Khamis, 13 Disember 2012

kurnia 24











Suzana tidak senang duduk.Kakinya melangkah ke dapur dan seterusnya ke ruang tamu.Jam di dinding di pandang gelisah.Jam menunjukkan 12 malam tepat.

"Mana Haziq ni?cakap sebelum pukul 10 nak balik.Ni dah lewat."Terbit risau dalam hati.Perutnya dipegang dan sebuah senyuman terukir dari bibir.
"Anak mama.Mama sayang baby."Ucap Suzana.

"Mama tak tahu sama ada papa dapat terima baby atau tidak."

Suzana merebahkan badan di sofa.Sesekali mata melihat jam.Jam 12.10 minit tapi Haziq masih tidak muncul.Mungkin malam ini dia tidur rumah ibu bapanya.
Suzana bangun kembali.Rambut yang kusut dilurutkan dengan tangan.Dia ingin tidur.

Haziq menutup pintu bilik perlahan-lahan agar tidak menganggu tidur Suzana.Dia jalan terjengket-jengket.
"Sorry sayang.I mungkir janji dengan you.I tak maksudkan."
Sebuah ciuman singgah dipipi suzana.Kesal yang dirasakan kini.Lelah pula yang datang apabila terpaksa bahagikan masa antara keluarga,pelajaran dan isteri.Sampai bila kebohongan ini akan terhenti.Sampai Suzana disahkan mengandung?

Suzana membuka mata perlahan-lahan.Sedar apabila merasakan mukanya dibelai manja.

"you baru balik?you nak makan?"Tanya Suzana dengan suara serak basah.

"I dah makan kat rumah ibu tadi.sorry ya sayang.I mungkir janji lagi."Haziq memohon maaf akan janji yang telah dia mungkiri.

"Its okey.I paham."Balas Suzana lembut.Ciuman diberikan pada pipi Haziq.Dia terlalu menyayangi lelaki ini.Lelaki ini adalah suami yang sah.


"Kalau I nak cakap something.You marah tak?"

"Apa dia sayang  cakaplah."

Suzana menarik nafas.Perkara ini harus dirungkaikan sebelum dia memberitahu Haziq yang dia sedang mengandung.Dia ingin lepas dari semua rahsia ini.Suzana tak nak Haziq terseksa lagi.

"You.kita terus terang pada semua orang yang kita dah kahwin."

"You."Haziq terkejut dengan permintaan Suzana.Bukan dia tidak senang malah berkali-kali dia senang dengan permintaan ini cuma dia agak risau dengan penerimaan ibu bapanya.

"Kalau you tak nak.Tak apa.I tak kisah."

"Tak..tak..Bukan sayang.I terkejut je.I senang sangat dengan permintaan you tu.Tapi tunggu masa yang sesuai ya sayang."
Suzana mengangguk perlahan dan memeluk Haziq manja.Dia rasa tenang dengan penerimaan Haziq.

Suzana memegang tekaknya.Rasa loya dan kepala pening secara tiba-tiba.
Haziq hairan dengan tingkah Suzana yang kelam-kabut menuju ke bilik air.

"You demam ke sayang?"

"Errr.Mungkin masuk angin kut.Tadi I makan lambat."Suzana beralasan.Belakang Suzana diusap-usap perlahan untuk melegakannya.
"Kenapa makan lambat?Sengaja cari penyakit eh.Jom pergi klinik."

"Eh tak nak la.Lepas I makan panadol nanti.Eloklah.You picitkan kepala I ye."

"Okey sayang.Jom."
Haziq memimpin tangan Suzana.Romantik terlihat dari cara mereka berdua.Harap terus berkekalan.







"Tahniah.Bila you all nak kahwin ni?"Soal Haziq teruja.Seakan tidak percaya perkhabaran yang diterima dari Miqael dan Nur Amalina.Dari sebuah pentengkaran dan sahabat akhirnya menjadi sebuag cinta.

"Kau tengoklah tarikh dari sini."Ujar Nur Amalina.Kad kahwin warna merah jambu dihulurkan pada Haziq.

"Sebulan dari sekarang.Wah congrat korang.Tak percaya aku."

"Yup.Jangan tak datang tau."Nur Amalina mengingatkan Haziq.

"Eh,mestilah aku datang.Korang kan kawan baik aku.Giler aku tak nak datang.Karang ada jugak sang puteri tu merajuk bila tengok kawan baik tak datang."Ujar Haziq sinis.

"Kalau kau tak datang.Aku sekeh kau weiii."Ugut Nur Amalina.

"Eh awak tu dah nak jadi isteri orang cuba lembut sikit lah.El kau tengok Amal ni.Makin garang."
Miqael hanya menonton kelakuan Miqael dan Nur Amalina.Dia sedia tahu yang Nur Amalina rindu akan Haziq yang dulu.Haziq yang baru kini,jauh berbeza dari perangai dan cara.Matang.Itulah yang mampu ditafsirkan oleh suara hati Miqael.

"Ewah..Ewah..sedap kau kutuk aku eh?Haziq carilah calon isteri.Aku dah nak kahwin.Aku pun nak kau kahwin jugak taw."Ujar Nur Amalina nakal.Hati Nur Amalina hilang rindu dengan kemesraan yang dipamerkan oleh Haziq.Sungguh,Haziq banyak berubah.Haziq bukan Haziq yang dulu lagi.Dia rindu pada kenangan yang dulu.Kenangan yang tidak mungkin akan kembali.

"Ala kau tunggu lah nanti."

"Okey aku tunggu taw.Jangan mengelak pulak."

"Yela Amal."

Amal..Amal..kau tahu tak.Aku dah kahwin  dengan Suzana.Maaf ya aku terpaksa tipu kau untuk kepentingan aku dan Suzana.Aku harap kau tak marahkan aku..







"Anak ibu ni.Kenapa gelisah semacam.Ada apa-apa yang tak kena ke Ziq?"Soal ibu Haziq.

"Ibu..Ziq nak bagitahu ibu sesuatu.Ibu jangan marah tau."

"Cakaplah.Apa dia ziq."

"Ziq dah kahwin ibu."Jelas Haziq sedikit gelabah.

"Apa?"Jerit Datin Sharifah.Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Haziq.Bila dan dimana?dia berkahwin.Sampai hati Haziq ketepikan ibu.

"Ibu."Panggil Haziq.Dia menyentuh bahu ibunya.Perasaan bersalah menghantui diri Haziq.

"Bila Ziq?Bila?Sampai hati Ziq.Ketepikan ibu.Sampai hati."Sayu suara Datin sharifah.Tegar anak tunggal kesayangan melakukan ini terhadapnya.

"Maafkan Ziq Ibu.Ziq tak maksudkannya.Ziq tahu Ziq salah ibu.Maafkan Ziq.Ziq derhaka pada ibu.Ziq berdosa."

"Sudahlah Ziq.Perkara dah jadi.Bila Ziq kahwin sayang?"

"3 bulan yang lepas Ibu."

"Dengan siapa?"

"Suzana."

Datin  sharifah tersenyum..Tidak berguna dia memarahi Haziq,semuanya telah terjadi.Datin sharifah ingin Haziq bahagia dengan pilihan hati.
"Esok bawak Suzana jumpa ibu.Kita dinner sama-sama.Kenalkan dia pada ibu.

"Ibu tak marah pada Haziq?"Soal Haziq untu meminta kepastian.Dia risau dengan penerimaan Datin Sharifah terhadap Suzana.Dia tidak mahu Suzana terluka suatu hari nanti.

"Mula-mula memang ibu marah balik pada Haziq tapi benda dah berlaku.Ibu cuma berkecil hati dengan Ziq."Ujar Datin sharifah berterus terang.

"Ibu.Ziq baru nikah belum sanding lagi.Nanti ibu bereskan majlis perkahwinan Ziq eh bu."Haziq memberi cadangan.Mungkin dengan cara ini,Datin sharifah tidak berkecil hati lagi dengan sikapnya.Datin sharifah tersenyum.Pandai Haziq mengambil hati seorang ibu.Yang berlalu,biarlah berlalu.Haziq ada alasan yang tersendiri untuk melakukan perkara ini.

"Baiklah Ziq."

"Ibu kena tahu.Ziq sayangkan ibu.Tidak akan sesekali lagi,Ziq belakangkan ibu."
Tangan Datin sharifah dikucup lama.Haziq berdosa pada ibu.Haziq salah pada ibu dan Haziq juga salah pada DIA..
"Haziq minta maaf ibu."Sekali lagi Haziq memohon maaf.








Haziq mengusap-gusap perut Suzana yang sedikit menonjol.Hatinya lega dengan semua ini.Akhirnya,segala yang tersimpan rapi dapat juga dirungkai.

"Ziq..Su..Meh makan ni.Su kan teringin sangat nak makan pengat pisang."
Suzana tersenyum.Tidak diduga olehnya bahawa ibu mertua sudi menerimanya.Berkali-kali dia mengucap syukur.

"Ibu.Terima kasih kerana terima Su dalam keluarga ni."Ujar Suzana memecah kesepian.Datin sharifah pula tersenyum dan terus tersenyum.Bahagia menyelinap dihati.Pilihan hati Haziq adalah pilihan hati Suzana.

"Su adalah permata dalam keluarga ni sayang."Balas Datin sharifah.
Suzana bertuah memiliki ibu mertua yang penyayang.Dia bersyukur dengan semua ini.Apa yang terjadi dalam hidup adalah hikmah.
"Terima ibu."

"Ibu..sayang...esok majlis perkahwinan Miqael dan Amal.Jangan tak datang pula ye..Nanti merajuk pula singa betina ni."

"Mesti dia terkejutkan bila tengok kita berdua."

"Jangan pengsan si Amal tu.Sudahlah."
kata-kata Haziq itu mnengundang ketawa.Pecah berderai suara mereka di ruang dapur.








Setiap kehidupan pasti ada pengakhiran...Setiap cerita pasti ada kebahagian dan kesedihan.
Nur Amalina memejam mata rapat.Badannya agak mengigil sedikit.Dia takut untuk menempuh hari esok.Dia bakal menjadi isteri dan melaksanakan tanggungjawab.

"Wahai hati.Tabahlah di kau.Sesungguhnya ini jodoh untuk aku."Bisik Nur Amalina di dalam hati.
Dia mengambil wajah diatas meja lalu ditatap.Ada sesuatu yang menyelinap di dalam hati.Seorang lelaki yang berjaya mengetuk dan membuka pintu hati.Seorang lelaki yang berjaya memohon untuk mengambil hati ini.
Gambar pertunangan itu di dakap.Dia rasa bahagia.Tiada lagi ketakutan.







Miqael merenung langit malam.Bintang-bintang dilangit di bilang.Kerja gila yang tak pernah dilakukan selama ini.Esok adalah majlis pernikahan.Tidak sabar rasa hati.Kesedihan yang dahulu dibalas dengan kebahagian.Dia tidak menyesal atas yang terjadi pada masa dahulu.Ini adalah takdir.
Cinta yang pernah dilukai pada waktu dahulu dibalas dengan cinta yang ada.Jodoh,ya jodoh.Dia dijodohkan dengan Nur Amalina dan bukan dengan Suzana.
Tidak akan sesekali dia memperkosa cinta ini .Cinta yang diperolehi ini adalah kurnian Allah yang sangat istimewa.Dia mengucap syukur.Nur Amalina ialah kurniaan terhadapnya.

"Terima kasih Ya Allah."


Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan-Pujangga cinta





Nota:ehem3...tak sangka...mini novel ni nak smpai bab pengakhiran dan jangan lupa tunggu bab seterusnya...
:)

1 ulasan :

  1. best sgt, x saba nak tunggu bab akhir..chaiyok chaiyok..;)

    BalasPadam