Isnin, 6 Februari 2012

Aku bukan boneka

Bahagian 2...




Atiqah memerhati pasangan mesra dipantai,berpegangan tangan dan tersenyum mesra.Hatinya walang melihat semua itu.Adakah lelaki itu sengaja menyakitkan hatinya?Hampir seminggu dia tinggal di pulau terpencil ini.Hatinya yang semakin tenang dihambat pilu duka.

Perut yang kosong belum diisi lagi.Kakinya melangkah ke gerai sebelah,untuk menjamu selera di chalet,tiada selera apatah lagi melihat pasangan bahagia.Hatinya akan bertambah sepi.
Hanya roti bakar dan jus oren yang dipesan.Cukuplah sekadar ini,seleranya tiada.

"Tiqah".Sebut satu suara.Roti bakar yang ingin disua ke mulut tidak jadi.Lelaki ini benar-benar mahu mencari masalah dengannya.Tanpa pelawaan,Ariff melabuhkan punggung dikerusi kayu itu.Isterinya ditinggalkan di chalet sebentar.Niatnya satu untuk menyelesaikan masalah dengan bekas tunangnya ini.

"You nak kata apa lagi?da tak ada apa yang kita nak selesaikan lagi.Cukupla".Ujar Atiqah tegas.
"Tiqa,I nak mintak maaf dekat you."
"Maaf,buat apa?bukan ke you tak ada kesilapan dengan I?I je yang bodoh."
Atiqa sengaja berkata begitu,luka dihatinya belum pulih.Ariff menarik nafas dalam-dalam,dia tahu semua ini terjadi kerana dia tetapi sebuah kemaafan yang dicari terhadap gadis ini.

"I mintak maaf banyak-banyak.I tahu I yang salah.I tak patut buat you macam tu."
Suasana di gerai yang nyaman dengan keindahan pantai berhampiran tidak dapat meleyapkan lara dihati Atiqah.
Air matanya menitis,pantas diseka.Tidak berguna dia menangis lagi kerana ini adalah sebuah takdir.Biarlah dia pujuk hati ini waima ada yang tidak memahami.

"You okey Tiqah?"Tegur Ariff,tersentuh hatinya melihat air mata itu.Dia bersalah kerana memilih gadis ini sedangkan tiada cinta buatnya.Tegarnya dia.
Atiqah tersenyum sinis.Dahulu sakit hatinya,tidak pernah mahu mengambil berat yang dia tahu hanya beri dia derita.
Semakin lama dia disini makin sakit hatinya,dia bangun dan meninggalkan lelaki ini.

Atiqah leka melihat keindahan suasana pantai ini.
"Cantik".Desis hatinya.
Untungnya jika dia menjadi pantai.Jarinya bermain-main dengan pasir putih.Lampu yang berkelip-kelip di pantai menambahkan lagi suasana yang indah.Fikirannya menerawang entah ke mana.Sekali lagi dia menitis air mata.
Teresak-esak dia menangis terkenang kisah lalu.Dipegang kedua-dua lutut,dingin malam tidak dapat meredakan keadaan yang ada.

 Sepasang mata memandang simpati,perempuan ini jugalah yang dilihat asyik termenung pada setiap hari.Apakah masalah dia?Ingin menghampiri,bimbang dikatakan jaga tepi kain tapi hatinya kasihan melihat wanita itu.
Matanya masih tertumpu ke arah Atiqah.Atiqah bermain dengan pasir,mengesat air mata yang mengalir dengan bajunya.Termenung dan merenung pantai bagaikan dia menciptakan sebuah kehidupan.

"Ehem".Dayyan berdehem,mahu menyedarkan wanita ini dari mimpi.Atiqah tersedar dari khayalan,mendongak atas.
Seorang lelaki berada disebelahnya dalam keadaan berdiri.
"Awak sapa?"Soalnya,manalah orang jahat tapi bila tengok muka nampak baik.Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.Banyak ambil kesempatan dari buat baik.
"Saudari jangan risau,saya bukan orang jahat".Ujar Dayyan,wanita ini resah melihatnya.
"Awak nak apa?"
"Err,tak ada apa-apa.Just,saya selalu sangat tengok awak sedih."
Tiada kata izin,Dayyan terus melabuhkan punggungnya di atas pasir.Matanya tertumpu dengan selerakan pasir yang dibuat oleh wanita ini.
"Awak ada masalah?"Dayyan membuka bicara,mudah-mudahan wanita ini berminat bercakap dengannya.
"Jangan busy body sangatla".Balas Atiqah dingin.
"Bukan busy body tapi ambil berat lar.Saya selalu melihat awak termenung dan menangis.Lepas tu awak macam berada dalam dunia ciptaan awak."
Dayyan menoleh ke tepi,tiada reaksi dari wanita itu.
"Nama saya Dayyan".Dayyan memperkenalkan diri.Matanya mengerdip,tiada respon dari wanita ini.Matanya kini menghadap pantai.Sungguh,cantik ciptaan Allah seperti wanita disebelahnya.Hatinya kecilnya tertanya,apakah yang terjadi pada wanita ini.



NOta sekejap:
Jangan lupa tinggalkan komen ya dan jumpa pada bahagian ke 3 pulak...
Salam maulidur Rasul dari Zatul..

1 ulasan :

  1. Ja'at Ariff.. tapi tak apa, Dayyan ada.. :')

    Cepat-2 smbng ek! best la aku bukan boneka.. uhuk ... >_<

    BalasPadam