Khamis, 5 Julai 2012

kurnia 21


maaf ya post entry lambat..saya agak busy sekarang..
harap enjoy semasa baca...
jangan lupa komen...
salam sayang...




Nur Amalina menilik jam berkali-kali.Miqael lambat.


ceh tadi dia jugak yang suruh aku datang awal.Bla..bla..bla...Lastly,dia yang lambat.Apa punya tunang.Tak tahu nak hargai masa.

Nur Amalina berdiri sambil mencekak pinggang.Bibir diketapkan.Miqael jalan bersahaja.Tidak cepat dan tidak lambat.Sedang-sedang.

"Awak tengok jam awak pukul berapa sekarang?"Arah Nur Amalina.
Miqael dengan sikapnya.

"Jam menunjukkan pukul 5 petang."Ujar Miqael.
"Janji pukul berapa?"

"4.30."
"So?"
"lambat setengah jam je.Tu pun nak marah ke?"

Tidak diendahkan hati Nur Amalina yang panas membara.Apa punya tunang la!!
"Awak ni kan."

Nur Amalina mendengus mahal.Dari kawan hingga bertunang.Sikap masih macam tu.Tak pernah di ubah.Walhal,Miqael tahu yang Nur Amalina bencikan orang yang tak tepati janji.

"Sorry la.kali ni je eh.Esok,saya tak buat dah."Pujuk Miqael.Mana boleh,tunang merajuk.Dia juga yang sengsara.

Nur Amalina masam mencuka.Tidak peduli dengan pujukan Miqael.Esok konon,nanti buat balik.Ingat kita bodoh sangat?

"Sayang.Pleaseeee."Miqael merayu.Susah betul hendak memujuk tunangnya seorang ini.Perangai kuat merajuk.Nasib baik aku ni baik taw..

"kalau..you awak buat lagi.Saya tak nak cakap dengan awak.Saya nak boikot awak."Terang Nur Amalina.Ugutan Nur Amalina membuatkan Miqael gelabah.

"Jangannnlahhhh."Meleret suara Miqael.Pakai boikot pulak.Tak suka lah.
"Tepati janji okey."

Miqael mengangguk faham.

"Sayangggggg."Panggil Miqael menggoda
.
Menegak bulu roma Nur Amalina.Seram menerjah dalam dirinya.Miqael memanggilnya sayang.Eee,geli.
"Gelilah."

"Tunang you jugak kan.Sebenarnya sayang.El tak nak lah  ber "saya" ber"awak".Tak romantiklah.Apa kata,Amal panggil El  abang.Abang panggil El,sayang."Miqael memberi cadangan.
"Eeee.tak naklah.Saya geli."

"Sayang..janganlah macam tu.Panggil El,abang.Cuba try sekali sayang."
Teragak-agak Nur Amalina mahu sebut.Terasa lidahnya tergeliat.

"Aaabang."

"Alahai..Manjanya tunang abang."Miqael tersenyum.Perlahan-lahan,Nur Amalina akan gila bayang dengannya.Wah,menakjubkan betul.

"Sayangggggg."Panggil Miqael dengan nada suara manja.

Nur Amalina memegang tangannya.Sumpah...Bulu romanya berdiri tegak.Seram.
"Awak..Janganlah buat suara macam tu.Menyeramkan."Ujar Nur Amalina jujur.

"Awak?"
"Eh.Abang."Nur Amalina memperbetulkan panggilannya.

"Bagus betul sayang abang.Ni abang sayang sayang.I love you so much baby."

Nur Amalina tersenyum manis.Alahai hensemnya dia.Bertuah betul aku ni.
Nur Amalina mengambil bunga mawar merah dari tangan Miqael.3 kuntum menandakan perkataan I LOVE YOU.wah,romantiknya Miqael.
"Terima kasih abang."

"Sama-sama sayang.Nak kiss sikit boleh?"Jari diletakkan dipipi kanan dan pipi didekatkan di muka Nur Amalina.

Pap..

"Adoi."
"Tu lah kiss saya.Tanda sayang pada abang.Hahahaha."Nur Amalina ketawa sakan.Puas hati dapat bagi penampar pada tunang miang.

"Orang mintak kiss.Dia bagi penampar.Deraan betul lah sayang ni."

"Bukan dera.Tu tanda sayang."kata Nur Amalina.

"Merajuklah macam ni."

"Merajuklah.Amal tak akan pujuk."

Miqael tidak jadi merajuk.Nur Amalina memang tak reti pujuk orang.Nak bermanja pun tak boleh.Aish..Nasib baik aku sayang dia.Alahai.
Miqael tenung Nur Amalina.Cintanya telah tumpah pada gadis ini.Gadis yang telah berjaya memikat hatinya yang kosong.
Nur Amalina membalas tenungan Miqael.Hairan dengan perangai Miqael seketika.Ada masalahkah dia?

"Abang.Kenapa?"Tegur Nur Amalina.

Alahai prihatinnya dia.Makin bertambah cinta aku pada dia.

"Abang okeylah sayang."Ujar Miqael.Gelas minuman Nur Amalina diambil lalu diminum.

"Abang.Orderlah sendirilah,janganlah ambik yang Amal punya."
"Romantik sikit sayang."

"Romantiklah sangat."

Miqael tersenyum.Tunang kesayangannya memang lain.Tidak pandai menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan sedangkan dari mata dan perlakuan Nur Amalina sering menunjukkan tanda yang positif terhadapnya.Mungkin Nur Amalina tidak perasan dengan perlakuannya.

Bahagianya hati.Terima kasih papa dan bakal bapak mertua.Keranamu,aku dapat memiliki Nur Amalina walaupun bukan sepenuhnya.

Nur Amalina menyisir rambut dengan jari.Pandangan mata Miqael seakan mahu menerkam dirinya.Adakalanya,matanya penuh mengharap.Dia nampak dalam mata itu terdapat cahaya cinta yang sentiasa ada untuknya.

Miqael,tahukah abang bahawasanya Amal telah jatuh cinta pada abang.Mungkin hanya separuh hati tapi separuh lagi akan Amal serahkan sewaktu kita kahwin.Prinsip tak nak jatuh cinta itu telah hilang entah ke mana.

"Awak tetap jatuh cinta."Luah Miqael secara tiba-tiba.

Teringat kembali kata-kata Haziq yang mengatakan Nur Amalina tak nak jatuh cinta.Hakikatnya,dia rasakan cinta gadis itu  sudah dimiliki.

"Hah."Nur Amalina tercengang.

"Awak jatuh cinta pada saya tak?"

Nur Amalina mengangkat bahu.Tiada balasan dari mulutnya.Perlu ke dia meluahkannya?Ego mulai meluahkan menguasai dirinya.Tidak sesekali akan diluahkan.

"Okey."Balas Miqael ringkas.Faham dengan perangai Nur Amalina.





"Lambatnya you balik."Ujar Suzana.Geram dengan perangai suaminya yang jarang balik ke kondominium rumahnya.


"Nak buat macam mana.Dah banyak kerja."
"Tu je.Alasan you kan?I rasa macam tunggul tahu tak."Suzana meninggikan suara.

"Tak akan I nak balik selalu kut.Mesti mama I akan curiga.You paham lah sikit."

Beg sandangnya dicampakkan ke sofa.Penat.Pelbagai alasan direka untuk ke sini.
"You kenalah pandai tipu."

"You nak ajar I menipu pulak?"

"Ooo.Sekarang baru you nak fikir.Dulu ada you nak fikir."Sindir Suzana.
Lelaki.Selalu ambil mudah dalam hal ini.

"You jangan disindir I lah." Tengking Haziq.
Sudahlah penat,bukan mahu memberi air atau bertanya makan atau tidak.Ini balik sahaja,terus kena sembur.Suzana kuat membebel sejak berkahwin.


Tersentak Suzana mendengar tengkingan Haziq.Salah dia mahu salahkan orang lain.Pandai buat salah pandailah tanggung.Suzana menghentakkan kaki.Dia pantas berjalan menuju ke bilik.

Dumm..

Suzana menutup pintu kasar.Tidak puas hati dengan layanan Haziq yang sering berkurangan.


"Perempuan.Sikit-sikit nak merajuk.Teruk betul."Bebel Haziq.Badan direbahkan diatas sofa.Matanya dilelapkan.Saban hari belajar dan menolong mama di rumah membuatkan badannya lenguh.Ingatkan balik rumah isteri dapat layanan istimewa tetapi lain yang didapat.

Suzana memandang Haziq yang berhempas pulas tidur di sofa.
kasihan.

Dia membelai wajah Haziq dengan penuh kasih sayang.

Seusai Haziq akad nikah.Cintanya hanya untuk Haziq dan bukan untuk orang lain.
Selama 3 bulan dalam melayari bahtera perkahwinan,dia sudah penat.Penat dengan permainan semua ini.Terpaksa bohong dengan orang lain.Sampai bilakah dia harus begini?

Marahkah ibu bapa Haziq jika mengetahui hal sebenar.Tapi ini bukan salahnya.
Dia mengusap rambut Haziq lalu mengucup dahi dan kening Haziq.Hatinya berharap agar perkahwinan ini akan kekal lama.Mudah-mudahan tiada halangan dan hatinya juga telah bertekad untuk mengakhiri semua ini.Dia ingin orang lain mengetahui bahawa dia dan Haziq adalah suami isteri yang sah.Suzana ingin hidup dalam keadaan yang tenang.