Selasa, 29 Mei 2012

Luka

Assalamualaikum...wah dah lama tak terjah blog ni...Ingatkan dapat tamatkan PLKN selama 3 bulan tapi Allah penentu segalanya...Baru 1 seminggu duduk di PLKN terus pulang untuk sambung belajar...
Jadi dapatlah terjah blog ni sementara tidak busy sangat...
So enjoy baca cerpen ni walaupun tak seberapa.Maaf kalau cerpen ini tidak best..Hope ada yang sudi komen...



Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya-Pujangga cinta.


            Dayini berlari sekuat hati.Kalau boleh dia tak nak berhenti.Hatinya terlalu terseksa dengan semua ini.Pertunangan yang ke dua kali tidak menjadi.Baru beberapa bulan sahaja dia merasai nikmat bercinta dan akhirnya hancur berderai.Nikmat bercinta?Bahagia tidak pernah berpihak padanya.

            Dayini jatuh terduduk.Pasir digengam kemas,air mata mengalir deras tanpa diseka.Kenapa ini yang terjadi pada dirinya?Pengalaman dulu menyeksakan dan kini juga begitu.Teringat kembali dengan pertunangan yang dulu.Tunangnya curang dan berkahwin dengan orang lain.Seksanya jiwa.

            Pertunangan yang terbaru juga begitu.Sakitnya hati.Dadanya disentuh,degupan jantung dirasa.Mata terpejam rapat.Ingin hilangkan kesakitan yang datang.

Maafkan I.I dah ada wanita lain.I akui I memang sayangkan you tapi I sedar you bukan cinta hati I.

              Mudahnya lafaz itu.Bagaikan sampah yang Dayini rasa.

Esok..I akan hantar parents I untuk memutuskan cara yang baik Day.I harap you boleh lupakan I.Maafkan I sekali lagi.
           
            Dayini buka mata perlahan-lahan.Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya.Apa yang hendak dikata pada ibu bapanya?Malu menerjah dalam diri.Tidak layakkah cinta hadir dalam dirinya?Mana janji setia yang sering diungkap?Mana lafaz sayang dan cinta?Kenapa mesti perpisahan yang dipinta.Kejamnya lelaki.
            
         “Sabarlah nak.Bukan jodoh Dayini lagi.Lelaki itu bukan lelaki yang baik.”Ujar Puan Maznah.Tangannya mengusap bahu Dayini.Simpati pada anak perempuan.Kasihan,itulah yang dibisikan dalam hati.Hati anaknya dilukai dua kali.
            
           “Ma..Dayini memang tak layak bercinta ke?”Soal Dayini perlahan.Mata yang bengkak akibat menangis dipejam.Lemah badan untuk menerima hakikat dan.
            
           “Nak..Tak baik cakap macam tu.Jodoh untuk Dayini belum datang lagi.Itu bukan jodoh Dayini.Redalah pada dia nak.Tak baik kita mengeluh.”Nasihat Puan Maznah lembut.Berharap agar Dayini mengerti dengan kata-katanya.
            
              “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Dayini jangan ragu-ragu dengan jodoh Allah.Dayini kan baik orangnya.Sebab itulah Allah nak hadiah Dayini lelaki yang baik.”Ujar Puan Maznah.
            
                 Ujaran Puan Maznah meresap dijiwa Dayini.Kepalanya diangguk perlahan.Akhirnya Dayini terlelap diriba Puan Maznah.Apa yang dirasai oleh Dayini turut dirasai Puan Maznah.


            Adif mengeluh perlahan.Menyesal dengan perpisahan yang dipinta.Disangka jumpa permata rupanya kaca yang dijumpai.Apa khabar Dayini sekarang.Adakah baik-baik sahaja?
Semalam penentu segalanya.Perempuan itu curang padanya.Adakah ini balasan?Balasan dia mecurangi Dayini?

Padangannya jatuh pada anak patung pemberian Dayini.Hadiah itu masih tersimpan kemas di atas meja.Tiada tanda-tanda dia mahu buang atau pulangkan pada Dayini.Dia sayangkan pemberian Dayini tapi kenapa dia tergamak melukakan sekeping hati.Entahlah,dia tida jawapan.

“Day.I masih sayangkan you.Maafkan I.”Ucap Adif.


Dayini terpandang bayangan lelaki itu.Hatinya sudah kosong.Kesakitan yang ada telah hilang.Dia maafkan lelaki itu.Setelah beberapa bulan,hari ini dia terjumpa lelaki itu.Kakinya mengorak langkah meninggalkan pejabat.

Adif menoleh ke belakang dan tersedar bayangan Dayini.Matanya sayu melihat langkah Dayini.Untuk mengejar Dayini tidak mungkin baginya kerana badannya kaku.Tiada daya untuk mengejar Dayini.
“Day.Maafkan I.”

Dayini mengetap bibir menahan marah.Apa lagi alasan lelaki ini?Hadir sekadar untuk menyakitkan hatinya?Itu tidak akan berlaku lagi.Sekadar kemaafan yang dipinta?setakat itu,dia boleh bagi tapi untuk memberi hatinya sekali lagi.Itu tidak akan.
            
           “Kita mulakan hidup baru.”Ujar Adif.Senangnya berkata-kata tapi tunaikan susah.

Dayini tersenyum sinis.Lelaki tidak sedar diri.Dia ingat aku anak patung.Dia ingat aku tidak ada perasaan.Menerima dia akan menambahkan luka lama.
           
“Kita tidak ada jodoh Adif.”

“Tapi.”

“Tapi?apa tapi?tak ada tapi lah Adif.Hidup kau.Hidup kau.Hidup aku.Hidup aku.”Keras suara Dayini.Tiada lagi panggilan lembut untuk bekas tunang.

“Berikan peluang kedua.”
            
          “Peluang kedua?Aku rasa kau tidak layak.Aku bertunang dengan kau selalu menempah maut.kalau ada keindahan mungkin dihadapan keluarga.Dibelakang?kau buat aku macam pakai buang.Kau  ingat aku apa?cukuplah,sekali.Dah dua kali aku merana.”Tegas Dayini mengeluarkan suara.Luahan hati yang diselang-seli dengan ketegasan.

Adif menghembuskan nafas.Tiada lagi uacapan yang dikeluarkan.Luahan hati yang didengari cukup menyeksakan hatinya.Salahnya juga kerana tidak pernah menghargai.Salahnya juga kerana tidak pernah ikhlas bercinta dengan Dayini.Bertunang dengan Dayini atas kehendak keluarga dan Dayini sendiri tidak pernah mengetahui tentang itu.
           
       Cinta untuk lelaki ini telah mati dihatinya sejak pertunangan itu putus.Tiada lagi kata yang perlu diucapkan.Bukan jodoh aku dan dia.Peluang?Adakah wajar dia memberikan peluang terhadap lelaki ini?Huh.Tidak akan.Lelaki ini tidak ikhlas terhadapnya.
           
              Dayini memandang sekilas wajah Adif.Sebuah senyuman dilemparkan.

          “Maaflah.Kita tidak ada jodoh.Insyaallah,jodoh itu akan datang jika waktunya sampai.You bukan jodoh I dan I bukan jodoh you.I pergi dulu.Assalamualaikum.”Bersahaja Dayini berkata,pertemuan terakhir dan ucapan terakhir.Ujarannya lembut.Luka lama ditinggalkan disini sahaja.Kebahagian masih ada diluar sana.
            
               Dayini angkat kaki.Sebuah senyuman kelegaan hadir didalam hatinya.Dia ingin memiliki kebahagian bukan seksaan.Jadi,selamat tinggal derita.

            Adif   menundukkan wajah.Sebak dihatinya hanya dia yang tahu.Sesal tidak berguna,masa sudah berlalu.Peluang untuknya tiada lagi.Andai dapat diputarkan masa,dia orang pertama yang ingin mengubah.Andai dia penulis novel,dia akan mengakhiri sebuah jalan cerita yang bahagia tapi itu semua hanyalah “ANDAI.”Realitinya,sakit.
            
              Dia memegang dada.Cuba merasa degupan jantung.Sakitnya rasa,pedihnya.Duri yang mencengkam tidak dapat dipisahkan.Biarlah semua ini berlalu dengan pantas.Pengalaman ini adalah pengajaran untuknya.Hati dan perasaan seseorang perlu dijaga dan bukannya dimainkan.Sesal yang dirasa.
            
                      Adif melangkah pergi.Dia mendoakan yang terbaik untuk Dayini.


                   Cinta tidak selalu bersatu.Kalau cinta itu pergi bermakna bukan dia jodoh kita.Kalau kita menjadi seorang penulis skrip atau penulis novel sudah tentu jalan cerita yang sedih akan diakhiri dengan kebahagian.Mungkin belum tentu lagi penulis novel itu atau penulis skrip akan menamatkan cerita dengan kebahagian mungkin dengan kesedihan.Terpulang kepada tuan punya
cerita.Hakikatnya,hidup ini perlu berpijak pada dunia yang fana dan bukannya di alam mimpi.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat-Pujangga cinta..

Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda-Pujangga …







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me