Khamis, 27 Februari 2014

Untuk Mencintaimu 18




Fikri Aidil mengalihkan pandangan ke arah lain.Cukup bosan mendengar bebelan kawannya.Dia memegang kotak rokok dunhill lalu dibuka.Dia mengambil sebatang dan disuakan ke bibir.Fikri Aidil tidak mengendahkan percakapan Haikal.Dia terus menyalakan api dan menyedut rokok.

"Fik.Kau tak berhenti lagi hisap rokok?" Tegur Haikal terkejut.Dia ingatkan apabila Fikri Aidil dan Aria bercerai.Sahabatnya ini berubah tetapi tidak.Tabiat merokok masih dikekalkan.Namun begitu,dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya Fikri Aidil tidak sentuh arak dan perbuatan yang haram.

"Susah nak tinggal."Ujar Fikri Aidil selamba.Mulutnya menghembuskan asap rokok.

Haikal mengawangkan tangannya ke udara.Tidak suka dengan asap rokok ini.Dia bukanlah seorang perokok.Dia sukakan kebebasan dari penyakit.

Haikal tersenyum sinis..Ingin membuka hujah dan memberi ceramah kepada sahabat baiknya ini sekaligus beri ilmu pengetahuan..

"Kau tahu tak rokok ni boleh menyebabkan kanser paru-paru dan pankrea.Bahaya tahu tak."

"Tahu."Jawab Fikri Aidil.Mulutnya menghembuskan asap.Rasa kelat lidah jika tidak menghisap rokok satu hari.Pernah sekali,satu hari dia tidak menyentuh benda alah ini tetapi mulutnya kelat.Akhirnya,dia mengalah.Agaknya sudah terbiasa.

"Pelik aku.Bukan haritu cakap dah berhenti ke?"Soal Haikal agak hairan.Teringat kembali kata-kata Fikri Aidil yang beria-ria hendak berhenti merokok.

"Mulut aku rasa kelat."

"Tu lah kau.bila kita buat sesuatu niat tu kena ikhlas.Lepastu baru disusuli dengan perbuatan."


"Baik lah ustaz saya paham."Ujar Fikri Aidil.Mulutnya dicebikkan.

Haikal perasan dengan kelakuan Fikri Aidil.Tidak puas hatilah tu,fikir Haikal.Dia hanya tersenyum.Agak puas hati dengan perjumpaan hari ini.Mampu bebel panjang.Bukan senang hendak membebel pada Fikri Aidil.

"Kau pehal sengih sorang sorang.Gila ke?"Jerkah Fikri Aidil dengan nada rendah.Apa kena dengan kawannya ini.Nak kata angau.Haikal sudah berkahwin.

"Aku rasa puas."

"Sebab apa?"

"Dapat bebel dekat kata."Kata-kata Haikal disambut dengan gelaknya sendiri.

"ceh orang tua betul kau kan."

"Kalau ikutkan tarikh..Aku keluar dulu dari kau."


"Nak berkira tarikh tahun jugak?tahun tak nak?"Perli Fikri Aidil.Memanglah kalau ikut tarikh lahir tahun Fikri Aidil dan Haikal adalah sama cuma bezanya hari yang berlainan.Fikri Aidil hari selasa 22/6 manakala Haikal 18/6/..Atas sebab inilah Haikal menganggap dirinya lebih tua dari Fikri Aidil..

Haikal ketawa berdekah dekah mendengar perlian Fikri Aidil..


"Encik Fik."Laung Hanny Putri.Langkahnya dipercepatkan agar dapat memintas Fikri Aidil yang jauh ke hadapan.

"Encik Fikri."Laung Hanny Putri sekali lagi.

"Pekak ke cik Fikri ni."Gumam Hanny Putri.Nafas sudah tidak menentu mengejar Fikri Aidil.



Fikri Aidil hanya pekakkan telinga.Sebenarnya,dia mendengar suara Hanny Putri yang memanggil namanya tapi dia malas.Ya,dia malas melayan Hanny Putri buat sementara waktu.Bukan terkilan dengan percakapan Hanny Putri tempoh hari.Dia hanya mahu masa untuk berterus terang sesuatu yang mungkin agak jadi kejutan buat gadis itu.

Mungkin ramai dalam kalangan lelaki yang pernah dikecewakan akan tidak percayakan pada cinta lagi.Tapi dia tidak,baginya semua perempuan tidak sama.Ada yang baik,ada yang jahat.Kalau cakap dia takut dengan cinta.Mungkin ya mungkin tidak.Entah kenapa hati Fikri Aidil ingin mencuba lagi.sudah 6 bulan berlalu.Hatinya terluka dengan perbuatan Aria.Setelah berfikir,dia perlu rasioanal.Kali ini,dia tekad untuk mencari perempuan yang baik.Yang boleh hidup susah senang.

Agaknya selepas ini,ada mulut yang mengatakan dia tidak boleh hidup tanpa perempuan.Dia tidak mahu dengar semuanya.Dia hanya mahukan teman yang mampu mengisi kekosongan hati.Tipulah kalau dia tidak takut untuk bercinta lagi.Dia hanya insan biasa.


pesanan:ada sesiapa yang rindu Hanny Putri dan Fikri Aidil?saya harap ada yang sudi merinduinya..
Maaf sebab selalu lambat beri entry.Saya sibuk dengan exam muet pulak..doakan yang terbaik buat saya k.. :)