Jumaat, 10 Februari 2012

kurnia 15

Perh,kalau wa cakap kat lu mesti lu tak caya punya tapi nih la yang wa hadapi.Aih,asal bahasa pelik je aku cakap nih..
Pelik arr mamat nih buat hati aku berdebar je.
Nur Amalina membebel dalam hatinya,suasana yang malap menambahkan suasana yang romantik.


Kain gaun yang meleret diperbetulkan sehabis mungkin.Skaf rambut dipegang sekejap.
Matanya meliar memandang dinding,hanya satu bilik makan ditempah oleh Miqael.
Semuanya kerana babah izinkan Miqael bawa dia ke sini.

"Miqael nih macam tau je babah ade kat rumah sewa aku..Babah nih pun satu".Rungut Nur Amalina di dalam hati.

Nur Amalina tidak berpuas hati dengan babahnya,sudahlah masa Miqael datang ke rumah sewa.Babah asyik senyum.
Dia sendiri hairan dengan kelakuan babahnya hari ini.

"Miqael nih mana,lambat betul la.Kata nak pergi tandas ke pergi cuci tandas."
Jari tangannya mengetuk meja.Bosan.
Bunga mawar yang ada di atas meja,diambil lalu dicium.Wangi.Dia rimas memakai gaun berwarna merah jambu tetapi dipaksa oleh babah.Ahh,bosan.

Miqael tersenyum melihat gelagat Nur Amalina yang tidak senang duduk.Hari ini,perasaannya akan diungkap.
Selepas ini,tidaklah dia susah hati.Hatinya berbunga riang.Mujurlah,babah dan papa berkomplot sama.Mudah sahaja urusannya utuk memiliki  Nur Amalina.

"Awak pergi tandas ke?bina tandas?"Sindir Nur Amalina,sebuah jelingan dihadiah.Miqael tersenyum.
"Aah saya pergi buat tandas.Senang untuk awak buat hal milik sendiri".Balas Miqael.
Nur Amalina mengetap bibir,geram mendengar jawapan Miqael.
"Saya rasa nak makan awak je".Ujar Nur Amalina geram.Mukanya masam kerana dipermainkan oleh Miqael.

"Hahaha,nak makan?makan lah..Lepas ni bukan setakat awak makan saya.Saya sendiri akan ngap awak".
Miqael ketawa terkekeh-kekeh,seronok dapat mengenakan gadis pujaannya.
"Huh".
Sakit hati apabila diri dipersendakan.Dijeling sekilas,lama-lama matanya boleh jadi juling dengan tingkah laku lelaki ini.

"Awak buat apa bawak saya ke sini?Eeee,seram sejuk tau tak badan saya nih".
"Larh,bukan saya bawak awak pergi rumah hantu pun".
Kuntuman bunga yang berada ditangan Nur Amalina diambil dan diletakkan di pasu bunga kecil.
"Ish".Nur Amalina mendengus.
"Kenapa?"Soal Miqael.Tangannya menyeluk poket.Bekas merah dihulurkan kepada Nur Amalina.
"Apa nih?"
"Bukaklah".

"Cincin?"Matanya merenung wajah Miqael.
"Will you marry me?"Ujar Miqael,anak matanya merenung dalam anak mata Nur Amalina.Bagaikan terpukau,Nur Amalina turut membalas dan dia sedar dengan keterlanjuran dia.Wajahnya menunduk,pipi putih merona merah.

"Macam orang putih,adushhh.Romantiknya,Miqael suka aku?Cam tak caya je."Monolong Nur Amalina di dalam hati.

"Awak setuju?"
"Erkkk."
"Orang tua-tua cakap.Kalau diam maknanya setuju".Miqael membuat telahan sendiri.
"mana ada.Tak semestinya."Nur Amalina segera memintas.Kotak cincin ditutup lalu dihulurkan kembali kepada Miqael.

"Kenapa?"
"ermmm".
"Awak ada orang lain?"Soal Miqael,dadanya sesak dengan pelbagai soalan.
"Eh".

Nur Amalina rasa mahu lari situasi sekarang.Lidahnya terkelu untuk bercakap.Terkejut dengan lamaran Miqael.
"Kalau awak ada orang lain.Tak semestinya saya tak boleh ambil awak dari dia kan.Awak bukan kahwin lagi.So lihatlah apa yang berlaku nanti.Maybe dia akan gigit jari lihat girlfriend dia kahwin dengan saya".Ujar Miqael yakin.


Haziq menaip sesuatu di I-phone kepunyaannya.Sungguh leka tanpa sedar kehadiran Nur Amalina.
"Ziq"
Wajahnya menoleh ke tepi.
"Kau nih kenapa Amal?Monyok je aku tengok.Ada masalah?"Tanya Haziq.I-phone diletakkan kembali ke dalam poket seluar jeans.Wajahnya sungguh bersahaja.
"
Tak ade la.Aku biasa je.Cuma kau tu je,dua tiga hari ni.Pelik aku tengok".Nur Amalina menukar topik.
   "Aik,aku pulak yang kena?"
   "Yela,perangai kau lain.Dulu selalu aku tengok kau dengan El tapi sekarang kau macam mengelak dengan dia?Pehal eh?
Soal Nur Amalina.Buku dikibaskan ke lehernya,panas.
"Yang kau sibuk panggil Miqael.El tu apa pasal?Selalu elergik je aku tengok.Sekarang          kemain".Ujar Haziq sinis.
Panas hatinya apabila Nur Amalina menyebut nama itu.Nama itu nama yang membuatkan dia sering kali mengalah tapi kali ini tidak mungkin.
"Aik".
Haziq bangun dari bangku meja,helmet dicapai.Petang nanti dia akan ke rumah gadis pujaan hatinya.
"Aku blah dulu lah."Haziq meminta diri untuk beredar dari situ.Nur Amalina mendengus.
Kenapa dengan Haziq,bosan betul dengan perangai dia.Selalunya tak.Nur Amalina menopang dagu mahu berangan sebentar sebelum masuk ke kelas seterusnya.

"Hai sayang".Ucap Haziq.Helmet diletakkan di atas meja.Senyuman terukir dibibir melihat gadis itu menonton televisyen.
Hati Suzana berdebar mendengar suara garau.Wajahnya segera berpaling ke belakang.
"Hei macam mana you boleh masuk rumah I?"Soal Suzana dengan suara tinggi.Dia segera bangun dari sofa dan berundur ke belakang.
Haziq mengoyangkan kunci,berdeting bunyinya.Mata kirinya dikenyitkan.

"Kita kahwin nak?"
"Aku tak nak kahwin dengan kau".Jerit Suzana.Kotak  tisu di balingkan ke arah Haziq.Haziq menyambutnya dengan tepat dan ketawa.
"Kau gila?Macam mana kalau kau mengandung anak aku?"
"Tak mungkin".
"Ikut suka hati kau lah.Aku dah tawarkan yang terbaik.Well aku balik dulu.Esok aku datang lagi eh".Ujar Haziq bersahaja.
Pintu dibuka dan dia sempat menghadiahkan ciuman terbang buat Suzana.
Sebaik Haziq keluar dari rumahnya,kepalanya dihantukkan ke dinding.Dia sudah tidak tahan dengan kelakuan Haziq.
Hampir setiap hari Haziq datang kerumahnya dan diminta layan seperti bayi.Air matanya mengalir.
"Aku kena kahwin juga dengan Haziq".Rintih hatinya..




Nota sebentar:
Assamualaikum,macam biasalah jangan lupa tinggalkan komen ya kerana anda adalah semangat saya.
Bab 14 dan bab 15 adalah tentang Haziq dan Suzana.Zatul sahaja menyelitkan kisah mereka.Zatul takut anda bosan dengan Nur Amalina dan Miqael jadi zatul selitkan kisah mereka.Dulu zatul ingat nak buat lain tapi terpaksa ubah.Harap anda suka..

Jangan kerana cinta tak terbalas kita jadi seperti Haziq.Fikirlah sebaik mungkin.

Sebelum tu.Zatul nak promote satu blog kat anda.


Ni link dia..Anda masuklah blog penulis ini.Cerita yang disampai memang lain.







2 ulasan :

  1. okayy.. tapi masih ade sikit kesalahan ejaan.. btw ain.. tegakkan tulisan tuh boleyh x?? tulisan dah okayy pown tapi biler senget, mood nak bce pown dah kurang.. neyh pdgn nina lah.. huhuhu sorie klu x suke

    BalasPadam
    Balasan
    1. xkisah la..jnji ain taw mana y pmbaca tak suka..thanks ya bri komn

      Padam