Selasa, 12 Februari 2013

Untuk Mencintaimu 11












Hanny Putri tersenyum..Tidak disangka,mood anak saudara Dato Aziz baik hari ini.

"Kacak pulak aku tengok dia."

Dia menjeling sekilas.Fikri Aidil duduk di kerusi panjang sambil membaca akhbar.

"Eh encik."

"Fikri Aidil."

"Encik Fikri Aidil.Saya rasa Dato balik lambat lagi kot."

"Its okey..By the way,panggil saya Fik je.Jangan terlalu panjang."Ujar Fikri Aidil.

"Oh saya memang suka panggil nama panjang-panjang."

"Macam-macam la awak ni."
Fikri Aidil mengukir senyuman.Senang hati dengan tingkah gadis ini.Ingatkan dahulu,perempuan ini seorang yang dingin.Rupanya peramah.

"Eh sorry kalau encik Fik tak suka."Balas Hanny Putri lambat-lambat.Wajahnya menunduk,memarahi mulut yang sangat laju berkata-kata.

Fikri Aidil ketawa.Kelakar dengan gelagat Hanny Putri.

"Awak ni kelakar la Hanny."

"Hanny?mana encik tahu nama saya?"Soal Hanny Putri hairan.Seingatnya,belum pernah lagi dia memperkenalkan dirinya.

"Awak lupa ya.Hari tu kan Dato' dah kenalkan."Fikri Aidil mengingatkan kembali.

"Yeke?"

"Yela Hanny oiii."

Fikri Aidil meletakkan surat khabar di atas meja.Dia bangun dan pergi ke arah meja Hanny Putri lalu melabuhkan punggungnya.

"Eh Encik Fik ada nak apa-apa ke?"

"Tak de lah.Alang-alang tu buat saya kopi kurang manis.Boleh?"

Hanny Putri mengangguk laju.Tanpa banyak soal,kakinya melangkah ke arah pantry.




Fikri Aidil tersenyum kembali.Buat pertama kali,dia asyik tersenyum.Senang hati dengan tingkah perempuan ini.Sopan dan gelabah.Itulah yang difikir.Kalau buat calon isteri ni tentu lulus.

"Calon isteri."Perkataan ini pula bermain di dalam mindanya.

"Kahwin."



"Siapa nak kahwin encik?Encik Fik ke?"Ujar Hanny Putri secara tiba-tiba.Pelik melihat anak buah bosnya mengelamun.

"Saya ada cakap kahwin ke?"

"A ah."Hanny Putri mengiakan.

"Mana air saya."Fikri Aidil mengalih topik.

"Ni dia."


Air kopi buatan Hanny Putri dihirup perlahan.Enak.

"Sedap tak encik?"

"Bolehlah."

Wajah tadi yang tersenyum terus bertukar kelat.

"Enak lah .Saya gurau je."

"Thanks Encik Fik.Eh dah pukul 2 lebih ni.Encik tak masuk pejabat ke?"
Jam tangan ditunjukkan ke arah Fikri Aidil dan diketuk-ketuk dengan jari.

"Errr.Saya kan bos."

"Bos kenalah tunjuk contoh yang baik pada pekerja."

"Pandailah awak."

"Saya memang pandai pun.Kalau tak pandai tak dapat lah kerja kat sini."Jawab Hanny Putri lancar.

Sekali lagi,Fikri Aidil menggeleng.Sepatah ditanya,berpuluh patah dijawab.Semuanya jawapan bernas.Alahai perempuan depan dia ni comelnya.

"Yela."Akhirnya,Fikri Aidil mengalah.Perbualan mereka berpanjangan.Sambil membuat kerja sambil melayan anak buah dato'.Sejujurnya,dia tarik balik kata-kata tempoh hari.Fikri Aidil seorang yang sangat sempoi.Perkataan yang dikeluarkan oleh Fikri Aidil cukup bernas.Topik yang dibualkan dari yang serius sehingga yang sangat santai.









Fikri Aidil merebahkan badan diatas katil.Tali leher dilepaskan.Sakit dibadan seakan hilang apabila dapat merehatkan badan di atas tilam yang empuk.
Dia tersenyum lagi.Mengingatkan perbualan antara dia dan Hanny Putri.Seorang gadis yang nampak gelabah dipandangan mata.Lagi menyejukkan hati,gadis itu seorang yang sopan.Jauh berbeza dengan bekas isterinya.

"Isteri."

Siapa sangka,dia dapat berkenalan dengan gadis sopan itu.Dia melelapkan mata sebentar dan dia terlena terus.





"Kau dah jumpa calon isteri."

"Aku?"

"Yela kau.Siapa lagi."

"Tunggulah dulu.Aku rasa nak berkenalan dengan seseorang."Ujar Fikri Aidil.Dia belum bersedia lagi untuk bernikah buat kali kedua.

"Siapa?"

"Dia pekerja pak sedara aku.Okeylah.Orangnya sopan tapi kadang-kadang gelabah habis.Comel pulak tu."Fikri Aidil bercerita bersungguh-sungguh.Entah mengapa,apabila gadis itu bermain dalam mindanya.Dia terasa lain.

"Kau jatuh cinta?"

"Mana ada tapi gadis tu la.Menyenangkan hati aku je.Kelakar beb."

3 ulasan :

  1. As salam ... unt pertama kali akak nak bagi comment ok jgn kecik hati yeee...

    tolong tukar gambar latar.... cantik, tapi agak sukar nak membaca tambah2 akak yg mata 4 ni..

    Kalau boleh jgn ada ganguan unt buku tetamu hahaha sorry sorry kalau awak kata tak ganggu. tapi pada akak memang terganggu betul bila nak baca kena klik CLOSE 2 3 kali

    berkenaan n3 pulak
    Untuk Mencintaimu adalah yg pertama akak baca.... jalan cerita so so macam dah biasa sangat sangat... sifat herowin yg terlampau sempurna tu alaaaa kalau boleh tukar sikit boleh tak.... bukan semua dlm dunia ni baik sangat pun kan apa kata kali ni buat watak utama perempuan yg ada baik n ada jahatnya.... contoh esok akak sambung sebab skrg kakak nak balik hehehehe bay

    BalasPadam
  2. haha..okey kak..sila buat contoh..tolong bagi inspirasi kat saya.. :)

    BalasPadam
  3. As salam , sorry dek lama menghilang ... contoh watak utama tu hmmm kalau boleh le ye kalau boleh hahahaha kite nak karang tak reti so mintak cik pengarang la tolong karangkan

    untuk perempuan
    1- baik (semestinya la kan)
    2- keras hati (tak takut cabaran semua dia nak buat)
    3- lasak (kaki panjat gunung, trevel merata2 unt panjat gunung, n seroang minah rempit dekat litar {ada berani buat cite macam ni}mungkin akan datang kot bukan unt cite ni.
    4- kepala angin (boleh tahan arrr berangin)

    akak bagi untuk watak perempuan sebab sampai n3 11, Zatul baru nak keluakan or kenalkan pada pembacakan so cuba la sikit sikit.... sorry ye sayang akak hanya bagi pendapat.... sebab banyak sangat novel sekarang ni yg heroin dia terlampau sempurna, semuanya baik2 belaka macam tak pernah buat dosa.... kadang2 sifat sengal tu nak kena ada jugak baru le hidup tu bermacam2 ha bak kata orang jangan sampai jatuh terduduk sebab sakit, tapi kalau tak rasa sakit mana nak datang kematangan dlm hidup, dan nikmat hidup adalah dari pengalaman....

    BalasPadam