"kahwin"

"ya.Cara ini untuk kau lupakan Ria"


Ayat itu diulang berkali-kali dalam minda.kahwin.Kahwin dan lupakan Aria.Semudah tu je?

Fikri Aidil memusing badannya ke kiri dan ke kanan.Matanya belum mengantuk.Masih teringat perbualan antara dia dan Haikal.

Kepala berdenyut secara tiba-tiba.Entah mengapa,ayat itu  seolah-olah menjadi igauan baginya.Kepala dipicit perlahan.Denyutan masih tidak hilang.Fikri Aidil bangkit dari pembaringan.

"Kalau aku kahwin lagi.Aku dapat ke lupakan Ria?"Soal Fikri Aidil pada diri sendiri.Dia menoleh ke tepi.Melihat langsir terbuai dengan tiupan angin.Dia segera bangun lalu menutup tingkap.







"Aku rasa."Ujar Fikri Aidil terhenti.

Haikal tidak jadi menaip.Menunggu jawapan dari Fikri Aidil.

"Kahwin."

Haikal mengangguk perlahan.Masih menunggu ayat seterusnya dari Fikri Aidil.

"Aku rasa la kan.Cadangan kau tu okey ke?"

"Okey bagi aku..Tapi tak tahu bagi kau."

"Eh..eh..jap..jap..Kau serius nak kahwin?Kalau serius aku carikan."

"Hmmm."

"Aku tanya kau je."

"Pulak dah."

"Kau jelah yang kahwin."Fikri Aidil memberi cadangan.

"Kau gila."

Sergahan Haikal padanya hanya mengundang ketawa.Haikal hanya tersenyum.Tidak sangka perkataan yang muncul dari bibir membuatkan sahabatnya itu ketawa terbahak-bahak.











"Eh sory saya tak sengaja."Hanny Putri memohon maaf.

"Awak lagi."

"Eh sorry encik.Saya tak sengaja."

"Macam mana tak sengaja kalau gelabah semacam."Tegur Aidil Fikri.Kepala digeleng perlahan.Naik pening melihat gelagat gadis ini.Gelabah semacam.

"Hehe..Sorry saya tak sengaja."Ucap Hanny Putri sekali lagi.

"Lupakan je.Eh mana Dato?"

"Oh Dato masuk petang ni.Dia ada meeting dengan pelanggan."

"Oh."

"Encik ada nak pesan apa-apa?"Tanya Hanny Putri ramah.Bibir mengukir senyuman.

"Takde kot."

"Takde kot?"Soal Hanny Putri kembali.

"Awak ni kenapa?"

"Sorry."

Fikri Aidil tersenyum.Geli hati melihat tingkah gadis ini.



nota:jangan segan..jangan malu..tinggallah komen...Kerana anda,saya dapat membaiki kesilapan...
Maaf kalau terlampau pendek dan SELAMAT TAHUN BARU CINA.. :)