Selasa, 21 Jun 2011

Sepi ini



Malam ini aku rasa sungguh sepi
Jawapannya tak dapat aku jawab
Hatiku meronta ingin mendapakanmu
Tapi apakan dayaku


Aku lemah dalam sepi ini
Aku lemah tanpamu disisiku
Adakah aku seorang yang lemah
Mungkin

Sepi ini membuatkan aku
Menjadi seribu persoalan dalam hidupku
Persoalan yang sering menghantuiku
Sepi ini menyeksakanku
Oh tuhan tolonglah aku

Biarkan sepi ini berlalu
Aku redha jika dia bukan milikku
Aku tahu mungkin ada yang terbaik
Pergilah wahai sepi
Jangan ganggu aku lagi

Sabtu, 4 Jun 2011

Kerana cintaku 9

Rina duduk termenung di permukaan pintu rumahnya di kampung halaman.Rindu pula dia kini dengan Farhan Hasyim.Entah kenapa hatinya tiba-tiba jadi sehangat begini.Petang tadi masalah pula timbul apabila kakaknya hendak bertunang sedangkan hati kakaknya pada orang lain.Tapi kenapa pula hatinya resah?
Aku mahu mencari maut agaknya.Bisik hati Rina.Dia merenung malam yang semakin tua,hatinya jadi bertambah gelisah.

Sedang dia duduk termenung dengan kegelisahan hati.Rina ditegur kakaknya,habis segala keresahannya hilang sekelip mata.
"Hai Rina sorang je ke.Apa kes nih duk termenung dekat pintu,ingat boyfriend ya?"Usik kakaknya dan duduk disebelahnya.Rina tersenyum hambar,malas dia menjawab pertanyaan kakaknya itu dan dibiarkan sepi.
Kakaknya pula pelik melihat adiknya yang dari petang tadi mudi.

"Ada masalah ke?kongsilah dengan akak."Ujar kakaknya itu.
"Ermmm"
"Cakaplah,kenapa senyap?"
"Tak ada pape lah kak.Cuma pikir pasal kerja yang berlambak kat ofis".Rina bagi alasan kepada kakaknya.
Mata Rina masih lagi memandang ke arah langit.Tidak dihiraukan kakaknya disebelah.
"Amboiii,asyik.Macam tak nak layan akak je".Ucap Alia yang suaranya dalam nada merajuk.Mungkin terasa hati agaknya dengan tingkah laku adiknya yang tidak endah pada petanf tadi.
"Adikkkkk".Tegur Alia.
"Ya kak ada apa".Balas Rina acuh tak acuh.
"Adik marah akak ke?"
Rina menyepi seketika dan menjawab.

"Taklah kenapa Rina nak marah kat akak.Tak ada sebab.Apa-apa pun congratulations Rin ucapkan kat akak".
"congratulations untuk apa?Akak tak paham lah".Tanya Alia yang tak mengerti dengan jawapan adiknya.
"Buat-buat tak tahu pulak.Tahniah untuk pertunangan akak la.Bila ya nak berlangsung ,oh ya bulan depan ya majlis pertunangan.Harap kekal la."Ujar Rina yang agak sinis.
"Rin perli akak ke?"
"Kenapa perlu Rin nak perli kat akak.Berikan sepuluh sebab.Katakan sekarang.Cepat."
Jawab Rina dengan nada yang agak tegas.Jawapannya itu membuatkan Alia terasa hati.Entah hantu apa yang merasuk minda adiknya malam ini.Pening pula bila memikirkannya.
"Adik,akak tak paham kenapa perangan Rin berubah bila akak bagitahu akak nak bertunang.Apa sebab?"
"Rin suruh bagi alasan bukan tanya Rin balik."Ujar Rina dengan nada sedikit meninggi.
"Rin marah akak sebab akak nak bertunang tapi hati akak pada orang lain.Sebab tu.Common la Rina.
Takkan pasal tu nak marah akak tak tentu pasal".Ucap Alia.
"Akak sedar tak apa yang akak buat.Akak dah mainkan perasaan lelaki.Dah la tu kak.Akak tunang dengan dia sebab harta kan?"Ujar Rina dengan nada yang sinis.Dia melihat muka kakaknya yang putih sudah bertukar kemerah-merahan.Hati Alia kini menjadi panas mendengar jawapan adiknya itu.Kalau bukan adiknya sudah lama kena penangan olehnya tapi dia sabarkan hati agar tidak bertindak melulu.
"Tu hak akak Rin".Kata Alia dengan nada tegas.Naik menyampah pula Rina mendengar jawapan kakaknya itu.
Muka cantik,hati hampeh baik muka buruk je.Marahnya didalam hati.Malas melayan perangai kakaknya itu yang tak akan pernah berubah.Selepas memberi jawapan itu,Alia masuk ke biliknya dalam keadaan sebal dengan perangai adiknya.Barulah dia tahu kenapa adiknya tidak melayannya.





Farhan Hasyim leka memeriksa emilnya.Sudah agak lama dia tidak membuka laman chattingnya.
Dia melihat ada rakan lamannya meninggalkan pesanan.Terus sahaja dibuka untuk melihat apa yang ingin disampaikan.

Hai you sihat.Maafkan I ok.

Itulah pesanan yang dibaca oleh Farhan Hasyim.
Hatinya betul-betul tersentap melihat pesanan itu.Berulang kali dia membacanya.
AHHHHHHH.Tak mungkin dia,Kenapa baru sekarang.Jerit hati Farhan Hasyim.