Khamis, 26 Januari 2012

kurnia 13





"Papa nak kamu kahwin".Ujar Datuk Adam pada suatu malam.Perkhabaran itu mengejutkan Miqael yang sedang menonton televisyen.Drama vanilla dan coklat sudah tidak dihiraukan lagi,matanya membuntang.
Ahh sudah,umurnya masih muda dan papanya pula menyuruhnya berkahwin.Tapi dengan siapa?

"Papa nak suruh EL kahwin?El masih muda pa and belum kerja lagi.Nak bagi anak orang makan apa?"
Miqael memberi alasan,mudah-mudahan alasan ini diterima pakai oleh Datuk Adam.
"Papa tak nak kamu beri alasan.yang penting papa nak kamu kahwin.Muktamad."Datuk Adam sudah mengeluarkan  kuasa vetonya.
"Pa,El nak bagi anak orang makan apa?makan pasir?"Sindir Miqael.Masalah timbul lagi,sudahlah pagi tadi
Suzana datang lagi ke kolejnya.Malam,Datuk Adam memberikan kata-kata yang cukup memecahkan kepala otaknya.
"Huh,kau bukan anak orang miskin Miqael".
"Papa nak tanggung anak bini El?sory,El tak nak jadi dayus pa".Tangannya memegang kepala dan mengusutkan rambutnya yang lurus.
"Kan kau nak tolong papa,masa cuti.Ish,masa tu la papa nak bagi kau gaji."Ujar Datuk Adam.
Miqael menunjukkan muka sedih tapi Datuk Adam pura-pura tidak mengerti.Datuk Adam juga tahu bahawa
Miqael sukakan seseorang dan dia sudah siasat latar belakang gadis itu.Ternyata memuaskan hatinya.
Sengaja diprovok sedemikian.

"Pa,tolongla paham El.El nak belajar."Rayu Miqael.Suara televisyen dibiarkan berbunyi,tiada hati untuk menonton.Sekarang masa untuk memujuk papa.
"Papa memang tak nak paham.Kalau El tak nak papa bencikan El.Baik El kahwin".Ugut Datuk Adam.
"Bagi El fikir dulu".Miqael memberi kata putus dan bangun dari sofa mewah.Tanpa pamitan,terus masuk ke kamar bujangnya.
"Tak payah pikir,kahwin je terus".Balas Datuk Adam sedikit menjerit,terukir senyuman dibibirnya.Tak lama lagi dia akan menerima menantu.Tak sabar rasanya.


"Pa".
Miqael menarik kerusi yang ada di meja dan melabuhkan punggung kasar.Protes agaknya.
"Dah setuju?"Ujar Datuk Adam dalam kegembiraan.Tiada apa yang boleh dikata,suara papanya menyentuh hatinya.Kelembutan dan kemesraan yang dulu sudah hadir dalam hatinya.
"Tapi pa dengan sapa?"



"kau setuju dengan cadangan papa El?Soal Datuk Adam lagi.Surat khabar Utusan Malaysia dilipat dua.
Miqael tersenyum paksa,biarlah dia berkorban asalkan papanya tidak membenci dia lagi.
"Papa ada calon untuk El?"
"Apa hubungan El dengan Nur Amalina?"Soal Datuk Adam kembali.Sengaja disebut nama itu agar
anaknya mengerti dengan makna tersirat.
"Kawan."
"Kawan je?"
"Yela takkan makwe kot".Balas Miqael ringkas.Dalam hatinya kecewa dengan arahan Datuk Adam.
Untuk memiliki Nur Amalina tiada peluang dan kini terpaksa kahwin dengan perempuan yang tidak
dikenali.
"Manalah tahu".
"Nak tackle dia macam mana,papa dah suruh El kahwin dengan siapa ntah".Luah Miqael kecewa.
Tergelak besar Datuk Adam melihat wajah kecewa Miqael.Miqael menunjukkan wajah simpati.
"Papa nak masuk minang dia boleh?"
Tersenyum meleret Miqael apabila papanya menyebut tentang itu.Ahh,bagai bulan jatuh ke riba.
Hidup dengan wanita itu bagai disyurga.Kalau suruh menikahi gadis kesayangannya pada hari ini
sudah tentu dia rela.
"Suka?"
"Suka,suka,suka sangat sangat".Gelagatnya bagai budak kecil mendapat coklat.Sudah terlompat-
lompat keriangan.Datuk Adam tersenyum simpul.

Bergetar poket seluar Nur Amalina.Terasa geli di paha datang bertandang.
"Ish,siapa pula hantar mesej waktu macam nih".Rungut Nur Amalina dalam hati.Parang yang sedia ada ditangan dicampakkan ke tanah.Nyamuk yang menghisap darah di pangkal lengannya ditepuk kuat.Waktu seperti ini,kebun babah selalunya banyak nyamuk.
"Ish,berani kau hisap darah aku...padan aku bunuh je".
Anak rambutnya jatuh berjuntai,diselak ke belakang.Ditekan tekan butang tengah untuk melihat mesej.

                                Jom kita kahwin
                             

Gulp
"Dia ajak aku kahwin biar betul".Ditelan air liurnya berkali-kali,dicubit-cubit pula pipinya agar ini bukan mimpi.Ya betul.
"Kau ni kenapa Amal?"Tegur babah.Tubuhnya dibongkok untuk mengambil pisang.
"Ada orang ajak Amal kahwin babah".Ujar Nur Amalina polos.Secara tak sengaja terkeluar dari mulutnya.
"Apa?.
Babah terkejut dengan kata-kata Nur Amalina,pisang yang ada di tangannya tercampak jauh.Nasib baik tak ada darah tinggi dan sakit jantung,tidak Nur Amalina juga yang menanggung susah.
Nur Amalina yang mula perasaan dengan keterlanjurannya,pantas kedua-dua tangan menutup mulut.

"Kenapa abang nih?Dicampak pula pisang nih".Bebel ibu,tidak perasan wajah suaminya yang terkejut.
"Anak awak ni,bu".
"Anak saya,anak awak juga."Perli ibu.Pisang yang jatuh ditanah,sudah diambil.
"Tak ada la,saya terkejut bila dia kata ada orang ajak dia kahwin".Ujar babah yang masih dalam keadaan terkejut.
Ibu tersengih tidak percaya.Betul ke?apa yang didengar,rasanya ini alam realiti bukan mimpi.
Nur Amalina kaku ditempatnya.Tiada sepatah dua kata,nyamuk yang mengigit kulitnya tidak dipedulikan.
Terkebil-kebil matanya memandang ibu dan babah.Reaksi orang tuanya terkejut,dia apatah lagi.



NOta sikit:Kurnia dah smpai bab 13 la..terima kasih yang sudi baca dari bab 1 hingga kini.Zatul hargai sangat.
Agak-agak la kan..Sapa yang hantar mesej tu?Miqael?Haziq?mana satu ya.
Macam biasa pesanan Zatul.Jangan lupa tinggalkan Komen n jangan lupa like page nih k...

2 ulasan :

  1. besh gilerr.. cept sikit teroskn bab 14 taw??
    nina dh xsaba sgt2.. hewhew.. :)

    BalasPadam