Selasa, 18 Disember 2012

kurnia 25













KURNIA BAB AKHIR....








Air mata menitis perlahan pantas diseka.Tiada lagi kata yang indah melainkan ucap 
Alhamdullilah.Dia bersyukur dengan perjalanan ini.Dia bersyukur dengan hati ini bahawa dia telah jatuh cinta dengan suaminya sendiri iaitu Miqael.Hanya dengan satu lafaz sahaja,dia sah menjadi lelaki itu.Dia bukan lagi milik babah dan ibu.Dia milik suaminya.


Dengan sekali lafaz sahaja.Miqael dan Nur Amalina sah menjadi pasangan suami isteri.Selepas ini,mereka berdua akan melalui fasa kehidupan yang baru.


Air mata yang menitis di pipi Nur Amalina,diseka oleh Miqael.Dahi Nur Amalina dikucup sayang.

"Jangan menangis sayang."Bisik Miqael romantik.

Nur Amalina menatap mata Miqael.Miqael hanya tersenyum bahagia.Sesungguhnya,dia merasakan bahagia ketika ini.Tiada lagi ucapan yang perli dilafazkan.Hanya kesyukuran yang diucapkan.

"Sayang.I love you.Terima kasih sebab terima abang.Selagi ada nyawa pada jasad abang.Selagi itu abang akan jaga sayang seperti mana babah dan ibu jaga sayang.Insyaallah.Abang akan pegang janji abang."Lafaz Miqael.Jari isteri dikucup satu per satu.Betapa dia amat menyayangi Nur Amalina.


Nur Amalina merasakan satu perasaan halus menjelma dalam dirinya.Terharu.Dia terharu dengan kata-kata itu.Kata-kata seorang suami.

"Abang.Terima kasih sebab terima Amal yang serba kekurangan."Ujar Nur Amalina membalas ungkapan Miqael sebentar tadi.




Selesai menyarung cincin dan pembatalan air sembahyang.Dato'Adam dan babah menjemput tetamu untuk makan.Akad nikah hanya di adakan di rumah babah iaitu kampung Nur Amalina.
Ibu dan babah terasa sebak di hati apabila anak tunggal terpaksa dilepaskan pada yang berhak.Mereka berdoa agar anak dan menantu saling hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

"Jaga Amal baik-baik ya Miqael.Kalau ada salah dan silap dia,tegurlah cara yang baik.Sebagai suami besar tanggungjawab kita.Maafkan babah dan ibu kalau ada yang terkurang pada Amal."Ujar Babah.Bahu Miqael ditepuk perlahan.Miqael pula tersenyum.Tiada yang terkurang pada Nur Amalina.Nur Amalina tertunduk.Sedih mendengar ujaran babah.Dia bukan lagi milik babah.


"Insyaallah babah.Selagi Miqael bernafas pada muka bumi ini akan Miqael jaga Amal seperti nyawa Miqael sendiri."
Kata-kata itu mengundang rasa pilu pada babah.Bukan pilu kerana Miqael melakukan perkara yang tidak elok tetapi terharu yang hadir pada hati tuanya.Dia percaya akan Miqael yang mampu menjaga Nur Amalina.


"Tiada yang kurang pada Nur Amalina babah.Jika dia ada yang kurang.Miqael apa kurangnya.Yang kurang itulah akan saling melengkapi."Tambah Miqael lagi untuk melengkapkan ujaran tadi.Dia tersenyum pada Nur Amalina.Matanya seolah-olah memberitahu bahawa dia adalah lelaki yang bertuah kerana memiliki Nur Amalina.


"Insyaallah.Anak saya akan jaga Amal dengan baik.Kalau tak.Tahulah saya nak kerjakan Miqael ni."Ujar Dato'Adam berseloroh.Dia juga turut senang hati dengan hari pernikahan ini.
Babah,ibu dan dato' Adam ketawa.Nur Amalina tersipu malu dan Miqael tersenyum.








"Bro tahniah bro."Ucap Haziq kepada Miqael.

"Tahniah El.Tahniah Amal.I ucapkan you all bahagia sampai ke akhir hayat."Suzana turut mengucapkannya.Tangannya tidak lepas dari memegang tangan Haziq.Miqael dan Nur Amalina saling berpandangan.Hairan melihat gelagat dan cara Suzana dan Haziq.





"Eh korang."Miqael dan Nur Amalina serentak berkata.

"Hehe.Amal..Miqael..Sebenarnya,aku nak bagitahu.Aku dan Su dah kahwin..Sekarang Su dah mengandung."Ujar Haziq berterus-terang.Biarlah apa yang nak dikatakan oleh pasangan suami isteri ini.Janji dia bahagia dengan Suzana.




"hah".

Mulut yang sedikit ternganga,ditutup.


Nur Amalina terkejut.Berita yang tidak dijangkakan saat hari pernikahan dia.Miqael tersenyum,tiada sebarang kejutan buatnya.Dia sudah tahu bahawa Haziq memang sukakan Suzana dari dulu.Usia bukan penghalang segalanya.




"Maafkan aku Amal sebab tak bagitahu kau.Aku terpaksa secret kan dari orang lain termasuk ibu aku sendiri disebabkan sebab-sebab tertentu.Harap kau paham."



"Its okey la.Tapi kau kena bawak aku hadiah mahal nanti sebagai tebus salah kau."Ujar Nur Amalina nakal.


"No problem la beb."


"Eh tahniah buat korang jugak.Dah mengandung dah Su ye.Tahniah sekali lagi."Ucap Miqael.

Suzana mengangguk.Suzana mengerti segalanya.Dia dan Miqael bukan diciptakan bersama tetapi dia diciptakan untuk Haziq.



"Mulai hari ini.Kita lupakan kenangan yang lalu.Kita dah punya pasangan masing-masing.So buka buku baru."Ujar Haziq untuk memecahkan kesunyian antara mereka.Dia juga sedar,perasaannya terhadap Nur Amalina hanya bersifat sementara dan kini dia jatuh cinta kali pertama pada Suzana iaitu cinta pertama dapat dimiliki.




"Oh ya.You all datang masa majlis sanding I bulan depan taw.Dah jadi penganting basi da."


"Okey apa.You dapat bersanding tiga orang lagi.Lagi-lagi bertuah anak you tu."Miqael berlelucon.








"Abang.Kenapa abang pilih sayang?"Soal Nur Amalina meminta kepastian.

"Laaa.Soalan lagi ni ke sayang."


Jari-jemari Nur Amalina menari-nari di dada bidang Miqael.Dia tidak puas mendengar pengakuan Miqael.Kalau boleh berkali-kali.

"okey..Abang bagitahu sayang kenapa dan lepas ni sayang jangan tanya okey?"

"Okey."Nur Amalina berjanji.Tangannya menunjukkan tanda sumpah.

"Sebab sayang adalah diri sayang sendiri dan abang pun tak tahu kenapa abang suka sayang."Ujar Miqael jujur.

"Tak tahu kenapa?"Tanya Nur Amalina.

"Yela.Kita jatuh cinta seseorang bukan sebab ada alasan.Yang abang tahu abang sayangkan dan cintakan sayang sangat-sangat."

"Okey alasan boleh diterima."


"Sayang.I love you so much."Bisik  Miqael romantis.
"I love you too.Sayang dah jatuh cinta pada abang."Ungkap Nur Amalina perlahan.
Akhirnya,cinta ini adalah untuk Miqael dan Nur Amalina.Ini semua adalah satu kurniaan.Semoga jalan mereka dipermudahkan kelak.
Cinta adalah satu anugerah yang perlu dijaga.










nota:Alhamdullilah...sudah dekat 1 tahun saya menulis tentang kurnia dan 1 tahun juga saya berkarya sebagai penulis jalanan..:)
Akhirnya..mini novel kurnia sudah sampai penghujungnya..
Insyaallah...Nanti saya akan postkan edisi edit kurnia..Edisi edit kurnia versi manuskrip..lbh kurang sama cuma ada yang lain sikit dari segi plot.Ada penambahan watak untuk memanjangkan jalan cerita..
Doakan yang terbaik buat saya..
Maaf kalau kurnia akhir ini tak best..Saya hanya buat yang terbaik...



Tiada ulasan :

Catat Ulasan