Sabtu, 1 Disember 2012

Edisi edit kurnia


BAB 11

            “Pejam,celik,pejam,celik.Cepatnya masa berlalu.Cuti  semesta
Sudah bermula.Yahooo,nasib baik lepas pejam,celik.Kalau pejam,celik lepas  tu  pejam.Macam  mana eh?Jawabnya innalillah.Aih apa yang aku merapu ni.”
Ngomel  Nur Amalina seorang  diri.

“Balik kampung  dengan abang Muizz”.Pesanan  ibu masih  segar diingatan.

            Nur Amalina tersengih-tersengih,seronok  dapat  jumpa babah dan ibu.Boleh melepaskan rindu  plus  tidur  dengan  ibu.hehe.Muizz  yang  tenang  memandu menoleh sekilas.
“Selalu orang gila je suka senyum sorang-sorang.”Ujar Muizz.
Terhenti senyuman dan  khayalan  Nur Amalina.Sampai hati abang  Muizz  katanya gila.Merajuk macam  ni.
“Ni mesti  teringat budak Ireland tu kan.”Tambah Muizz lagi.
Nur Amalina mengerutkan dahi,hampir bercantum kening hitamnya.
“Budak  Ireland  sape  tu?Setahu aku,aku mana ada kawan budak  Ireland.”Fikir Nur Amalina sejenak.
Muizz menoleh sekilas lagi,tercuit hatinya melihat muka Nur Amalina mencari jawapan.Buat-buat tak tahu pulak.Selalunya dialah juara cari fasal dengan budak tu.Dengar khabar anak orang kaya,bertuah  Nur Amalina.

            Setelah habis berfikir,Nur Amalina bertanya.Otaknya tidak dapat diproses lagi.
“Budak  Ireland?”Soal  Nur  Amalina lurus.Aku nyayuk ke?tak  kenal  kawan sendiri.
“Tak silap abang Izz,dia kawan Haziq.”
“OOO,mamat perasan  hensem  tu.”
Aih,asal aku  nak  ingat  kat mamat tu.Dah lah sengal tahap gaban.Entah pape,miang nak mampus.
“Mamat  perasan  hensem?”
“Nama dia Miqael.Dia tu miang tahu taka bang Izz.Tak ada masa Amal nak ingat dia.”Balas Nur Amalina sebal.

            Wajah Nur Amalina merah padam.Satu  hari suntuk,dia asyik dikenakan oleh Muizz.Sikit-sikit Miqael,sikit-sikit Miqael.Rasa nak bagi pelempang  je.Padi yang terbentang luas dipandang rakus.Kakinya dilunjurkan.Sedap duduk di pondok bertambah pula ditengah-tengah sawah padi.
Rumah  hujung  nun sana berdekatan dengan sawah padi,dibelakang ada kebun.Di sini atau di sana tempat lepak kegemarannnya.

            Dari jauh matanya menangkap sebuah  kereta  mewah  memasuki  halaman rumah.
Hendak kata saudara mara,tiada pula yang kaya kecuali pak ngah  tapi  mustahil.Orang tua tu baru datang semalam.Matanya dikecilnya untuk melihat  susuk tubuh  tetamu.
“Siapa tu?”Desis hatinya.

            Akhirnya,dia tidak menghiraukan  kedatangan tetamu.Ibu dan  babah  ada di rumah.Apa nak kisah.Matanya merenung sawah padi.Cantik,kehijaun.Nanti,dia mahu pergi ke tali air.
Dia duduk bersila menghadap rumah kayu dihujung sana.Kepalanya  disengetkan,susuk tubuh orang itu dikenali tetapi dia tidak  yakin.

            Satu  jam  Nur  Amalina menghabiskan masa di pondok.Otaknya dapat berehat  setelah penat dari  belajar.Dia bersyukur dilahirkan di sini,hidup yang sederhana dan kadang-kadang susah menyebabkan dia menghargai hidup.Tidak perlu berfoya-foya seperti teman yang lain.Mencapai cita-cita ialah matlamatnya.

            “Aik,kereta ni.”Bisik hatinya.Pada masa yang sama hatinya berdebar-debar.Entak kenapa,dia sendiri tidak tahu.Dia menilik keseluruhan badan  kereta mewah itu.Nissan  skyline.
Matanya terpaku,di permukaan  pintu rumah.Seorang lelaki berdiri sambil tersenyum.Adushhh..
Dia ada di kampung.

            “Kau buat apa di sini?”Soal Nur Amalina garang.Nur Amalina mencekak pinggang.Tidak puas hati dengan kehadiran  Miqael secara mengejut.
“Hei,kau tak boleh layan aku kasar-kasar.Aku kan tetamu.So,kau kena layan aku baik-baik bukan kasar macam ni.”
“Kau tu tetamu tak diundang tau  tak.”Mulutnya diherotkan sedikit.Miqael memang sengal.Benci dia.Miqael menjungkitkan kening,sebenarnya dia hendak cakap ada aku kisah.

            Kakinya melangkah  kearah  Nur Amalina.Dia tidak takut dengan jelingan  tajam  Nur Amalina malah ingin menyakat lagi gadis tomboy di hadapannya kini.
“Tak baik muka masam.Tak masuk rezeki taw.”
“Aku dengan kau  je.Dengan orang lain tak.”
“Aik.Dengan aku?bukan  kalau  kau  tak  jumpa aku satu saat,dah rindu.”
Nur Amalina mendengus marah.Rasa nak bagi penampar percuma.
“Aku benci kau lah weii.”
“Benci..Benci jugak tapi jangan menyesal tangkap cintan.”
“Geli aku.”
“Haha,now  geli.Bila dah jatuh cinta tak ada maknanya geli.”Balas Miqael selamba.Badannya disandarkan di tepi kereta.Miqael berpeluk tubuh,wajahnya ditundukkan  sedikit.Nur Amalina garang,dia suka.

            Nur Amalina mendongak sedikit kerana Miqael agak tinggi darinya.Agak-agak berapa ketinggian Miqael eh?180 cm?ke 185 cm?Tinggi tu..
Aku pun tinggi apa cuma tak setinggi Miqael ni.Sekali pandang,Miqael ni kacak orangnya.Erkkk..
“Eeeeeeeeeeeee.”Nur Amalina mengengam  kedua-dua  tangannya.Bibirnya  diketapkan.Sengal betul Si Miqael.

            Haziq cepat-cepat keluar dari rumah,kakinya melangkah  laju.Risau akan perangai Nur Amalina yang panas baran.
“Amal,aku ajak dia datang sini.”Haziq membela Miqael.
Belum sempat Nur Amalina bersuara,kedengaran suara lain yang bersuara.
“Wah-wah,seronok ye Amal.Pakwe datang.”Sakat Muizz yang berbaju hijau dan dikenakan dengan seluar pendek.Ditanggannya terdapat pancing dan baldi.
“Kau senyap boleh tak?”Bentak Nur Amalina.
“Malu la tu.”

            Haziq hanya melihat babak  pertengkaran antara mereka.Malas mahu masuk campur,karang  padah  jadinya.Lagi-lagi bila dia membawa Miqael balik kampung Nur Amalina.Silap-silap hari bulan kena bunuh dengan Nur Amalina.Alah,cakap je lebih tapi sebaliknya.
“Betul tu,dia malu tu.”Sampuk Miqael.
“Senang-senang,kau masuk minang Amal terus.Hah senang cerita.”Muizz memberi cadangan yang baik manakala wajah Nur Amalina sudah merah.
“Kau tengok tu pipi dia.Merahlah.Suka sebenarnya.”
Nur Amalina memandang Muizz tajam.Bila-bila masa boleh meletus perang dunia.
Miqael ketawa.Abang sepupu dah beri lampu hijau,tunggu babah dan ibu.Ngorat  ibu bapa dulu,baru anak.Miqael mengusap-ngusap dagunya.Cadangan yang bernas.Terima kasih abang.haha.

            “Woi,biawak.Tak ingilah aku  nak terima pinangan  mamat sengal ni.”Tegas Nur Amalina bersuara.Tak suka…tak suka tau  tak..Aku benci dia…Dasar mamat perasan hensem…huh..
Haziq tak mengeluarkan suara,dia hanya melihat babak diantara mereka.Dia mengaru-garu kepala.Serba salah.Akhir sekali,dia beredar dari situ.
“Jual mahal.”
“Dengan kau memang aku  jual mahal.”Balas Nur Amalina angkuh.Dia terus mengangkat kaki dari situ.
“Berlagak.”Jerit Miqael.
Muizz ketawa terkekek-kekek.Seronok dapat menyakat Amal.Kalau dia orang “jadi”,dia tidak kisah.Dapat bakal “adik ipar sepupu” kaya.
Miqael  tersenyum dan berjabat tangan dengan  Muizz.Hati senang meyh.Syukur dulu yang penting.Tidak disangka,urusannya akan dipermudahkan lagi.Orang tua yang didalam rumah harus diambil hati terlebih dahulu.Bukan senang nak nikah dengan anak dara orang.Miqael mula berangan.Ish,macam perempuan.

Nur Amalina hanya memandang gelagat Miqael dan Haziq yang sanggup menggopek kelapa apabila babahnya mengatakan mahu  membuat  rendang ayam,terus  sahaja mereka menawarkan dir i untuk  melakukan  kerja.Bagus juga budak bandar,Haziq dia tidak kisah sangat tapi Miqael boleh ke?
Miqael??bagaimana Miqael boleh berada dikampung.Ini semua gara-gara Miqael memujuk Haziq. Miqael mahu  merasa suasana  kampung dan  teringin sekali pergi ke kampung.

"Budak bandar kalau buat kerja kampung memang tunggang langgang".Desisnya.
Peluh hangat mengalir didahi Miqael lalu dikesat dengan tangan.Cuaca hari  ini  panas.Haziq pula mengibas tangannya  ke muka untuk menghilangkan panas.Datang ke kampung Nur Amalina adalah  kedua kali,yang pertama  adalah  semester  lepas.Hakikatnya,pengalaman  baru yang dapat  apabila bercuti di kampung dengan dapat menghirup udara yang segar.

"Dah siap?"Tanya babah kepada kedua-dua pemuda ini.Sebuah senyuman terukir dibibir waima mereka adalah  orang  bandar tetapi  sanggup menolongnya.Babah mengangguk-angguk kepala dan menghadiahkan sebuah senyuman.
"Sudah pakcik".Balas Miqael dan Haziq serentak.Kelapa yang sudah dikopek sebentar tadi disusun rapi disebelah pondok yang ditempatkan khas untuk buah kelapa.
"Nanti,2 biji kelapa ni tolong bagi kat mak cik.Mak cik ada kat dapur tu ha".Ujar Babah,mulutnya dimuncungkan menunjukkan  bahawa  ibu Nur Amalina ada di dapur.Miqael dan Haziq mengangguk kepala.

"Erkk,pak cik lepas nih.Boleh tak bawak kita orang pergi sawah?"Ujar Miqael,mukanya kelihatan  penuh berharap.Sebenarnya,ini kali pertama dia menjejak kakinya ke kampung.Papa dan mummy Miqael adalah orang bandar.Jadi  sewaktu  raya,Miqael hanya beraya dibandar atau di luar negara.
"Boleh Miqael.Nanti Pak cik bawakkan".
"Ermm.Terima kasih pak cik".Ucap Miqael ikhlas dengan senang hati.Hatinya benar-benar teruja.
"Pak cik.Saya?tak  nak ajak,tak akan Miqael saja".Ujar Haziq dalam  nada merajuk.
Babah Nur Amalina dan Miqael ketawa dengan sikap keanak-anakan Haziq.

Dari jauh,Nur Amalina memerhati kelakuan mereka.Sebuah senyuman terukir dalam diam.

Amal,nanti siang ayam".Ibu sudah memberi arahan.Tangannya ligat  mengupas bawang merah dan bawang putih.Selepas itu,bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Nur Amalina menggoreng ayam terlebih dahulu agar ayam tidak cepat basi apabila sudah menjadi rendang.Serbuk kunyit dan garam diletakkan pada ayam dan digaul lalu digorengkan.
"Amal,kelapa parut sudah diperah?"Tanya ibu.
"Belum bu".Jawab Nur Amalina.Api diperlahankan  agar  daging ayam tidak terlalu garing.
"Bawak kelapa parut.Jangan lupa ambil air sekali".Pesan Ibu.Sebaik sahaja mendengar arahan ibu,terus sahaja Nur Amalina menjalankan tugasnya.Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam sudah disiapkan.Kini,tinggal untuk memasak.

Bawang putih dan bawang merah ditumiskan terlebih dahulu.Selepas itu,dimasukkan bahan dan digorengkan sehingga berbau wangi.Setelah masak,bahan-bahan tadi.Ayam diletakkan dan serai.Dikacau-kacau  agar  tidak hangus dan tunggu kering.
Nur Amalina melihat ibunya memasak dan sesekali menolong.Kecur air liur apabila melihat rendang ayam sudah siap.
"Dah jangan mengada  nak meratah.Tunggu babah,Haziq dan Miqael balik dulu".Ujar ibu.
"Dia orang pergi mana?"
"Sawahlah.Miqael tu teringin sangat nak pergi sawah.Orang bandar katakan Amal.Bila tinggal kat kampung.Itu jadinya".Ibu berkata panjang.Mangkuk diambil untuk mengisi ayam.
"Nasi dah masak belum?"Soal ibu.
"Sudah bu".Jawab Nur Amalina ringkas.Nur Amalina mengambil mangkuk di rak bawah untuk mengisi nasi lalu dihidangkan ke atas meja makan.

"Sedap mak cik masak".Puji Miqael.Dicedok nasi kedalam pinggan.Sudah dua kali dia tambah.Lama betul,dia tidak merasa rendang ayam sejak tinggal di Itali  6 tahun dahulu.Nur Amalina hanya mencebik bibir mendengar kata-kata Miqael.Haziq pula sungguh leka menikmati makanan.
"Amal pandai masak tak mak cik?"Tanya Miqael secara tiba-tiba.
"Mamat nih,pasal apa pulak.Sibuk tanya aku pandai masak ke tidak".Rungut hati Nur Amalina.Wajahnya dimasamkan dan Miqael menaikkan kening ke arah Nur Amalina.Nur Amalina mendengus geram.
"Pandai memang pandai  Miqael tapi Amal nih pemalas.Ada satu hari tu,mak cik suruh dia masak.Ada ke patut ditinggalkan sekejap gara-gara nak tengok cerita.Apa lagi hangus la".Ibu Nur Amalina membuka bicara.Miqael tersenyum sinis,bertambah  sakit  hati  Nur Amalina melihat.
"Ibu."Tegur Nur Amalina.Mukanya dicemberutkan.Haziq hanya tersenyum mendengar bicara Ibu.Diteruskan suapan.

"Apa senyum-senyum  Ziq"Marah  Nur Amalina,ditunjukkan penumbuk.Babah membulatkan mata dan Nur Amalina senyap.
"Elok sangatlah tu,anak dara buat macam tu.Nak jadi betina ke jantan Amal?"Bebel Babah.Mukanya diseriuskan sehabis mungkin agak terkejut dengan tindakan kurang sopan Nur Amalina.
"Tak pe pak cik.Amal tu main-main je".Bela Haziq.Kesian  melihat Nur Amalina dimarahi oleh babah.
"Betul tu pak cik.Amal nih memang suka main-main".Miqael menyokong Haziq.
Nur Amalina menghabiskan suapan terakhir dan bangun dari kerusi.Sempat lagi dia menoleh memandang Miqael dan menghadiahkan sebuah jelingan  manja apabila Miqael  turut  sama memandangnya.Miqael tersenyum simpul dengan perangai Nur Amalina yang agak kasar.

"Kenapa senyum-senyum Miqael?Ada apa yang lucu ke?"Soal ibu pelik.
"Errr,tak ada apa-apa mak cik.Senyumkan satu sedekah".Miqael menjawab dengan sebuah senyuman manis.Hatinya lega apabila Ibu turut membalas dan tidak berkata lagi.
"Kamu dulu tinggal di Itali?"Tanya Babah.Nur Amalina pula membasuh pinggan  memasang telinga mendengar percakapan mereka.Hatinya terasa ingni tahu tentang latar belakang  Miqael.
"Yup pak cik.Masa umur saya 15  lagi.Saya sambung belajar disana tapi sebab ada masalah saya berhenti.Sambung belajar di Ireland dan saya belajar balik di sini.Masalah  selalu berlaku dalam hidup saya".Ujar Miqael.Air sirap diteguk  perlahan-lahan.
"Tak pelah Miqael.Masalah tu satu ujian pada kamu tapi kerana semangat kamu teruskan juga belajar.Pak cik bangga ada anak muda macam  kamu yang tidak mudah mengalah".Puji babah.

Nur Amalina yang sedang basuh  pinggan hanya tersenyum mendengar kata-kata babah.Babah seorang penasihat yang baik dan tak pernah melemahkan semangat orang lain.Teringat sewaktu  kecil dulu,dia pernah gagal tetapi babah member semangat.
"Terima kasih pak cik".
"Haziq tambah  lagi.Jangan  segan-segan".Ibu  Nur Amalina berkata kepada Haziq dan dihulurkan mangkuk yang berisi rendang ayam  kepada Haziq.Haziq menyambutnya dan kali ini hanya diratah ayam itu.Yummy,sedap betul.
"Mak cik kalau saya datang sini lagi.Jangan lupa masak rendang ayam."Pesan Haziq.Dicubit peha ayam lalu dimasukkan ke dalam mulut.Nur Amalina sudah melabuhkan punggungnya dikerusi tadi lalu meneguk air sirap.Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Haziq.Mereka terlalu murah dengan senyuman.

Nur Amalina bersenang lenang dipondok berhadapan pemandangan sawah padi yang sangat cantik.Nur Amalina menghirup udara dengan sepuas-puas hati.Matanya dipejamkan untuk menikmati udara yang sangat segar.
"Hei".Tegur satu suara.Nur Amalina terus menoleh ke arah satu suara yang menegurnya tadi.
"Assalamualaikum Wahai Encik Miqael bin Dato'Adam ".Ucap Nur Amalina dalam nada memerli.
Miqael hanya tersenyum mendengar bicara Nur Amalina.
"Lelaki ini murah dengan senyuman".Bisik hatinya.
"Waalaikummusalam wahai tuan puteri Nur Amalina Binti Norman".Balas Miqael.
"Eh mana awak tahu nama bapak saya".Nur Amalina mempamerkan wajah pelik.
"Lah kenapa perlu pelik?kalau nama bakal bapak mertua kenalah tahu nanti senang nak akad nikah.Tak adalah tergagap-gagap nanti sampai dua tiga kali.Nih pun tengah praktis".Usik Miqael,matanya dikenyit.
Nur Amalina jelirkan lidah dan mencubit bahu Miqael.
"Auchhh".Miqael mengaduh dan mengosok-gosok bahunya.
"Padan muka".Nur Amalina mengejek dan sekali lagi Miqael menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup ikhlas.
"Awak suka senyum ke?tak sakit ke mulut bila asyik senyum".
"Senyum sakit mulut?"Miqael ketawa terbahak-bahak mendengar soalan Nur Amalina.
"Hei".
"Senyum satu sedekah sayang"Miqael membalas soalan Nur Amalina dengan mudah.Miqael merenung wajah  Nur Amalina dalam.Timbul satu perasaan.Nur Amalina yang perasan dengan  renungan Miqael tertunduk malu.Walaupun  perangai agak kasar tetapi dia masih mempunyai perasaan yang lembut.
Petang ini,Nur Amalina dan Miqael berborak tanpa ada sedikit pergaduhan yang hanya ada adalah gelak ketawa.Nur Amalina tidak putus-putus menceritakan tentang kampungnya malah dibawa Miqael meronda satu kampung.Mujurlah ada dua buah basikal.
Haziq cemburu  melihat kemesraan Miqael dan Nur Amalina.Hatinya terasa dirobek-robek.Oh tidak.

            Dia tidak boleh meluahkan perasaan kepada Amal.Dia yang menyokong Miqael mengorat Nur Amalina.Bukan dia seorang penakut tetapi dia seorang yang setia persahabatan.Berapa ramai yang meluahkan perasaan terhadap teman baik dan  persahaban kecundang.Dia tidak  rela.Dia sayangkan Nur Amalina.Dia tahu Miqael boleh bahagiakan Nur Amalina.

            Miqael menyandarkan  badan  di kepala katil.Dia gembira hari ini,sudah lama dia tidak rasa seperti ini.Dia dan Nur Amalina berbual kosong tanpa ada perbalahan.Gelaran gadis tomboy akan ditukarkan kepada gadis manja.Hanya perwatakan  yang kasar hakikatnya tidak.Mengenali Nur Amalina pada hari ini umpama dia telah lama mengenali gadis itu.Jinak-jinak merpati.Jinak ditangan tetapi susah ditangkap.Kaki kirinya digoyangkan.Berbaloi,dia memujuk Haziq.
Hebat betul  penangan cinta Nur Amalina a.k.a  minah  tomboy..erk silap,gadis manja..sesuai kot.Pandangannya jatuh pada tepi katil.Mata Haziq terkebil-kebil memandang atap.Mulutnya menyepi tiada ujaran yang dikeluarkan.
BAB 12
Suzana  tidak  berselera makan malam.Dibiarkan sahaja spaghetti di atas meja.Tidak disentuh langsung,perutnya terasa sebu.Makanan ini adalah makanan kegemaran Miqael sewaktu dahulu.Dahulu Miqael selalu menyuruhnya masak.Katanya,Suzana masak spaghetti sedap dan Miqael makan dengan penuh berselera.Kenangan itu muncul lagi dalam hidupnya.Tanpa disangka air matanya menitis,dibiarkan sahaja.Dia cukup terseksa dengan penderitaan ini.Makanan yang dimasak ini dibiarkan membazir.
"Miqael".Satu patah perkataan muncul dimulutnya.

Kenangan lalu menjelma lagi…

"Su,esok masak El spaghetti".Ujar Miqael manja.Direnung kekasih itu dengan penuh kasih-sayang.Dipegang jari runcing itu lalu dikucup.
"I love you sayang".Ucap Miqael romantis.Berbunga riang hati Suzana mendengar ucapan Miqael.
"Esok,Su masakkan oke.Love you  too".Balas Suzana gembira.
"Su  masak sedap  taw".Puji Miqael.Kepalanya direbahkan ke atas rumput.Di sinilah tempat Miqael dan Suzana selalu berjumpa.Di taman bunga dan  terdapat sebuah air terjun yang cukup indah.
"Bodek  su  ya?"
"El ikhlas sayang".

Matanya dicelikkan,susah untuk mengusir kenangan itu.Kalaulah dapat diundurkan masa,dia akan perbaikkan segalanya.Ini bukan dunia khayalan yang boleh pergi ke masa lalu ini adalah dunia yang fana.Dunia yang harus manusia berpijak di alam  yang  nyata.

            Sakitnya hati  melakukan  kesilapan.Hatinya terasa dirobek-robek dengan kejam.Adakah peluang ke dua untuk dia tiada?Kelopak matanya mengerdip perlahan,air mata menitis perlahan.Jarinya bermain dengan permukaan gelas.Jiwanya melayang perlahan-lahan dan bummmm..Gelas pecah.Hatinya remuk seperti itu.Lebih remuk dari itu.Perbuatan yang dilakukan oleh Suzana adalah  tidak wajar kerana dia harus sedar.Apa yang diimpikan tidak semestinya tercapai.

"Miqael".Panggil satu suara dengan sayu.Wajahnya penuh dengan kesedihan.
Miqael yang baru pulang dari kampung Nur Amalina,menoleh kebelakang.Berubah air muka apabila melihat  perempuan  ini.Sebuah  senyuman sinis dilemparkan.Menyampah mula menjelma dalam dirinya.

"Kau nak apa lagi betina?Tak cukup lagi ke kau nak  seksa hidup aku?"Ujar Miqael keras.Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia menampar  perempuan ini.
"Sampai hati you,El".Luah Suzana.Wajahnya sayu memandang ke arah Miqael dengan  penuh kerinduan.
Miqael mendengus kasar dan tanpa menoleh lagi,kakinya melangkah masuk ke dalam rumah mewah.Beg di dalam kereta di sebelah penumpang dibiarkan sahaja.Nanti boleh ambil yang penting dia ingin cepat-cepat berlalu dari sini.

"Miqael".Jerit Suzana kuat.
"Jangan buat I macam nih.Su sayang sangat dengan miqael.Su tak boleh hidup tanpa El tahu tak".Luah Suzana dalam sedu.Air matanya mengalir lagi.
Miqael mengeluh perlahan,hatinya cukup terseksa.
"Sudahlah Su,hidup kita da berakhir.Biarlah I cari kebahagian I sendiri.Su carilah kebahagian Su."Ujar Miqael lembut tanpa menoleh ke arah Suzana.Matanya dipejam sekejap untuk mencari kekuatan.kali kedua,dia mengeluh lagi.
"Su tak nak El.Su nak El,Su nak El.Tolonglah jangan buat Su macam nih.Su nak El".Rayu Suzana,badannya jatuh terjelopok.Wajahnya tunduk.
Miqael melangkah ke arah Suzana dan memegang kedua-dua tangan wanita itu untuk membantu Suzana bangun.Suzana hanya turut dan merenung Miqael.
"Su,dengar nih apa yang El nak cakap.Hubungan kita dah berakhir dan El tak nak hubungan kita seperti dulu.El dah cukup terseksa."Ujar Miqael dengan lembut dan matanya merenung ke anak mata Suzana.Suzana membalas renungan itu.
"Jangan cari El lagi".
"Tapi".
"Tolonglah Su".Ujar Miqael separuh merayu tapi dengarkah Suzana.Jari kasar Miqael mengesat air mata yang mengalir dengan sapu tangan.
"Ada orang yang lebih baik dari El".
"Su tak nak El".Jerit Suzana agak kuat.Tangannya menampar pipi kanan Miqael.Miqael bungkam,apa lagi yang hendak dikatakan.Hatinya sudah  tiada pada Suzana.Tidak mengertikah wanita ini.

“Sia-sia,Su menangis kerana El.El dah maafkan Su.El  da ada orang lain Suzana.Tolong jangan  ganggu El  lagi.”Ujar  Miqael  tenang.Dalam  diam,dia risau jika papa melihat.Hidupnya akan hancur lagi,hidup  jauh  dari  orang  yang disayangi.
Suzana masih berdegil,dia hanya mahu Miqael bukan orang lain.Dipegang lengan Miqael,matanya menatap mata Miqael meminta kepastian.Miqael merentap lengannya dari dipegang oleh Suzana.Sebuah tamparan dihadiahkan.Pipi kiri dan kedua pipi kanan.Dia harus menyedarkan perempuan tidak sedar diri ini.Tidak sedarkah dia bahawa dialah yang telah menghancurkan hati ini.Manusia yang buat salah selalunya susah untuk mengakui.

            Suzana tidak membalas atau mengelak.Dia biarkan sahaja,mungkin dengan cara ini Miqael akan berpuas hati.Miqael merengus,susah bahasa minah sekor ni.Ditolak badan Suzana.
“Kau pergi dari sini!”Jerkah Miqael.
“Miqael!”Jerit Nur Amalina kuat.Tegar hati Miqael menghalau dia dari rumah mewah ini.
“Kau dengar sini baik-baik betina.Selama ni aku sabar dengan perangai kau tahu tak.Aku cukup sabar.Aku biarkan  kau lukakan  hati aku,aku biarkan kau buat yang kau suka tapi apa yang aku dapat?Mama aku  meninggal sebab mama kau bodoh.Aku hampir kena buang keluarga sebab fitnah family u tau tak.Kau hancurkan hati aku.Mengenali kau memang sesuatu yang bodoh bagi aku.Kau pergi dari sini.Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.”Marah  Miqael.Matanya merah,sabarnya telah hilang.
“Pergi dari sini.”Ulang Miqael sekali lagi.

            Sepasang mata melihat drama percuma.Tersentak hatinya melihat Suzana.
“Suzana dah balik.”
                                                            BAB 13

              Nur Amalina melabuhkan punggungnya di tilam empuk ini.Ikatan rambut dibuka dan rambutnya dilurutkan perlahan dengan jari.Badannya direbahkan.Tadi,dia menumpang kereta Miqael.Sebuah senyuman terukir dibibirnya.Kenangan dikampung berlayar difikirannya bagai wayang.Untuk kedua kali dia tersenyum lagi.

                     Kenangan dikampung

              "Ehhh,Amal.Kalau aku nak cakap sesuatu boleh tak?"Ujar  Miqae l ragu-ragu.Nur Amalina leka memegang  pancing buatan  lalu menoleh ke sebelah apabil mendengar Miqael bersuara.
"Nak cakap cakap la.Tu pon nak mintak izin ke?selalu pakai redah  je".Balas Nur Amalina bersahaja.
"Kalau..".Ujar Miqael teragak-agak.Mulutnya bagaikan terkunci untuk berkata-kata lebih lanjut.
"Kalau apa?"Jerkah Nur Amalina tiba-tiba.Terkejut Miqael mendengar jerkahan  Nur Amalina,mujurlah dia tiada penyakit alamatnya sudah jalan.
"Kau nih buat terkejutkan aku jew la".
"Dah  kau  tu,kalau,kalau  macam budak-budak ribena."Bidas Nur Amalina dengan agak geram.
"Kalau aku nak kenal kau  lebih rapat boleh tak?"Tanya Miqael penuh berharap.Nyamuk yang hinggap ditangannya,ditampar.Ish tau lah aku hensem,ni main gigit pulak..So crazy…
"Macam aku dengan Haziq ya?nak jadi kawan baik.Okey je bro tapi sanggup ke  kau  nak  kawan dengan aku.Yela aku  nih jenis cakap lepas".Nur Amalina berterus terang.
"Erkkk tak,tak".
"Dah kau  nak  jad i kawan  cari pasal dengan aku?"Ujar Nur Amalina lantang.
Pehal dengan mamat sengal ni,Sejak bila jadi burung gagap…
"Eh,tak la Amal".
"Habis apa?"Soal Nur Amalina.Difokusnya pada aktiviti memancingnya.
"Aku nak kawan dengan lebih rapat".
"Lah samalah macam aku dengan Haziq.Kawan baik gitu."Balas Nur Amalina dengan lurus.
"Yela".Miqael mula mengalah.


                   Kini
Nur Amalina bangkit dari pembaringan.
"Betul lah.kawan macam aku dengan Haziq".Desis hatinya.
Kakinya melangkah ke almari pakaian lalu dibuka.Diambil baju T-shirt lengan pendek berwarna biru dan seluar  trek.Nur Amalina pergi ke bilik air untuk mandi dan  menunaikan solat asar.
“Mamat perasaan hensem tu memang hensem.”Bisik Nur Amalina nakal.Tak disangka,orang yang dibenci,orang itulah yang boleh baik dengannya.Tanpa pergaduha,mereka boleh menghabiskan  masa lapang bersama.

Selesai solat asar,Miqael turun ke dapur untuk minum.Tekaknya sungguh haus.
"Papa".Tegur Miqael.Dicapai cawan dikabinet atas.
"Awalnya papa balik hari ini".Ujar Miqael ramah.
"Kau tak suka aku balik awal ke?"Kedinginan jelas terpancar di wajah papa Miqael.Miqael bungkam  mendengar kata-kata itu.Hatinya sekali lagi menjadi pilu.
"Bukan papa.El cuma terkejut papa balik awal hari ini.Selalu papa busy.”
"Kalau aku balik awal.Itu bukan urusan kau.”Tengking Dato’ Adam
"Papa".
"Kau nak apa?Nak balik pada perempuan  tak  guna tu ke?Kalau  kau nak balik pada dia,aku kahwinkan kau dengan orang lain.Biar tak kaya pun asalkan  hati baik".Ujar Dato' Adam kasar.Miqael tidak jadi minum,cawan diletakkan di atas meja.
"Papa,bukan itu niat El.El takkan lukakan hati papa lagi".
"Huh".
"Pa walaupun apa yang terjadi El  tak kan  sesekali kembali pada dia.Itu janji El".Miqael mengikat janji.Tangan kanan Dato' Muzaffar dipegang  Miqael dan dikucup dengan penuh  kasih sayang.
"El hanya ada papa.El dah tak ada mama."Sayu sungguh suara Miqael.Tersentuh hati Dato' Adam dengan kata-kata anaknya.Ego tuanya masih ada dalam dirinya,tidak ditunjukkan kasih sayang pada anak ini malah  menarik kasar tangannya.Sekali lagi Miqael bungkam dengan kelakuan papanya.

               "Insyaallah papa.El akan lunaskan janji El dan El akan banggakan papa".Tekad Miqael.Wajahnya kembali bersemangat.Tiadakah peluang untuk dirinya atau papa betul-betul benci akan dirinya.Perasaan sedih bertamu dikalbu tetapi dibiarkan angin mengusirnya dengan lembut agar hatinya tiada tercedera lagi  dengan  masa lampau.
"Aku nak kau buktikan.Majukan syarikat aku kalau kau sudah habis belajar."
"Baik papa".Miqael menyahut cabaran yang diberi papanya.Cawan dimeja diambil dan dituang air putih.
"Malam nih ada tetamu,kawan papa dengan keluarganya.Papa harap kamu dapat turut sertai".Ujar Dato' Adam.Suaranya mulai kendur apabila bercakap dengan Miqael.

            Miqael meraup wajahnya berkali-kali,setelah selesai waktu makan malam.Dia meminta izin dari Dato’Adam  untuk  berehat di kamar.Mujurlah,reaksi Dato’Adam hanya biasa dan tetamu  yang diundang memahami.
Tangannya membuka laci meja.Tangannya tercari-cari sesuatu benda yang tidak penting dalam hidupnya.Sebuah album gambar diambil dan diletakkan diatas katil.Lama dia merenung album gambar.Album gambar yang belum dibakar atau dibuang.Sejuta kenangan tersemat di album gambar ini.

            Fikirannya merasuk untuk membuka lalu dia menyelak  satu  per satu dan seterusnya.Senyuman terukir dibibirnya.Kenangan bahagia dan kenangan itu telah berlalu tanpa dipinta.Matanya merenung sekeping gambar sewaktu  dia melamar  Suzana.Aksi Suzana yang terharu dengan menutup mulut.Cantik.Seribu kali sayang,hatinya telah tertutup untuk wanita jelita ini.Bertahun lamanya,dia cuba memujuk hati dan hatinya sudah berpunya.
Nur Amalina..Perwatakan yang kasar,garang dan comel.Seorang gadis ala-ala tomboy mencuri hatinya.Gadis ini harus dimiliki dengan segera.Gadis yang membuatkan hidupnya menjadi pelangi.Nur Amalina kalaulah  kau  tahu  perasaan aku.

            Album gambar disimpankan kembali.Esok,dia akan bakar benda alah ini.



nota sebentar:maafkan saya disebabkan sudah lama tidak ada entry baru di blog ini dan ada beberapa entry yang tertangguh disebabkan realiti yang seperti mimipi.
Insyaallah..saya akan kembali menulis seperti sedia kala dan mencari ilham..

Realiti dihadapan itu adalah mimpi yang tak berapa indah bagi saya..Setelah sedar,barulah saya tahu.Banyak lagi matlamat yang saya perlu capai.Mungkin selepas ini saya tidak akan berkawan lagi dengan orang yang cuba membawa saya ke realiti yang seperti fantasi itu..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan