Rabu, 29 Februari 2012

Untuk mencintaimu 8













Fikri Aidil menarik nafas lega,segalanya sudah berakhir.Dia telah bercerai dengan Aria iaitu  "isteri kesayanganya".
Cerai?ya cerai adalah jalan terakhir antara dia dan Aria.Dia tidak ingin menjadi dayus lagi.Dia tidak mahu menanggung dosa yang telah dicipta oleh Aria.Hatinya masih pedih dengan semua ini.Terlalu awal tapi apakan daya perkahwinan dia tidak dapat bertahan.Adakah Fikri Aidil perlu pertahankan rumahtangga sedangkan Aria sudah memberi kenyataan bahawa dia sudah ada kekasih lain.

Cinta itu memang buta.Dia sanggup tulikan telinga mendengar cerita tentang Aria.Dia sanggup butakan mata.Dia sanggup bisu dan menutup mulut.Baginya Aria adalah segalanya dan kini?tiada lagi.Salahkah dia cinta mati terhadap Aria?
Mungkin salah kerana dia tidak siasat tentang Aria dan biarlah semua ini menjadi sejarah hidupnya.Biarlah menjadi duda dan ini adalah pengajaran hidup.

Fikri terpandang susuk tubuh bekas isterinya,hatinya tiba-tiba menjadi sakit.
Lelaki inggeris itu merangkap kekasihnya memeluk erat pinggang Aria,ceria terpancar di muka Aria.Berbual mesra.
Alangkah indahnya jika dia menjadi lelaki itu.Itu adalah mustahil.Tak mungkin akan berlaku dan terlintas difikirannya.
Tidak mustahil satu hari nanti jika lelaki itu meninggalkan Aria seperti Aria meninggalkannya.Hukum karma..

Aria perasan ada seseorang memerhatinya,kepalanya berpaling.Tubuh Fikri Aidil terpacak disitu.Sebuah senyuman sinis dilemparkan.Dia gembira dengan penceraian ini kerana tidak perlu berlakon.Dia tidak perlu menjadi hipokrit lagi.
Jarinya menggenggam jari kekasihnya erat,sengaja dibuat begitu.Dia tahu Fikri Aidil masih mencintainya.Cinta dia terhadap lelaki itu tiada dari dulu sehingga sekarang.Terseksa buat Fikri Aidil,terseksa lagi buat dia kerana dia terpaksa berpura-pura sedangkan hatinya tiada.

Tersentap Fikri Aidil,Aria menghadiahkan sebuah senyuman mengejek.Sebelum hatinya bertambah sakit,kakinya melangkah pergi meninggalkan bangunan ini.
Duka lara yang tersemat dalam hatinya dibiarkan berlalu pergi bersama angin.
\
"Cukuplah sekali,aku tidak ingin terluka lagi"








Hanny Putri melilit selendang di kepala,setelah selesai.Dia membelek wajahnya di cermin solek..
Siap cukup ringkas tapi menarik.Baju kurung moden ungu dipadankan dengan selendang berwarna ungu menyerlahkan lagi keanggunan dirinya.Bergaya dan ringkas.Setelah berpuas hati,fail di meja kerja diambil.
Pintu bilik ditutup kuat,bergegar satu rumah.Bila ditegur oleh Rita,Hanny Putri membuat muka blur.Hampir setiap hari dia akan dibebel oleh Rita.

"Oit tuan Puteri.Tak reti-reti nak tutup perlahan-lahan ke".Jerit Rita dari bawah.


Sampai sahaja di pejabat,Hanny Putri mengukirkan sebuah senyuman manis kepada pekerja bos.
Itulah Hanny Putri yang tidak pernah masam muka kecuali dimarahi oleh bos.

"Hai Bos".Sapa Hanny Putri.
Pak long tersenyum.
"Assamualaikum Hanny Putri."
"Waalaikumussalam bos".Balas Hanny Putri,sedar akan kesilapan diri kerana tidak memberi salam.Lelaki disebelah bosnya tidak ditegur.
"senyum pun payah macam mana nak tegur ya."

Meja kerjanya berhadapan dengan bilik Pak Long Aziz.Jadi,Fikri Aidil dan Pak Long Aziz atau Dato' Aziz berdiri dihadapan mejanya iaitu bersebelahan dengan pintu bilik pejabat.

"lelaki ini memang berwajah ketat.Susah nak senyum.macam mana tak kerja kalau pagi yang indah ini tidak bersemangat".Ngomelnya didalam hati.

"Err,saya buat kerja dulu ya bos".

Jari telunjuknya menekan butang komputer,matanya sempat dijeling ke arah Fikri Aidil.Sempat lagi dia membuat telahan tentang Fikri Aidil.Hanny Putri membezakan perangai bosnya dengan lelaki itu.Teringat kembali kejadian lepas,kejadian tentang menemui lelaki itu dalam keadaan mabuk.
Otaknya mentafsirkan diri Fikri Aidil.Sekali lagi matanya menjeling lelaki itu.

"Iman tidak boleh diwarisi".Hanny Putri mengingatkan dirinya.Dalam hatinya memuji gaya lelaki ini.Cukup kacak dipandangan mata tapi diraut wajahnya tergambar seribu kepahitan.Agak-agak apa ya?

Mata Fikri Aidil bertembung dengan mata Hanny Putri,Hanny Putri  cepat mengalihkan padangan matanya.
Habislah dia kalau Fikri Aidil tahu dia sedang mengutuk.Fikri Aidil sedar akan mata gadis itu yang agak liar memandang wajahnya.Entah kenapa dia tidak senang dengan pandangan mata itu yang seolah-olah mentafsirkan dirinya.

Saat bertembung mata dengan gadis itu,mata gadis itu hanya biasa.Tiada mata yang menggoda atau mahu goda dirinya.Pandangan mata itu adalah pandangan mata yang sedang membaca tentang dirinya.
Pelik,itu sahaja yang dapat dirumus olehnya.Sekali lagi Fikri Aidil menangkap  pandangan mata itu,matanya mencerlung melihat wajah itu tapi gadis itu hanya buat tidak endah.
Yang lebih mengejutkan lagi,gadis itu menjeling.Tiada langsung perasaan bersalah.




Nota:Dah lama tak update cerita ni...Maaf kalau tak best dan jangan lupa tinggalkan komen ya..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan