Ahad, 19 Februari 2012

kurnia 16




"Weh,kau ni bukan nak bagi salam.Assalamualaikum bro".Sindir Iqram.Duduknya diperbetulkan agar selesa.
"Waalaikumusalam".Jawab Miqael selamba.
Tangannya berjabat tangan Iqram,hampir 3 bulan lebih mereka tidak jumpa walaupun Iqram sering berhubung dengan syarikat papanya.

Miqael mengucap terima kasih kepada pelayan itu dan menyisip straw ke mulutnya.Lega,haus ditekak sudah hilang.
"Betul ke kau nak kahwin?"Tanya Iqram.Tangannya membuka kotak rokok.
"Heh,kau nampak tu.Dilarang merokok."Ujar Miqael,tangannya ditunjukkan ke dinding kafe itu.
Simbol dilarang merokok terletak pada dinding masuk kafe.
Iqram membuat muka.Hasrat untuk merokok tidak tercapai gara-gara ada simbol melarang merokok.
"Erm,betul aku nak kahwin tapi tu lah masalahnya awek ni ada orang lain."Miqael membuka cerita,mendung wajahnya apabila bercakap soal itu.
"Hah".Iqram terkejut kenyataan yang dikeluarkan oleh Miqael.Milik orang juga yang nak dikebas.Adushh..
"kau nih pehal?sampai ternganga mulut.Kalau ye pun tutup la.Masuk lalat kang naya kau".Tegur Miqael.
Mengeleng kepalanya.Kelakar pun ada dengan Iqram,kalau terkejut janganlah sampai ternganga.

"Kenyataan kau tu?"Soal Iqram tidak puas hati.Dahinya dikerutkan sehabis mungkin.Ya betul sahabatnya seorang ini.Dulu,dia sudah buat gila.
"Yela,tapi babah dia on je.So tak salahkan.Tapi aku tak pasti kalau dia dah berpunya atau belum".Terang Miqael.
"Eh kau nih pelik la".Iqram semakin musykil dengan Miqael.
"Abai jew la..ceritalah pasal life kau.Aku malas nak cakap pasal dia.Sakit jiwa."Ujar Miqael.Matanya merenung kolam ikan melalui cermin kaca kafe.Tiga ekor ikan sedang berenang.

"larh life aku pulak.Aku ok je..Kau tu tak habis-habis dengan masalah.Lepas satu,satu lagi datang."
Miqael membiarkan soalan itu dibiarkan sepi.Malas mahu bersoal jawab.Betul apa yang Iqram kata,lepas satu masalah hilang,satu lagi dia datang tapi tidaklah rumit macam dulu.Hidupnya tidak pernah sunyi dari masalah kerana kali ini dia yang cari pasal.Lantaklah apa yang akan berlaku,janji dia dapat pujaan hatinya.
Perjumpaan mereka hanya biasa-biasa sahaja,tiada yang istimewa.Jika Iqram menyoal tentang kehidupannya pasti dia mengelak sehabis mungkin.Miqael akan cuba mencari topik yang lagi menarik.

Nur Amalina duduk bertentangan dengan Miqael.Pertemuannya hanya di sebuah taman perumahan.
"Ada apa?"Soal Nur Amalina agak dingin.Sejak peristiwa dilamar,Nur Amalina akan mengelak berjumpa dengan Miqael.
Sekarang dirinya terpaksa berjumpa dengan lelaki ini.Setiap hari,setiap masa Miqael akan menelefon untuk berjumpa.Alasan yang diciptakan ditolak mentah-mentah.Hari ini,dia mengalah.Dia kuatkan hati berjumpa dengan Miqael.Sudah letih dengan sikap tidak mudah putus asa walaupun terpaksa merayu selama 3 bulan.

"Saja".Jawab Miqael ringkas.
Nur Amalina mendengus marah.Bosan dengan sikap lelaki ini.Kakinya dipaksa melangkah untuk ke taman ini tetapi dengan mudahnya Miqael memberi jawapan yang agak menjengkelkan.Ngok punya Miqael.

Sweater lengan panjang di bukak lalu diikat dipinggang.Hanya dibiarkan baju t-shirt lengan pendek.
Matanya masih merenung kumpulan kanak-kanak sedang bermain.Miqael masih lagi tidak mengeluarkan suara.
Nur Amalina biarkan saja,malas bertengkar.

Satu saat
Dua saat
dan seterusnya..
sepuluh minit kemudian.

"Siapa dia?"
Nur Amalina pening dengan soalan keras Miqael.
"Siapa dia?Siapa?"Soal Nur Amalina kembali.
"Siapa dia?"Soal Miqael keras.Bertanya soalan kepada gadis ini dibalas soalan yang sama kembali.
"Siapa dia tu sape hah?Hantu eh?"Balas Nur Amalina selamba.Siapa dia?Siapa ya,tiba-tiba bertanya siapa dia.

"Kalau asyik tanya siapa dia.Saya rasa sampai esok pagi pun tak akan habis".Sindir Nur Amalina.
"Huh".
"Marah ke?"
"tak lah,mana ada marah..Suka sangat".

Nur Amalina hanya menjungkit bahu.Tidak paham dengan perangai Miqael,wajahnya cukup serius.
Tiada percakapan antara mereka.Miqael meraup wajah.
Akhirnya,Nur Amalina.Dia membuka bicara.

"Kenapa dengan awak ni?"Tanya Nur Amalina.
"Kenapa apa?"Miqael menyoal Nur Amalina kembali,mahu menyakiti hati gadis ini.
Nur Amalina tersenyum sumbing mendengar soalan itu,bukan dia tidak tahu dengan perangai Miqael walaupun baru kenal tahun ini.Nur Amalina pelik dengan dirinya,tahun ini dia baru nampak wajah Miqael sedangkan Haziq memberitahunya bahawa sudah 3 tahun Miqael belajar di kolej ini.Aish,ke dia yang rabun tahap gaban.Tak boleh jadi ni.
Haziq juga pernah beritahu yang Miqael pernah dibuang universiti tapi bagaimana pula dia boleh belajar di Ireland dan boleh pindah di kolej ini.Anak orang kaya katakan.Nur Amalina hampir terlupa bahawa papa Miqael adalah pemilik saham terbesar di kolej ini jadi tak hairan jika Miqael mudah masuk ke sini.

Apabila dia melihat wajah Miqael yang cukup serius,dia teringat tentang kisah semalam.Kisah semalam tentang keluarga Miqael datang merisik.Kata babah,2 bulan lagi dia dan Miqael akan bertunang dan seterusnya akan berkahwin.Kahwin?alamak,tak pernah diimpikan kahwin muda.Kecut perutnya.

"Errr,aku rasa nak lari je bila pandang muka mamat ni".Bisik Nur Amalina perlahan tapi masih didengar oleh Miqael.
"Apa?"Ujar Miqael seakan marah.Sengaja berbuat begitu.

"Eh tak ada apa-apa".Balas Nur Amalina cepat.Wajahnya bertukar pucat.Lelaki ini bakal menjadi suaminya.Habislah dia kali ini.Pelbagai agenda yang difikirkan untuk mengelak dari bernikah dengan Miqael.
"Amal,kau tak akan berjaya cari jalan keluar.Kau tetap kahwin dengan aku.Sia-sia je kau fikir macam mana nak atur strategi."Ujar Miqael selamba seakan mengetahui agenda yang bermain difikiran Nur Amalina.Perkataan kau dan aku sengaja diguna.

"Errrr".
Miqael tersenyum sinis.
"Buang je la angan-angan kau nak kahwin dengan lelaki lain"

"Eeee."Nur Amalina geram,Miqael sedang memperlekehkan dirinya.Kalau ikutkan hati memang kepala Miqael akan disekeh.Sabar Amal,sabar.
Kahwin nanti pasti macam anjing dengan kucing.Aihh,boleh pula fikir tentang kahwin.

Miqael menaikkan kedua-dua keningnya mengisyaratkan kenapa tak puas hati.
"Huh".Dengus Nur Amalina.

"Kenapa dah tak sabar nak kahwin dengan abang ke sayang?"Tanya Miqael,senyuman nakal dihadiahkan.
"Eeee,geli."Nur Amalina sudah menunjukkan kegelian,badannya dibuat bergoyang.

"Lah,mula-mula memang macam tu.Nanti tangkap cintan habis".Ujar Miqael.Meletus ketawanya,tidak tahan melihat wajah Nur Amalina kemerahan.Hatinya puas dapat mengenakan pujaan hatinya.

"Dah,orang nak balik".
Mulutnya muncung,sweater disarungkan kembali ke badan.
"orang dah balik pun.Tak tengok ke kat depan sana tu.Orang makin berkurang,tu tandanya da balik".Tangannya ditunjukkan ke hadapan.

Nur Amalina bangun dan menghentakkan kaki tanda protes.Dia benar-benar bengang.
Miqael ditinggalkan sendirian ditaman.Sakit hatinya dengan perangai Miqael.Dia malas mencari gaduh.



Nota sekejap:Macam biasa jangan lupa tinggal komen ya...
Zatul mintak maaf dulu ya sebab ada perkataan yang pelik.hehe..sory..
kalau salah tolong tegur..Zatul hargai sangat...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan