Isnin, 31 Disember 2012

Lydia


Telah lama ku cari
Yang mampu teruhkan hati
Ku tahu ku tak muda lagi
Semoga belum terlambat

"Ceh lagu ni macam perli aku je."
jari tangannya mematikan suis radio.

"Kau tu memang dah tua..Cepat cari jodoh.Adik kau tu dah dua orang anak.Adik kau yang bongsu tu pun dah nak masuk 3.Kau tu,apa-apa pun tak ada.Asyik-asyik kerja.Macam la kerja tu bini kau.Boleh jaga makan pakai kau."Bebel Puan Hasmah.Anak yang sulung sudah berumur 30 tapi nak cakap tentang kahwin langsung tak pernah.Puas dipujuk dan dirayu,dia tetap buat tak endah.

"Mak kerja tu boleh dapat duit taw."

"Hah...Kau kalau tak menjawab tak sah.Eh aku dah berkenan lah dengan anak si Pak Mail tu.Adab dan bersopan je.Bagus apa.Bila aku nak pinangkan.Banyak betul alasan kau kan.

"Mak nak kahwin Azkar..bukannya mak..Kalau mak nak sangat.Apa kata minang untuk abah je."Jawab Azkar ringkas.Matanya pula dikenyitkan ke arah abah.

"Eh boleh jugak tu.Dapat bini muda."Abah Azkar iaitu Azman menjawab.Ibu jarinya dinaikkan menunjukkan dia menyokong kata-kata Azkar.

"Huh..Bapak dengan anak sama je.Menyakitkan hati."Rungut Puan Hasmah tidak berpuas hati.

"Anak bapak."Jawab mereka serentak.

Dengan perasaan sedikit bengang.Puan Hasmah mencubit peha kiri abah Azkar.

"Abahnya langsung tak boleh diharap."

Kata-kata itu hanya menjadi bahan jenaka dua beranak lalu melentus ketawa antara mereka.





********************************************************************************************************************************
********************************************************************************************************************************


"Awak Lydia kan?"Tanya Azkar meminta kepastian.Kalau tidak salah,betullah ini Lydia.Kawan masa di Universiti dulu merangkap kekasih tak jadi..Errr..kekasih tak jadi?

"Ye saya Lydia.Awak ni siapa eh?"Kening dinaikkan sedikit.Lelaki dihadapannya benar-benar mempunyai karisma.

"Saya Azkar.Muhammad Azkar Ahmad.Senior awak dulu masa awak tahun 3.Ingat tak?"

"Eh abang senior.Ingat..ingat.."
Masakan tidak ingat.Dia punyai perasaan terhadap lelaki ini tetapi malang lelaki ini mempunyai kekasih.Hari-hari keluar berdua bagaikan belangkas tapi rupa-rupanya lelaki ini sudah ada kekasih hati.

"Lydia...Kita satu team.Nampaknya hari-hari lah bekerjasama."

"Errrr."
Alamak.Habislah aku.Tapi buat derk sudahlah kan..




*******************************************************************************************************************************
*******************************************************************************************************************************




"Mak tak kira.Kau tetap kena kahwin."Tegas Puan Hasmah berkata-kata.

"Mak.Rileks la."

"Aku tak kira.Nanti mak pinangkan kau dengan pak Mail tu."

"Eh..eh..ok..ok..jangan..jangan pinangkan.Biar Azkar cari sendiri."




****************************************************************************************************************************


Azkar mengaru-garu kepalanya berkali-kali.Kahwin?Siapa pula dia nak cari.Habislah

Lydia

Nama itu yang terlintas dalam fikirannya.Ahhh..Gadis yang pernah dia sayang dan dicintai tapi tidak pernah menjadi kekasih hati disebabkan Lydia ingatkan dia mempunyai kekasih hati.Azkar sangat berharap agar dia tidak terlambat dan gadis itu tidak mempunyai kekasih hati...



********************************************************************************************************************************


"Lydia..Sebenarnya abang nak cakap sesuatu.Harap Lydia tak menolak."Azkar membuka bicara.Kedua-dua tangannya digengam erat.Jantungnya berdegup laju..Dia benar-benar berdebar dengan semua ini.Ini kali pertama dia meluahkan perasaan terhadap seorang gadis.Walaupun dia mempunyai pakej yang lengkap namun bukan itu alasan untuk dia bercinta.Dia ingin mencari cinta yang sejati.

"Cakaplah.Kenapa abang senior macam cemas je?"Tegur Lydia lambat-lambat.Hairan melihat tingkah bekas seniornya dulu.Selalu bersifat tenang waima dilanda masalah tetapi hari ini lain macam.

"Errr.Sudi tak Lydia jadi isteri abang?Maaflah abang ni tak pandai romantik.Abang pandai terus-terang je."
Akhirnya terluah juga isi hati dengan menyusun ayat yang sesuai.

Lydia blur.Tidak tahu nak kata apa.Gembira pun ada.Sedih pun ada.

"Lydia."Panggil Azkar lembut.

"Bukan abang senior dah berpunya ke?"Soal Lydia secara tiba-tiba.

"Mana ada.Lydia ni cinta pertama abang dari dulu sampai sekarang."

Lydia menelan air liurnya berkali-kali.Tapi gadis yang dia nampak dulu tu.

"Sudi tak Lydia menikah dengan abang."Tanya Azkar sekali lagi.

"Errrr."

"Atau Lydia dah berpunya."Soal Azkar agak kecewa.Tidak mungkin..Tidak mungkin..Patah hati kalau begini.

"Mana ada.Lydia single lagi."

"Dah tu?"

"Kalau Abang senior nak menikahi Lydia..Jumpalah Ibu bapa Lydia.Lydia kan milik dia orang.Ikut cara yang betul."Balas Lydia malu.Wajah manis tunduk memandang kaki meja.Sebuah senyuman manis terbit dibibir.

"Alhamdullilah."Azkar mengucap syukur.








Nota:Sebuah cerpen yang sangat pendek...Ada komen?jom komen...Maaf kalau tak best atau ada perkataan yang tidak sedap dibaca..Saya hanya budak baru belajar....
apa-apa pun saya nak ucapkan selamat tahun baru.Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya..Amin...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan