je.Bapak sedara dia warak tapi anak sedara cam iblis."Ngomel Hanny putri.
"Eh terkutuk orang pulak dah.Tak baik betul."
Jarinya tangan kanannya diletakkan ke bibir.
"Sorry".Ujarnya seorang diri.


Setelah selesai membersihkan badan,Hanny Putri keluar dari biliknya.Dia tercari-tercari bayangan sahabatnya Rita.Selalunya jam sebigini,sahabatnya sudah terpacak di depan televisyen.
Hanny Putri terbau sesuatu yang menyedapkan,perutnya sudah berdendang lagu sayang.Mintak diisikan perut yang kelaparan.Kakinya melangkah ke dapur.Ini pasti Rita yang masak,rajin dia hari ini.


"Hello sayang".
Dipeluk bahu Rita mesra,Rita mengukir senyuman pada masa yang sama tangannya ligat mengacau gulai.
"Rajin kau masak".Puji Hanny Putri.
"Perli ke puji?"
"Pujila.selalunya kau harapkan aku je".
Rita mencebik.Sudah tahu perangai Hanny Putri,tiada kata sakit hati untuknya.Sebab itulah dia senang berkawan dengan Hanny Putri.
"Janganlah merajuk".Pujuk Hanny Putri manja.
"Dah siap,nanti aku hidangkan ok.Lepas tu kita makan."Ujar Rita.
Diambil mangkuk di kabinet,seterusnya menutup pemetik api.
Rita dan Hanny Putri makan malam dengan berselera sambil mengusik antara satu sama lain.







Nota menyibuk:Hari ini masa untuk kenal dengan Hanny Putri..Jangan lupa tinggal komen ya...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan