Rabu, 1 Februari 2012

kurnia 14


"Dia ajak aku kahwin,biar betul."
Perasaannya bercampur baur dengan mesej itu.Terfikir sejenak,adakah ikhlas lelaki itu.
Satu keputusan yang muktamad dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Miqael berdiri di balkoni biliknya,menatap bintang berkilauan di angkasa.Sungguh leka,bintang ditatap cantik.
Dalam hatinya berkata,bertuah jika jadi bintang pasti gadis pujaannya akan menatapnya setiap masa.
Bagaimana keadaan dia setelah membaca mesej itu.Gembira?Terkejut?tidak dapat ditafsirkan kerana dia tidak membalas mesej itu.Papanya kata akan menghantar wakil merisik.Yihaaa,seronok tak terkata.
Kalau gadis itu dapat tahu mengenai ini,bagaimana pula perasaan dia.Semuanya bermula dengan bagaimana.
Sebelum itu,Miqael mahu mengambil hati gadis kesayangan.Biarlah gadis ini gadis terakhir dalam hidupnya.
Kata orang,bertuah jika seorang perempuan menjadi cinta terakhir lelaki itu.
Miqael tersenyum,bahagia bertandang lagi setelah derita pergi.Dia mengucap syukur dalam hatinya.


Suzanna keresahan,hatinya tidak tenang bagaikan ada sesuatu yang tak kena.Air digelasnya tidak habis diminum.Mata yang bundar memandang liar di segenap ruang tamu.Seakan ada sesuatu yang memerhati.
Terasa kebas dikaki dan kepala pening.Nafasnya turun naik resah dengan suhu badan yang panas.
"Apa yang tak kena dengan aku ni".Bisik hatinya.Matanya kabur,kepalanya khayal.Terasa seronok menerjah pada dirinya.
Akhirnya,dia jatuh lemah ke lantai.
zzzzz


Seluruh badannya  sakit,dibawah ari-ari juga begitu.Perlahan-lahan mata dibuka.Kepalanya masih khayal.Entah apa yang berlaku malam tadi tapi yang menghairankan bagaimana dia boleh berada di katil dan ada terasa sesuatu disebelah.Kepalanya ditoleh ke tepi.Seorang lelaki lena diulit mimpi.Suzana cuak dengan  situasi yang sedang berlaku.Yang dilihatnya,baju bertaburan di tepi katil dan barulah perasan,dia hanya berselimut tanpa ada baju didalam.Air matanya mengalir deras.Dalam fikirannya hanya perkataan rogol.
"Aku kena rogol."


Suzana menjerit kuat menyebabkan lelaki itu tersedar.Tanpa perasaan bersalah,dia tersenyum senang.
"Hai sayang,best tak malam tadi?"Ujar lelaki itu.
Suzana memegang selimut kuat,takut akan diperlakukan lebih buruk lagi.Air matanya masih mengalir deras,jijik mengundang ke jiwanya.Musnah impiannya.

"Kenapa kau buat aku macam ni Ziq?Aku tak buat salah dengan kau".Ucap Suzana sedih.
Sampai hati Haziq buat dia seperti ini.Setahunya Haziq baik waima dia seorang kasanova.
"Hei,kau tak salah apa-apa dengan aku.Aku just nak kau tahu,Miqael tak layak buat kau."

"Kau keluar sekarang".Suzana menjerit kuat.Bantal yang ada dibalingkan ke arah Haziq tetapi tidak terkesan
di hati lelaki itu malah tersenyum sinis.
"Susah apa,kau kahwin je la dengan aku.Kan dari dulu aku suka kau.Kau tu je yang bodoh".Sindir Haziq.

"Hoi,kau ingat cinta tu boleh paksa ke hah?"Tengking Suzana lantang.Matanya merah menahan marah.Lelaki ini langsung tiada perasaan bersalah kerana merosakkannya.
"Dah,yang kau sibuk kejar Miqael sampai ke kolej tu pehal?Cinta tu kan tak boleh dipaksa."Perli Haziq sekali lagi.Dia cukup puas dengan kejadian ini.Tidaklah dia akan nampak Suzana ini sibuk mengejar Miqael.

"Dia ingat aku baik sangat ke?"Bisik hatinya.Dalam hatinya mengutuk Suzana.Susah apa,kahwin sahaja dengan dia waima umur berbeza.Cinta tak kenal umur.Dia akan bertanggungjawab kalau gadis ini mahu.Kalau tak nak lantak kau lah.

"Aku cau dulu ya sayang".Ujar Haziq.
Meraung Suzana di katil itu.Dia kecewa dengan dirinya.

Bahunya terhenjut-henjut.Dia memegang kedua-dua lututnya,sakit dijiwanya tidak terkata.
Perkataan mengandung menjelma di benak fikirannya.Fobia dengan satu perkataan itu.Dia menjerit lagi buat sekian kali.Haziq jahat.




Nota menyibuk:
Aik kenapa ada kes Suzana dengan Haziq pulak kan..hehe
Erk...kenapa Haziq jadi macam tu?bukan ke dia suka dekat Amal ke?Siapa Haziq yang sebenarnya ye?
Ermm...
Sebenarnya,susah nak buat part tu..hehe...
So yang sudi baca terima kasih Zatul ucapkan.Yang rajin sudi-sudilah komen ya.Sayang anda semua..
Muahhhh..hihi


1 ulasan :