Isnin, 22 September 2014

Untuk Mencintaimu 21




"Selamat pagi encik Fik."Tegur Athirah peramah.Hati girang melihat langkah Aidil Fikri yang bersemangat pada hari ini.

"Hei.Selamat pagi dan assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."Balas Athirah kembali.

"Segak bergaya Encik hari ni."Puji Athirah.Bukan dia hendak membodek tetapi wajah Aidil Fikri sejak kebelakangan ini sangat lain.Mungkin sudah jumpa pengganti yang sesuai.

"Eh.Kenapa selama ni saya tak cukup segak?"Fikri Aidil menanyakan soalan.Tidak pernah pula Athirah memujinya kalau ucapkan selamat pagi pun hanya sekadar tugasan sahaja.Mungkin kerana perubahan dirinya.

"Eh.hari-hari Encik segak tetapi kali ni lebih segak.Eh ada makwe baru eh?"Athirah sengaja menyakat.Keningnya dinaikkan berkali-kali seperti ziana zain yang sedang menyanyikan sebuah lagu.Eh artis kegemaran Athirah tu.

"Hahaha.Pandai je lah awak ni.Mana tahu ni?"Usikan dibalas dengan usikan.

"Orang kata kalau wajah yang lain je tu atau segak dari biasa.Orang tu ada terpikat seseorang."

"Jawapan klise tu wahai setiausahaku."

Athirah tersengih malu.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanyalah wahai bos ku."


"Macam mana nak pikat perempuan?"

Athirah tercengang mendengar soalan yang agak errr.Dia kan duda.Mesti banyak pengalaman tapi kenapa tanya soalan tu.

"Tutup mulut tu Athirah.Nanti masuk lalat.Pagi ni dah sarapan lalat pulak awak ni."

Mulut yang terbuka,segera ditutup.Malu pula apabila bosnya menegurkan.Nasib baik tak keluar air liur.

"Eh.Encik kan banyak pengalaman.Bukan encik tak pernah bercinta."Ujar Athirah perlahan.

"Awak ni.Ada pengalaman tak semestinya banyak pengalaman.Ok lah saya masuk dulu.Nanti sambung lagi pertanyaan saya tadi.Tolong sediakan cadangan."

Athirah hanya melihat langkah Fikri Aidil.Otaknya agak bingung.Dia mana pernah bercinta.Cari nahas ni.Dia kembali tersenyum.Google kan ada.Taip je apa yang nak,pasti jumpa.



"Kau dah kenapa weh?"
Hairul agak hairan dengan senyuman Athirah.Tidak pernah dia melihat Athirah tersenyum selepas bosnya bercakap dengan Athirah.Selalunya dia akan kembali bekerja atau masam muka apabila dimarahi.

"Kau ni kan buat terkejutkan aku je.Cuba bagi salam."

"Assalamualaikum cik Athirah anak perempuan Hatip."

"Walaikumusalam Encik Hairul anak lelaki saya tak tahu apa nama."

"Ish kau ni kan."Marah Hairul dengan Athirah kerana mempermainkan nama yang sedia cantik.Dia anak Hamdan ok.Hamdan.Ulang sekali lagi anak Hamdan.

"Hahaha."

"Gelak pulak.,Kena rasuk?Dah lah cau."





Sebaik sahaja sampai di pejabat,Athirah melabuhkan punggung di kerusi.Dia terlupa akan pertanyaan Fikri Aidil.Kerja yang bertimbun membuatkan terlupa.

"Athirah."

"Oit cik kau.Yes bos aku?aada apa?"Latah Athirah tanpa sengaja kerana terkejut yang melampau.Dada diusap berkali untuk menghilangkan degupan jantung yang laju.

"Hailah Encik Fik ini.Kenapa sergah saya?Kalau saya mati macam mana?"Ayat yang dilontarkan hanya didalam hati.Tidak mampu diluahkan.Dia berkhayal sebentar.

Fikri Aidil yang melihat keadaan sebentar tadi ketawa besar.Lucu dengan latah setiausaha.Tidak pernah pula dia tahu yang Athirah ini melatah.Terhibur hati.

"Athirah."Mendayu suara Fikri Aidil memanggil setelah ketawa berhenti.Kasihan melihat muka Athirah yang merah padam.

"Encik Fik.Maaf tak sengaja."

"It's okey.Tak tahu pulak saya yang awak ni melatah rupanya."Ujarnya dengan senyuman nipis.Athirah tersenyum malu.Malu dengan sikap yang dilakukan sebentar tadi tapi bukan salah dia.Fikri Aidil yang datang secara tiba-tiba.Bukan setakat itu sahaja malah suara kuat memanggil nama.

"Ada apa encik Fik?Setahu saya encik Fik tiada meeting hari ni."

"Saya bukan tanya pasal jadual tapi pasal yang saya tanya tadi."

"Yang mana satu."Athirah blur.

"Alah tadi tu."

"Banyak sangat lah pertanyaan."

"Awak ni kan.soalannya adalah bagaimana mahu mengorat perempuan."

Athirah terkedu sebentar.Alamak,dia lupa mencari.Alasan apa yang harus diberi pada Encik Fikri.Dia lupa dengan soalan itu gara-gara kerja yang berlambak.Sungguh,dia tidak tipu.

"Errrr.Google kan ada."Teragak-agak dia memberitahu.

"Cik Athirah anak perempuan Hatip.Kalau saya tahu.Saya tak akan tanya awak."

Athirah menelan air liur berkali-kali.Apa kena dengan hari ini.Asyik anak perempuan Hatip.Kalau cakap binti sudahlah.Terasa macam bangsa lain dia pada hari ini.Kepala digaru lagi.Binggung sungguh.

"Alah encik Fik.Saya tak pernah bercintalah mana tahu."

"Pulak dah.Ok kalau awak nak macam mana cara lelaki tackle awak."

"Tak tahu."Mudah sahaja jawapan yang diberikan.

Fikri Aidil tidak terkata apa.Dia pula terkedu.




hai dan assalamualaikum

Wajah Hanny Putri kehairanan dengan sms yang tidak dikenali.

"Siapa pula dia ni"

"Arghh..sesat nombor kot."

Hanny Putri membuat keputusan untuk tidak melayan.

Beberapa minit kemudian.

Dah tidur ke?

Hanny Putri mengerutkan wajah.Siapa dia ni?kenapa tidak memperkenalkan diri.Akhirnya,Hanny Putri membuat keputusan untuk membalas.

siapa ni?

Tak akan tak kenal.Duda meroyan kesayangan awak.

Hanny Putri membulatkan biji mata.Kaget dengan sms duda meroyan.Duda meroyan itu kan encik Fikri.

Jarinya pantas menekan punat-punat huruf.Terketar jarinya menekan.

Duda meroyan a.k.a encik Fik.Dapat mana no saya?

Adalah

Mintak kat Dato kan.Jangan tipu saya ok.

Tak mainlah.Gentleman okey.Usaha sendiri.. :)

Dah duda.Memang gentle.

Yela sedar diri.Saya kan duda meroyan bagi awak.

Hanny Putri mengigit bibirnya perlahan.Encik Fikri Aidil tersentap.Panggilan duda meroyan menjadikan Fikri Aidil terasa.Bagi Hanny Putri itu tidak penting.Siapa suruh menganngunya.Tak suruh pun.

Tahu tak apa.Ok nak tidur.

Hanny Putri tersenyum.Punat  telefon ditekan untuk menghantar.Sengaja balas mahu tidur sedangkan mata belum mengantuk.Makin lama melayan duda meroyan tu.Makin gila jadinya.

Ok my Princess.Gudnight.Jangan lupa mimpikan saya.Jangan lupa dengan duda meroyan awak ni.Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur.Nanti mengigau.

Hanny Putri membaca dengan riak riang.







Pesanan:Assalamualaikum.Maaf ye kalau pendek.Maaf ye kalau ada typo.Maaf ye kalau tidak puaskan hati anda.Apa yang penting saya sedang berusaha untuk naikkan entry secepat mungkin.Jangan lupa komen.Bye2..

Ahad, 21 September 2014

Untuk Mencintaimu 20

Hanny Putri mendengus marah.Beg tangan dicampak ke sofa biru.Agak geram dengan perangai Fikri Aidil atau nama baru adalah duda meroyan.
Tak patut betul duda meroyan itu menjual minyak di depan Dato' Aziz.Dasar tak tahu malu betul.Dalam hati ada marah,ada suka.suka?argh tak patut.
Dia mengumam perlahan.Bantal disofa deitekupkan di atas muka.Malu.Malu.Kalau lelaki itu pegang gelaran teruna.Sukalah dia,ini tidak.Duda meroyan.Bukan tak nak tapi dia fikirkan alasan yang munasabah.Kalau lelaki itu berbaik dengan bekas isterinya.Bagaimana?terkontang-kantinglah aku tinggal sendirian.

Akalnya mula menjengah.Tak mustahil untuk orang bujang.Ada juga yang main kayu tiga.Tapi..Tapi kan..Duda ini lebih menjurus.Tengoklah perangai dia yang dulu bersama bakal isterinya.Hanny Putri mengucap perlahan.Tidak baik untuk seseorang cop seseorang itu tidak baik sedangkan induvidu itu sudah berubah.Tidak baik juga mengaibkan seseorang.Nanti Allah tak tutup aib kita.Hanny Putri kembali sedar.Walaupun terdetik dihati dia senang dengan Fikri Aidil Fitri namun hendak berlebih itu tidak perlu.Hanya menyusahkan diri.
Hanny Putri melihat jam di dinding.Waktu sudah menunjukkan 5.30 petang.Dia belum mandi dan solat.Bergegas pergi ke bilik air untuk mandi.

Selesai solat dan makan.Dia pandang lagi jam.Jam sudah pukul 6.25 petang.Bayangan Rita belum nampak lagi.Selalunya,dialah yang sampai dulu ke rumah.Alat kawalan jauh televisyen diambil.Ditekan punat open dan terus mencari siaran 393.Rancangan kegemarannya The Manster Sun sudah ditayangkan.Episod 5.Cerita yang agak menarik dan jalan cerita yang agak menarik.Seorang perempuan yang boleh nampak hantu dan akan berasa tenang apabila ada seseorang lelaki iatu bosnya.

Hempasan  pintu mengejutkan Hanny Putri yang leka menonton drama korea.

"Kau dah kenapa Rita?tak reti beri salam ke?"Perli Hanny Putri.Matanya dialihkan ke arah televisyen.Agak terganggu dengan kelakuan tak seberapa Rita.Terlepas sesaat dua untuk menonton.



"Kau ada skandal dengan anak Dato' Aziz?"Soal Rita dengan suara agak tegang.

"Pulak dah.Eh kau ingat aku apa pengkid?lesbian nak bercinta dengan anak perempuan bos aku tu.haish."

"Eh bukan anak buah."

"Bila pulak aku bercinta dengan pekerja dia."

"Anak saudaralah sayangku intan payung."

"Oh cakaplah awal-awal.Apa berskandal?Weh tak ada maknanya aku nak berscandal dengan duda meroyan tu..hish simpang malaikat 44 tau tak."

"Duda meroyan?selalunya orang yang gelar begitu adalah orang yang tak suka terhadap seseorang.Lepas tu jatuh cinta."Teka Rita.Mukanya diherotkan,tidak percaya dengan kata-kata Hanny Putri.

"Kau ni dah kenapa?"Kurang senang dengan pertanyaan Rita.

"Mak Joyah tu bising dekat aku kata kau kacau laki dia.Yelakan dia kan suka perasan cantik."

"Mana pulak dia tahu berita macam ni.Kan lain deparment.Eh jap,mak joyah?siapa tu?"

"Johana lah.Dia tu kan kuat perasan."

Hanny Putri terdiam sebentar.Sakit hati mendengar gosip antara dia dan Fikri Aidil.Mak joyah a.k.a Johana siapa yang tidak kenal dengan sikap internet bergerak apatah lagi dia pula yang suka pada duda meroyan itu.Naik pening kepala.

"Cakap ajalah aku tak ada apa-apa dengan duda meroyan tu.Kang dia pulak jadi dara meroyan.Hah kan secocok tu."

"Hanny.Kau tak ada apa-apa ke dengan anak saudara bos tu?" Rita cuba mengorek rahsia.

"Tak ada lah."

"Yeke?"

"Yelah."




Fikri Aidil merenung langit yang dipenuhi bintang.Kata orang kalau banyak bintang,tidak hujan.Ralit matanya mengira bintang dilangit.Bintang yang berkelipan.Alangkah indahnya jika dia ada kuasa ajaib untuk memetik bintang.Boleh dihadiahkan kepada Hanny kesayangan.Rindu pulak pada gadis itu.Dirinya tiba-tiba dilanda kemalasan.Kemalasan yang dia sendiri tidak tahu.



Nota:Assalamualaikum..Maaf ye kalau ada typo atau kurang menarik dihati anda.Terutama sekali saya nak minta maaf  kerana lambat post entry.Bukan sengaja tapi laptop saya asyik buat hal..Maaf ye.jangan segan silu.Tinggallah komen anda..:)