Sabtu, 20 Julai 2013

Untuk Mencintaimu 13

Hanny Putri menyanggulkan rambut agar mudah apabila dia menyarungkan tudung.Rambut yang terjurai diselak kasar.Agak rimas dengan rambut yang semakin panjang.Entah bila dia ada masa untuk pergi ke salon.Ikatan yang jatuh diikatkan sekali lagi dengan kemas.

"Hah macam ni lah cantik."Ujar Hanny Putri sambil bercekak pinggang.Jarinya diletakkan diatas hidung.Berfikir selendang atau tudung yang harus dipakai pada hari ini.Akhirnya,dia memilih selendang untuk digayakan ke pejabat.

"Awal lagi ni.Eh..eh..mana boleh.aku kena datang awal baru jadi seorang pekerja yang berdedikasi."

Setelah siap pin pada selendang.Kakinya melangkah keluar.Perut tidak merasa lapar lantas keputusan diambil adalah pergi ke pejabat.


Pukkkkk...

"Eh..eh..."Terangkat bahu Hanny Putri.Terkejut dengan tindakan Fikri Aidil yang berani menepuk meja kerja.

"Encik Fik ni tak ada kerja ke?Datang-datang main tepuk meja..Apa kat pejabat encik tu dah tak ada meja?"Bebel Hanny Putri bersahaja...

Fikri Aidil tersenyum sumbing.Hanya mendengar bebelan Hanny Putri.

"Jom sarapan."
"Hah."Hanny Putri tercengang.
"Jom sarapan."
Hanny Putri terkebil-kebil memandang anak saudara bosnya.Apa kes pelawa sarapan ni?Ajak-ajak ayam ke?

"Breakfast jom."Ulang Fikri Aidil tapi kali ni dalam bahasa Inggeris.Mana tahu kan Hanny Putri tak mengerti bahasa Melayu.

"Erkkk..."
"Jom saya belanja.Awal lagi ni."





"Encik Fikri.Kenapa baik sangat belanja saya hari ni?"Ujar Hanny Putri memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Saja.Sekali sekala.Awak kan pekerja kesayangan."

"So apa kena mengena dengan belanja ni?"

"saya ikhlas lah.Dah tak payah tanya.Makan cepat.Kang lambat pulak masuk office."

"Erkk..Tanya sikit boleh Hanny?"

"Tanyalah Encik Fikri Aidil."Tanpa memandang wajah Fikri Aidil.Dia meneruskan suapan.Sedap betul nasi goreng kampung ni.Setanding masakan  ibu di kampung.Selepas ini,bolehlah dia makan di restoran ini.

"Awak dah berpunya."

Uhuk..uhuk...
Air disedut rakus.Terkejut mendengar soalan pelik anak saudara bos.

"Makan tu pelan-pelan."Tegur Fikri Aidil sinis.

"Eh mamat ni.Kau bagi soalan ntah apa-apa ..aku plak dipersalahkan..Kang makan kaki plak kang."Ujaran itu hanya terbit di hati Hanny Putri.

"Awak dah berpunya?"Sekali lagi soalan itu ditanya.

"Perlu ke jawab?"

"Perlu kot.Karang bawak keluar buah hati orang..Saja cari pasal."

"Single mingle lagi la.Kenapa nak masuk minang saya ke?"Spontan keluar dari mulut Hanny Putri.

"Boleh ke??"

"Ish gila."Bulat mata Hanny Putri.Itu jawapan spontan bukan bersungguh.Tak nak lah.

"Larh.Tak pe awak kan single .Saya pun single."

Pening kepala Hanny Putri melayan karenah Fikri Aidil.Sekejap itu,sekejap ini.kahwin dengan dia?urmmm..

"Tak nak lah."

"Oh.Takpe saya paham.Siapalah nak duda macam saya ni kan?"

Duda?Bila dia kahwin?Oh dah kahwin..Apa duda?Ish tak nak aku.

"Kutuk saya lah tu kan?"

"Encik Fikri buat dosa kering je."



Nota:Assalamualaikum..selamat berpuasa.Maaf jika tak best.Saya dah cuba yang terbaik dan maaf jika saya selalu lambat isi entry.Saya busy dengan STPM.. :)...jangan lupa tinggalkan komen..




Selasa, 16 Julai 2013

Setitis perasaan

Mungkin kau tak pernah mengerti
Apa yang aku lalui
kenapa semua ini harus aku yang lalui
Aku cuba menjadi keras
Sekeras konkrit yang tidak mengerti

Memandang ke hadapan
Cuba berjalan laju atau perlahan
Tetapi hati ini masih terluka
Entahlah hati ini senang tersentuh

Pekakkan telinga
Malas mahu merasa perasaan
Malas mengambil peduli
Tetapi sakit itu masih terasa

Duhai manusia
Wajah ini sudah ku tebalkan
Aku malu dengan itu dan ini
Tolonglah hentikan 
Aku sangat sakit

Mengapakah ini harus terjadi
Titisan air jatuh dipipi
Hanya mampu mendengar
Kisah yang lalu itu perit

Tolonglah
Hentikan semua ini
Aku penat tiada daya
Hanya terdiam sahaja