Ahad, 12 Februari 2012

Aku bukan boneka




"Kalau bukan sebab kau.kita tak akan jadi macam nih la".Tengking Atiqah.Bagai jatuh ditimpa tangga,hatinya sakit bertambah sakit.Dayyan tunduk membisu.
"Baik kau cakap dekat dia orang kita tak ada buat apa-apa."
Nafas Atiqah turun naik,marahnya meledak.Lelaki ini senyap tiada kata yang diluah.Inikah takdirnya.

"Semua dah terjadi.kita tak boleh undur lagi."Ujar Dayyan tenang.
Sebuah penumbuk tepat mengena di muka Dayyan,sabar Atiqah hilang.
"Sabar cik".
Salah seorang penduduk menenangkan Atiqah.

"Tu la,saya tak nak orang lain masuk kampung nih.Tengok apa yang jadi,perangai tak molek yang dibawa".Ujar Salah seorang darinya.
Atiqah sedih mendengar ungkapan itu.Wajahnya menunduk menahan rasa yang ada.

"Telefon orang tua kamu sekarang".Ketua kampung memberi arahan.
Atiqah mengeleng kepala tanda tidak setuju dengan arahan itu,orang tua pasti mengamuk sakan apabila mendengar khabar ini.Apatah lagi bapanya.

"Budak bandar,kalau buat salah tak nak mengaku."
"Saya tak buat salah".Atiqah mempertahankan diri.
"Tak buat salah kau kata.Yang kau duk berdua-duan tu apa hah".Tengking pak cik yang memakai baju melayu berwarna biru.Benci melihat budak bandar seperti mereka.Merosakkan orang kampung.



Perkahwinan Dayyan dan Atiqah genap 3 bulan,tiada apa yang berlaku antara mereka.Hidup bagaikan orang asing waima sebumbung.Atiqah semakin benci dengan perkahwinan ini.

"Dayyan awak pergi mana tadi?"Tegur Atiqah,jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi.Matanya masih belum mengantuk kerana menunggu suami merangkap orang asing dalam rumah ini.Dayyan merebahkan dirinya di sofa,matanya dipejam rapat.
"Awak".Atiqah masih setia di sisi Dayyan.
"Kau tak perlu tahu".Ujar Dayyan bersahaja.Badannya letih dengan kerja seharian di pejabat.Beg laptop diambil oleh Atiqah dan diletak tepi.Air matanya ditahan dari mengalir.Dulu dia bencikan perkahwinan ini tetapi sekarang tidak dan layanan Dayyan terhadapnya membuatkan dia benci kembali kepada perkahwinan ini.

"Awak dah makan?"
Dayyan senyap tiada kata untuk membalas pertanyaan isterinya.Dayyan tidak sangka secepat ini masa berlalu.
Awal perkahwinan mereka,Dayyan masih terima dan sekarang tidak.Dia sendiri tidak tahu dengan perasaanya.Dayyan berdiri tegak di hadapan Atiqah.Direnung wajah itu,cantik.Kecantikkan isterinya tidak dapat memikat hati beku Dayyan.
"Kau tak payah ambil tahu pasal diri aku."
Atiqah terkejut mendengar kata-kata suaminya,ayat yang boleh menyakitkan hati dia kali kedua.
"Saya isteri awak Dayyan".
Sepasang matanya merenung kembali wajah Dayyan,air hangat mengalir ditubir matanya.
Sedih hatinya mendengar jawapan pedih yang ditutur oleh suaminya.
"Isteri?"Soal Dayyan sinis.Baju kemeja yang tersarung dibajunya dibuka lalu dicampakkan ke muka Atiqah.
Atiqah tergamam dengan kelakuan Dayyan.Diambil baju  yang jatuh dan dipegang kemas.Dadanya semakin sakit menerima derita yang diciptakan oleh lelaki ini.

"Kita dah kahwin 3 bulan kan?"
Kaki Atiqah tidak jadi melangkah,terhenti antara dapur dan ruang tamu.
"Kenapa?"
"Kau gembira hidup dengan aku?"Mendatar suara Dayyan menyoal Atiqah.Badannya disandarkan ke dinding.Tidak menoleh ke arah isterinya.
"Saya tak tahu."

"Baik aku ceraikan kau dari kau hidup terseksa."
Atiqah terkedu.Badannya berdiri keras,tidak dapat menerima ucapan itu.
"kalau kau tak menggatal pergi dekat aku.Semua ini tak jadi macam nih la".Jerkah Atiqah tiba-tiba.Sabarnya beransur hilang dengan karenah lelaki ini.Tubuhnya dipalingkan menghadap Dayyan.Pagi ini dia mahu membuat perhitungan dengan Dayyan.Tidak suka kata tidak,ini terjadi semua kerana dia dan sekarang dia menciptakan sebuah derita buat Atiqah.Ahh,kenapa lelaki ini tidak pernah fikir tentang perasaannya.Dia cuba menjadi isteri yang baik.Makan minuman dan pakaian disediakan cukup tidak ada ketinggalan walaupun dulu dia benci lelaki ini tapi dia sedar dia seorang isteri.Syurga itu di bawah telapak kaki suami,Atiqah mahu syurga bukan neraka yang ditempahnya.

Dayyan mengerutkan wajahnya.
"Kau tak sukakan kahwin dengan aku?"Soal Dayyan kasar.
"Jangan berdalihlah Dayyan.Aku cuba jadi isteri kau.Kau layan aku macam sampah.Aku tak larat hidup macam ni.kau sama je macam Ariff.Pengecut tahu sakitkan hati perempuan je".

"Aku macam Ariff?hah..Aku bukan macam dia larh yang suka-suka hati fitnah orang tanpa sebab.Kalau kau nak tahu sebab dia la kita kahwin.Baguskan pakwe kesayangan kau uh."Sindir Dayyan.Dalam kelembutan dia bercakap tetapi perkataan yang diucapkan sinis.
Tergamam Atiqah.Ariff?Ariff yang laporkan semua ini.Patutlah pada hari dia ditangkap muka Ariff beria-ria persoalkan semua itu sebaliknya dia yang dalangi semua ini.Kau memang setan Ariff.

"Asal kau terkejut hah?"Jerkah Dayyan.Dia penat dengan perkahwinan ini,hatinya seolah-olah tertutup kerana dalam diam isterinya mencintai bekas tunang.Selepas selesai majlis pernikahan,Dayyan ternampak Atiqah menangis dan mengucup gambar Ariff.Hatinya sakit dengan tindakan isteri yang baru dinikahi.Adakah perkahwinan ini tidak akan kekal?
Dayyan berkahwin bukan kerana mahu bercerai tetapi dia berkahwin untuk kekal,melengkapi antara satu sama lain.Kini,dia tewas dengan perasaannya sendiri.Dia hairan dengan dirinya sendiri,awal perkahwinan dia masih terima tetapi kenapa kini tidak.Ahhh,serabut.

"Kita perlu betulkan keadaan Dayyan".Atiqah berkata lembut.Kali ini dia tekad,dia akan pertahankan rumah tangganya dengan apa cara sekalipun.
"Kau nak hidup dengan aku?"Soal Dayyan agak sinis.Terlintas dihatinya seketika,isterinya ini sanggup bersama dengannya.Kalau ya,dia bersyukur ke hadrat Ilahi.Cinta?cinta boleh dipupuk.Kata orang tua,cinta selepas kahwin lebih manis dan kekal.

Atiqah mengangguk perlahan,air matanya diseka.Dayyan merenung tajam ke arah isterinya dan kakinya melangkah untuk menghampiri isterinya yang sedang tunduk.
"Tapi dengan satu syarat."Suara Dayyan masih lagi kedengaran tegas.
"Cakaplah".
"Kau kena lupakan dia".Ujar Dayyan.Dayyan tidak suka jika Atiqah terus mengingati lelaki itu,sebagai suami dia terasa tercabar.

"Saya dah lupakan dia sebaik kita bernikah.Saya hanya ada awak,awak suami saya bukan dia".Balas Atiqah tulus.Kata-katanya lahir daripada hati bukan sengaja mencipta perkataan.
Dayyan tersenyum senang.Jika ini diucapkan oleh isterinya,saat ini hatinya terus jatuh cinta.Tiada yang lain.Hanya dia.

"Awak bukan boneka Tiqah.Yang boleh dimainkan sesuka hati.Maafkan saya kerana tidak layan awak elok."
Jarinya kanannya membelai rambut Atiqah,bibirnya dibawa ke dahi dan seterusnya ke bibir.Lama.
Dia cukup puas dengan pengakuan Atiqah.

"Saya bukan boneka Dayyan.Saya nak cinta.Saya nak awak bahagiakan saya.Boleh?"Atiqah memberi permintaan.Matanya dikedip menandakan dia akan membahagiakan Atiqah.Atiqah memeluk erat,bersyukur apa yang ada.Tidak sia-sia dia menunggu selama ini.

"Saya dah jatuh cinta pada awak".Bisik Atiqah perlahan.Malu dengan luahan hatinya.Lelaki yang dia benci telah memberi dia kehidupan seribu makna.Lelaki inilah yang melindunginya disaat papa menamparnya.Terima kasih Dayyan.

"Saya percayakan awak".Ucap Atiqah.Pelukannya dieratkan lagi,dia amat memerlukan suaminya dan Dayyan turut membalas pelukan Atiqah.

                                      


                                                 Tamat


Jangan lupa tinggal komen ya



Tiada ulasan :

Catat Ulasan