Sabtu, 7 Januari 2012

Untuk mencintaimu 2

"Shit,bangang punya betina.Berani dia mainkan aku".
Panas hati Fikri Aidil melihat gambar isterinya,Aria berpelukan dan berkucupan dengan lelaki lain di sebuah kelab.Hatinya bertambah panas apabila penyiasat upahannya memberitahu Aria telah menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Inggeris itu sebelum mereka berkahwin lagi.Mundar-mandir Fikri Aidil di dalam bilik pejabatnya.
Kali ini hatinya benar-benar tercabar dengan Aria.Diambil bingkai gambar yang terletak di atas meja kerjanya lalu dibalingkan ke dinding.Berkecai gambar itu,puas hatinya.Setiausaha Fikri Aidil yang mendengar bunyi kaca jatuh itu tidak berani ke bilik majikannya kerana Fikri Aidil telah bagi amaran awal-awal lagi.Dia hanya diam tidak terkutik dimeja tapi kerana bimbang akan majikannya.Dikuatkan semangat untuk melihat Fikri Aidil

"Erkk,encik okey?"Ujar Atriah dalam nada takut-takut.Secara drastiknya,Fikri Aidil melemparkan fail di atas meja ke arah Atriah.Tepat kena dimuka Atriah,tergamam dibuatnya.Atriah kecut perut melihat wajah Fikri Aidil yang menyinga.
"Bodoh punya perempuan.Kan aku kata jangan ganggu aku."Jerkah Fikri Aidil dengan garang.Matanya mencerlung memandang Atriah.Menunduk Atriah mendengar jerkahan garang majikannya.
"Maaf,saya risaukan encik".Mengigil badannya dalam kata-kata.Masih kaku di permukaan pintu dan tidak beredar.
"Kau tak payahlah nak risaukan aku.Isteri aku pun tak pernah risaukan aku."Suara Fikri Aidil masih meninggi.
Diambil fail dan dilemparkan sekali lagi ke arah Atriah,Atriah dalam ketakukan terus melulu keluar.Mengalir air matanya,selama bekerja disini inilah kali pertama dia diherdik.

" kenapa ni Atriah?"Ujar Hairul dengan pandangan simpati.Sebenarnya,dia sudah tahu apa yang terjadi terhadap Atriah,sengaja ditanya.
"Tak ada apa-apa lah".Balas Atriah dalam keadaan menunduk.Tidak berani menatap wajah tunangnya.
"Betul nih?"Soal Hairul.
"Betullah,dahlah baik Hairul pergi buat kerja.Nanti encik Aidil mengamuk".


Fikri Aidil yang melihat isteri kesayangannya terbaring senang-lenang,melangkah ke arah katil dan berdiri disisi Aria.Gambar disampul surat dikeluarkan dan gambar itu dijatuhkan ke atas muka Aria.Tersentak Aria dengan tindakan Fikri Aidil.
"Baik kau cakap,sapa jantan nih?"Tengking Fikri Aidil.Diambil gambar yang ada dikatil itu dan sekali lagi dilemparkan ke muka Aria.Aria hanya tersenyum sinis.
"Dia teman lelaki aku sebelum kau nikah dengan aku lagi."Ujar Aria dengan bangga.
"Kau?"Ditundingkan jari tepat ke arah Aria.Terlalu geram dengan kata-kata Aria,ditampar kedua-dua pipi Aria dan sekali lagi dipipi kanan.Aria hanya selamba memegang pipinya.
"Apa yang kurang hah?Aku dah bagi kau kemewahan lebih dari bapak kau.Sekarang kau tak pandai nak hargai aku".
"Apa yang tak kurang kau kata?Memang kau bagi aku kemewahan tapi aku sunyi tahu tak.kau asyik kerja dan kerja dari aku tunang dengan kau lagi tahu tak.Aku bosan."Aria meninggikan suara.Matanya merah memandang Fikri Aidil.Waima Fikri Aidil memberikan kemewahan melimpah ruah tetapi Aria tetap tidak berpuas hati dengan sikap Fikri Aidil yang suka bekerja.Malah masa untuk bersama tiada dan hanya pada waktu makan.Aria bosan hidup sebegini.Kawan-kawannya mengatakan Aria bodoh,Aria hanya memekakkan telinga.Dia memang bodoh tapi dia juga perlukan kasih sayang.
"kau jangan bagi alasan Aria.Aku kerja keras sebab nak bagi kau mewah.Kau ingat kalau aku tak kerja aku boleh bagi kau makan".Jerkah Fikri Aidil.Naluri kelakiannya benar-benar tercabar dengan kata-kata isterinya sebentar tadi.
"Ceraikan aku!!!".Jerit Aria.
"Aku takkan ceraikan kau."
"Cerai aku katakan".Aria masih tidak mahu mengalah.Ditolak tubuh Fikri Aidil yang sasa namun masih kekal disitu tidak berganjak.
"Fik sayang Ria".Sayu suara Fikri Aidil menutur kata-kata.Mengalah kali ini kerana untuk mendapatkan Aria kembali.Dia teramat sayangkan Aria,dia tidak boleh hidup tanpa Aria.
"Huh,kalau kau tak ada.Michelle ada untuk aku.Dia boleh bagi aku kekayaan dan kasih sayang tapi kau huh.Setakat syarikat bapak kau,jangan haraplah aku nak pandang."Tutur Aria dalam keadaan sinis.

Kedua-dua bahu Aria dipegang dengan penuh kasih sayang dan dikucup dahi Aria,pantas Aria mengelak.
"Ria,jangan buat Fik macam ni.Fik janji lepas ni Fik akan selalu ada untuk Ria ya sayang.Jangan tinggalkan Fik".Rayu Fikri Aidil.Cuba untuk memeluk Aria tetapi Aria menolak tubuhnya dengan kuat.
Hampir terjatuh.Aria cepat lari dari situ.Fikri Aidil tidak mampu berbuat apa-apa.kakinya sungguh lemah dan terduduk disisi katil.Air mata jantan jatuh membasahi wajah.




Nota sikit:Maaf ya,kalau kali ni pendek dan tak memuaskan hati.Insyaallah nanti zatul akan buat yang terbaik.
Harap ada sudi yang komen dan terima kasih kerana sudi komen.Zatul amat menghargai

Tiada ulasan :

Catat Ulasan