Sabtu, 16 Mac 2013

UNTUK MENCINTAIMU 12












"Siapa jantan tu?Siapa?"Jerkah Fikri Aidil secara tiba-tiba.Hati benar-benar panas dengan tingkah Aria yang melampau batas.

"Kawan."Balas Aria bersahaja.Tiada wajah ketakutan dengan jerkahan suaminya.Aria hanya selamba dan tidak ada kesal di dalam hati.

"Kawan kau cakap.Dengan peluk cium macam tu.Kau ni kenapa hah?"

"Kau tanya aku kenapa?"Aria membalas dengan nada kasar.Dia berpeluk tubuh,wajah dimasamkan.Bengang dengan tindakan Fikri Aidil yang memarahinya.

"Kau tahu tak apa hukum kau kurang ajar dengan aku?Kau tahu tak syurga kau bawah telapak kaki aku."

"Ada aku kisah."
Jarinya menguak anak rambut jatuh.Senyuman terukir di bibir.Mengenangkan sikap bodoh Fikri Aidil yang sudi menerima dirinya.Dia langsung tidak cintakan Fikri Aidil.Yang ada hanya lakonan semata-mata untuk mengaburi mata bapanya.Ada apa pada harta Fikri Aidil?Aria tidak pandang semua tu.Dia memerlukan cinta.Cinta Fikri Aidil?Dia tak perlukan.Dia tidak pernah mencintai lelaki ini.

"Ria.Kau tahu tak aku sayangkan kau."

"Aku tahu tapi kau tu bodoh."

"Aria."Jerit Fikri Aidil.



"Astafillrullahaladzim."Fikri Aidil mengucap panjang.Dia memeluk kedua-dua lutut.Mimpi itu datang lagi.Entah kenapa dua malam berturut-turut mimpi yang sama ditayangkan dalam mimpi.

"Ya Allah."

Dia menarik nafas dalam-dalam.Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk menenang jiwanya yang sakit.Itu sahaja yang dia mampu lakukan setiap kali kenangan itu datang lagi.Dia bangun dari katil lalu kaki melangkah ke bilik air.Ingin mengambil wuduk dan mengerjakan solat tahajud.Semenjak dia bercerai dengan Aria.Hidup Fikri Aidil berubah,tidak lagi berfoya-foya dengan hidup.Dia sudah kembali ke jalan Allah.Benarlah setiap apa yang terjadi dalam hidup pasti ada hikmah.



Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad )







"Eh..Cam ne nak tak aku cari calon isteri?"

"Ehh..kau ni tak habis-habis lagi la.Stop kejap boleh tak?Pening aku ni."Rungut Fikri Aidil.Hampir setiap hari,Haikal menanyakan soalan yang sama.

"Aku tanya je."

"kau dah jumpa ke?"

"Errrr belum."Ujar Haikal dengan sengihan sumbing.Belum jumpa yang sesuai untuk sahabatnya.

"Dah tu kenapa kau tanya?"

Haikal tersengih lagi.Soalan cukup sinis di telinga.Bukan tidak mahu cari tapi tidak ada yang sesuai.Dia memerlukan gadis yang baik untuk Fikri Aidil.Bukan gadis yang entah apa-apa.

"Kau nak yang cantik eh?"

"perlu ke yang cantik jika hati tak cantik?"Soal Fikri Aidii kembali.

Haikal bertepuk tangan.Mungkin kagum dengan pertanyaan Fikri Aidil.Sedangkan sebelum ini,Fikri Aidil hanya mencari yang jelita dan seterusnya jatuh cinta.Semudah itu?

"Sejak bila kau berubah?"

"Sejak aku ditimpa musibah.Musibah itu mengajar aku tentang hidup."Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Fikri Aidil.Ya betul,kehilangan kedua-dua ibu bapanya mengajar untuk dia hidup lebih matang.Bercerai dengan Aria juga mengajar dia hidup di bumi yang nyata.Bukan lagi mimpi yang hanya fantasi.





Nota:Assalamualaikum..Maaf jika saya selalu letak entry lambat..Bukan apa terlalu busy dengan study sampaikan nak curi masa pun tak boleh..Lagi-lagi 2,3 minggu ni dugaan datang yang mencabar akal dan emosi saya..
Jangan lupa doakan yang baik-baik untuk saya...
SELAMAT MEMBACA.. :)