Ahad, 8 Disember 2013

Untuk Mencintaimu 17


"Dato'  ada?"

"Erkk.Dato'  tak ada .Dato' pergi Uk.uruskan hal kat sana."Jelas Hanny Putri.Agak tergamam dengan wajah Fikri Aidil yang serius.Aku ada buat salah ke?

"Bila dia balik?"

"Saya tak tahu."

"Awak kan setiausaha dia.Tak kan tu pun tak tahu."Keras suara Fikri Aidil.

"Maaf.Dato' cakap dia tak tahu bila akan pulang ke Malaysia."

"Oh."

Hannny Putri hanya melihat langkah lelaki itu.Hari ini,dia tidak mesra seperti selalu.Mungkin salahnya yang membuat kenyataan tidak elok.Hampir 2 minggu dia tidak melihat lelaki itu datang ke pejabat ini.Kesalahannya menghantui diri.Hendak meminta maaf sekali lagi,takut Fikri Aidil tidak menerima.



"Encik Fik."Hanny menjerit memanggil nama Fikri Aidil.Bibirnya digigit manja.Malu dengan dirinya sendiri yang menjerit nama lelaki itu.

"Yes,cik Hanny.Awak panggil saya ke?"
Fikri Aidil tidak berpatah balik ke tempat Hanny Putri.Dia sekadar menguatkan suaranya sedikit.Cermin mata dibuka perlahan.

"Encik boleh ke sini tak?"Ujar Hanny Putri malu.Sekali lagi,dia melakukan tindakan drastik.

Fikri Aidil tersenyum dengan gelagat Hanny Putri.Terhibur.Kakinya melangkah ke arah depan untuk pergi ke meja Hanny Putri.Bukan jauh sangat,sekadar 3 meter.

"Ada apa?"Fikri Aidil membuka mulut.Dia tahu dengan tingkah perempuan ini.Mungkin terkedu dengan kelakuan sendiri.Hanny putri hanya memandang Aidil Fitri tanpa berkelip.Mulutnya ternganga sedikit.Kelakuannya mendatangkan ketawa kecil Fikri Aidil.Fikri Aidil mengeyitkan matanya.Hanny Putri tergamam.Nakal sungguh lelaki  ini.

"Errr encik."

"Yes.kenapa Hanny?"

"Erkkkk." Hanny Putri masih membisu.Mulutnya terkunci sebentar.Perangai gelabah datang kembali.

Fikri Aidil tersenyum lagi.

"Saya mintak maaf."Terluah juga perkataan itu.Lega rasanya.

"Tarik nafas Hanny.Saya rasa nak pengsan tengok awak tahan nafas sejak tadi."Tegur Aidil Fikri.Dia masih lagi tersenyum tetapi ditahankan untuk meletuskan ketawa.

Hanny Putri menarik nafas kasar lalu dihembuskan.Saat ini,dia rasakan hendak pengsan.Dia malu dengan perangai sendiri.Wajahnya ditutup dengan sepasang tangan.

Akhirnya,meletus juga ketawa Fikri Aidil.Berair matanya.Hanny Putri tercengang dengan gelagat anak saudara bos.Ketawa sampai tak ingat dunia.
Fikri Aidil mengesat air mata dengan rakus.Dia cuba menahan ketawa tetapi tidak boleh.Dia masih meneruskan sisa ketawa.

"Encik Fik."Jerkah Hanny Putri.Dia mencekak pinggang dan matanya membulat memandang Fikri Aidil.Dia mendengus kasar.Bengang dengan reaksi lelaki itu.

"Okey.okey.Maaf ye wahai tuan puteri."

"Maaf.maaf.Asal buat salah nak mintak maaf.Lepas tu buat salah lagi."Luah Hanny Putri dengan rasa geram.Mulut dicebekkan seperti kanak-kanak yang tidak dapat permainan.

"Awak pun sama."

"Saya tarik maaf saya balik.Dah pergi main jauh-jauh."


Fikri Aidil tersenyum lagi.Kelakar dengan permintaan Hanny Putri.Sebentar tadi,beria-ria meminta maaf.Sekarang,menghalaunya pula.Putri oh Putri.Kelakar betul.Cara perempuan dihadapannya ini memang spontan habis.





Nota:Maaf ye kalau pendek.Ada yang rindu Hanny Putri dan Fikri Aidil?Jangan lupa tinggalkan komen.. :)