Selasa, 4 November 2014

Untuk mencintaimu 22







"Maaf ganggu.siapa kat sini nama Putri Hanny.Ada kiriman bunga dan coklat untuk anda."ujar satu suara agak kuat.Hampir satu pejabat ini boleh dengar.

"eh kau niel.haish.cakap slow sikit boleh?apa kau sudah pekak?" Muka Hanny Putri merah.Niel rakan pejabat hanya tersengih.Sengaja dikuatkan suara agar yang lain mendengar.Orang lain pula hanya ketawa dan berbisik sesama sendiri.

"Untunglah."Suara yang lain mula kedengaran.

"Ni kau punya pasal Niel."Marah Hanny Putri dengan sebuah jelingan.

"auww,tergoda I.you.Nah boy you bagi."Niel menghulurkan sejambak bunga dan coklat ke tangan Hanny Putri.

Hanny Putri menjengkil mata.Setahu dirinya,dia mana ada kekasih hati.kalau ada pun masa tingkatan satu.Itu hanya cinta monyet.Cinta remaja yang baru nak naik..Kisah yang berkurun lama.Orangnya pun sudah tidak ingat.

"siapa?"

"Haish.boy kau mana aku tahu.Entah pape lah kau ni."Rungut Niel.Soalan yang tak logik.

"Aku mana ada.."
Ayat yang dituturkan belum sempat habis,telefon bimbing berdering..Hanny Putri menekan punat hijau untuk jawab.




"Hah.kenapa encik call saya.Hah nak bagi tahu bunga ni dari encik ye?tak payahlah saya dah buang pun."tembak Hanny Putri awal sebelum Fikri Aidil besrsuara.

"Bunga?"Suara terkejut Fikri Aidil kedengaran.

"Yela.Flower.Hah tahu flower tak?"

"Oh suka bunga ye?"

"Haish.Encik sudahlah buat bodoh dengan bangang tu."

"Eh stop..stop.."Fikri Aidil mencelah dengan percakapan Hanny Putri.

"Awak cakap saya bangang?"

"Eh yela.Jangan buat bangang.Encik yang bagi kan."

"Ish bagi apa?"Fikri Aidil tidak faham dengan Hanny Putri.Baru telefon,si gadis ini sudah menerjah awal.Beri salam pun tidak.Ini mahu marah saja.

"Errrr."Hanny Putri bingung.Terasa malu menguasai diri.Tapi tipulah kalau bukan duda meroyan ini bagi.Dia kenal sangat dengan perengai duda meroyan ni walaupun baru kenal la.Kepalanya diketuk dengan tangan.

"Awak ni kenapa?"Soal Fikri Aidil kurang sabar.Apa yang Hanny Putri merepek ni.Hahaha.Kelakar jugak,memanglah dia yang bagi.Buat tidak tahu sudahlah.Lantak dia.Baru dia tahu malu.Hatinya sudah gelak jahat.

"Ish.Menyibuk je call saya pagi ni.Busy tahu tak."

"Pulak dah.tadi pasal bunga ni pasal busy.Awak ni dah gila agaknya.Boleh hantar ke tanjung rambutan gamaknya."Fikri Aidil berlelucon.

Gurauan Fikri Aidil tidak menimbulkan lucu kepada Hanny Putri.Malah,rasa makin membakar dalam diri.Hanny Putri mendengus marah.Hatinya sudah menyumpah-nyumpah.

"Tak baik tahu kutuk saya."

"Saya puji Encik Fik lah.Mana ada kutuk.Tak baik tau.Saya ni orang baik walaupun baru sebentar tadi gila."Suara Hanny Putri lembut tetapi secara sinis.Puas hati dapat bahasakan duda meroyan ni.Tak sedar diri langsung.Bagi penampar baru tahu.

"Yeke?Oklah saya ada kerja ni.Bye Honey.Madu lebah."

"Dia panggil aku madu lebahhhh?"Jerit Hanny Putri.

"Kau ni dah kenapa Hanny?Gila ke hah?"Tegur Niel secara kuat.Dadanya diurut perlahan.Terkejut dengan jeritan.Orang lain hanya menggeleng kepala.

"Hah ni mesti boy kau call kan?Secret admire gitu."

"Hotak kau.Orang gila yang call."Marah Hanny Putri.



Fikri Aidil ketawa melambak.Puas hati dapat mengenakan Putri Hanny.Dia membayangkan wajah Hanny Putri yang muncung sedepa.Pasti sangat comel.Kalaulah gadis itu dapat tahu bunga itu darinya.Adakah gadis itu suka atau mengamuk sakan.Berdasarkan keadaan tadi,gadis itu marah.Mungkin dalam hati ada taman.Alah perempuan kan.

"Kau pehal sengih?Gila?"Haikal jerkah Fikri Aidil.Agak meluat melihat temannya yang macam lelaki yang berbelasan tahun.

"Alah kau tak happy ke?"

"Aku happy tapi ye pun agak agaklah wei.Macam orang tua sikit.Eh tak dewasa sikit."

"Haha.Apa apa jelah kau ni."

"Masuk minanglah bro."

"Ok lawak.Aku tak rasa dia suka aku.Lagipu dia panggil aku duda meroyan."

"Kau ni kelakar.Alah rileks lah.Ke kau nak aku ejas."
Kening Haikal dinaikkan berkali-kali.Perbuatan Haikal hanya mengundang rasa jelek.Menyampah betul.Macam tak ikhlas.Perli pun ada.

"Kau dah kenapa?"Soal Haikal agak kuat.

"Kau tu."

"Eh tolonglah.Kau tu lelaki dewasa bukan budak kecik lagi.Matang sikit ok."Tegur Haikal selamba.Tak kanlah nak "tackle" awek pun takut.Ok ini kelakar.Mana pernah sahabat baiknya itu berperangai seperti  ini.Mungkin Fikri Aidil sudah berubah.

"Dia panggil kau apa tadi?"

"Duda meroyan."

"Oh okey."




Hanny Putri fokus menghadap komputer.Jari jemari menaip laju,tiada tanda dia mahu pulang.Kerja yang ada belum disiapkan lagi.Esok lusa sudah hantar.Kerja lain pula ada lagi.Bunga yang ada tadi diletakkan di pasu.Cokelat pula sebagai makanan tengahari.
Jeritan Niel membuatkan Hanny Putri tersentak.Huruf yang ditaip sudah tersasar ejaan.

"Woi Niel.Kau memang tak reti beri salam kan."

"Assalamualaikum Tuan Puteri."

"Waalaikumusalam.Hah kan bagus."

"Nah.Makanan.kfc lagi."
Hulur Niel satu set kfc.Hanny Putri tersenyem gembira.Sejak bila Niel baik hati.Setahunya,Niel ni seorang yang kedekut.Minta belanja air masak pun tak nak apatah lagi makanan segera ni.Mungkin nak buat amal jariah agaknya.

"Terima kasih.Eh apa mimpi kau?nak sedekah kat aku eh?"Ujar Hanny Putri dengan mukanya tersenyum-senyum.

"Tak ada maknanya.Bukan aku.Ada orang kirim."

"Siapa?"

"Mana aku tahu."

"Tak nak lah.Nanti ada orang buat jahat."

"Bazir tau.Bagi aku je."

"Ambiklah.Aku tak nak."

Tanpa pertanyaan sekali lagi.Niel terus menerkan.Berkerut dahi Hanny Putri,tak tahu malu betul.Lagi satu,tak tahu takut.Kalau orang tu buat jahat macam mana.Habislah dia hari ini.Hanny Putri masih berfikir.Gerangan siapa yang baik hati sangat.Pertanyaan terhadap diri sendiri mengudang rasa takut.

"Orang jahat."Desisnya.

"Ish kau ni tak baik tahu.Mana tahu orang ni ikhlas."

"Kau tahu siapa hantar?"

"Budak office boy kita yang bagi."

"Hah."Hanny Putri terkejut.

"Bukan.Dia cakap ada orang suruh hantar je." 




Pesanan:Assalamualaikum.Maaf lambat pula bagi entry.Maaf jugak sebab pendek.Harap anda terhibur.
Saya ada satu pertanyaan.kalau saya buat jualan koleksi e-cerpen/e-book.Ada yang nak beli?saya hanya inginkan respon sahaja.
Kaedahnya adalah cerpen  dihantar melalui emil dan attach file..Bila anda dapat.Anda akan download sendiri.
Segala respon saya sangat hargai.