Jumaat, 8 Februari 2013

Untuk Mencintaimu 9














"Fik sayang Ria?"

Jari tangan Fikri Aidil digengam.Menanti jawapan dari kekasih hati.

"Ria rasa?"Soal Fikri Aidil kembali.Sengaja menduga hati Aria.Gila tak sayang.Aria adalah permata hati yang paling dicintai.Dunianya jauh berubah semenjak mengenali Aria.

"Ria hanya sayang pada orang yang sudi."
Jari kekasih hati dilepaskan perlahan.Protes dengan soalan Fikri Aidil.

"Kiranya Ria sayang pada yang sudilah."Ujar Fikri Aidil.

Jari jemari Fikri Aidil diraih kembali lalu dikucup mesra.Fikri Aidil tersenyum.Bahagia dengan perlakuan Aria.


Fikri Aidil tersenyum dari lamunan yang panjang.Rambutnya diusap perlahan.Kenangan itu datang lagi.Entah bila,kenangan itu pergi.

"Kau ingat dia lagi?"Soal Haikal.Dia asyik melihat Fikri Aidil yang leka dengan dunia khayalan.Ingin menegur,sudah berapa kali dia panggil nama lelaki ini tetapi tiada satu pun dia menjawap.

"Ada masalah dengan pengurusan ke?"Soal Fikri Aidil.Mengalih topik.

"Aku nak ajak kau lunch.Tapi kau tu dengan khayalan kau je."

Fikri Aidil tersenyum lemah.Pen diketuk perlahan.

"Aku rindu dia."Luah Fikri Aidil secara tiba-tiba.Perasaan tidak dapat dikawal dari terus mengingati bekas isteri.

"just forget."

"I don't know why.Aku tak tahu.Aku tak boleh lupa."

"Kenangan adalah masa lalu.Hari ini masa depan kau Fik."Haikal memberi nasihat.Mengerti dengan keadaan sahabat baik.

"Dah lah.Jom,kalau layan aku.Sampai esok pun tak sudah lagi."

"Tak pe aku paham."







Haikal makan dengan berselera tanpa memandang wajah Fikri Aidil.Fikri Aidil hanya menguis nasi dengan sudu.Tiada selera.

"Makanlah."Tegur Haikal setelah sedar dengan kelakuan Fikri Aidil.

"Takde selera."

"Nanti perut kau masuk angin.Tak boleh buat kerja pulak."

"Entahlah."

"Aku ada satu cadangan untuk kau."Haikal memberi cadangan.

"Apa dia?"

"Kahwin."Ujar Haikal.Perkataan itu yang terlintas dalam fikiran.

"Kau gila?"
Fikri Aidil terkejut dengan cadangan gila Haikal.Tidak mungkin,dia akan berkahwin lagi.Buat apa kalau kahwin tapi menyeksa bakal isterinya.Dia tidak rela.

"Ya.Cara ini adalah untuk kau lupakan Ria."

"Aku dah serik."
Cukuplah sekali.Dia tidak ingin terluka lagi.

"Lupakan yang lalu Fik."

Makanan yang terbiar,disuapkan ke mulut.Otaknya mencerna cadangan yang diberi oleh Haikal.






Jari Hanny Putri pantas menaip.Dia benar-benar terlupa dengan kerja ini.Bangun sahaja dari tidur,dia bergegas menyiapkan diri.Kerja harus diselesaikan dengan cepat.Matanya melihat jam di meja.Ada lagi 10 minit.Jarinya makin dipercepatkan.

"Kerja yang saya suruh buat tu.Dah siap Hanny Putri?"

Membulat mata Hanny Putri.Suara Dato' Aziz sudah kedengan dicuping telinga.

"Lagi 10 minit bos."

"Apa pendapat awak tentang Fikri Aidil?"Soal Dato' Aziz secara tiba-tiba.

Hairan dengan soalan Dato" Aziz.Jarinya berhentri menaip.Tercengang.

"Hah."

"Anak saudara saya."

"Oh."Satu perkataan yang keluar dari mult.Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.Adakah sesuai dengan hati atau cakap sahaja.

"Apa pendapat awak?"Soal Dato' aziz sekali lagi.

"Dia seorang yang yakin dan berwibawa."Ujar Hanny Putri.

"Oh."
Kaki Dato' Aziz melangkah ke pejabat.Jawapan Hanny sungguh jelas.

Hanny Putri terkebil-kebil.Hairan dengan soalan Dato' Aziz.

"Berwibawa?Aku tengok macam mayat hidup je sekarang."Omel Hanny Putri.Kerja yang tertangguh diteruskan 
kembali.


nota:jangan malu jangan segan...dipersilakan komen untuk kesalahan yang saya lakukan..
Maaf sebab lambat post entry..Saya terlalu busy dengan study.. :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan