Isnin, 24 Jun 2013

Dia yang kau benci...








Adira membuka seledangnya dengan rakus.Cincin  dibuka lalu dicampak ke dinding.

"Tak guna punya jantan.Aku tak suka kau lah bodoh."Jerit Adira melepas perasaan.Sungguh,dia teramat benci akan Fadhil Ilham.Dia tidak rela menjadi isteri kepada lelaki itu.Dia terlalu jijik.

"Dira."Tegur Fadhil perlahan.

"Kau nak apa hah?"Tiada kata yang lembut untuk diucapkan pada lelaki itu.

"Dira."Sekali lagi Fadhil menyebut nama Adira dengan lembut.Mudah-mudahan wanita ini mengerti perasaan dia.

"Kau nak apa?kau nak apa hah?Tak cukup ke kau nak pisahkan aku dengan Izam."

"Dia bukan lelaki baik."

"Habis kau baik sangat ke?dah cukuplah.Aku muak.Pergi."

Mungkin Fadhil Ilham mengerti dengan perasaan isteri yang baru dinikahi pagi tadi.Dia tunduk mengutip cincin yang dicampakkan oleh Adira.

"kalau Dira benci sangat dengan Abang.Tolong simpan cincin ni."Ujar Fadhil perlahan.



Fadhil memejam mata.Sebak didada yang datang tidak terkira.Dia rela dihina oleh isteri yang baru dinikahi.Cinta itu amat pedih.Cinta halus dihati dan indah.Sekali dirasai kali ini.Pedih.

"Dira nak pergi mana?"Soal Fadhil lembut.
"Suka hati akulah."
"Kita kan dah kahwin."
"Dalam kertas je la ."
"Dira.Kita bukan kahwin atas kertas Dira.Kita kahwin dalam kata erti yang sebenar."Jelas Fadhil Ilham.Wajahnya masih tenang walaupun nada suara isterinya meninggi.

"So what?Kau yang gatal nak kahwin dengan aku kan?So kau tanggunglah apa yang terjadi lepasni."Sungguh angkuh Adira berkata-kata.
"Dosa dan pahala.Mana Dira nak letak?"
"Aku tak kisahlah dengan dosa kau tu bodoh."Jerit Adira lantang.

Pangggg..

Sebuah penampar dihadiahkan pada pipi Adira.
Adira tersenyum sinis.Pipi dipegang lalu digosok kasar.

"Kau tampar aku?Sekarang baru kau tahu aku siapa kan?So selamat hidup dalam dunia neraka kau tu Fadhil.Sampai mati pun aku tak kan terima kau..Sampai mati pun...Kau ingat tu sampai mati pun."

Selepas kata-kata Adira berakhir.Adira melangkah pergi.Sempat lagi senyuma sinis diberi buat sang suami.

Fadhil Ilham tidak mampu berkata.Dia sengaja mencipta situasi ini demi sebuah keselematan.Demi Adira,orang sekeliling sanggup diketepikan.Nasihat dibiarkan berlalu tanpa disambut.




"Well bro.Bravo...Tahniah sebab kau dapat miliki Adira tapi satu je kau kena ingat Adira tetap aku punya.Dia tak akan dengar cakap kau."Ujar Ameer sinis.Hak akan dituntut walau apa pun yang terjadi.Dia tak akan lepaskan Adira begitu sahaja.

"Kau pasti Meer?Kau akan mengalah punya.Dia tu hak aku.Aku boleh buat apa sahaja."Balas Fadhil Ilham bersahaja.Tidak rapuh hatinya mendengar kata-kata angkuh Ameer.Dia sudah lali.

"Kau hanya dapat jasad tapi aku dapat cinta dia.Ada faham???Kasihan kau kan.Kahwin dengan perempuan yang tak cintakan kau.Boooo."

Fadhil Ilham mengangkat kening tinggi.Dia tersenyum sinis.Hati Fadhil Ilham langsung tidak terkesan dengan ujaran Ameer malah galak menyakat lelaki itu.

"Okey jugak.Kau tu dapat sepah je.Sekurang-kurangnya aku dapat madu.Kau ada?"

"Aku tak kisah janji aku dapat dia."

"Kasihan kau kan.Sebab dendam kau jadi bodoh..iSh..ish.."Fadhil Ilham mengelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.Ameer yang melihat berasa sakit hati.Tak guna punya Fadhil Ilham.

"Kau dengar pesanan aku ni ya.Aku akan buat dia tersungkur di kaki aku.Kau tengok je la pada masa yang sama kau akan menderita."

"Yeke?Okey wait and see.Aku tunggu."Ujar Fadhil Ilham sambil mengusap dagunya.

"Kau...Kau pasti menyesal."







Pensel dijari kiri diletakkan kembali.Otak ligat berfikir namun tiada satu idea yang masuk.Dia benar-benar serabut dengan kata-kata lelaki tak guna itu.Kalau ikutkan hati.Ingin sahaja dia memberi hadiah penumbuk tapi disabarkan hati agar lebih bertenang.Fadhil Ilham tidak akan mudah melatah.Dia akan menghadapi cabaran yang bakal berlaku.

"Kau kenapa Il?masih fikirkan problem tu?Just cool beb.Aku tahu kau boleh."

"Thanks bro.Kau sentiasa support aku."

Yusof tersenyum.Bangga mendengar pujian sahabat baik.Masakan dia ingin melemahkan semangat Fadhil Ilham.Fadhil Ilham itu sahabat baiknya dari kecil sehingga besar.Tidak mungkin dia akan pergi jauh jika lelaki ini amat memerlukannya




Assalamualaikum..ada siapa2 yang rindukan karya saya?saya harap ada yang sudi merindu..Maaf kerana menyepi saya ada masalah teknikal sikit.karya ini adalah cerpen bersiri.Insyaallah ada masa saya akan update lagi.Harap juga ada yang sudi menunggu..Maaf jika tak menepati citarasa anda.Saya sedang cuba yang terbaik...Komen anda sangat diperlukan

9 ulasan :