Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Selasa, 31 Januari 2012
Untuk mencintaimu 6
Peluh menitik didahi Fikri Aidil.Tidurnya yang lena telah diganggu dengan kisah lamanya.Derhaka kepada kedua ibu bapa sejak bertunang dengan Aria dan pergaduhannya dengan Aria.Mimpi itu seperti wayang yang ditonton oleh Fikri Aidil.
"Astagfirullahaladzim",ucap Fikri Aidil yang terjaga dari mimpi.Wajahnya diraup berkali-kali,pandangannya jatuh pada jam lonceng di meja berdekatan katil.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Hatinya cukup berserabut dengan kisah lalu.Dia mengeluh lagi dengan tindakan dahulu.Kalaulah dia mengikut nasihat orang lain sudah tentu tidak jadi seperti ini.Kalau?semuanya dengan kalau.Berdosakah dirinya?menikahi Aria?
Dalam sedar,Fikri Aidil menitis air mata.Dirinya bertekad tak akan mengeluh lagi kerana ini adalah ujian Allah.
Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air.Niatnya untuk melakukan solat sunat,hatinya akan terasa lebih tenang.
Aria terkocoh-kocoh menaiki tangga,dia datang ke sini untuk mengambil dokumen penting sekaligus meminta cerai.Selepas habis edah nanti,dia akan berkahwin dengan lelaki inggeris.
Fikri Aidil tersedar apabila mendengar orang menyelongkar almari dan laci.
Matanya ditenyeh-tenyeh,tidak percaya orang dihadapannya.Tubuhnya yang tidak cukup rehat berdiri tegak.
"Kau buat apa dekat umah aku?"Tegur Fikri Aidil agak lantang.Hatinya sakit melihat wanita tidak sedar diri.
"Aku nak ambil barang".Ujar Aria selamba.Wajahnya makin cantik,Fikri Aidil leka menatap wajah itu .
Dari mata,kening,hidung dan mulut sehingga susuk tubuh bakal jandanya.Cantik.Desis hatinya tapi sayang kecantikan itu tidak selaras dengan perangai.Sebuah senyuman sinis singgah dibibir Fikri Aidil.Tiada lagi cinta untuk wanita ini kerana hatinya terluka parah.
"Minggu depan kita jumpa di mahkamah".Tutur Fikri Aidil.Tiada perubahan pada riak wajahnya.
"Maaf encik,saya tidak sengaja".Ujar Seorang gadis.Sudahlah terlewat,sekarang terlanggar orang pula.
Fikri tidak bersuara,matanya melihat gadis itu tertunduk mengambil pendrive dan sehelai kertas.
"Saya mintak maaf sekali lagi encik".Mohon gadis itu tertunduk,badannya dibongkok sedikit.
"Tak apa."Balas Fikri Aidil.Gadis ini mendongak atas kerana ketinggian gadis ini hanya separas bahu Fikri Aidil.Sebuah senyuman di hadiahkan.
"Terima kasih".Ucap gadis itu.Berbeza gadis ini dengan Aria,jauh panggang dari api.Waima berpakaian sopan dan menutup aurat,wajahnya tetap cantik.
"Untuk apa?"Soal Fikri Aidil.Dahinya berkerut kerana gadis dihadapannya ini mengucap terima kasih untuk apa?
"Sebab maafkan saya".Jawab gadis itu polos.
"Oooo".Mulut Fikri Aidil berbentuk O.
Pak long Aziz menepuk bahu Fikri Aidil.Fikri Aidil terkejut dengan tepukan itu dan berpaling ke belakang.
Hanny Putri tersenyum mesra melihat bosnya.
"Pak long tunggu pada tadi.Fik ada kat sini pulak?"Ujar Pak Long Aziz mesra.Waima sudah tua,dia masih segak dengan kot tersarunhg ditubuhnya.Fikri Aidil menyalam tangan Pak long Aziz dan mengucup tangan lelaki itu.
"Sorry paklong,tadi ada kemalangan sikit".
Wajah pak long Aziz kerisauan mendengar kata-kata Fikri Aidil.
"Ada luka tak?"Soal Pak Long Aziz.
"Err,bos tadi saya terlanggar dia la."Hanny Putri menyampuk.Wajahnya takut dengan reaksi Pak Long Aziz.
Pak Long Aziz senyum kelegaaan,ingatkan kemalangan teruk.Badan Fikri Aidil tiada yang cedera.
"Ingatkan kemalangan apa tadi,ni mesti kes awak nak cepat kan Hanny?"
Hanny Putri tersenyum malu dengan kelakuannya.Salahnya juga kerana ingin cepat.
"Lupa pulak pak long.Ni Hanny Putri,setiausaha pak long.Paling rapat dengan mak long kamu nih".
Pak Long Aziz memperkenalkan Hanny Putri.Hanny Putri hanya mengangguk kepala dan tersenyum manis.
Fikri Aidil menghulurkan tangan,Hanny putri menggeleng kepala.
Fikri Aidil hanya selamba tetapi dalam hati dia termalu sendiri.Baru sahaja kenal,dia sudah berani memuji sikap dan pemakaian gadis ini.
Nota menyibuk:Macam biasalah pesanan Zatul.Jangan lupa tinggalkan komen tau..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
yang belum like page nih..like la..yang sudah like..terima kasih
Label:
Untuk mencintaimu
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan