"Kau pergi mana tadi hah?"Tengking Fikri Aidil.Dadanya berombak menahan marah.Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia menampar isterinya ini yang baru dinikahi sebulan yang lalu.
"Kalau aku pergi mana pun.Bukan menyusahkan hidup kau."Cukup lantang Aria membalas kata-kata suaminya.Tanpa ada rasa bersalah,dia turut membalas mata tajam Fikri Aidil.
"Kau isteri aku paham tak?"Sekali lagi tengkingan bergema di rumah banglo 2 tingkat.Aria yang mendengar perkataan isteri hanya tersenyum sinis.
"Kalau kau suami aku.Ada aku kisah?Aku nak hidup bebas bukan asyik ikut telunjuk kau."Ujar Aria dengan kasar.Tidak tahukah Aria bahawa meninggikan suara pada suami menimbulkan berdosa tapi itu tak penting baginya yang penting dia hanya mahu sebuah kebebasan seperti sebelum Aria berkahwin.
"Kau tu isteri aku Aria.Aku berhak tahu mana kau pergi".Fikri Aidil sudah mengalah.Sesungguhnya,dia cukup bosan dan letih dengan perangai Aria yang liar.Apa lagi yang Aria mahu?Duit.Sudah beratusan ribu dihabiskan untuk Aria tetapi Aria tetap tidak menghargainya sebagai suami.
"Aku nak bebaslah Fik.Bukan nak duduk dalam rumah nih.Aku nak kita macam dulu-dulu".Ujar Aria.
Fikri dan Aria adalah sepupu sebelah daddynya kerana cinta mereka kahwin walaupun Fikri Aidil tahu Aria agak liar.Cintanya terhadap Aria sungguh besar.Aria hanya tersenyum sinis melihat Fikri Aidil duduk dibirai katil yang sedang meraup rambutnya.Tanpa meminta izin,Aria terus pergi meninggalkan Fikri Aidil yang serabut.Fikri Aidil yang geram dengan tindakan Aria yang agak kurang ajar dimatanya menghempaskan gambar perkahwinan mereka.Cukup bahagia didalam gambar itu tetapi hakikatnya hatinya terseksa dengan perangai Aria.Dugaan apakah yang harus dia hadapi.
1 tahun yang lalu
Suasana tegang menghimpit di banglo mewah milik Datuk Ilham.Datin Suzana hanya mengusap belakang Datuk Ilham agar tidak terlalu marah.Fikri Aidil hanya membuat tidak endah dengan kata-kata ayahnya.
"Daddy,Fik cintakan Ria dan Fik tak akan kahwin dengan perempuan kampung tu.Dia bukan taste Fik".Ujar Fikri Aidil dengan nada bersahaja.Sakit hatinya apabila Datuk Ilham ingin menjodohkannya dengan perempuan entah dari ceruk mana.
"Perempuan kampung?Huh.Sekurang-kurangnya dia sopan dalam berpakaian tapi Ria macam perempuan simpanan tahu tak".Jerkah Datuk Ilham.Kini berdiri dan memandang tepat ke arah Fikri Aidil.Mata dijengkilkan melihat Fikri Aidil yang tidak mendengar kata.Hari ini sahaja dia mahu Fikri Aildil mendengar kata-katanya selalunya dia memberi Fikri Aidil membuat keputusan sendiri.Entah mana silapnya,anak bujangnya liar dan sering melawan cakap.Sewaktu pulang dari Amerika Fikri Aidil masih seperti dulu seorang anak yang baik dan sekarang tidak lagi.Adakah dia silap mendidik anaknya?
"Dah tu taste Fik.Baru sesuai nak berdamping dengan Fik tapi perempuan kampung tu huh.Tak sesuailah dad".Sungguh angkuh kata-katanya.Wahai Fikri Aidil janganlah terlalu angkuh sangat dengan kata-kata nanti kamu akan tersungkur.
"Jangan angkuh Fik".Datuk Ilham memberi peringatan.Sakit hatinya mendengar percakapan anaknya.
"Fik nak kahwin dengan Ria".
"Daddy tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau Fik.Apa yang kau pandang sangat dengan dia tu.Agama entah ke mana.Hidup bebas."
"Ria anak sedara Daddy.Buat apa Daddy nak kata macam tu.Fikirlah sikit Dad".Ujar Fikri Aidil dalam nada sinis.
"Tak bermakna dia anak sedara mummy dan daddy.Kami terima dia,Fik".Celah Datin Suzana setelah berdiam diri sejak tadi.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Datin Suzana,Fikri Aidil beredar dari situ.Datuk Ilham hanya mampu mengelengkan kepala melihat kedegilan Fikri Aidil.
"Daddy biarlah dia.Dia dah besar,biar dia buat keputusan sendiri.Baik buruk tahulah dia nanti."Pujuk Datin Suzana sebaik melihat anak bujangnya beredar pergi.
kini
"Sapa jantan tu hah?"Soal Fikri Aidil terhadap Aria.Sakit hatinya melihat Aria dihantar oleh seorang lelaki.
"So?"Balas Aria dalam nada yang bongkak.
"Aku tanya sapa jantan tu hah?Kau pergi menyundal ke?"Sekali lagi suara Fikri Aidil melengking.
"Kalau aku menyundal pun.Kau peduli apa".Aria melawan.Mukanya dipaling ketempat lain.Tidak ingin melihat suaminya.Sebuah penampar dihadiahkan buat isteri tersayang.Hampir tersungkur Aria tetapi sempat berpaut pada sofa buatan Italy.
"Apa nak jadi dengan kau ha?"Suara yang lantang itu tidak cukup menakutkan Aria.
Tanpa sepatah kata,Aria melankah pergi dan Fikri Aidil sempat memegang tangan Aria dengan kemas lalu sebuah penampar lagi dihadiahkan.Kalau ikutkan hati mahu dibelasah isterinya tetapi dia masih waras.
"Kau memang bodoh,aku tak suka hidup macam ni kau tahu tak."Jerit Aria kuat.Dilepaskan tangan Aria dan menolak wanita itu sehingga jatuh.Aria hanya tersenyum sinis dan bangun.Aria meninggalkan banglo dua tingkat ini.
"Arhggggggggggggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh".Fikri Aidil melepaskan geramnya,bergema banglo yang dibelinya buat insan tersayang.Disepak sofa itu berkali-kali.Hatinya sungguh sakit.
Perhatian sekejap:Assalamualaikum semua,ini enovel zatul yang terbaru.secara spontan menulis karya ini tanpa memikir apa-apa.Huhu.zatul harap novel kali ini boleh diterima anda dan berharap anda semua meninggalkan komen.Terima kasih yang sudi membaca.
smbung lagi kak zatul. nampak menarik..
BalasPadam