Haikal meneruskan suapan dengan selera tanpa memikirkan Fikri Aidil yang masih termenung.Fikri Aidil menguis-guis makanan di dalam pinggan,selera mati.Kalau Aria ada mesti hidupnya bahagia tapi bahagia ke Fikri Aidil selepas seminggu berkahwin,pernikahan berantakan.
"Kau ingat kalau kau asyik ingatkan Ria.Ria datang bagi kau makan,huh aku rasa tunggu kau mati dia takkan datang-datang".Ujar Haikal sinis.Suapan terakhir diteruskan dan Fikri Aidil tetap seperti tunggul.
Badan Fikri Aidil susut,mukanya muram tiada berseri.Pilu hatinya dengan kejadian yang terjadi.
"Kau rasa aku buat kesilapan ke kahwin dengan Ria?"
"Sudahlah Fik,jangan fikir masa lalu.Kau kena kuatkan semangat tau tak.Kau kena mulakan hidup baru tanpa memikirkan dia.Kau kena pandang ke hadapan jangan toleh lagi kebelakang."Nasihat Haikal,Fikri Aidil bungkam tanpa kata.
"Baik kau makan Fik,aku tengok badan kau susut."
2 bulan telah berlalu,kini Fikri Aidil telah hidup seperti biasa cuma perangainya menjadi pendiam.Tiada lagi emel dan sms untuk dihantar kepada Aria.Dia reda dengan ketentuan hidup ini,mungkin tiada jodoh diantara Fikri Aidil dan Aria.Aria bukan tercipta dari tulang rusuk Fikri Aidil seperti hawa dan adam.
Dia juga telah ambil alih syarikat sepenuhnya dengan pertolongan Haikal.Jika tiada haikal siapalah dia sekarang.
"Fik,esok kau jangan lupa ya."Ujar Haikal sekaligus menghentikan lamunan Fikri Aidil.
"Ada apa dengan esok?Aku rasa meeting dengan Tan sri Izzad petang nanti and waktu lunch nanti ada meeting dengan Syarikat Iqwan tentang pembinaan rumah".Balas Fikri Aidil pada masa yang sama dia cuba ingat tentang hari esok.Diketuk-ketuk pen ke meja.
"Alahai kau nih Fik,esok ada interview penolong pegawai pemasaran.Tak kan tak ingat kut".
"Eh yeke,bukan kau ke yang handle."
"Ish kau ni,jadi macam hari tu kau marahkan aku.kata penolong tu menyusahkan kerja kau la apa la,bla bla bla la.Pening aku dengar rungutan kau tau tak".
Fikri Aidil hanya memandang Haikal sekilas dan kembali meneruskan bacaannya yang kembali tertungak.
"Haikal,aku rasa laporan nih ada sikit masalah lah.Sape yang buat nih?"Soal Fikri Aidil.Hatinya panas dengan kesilapan yang dilakukan oleh bahagian kewangan.
"Erk,kau cakaplah dengan dia nanti".
"troublesome,siapa yang buat laporan nih.Takkan Ilham buat salah kot,tak penah-penah buat salah".
"Dia budak baru tu."Ujar Haikal untuk meredakan kemarahan Fikri Ilham.
"Budak baru yang boleh bankrupkan kita.ish sakit hati aku."
"K lah aku cau lu.Jangan marah sangat,dia kan budak baru.Tegur dia elok-elok".Nasihat Haikal.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Membuak cemburu didada Fikri Aidil melihat tunangan kesayangan bermesraan dengan lelaki Inggeris di sebuah restoran terkemuka.Wajah Aria kelihatan berseri-seri dan bahagia disamping lelaki itu.Fikri Aidil membuat telahan yang lelaki itu mungkin rakan satu pejabat atau rakan lama.Itulah kata-kata pada hatinya untuk menutup segala kegusaran yang telah timbul sejak tadi.Fikri Aidil duduk dihujung yang agak tersorok dengan pengunjung lain memudahkan dia mengintip Aria dan lelaki yang tidak dikenali.Puas diamati siapa lelaki inggeris itu,adakah kawan lamanya tetapi tidak temui jawapan.Untuk pergi ke Aria mustahil kerana dia ingin melihat Aria dan lelaki itu dari jauh.Lelaki Inggeris ini adalah saingan terhebatnya waima dia telah bertunang dengan Aria tetapi hatinya masih ragu-ragu.
"Aku tak akan biarkan lelaki itu memiliki Aria".Desis hatinya.
Semakin lama menonton adegan mesra itu,semakin hatinya rasa sakit bagai dicucuk sembilu.
"Ria,kita kahwin dalam masa terdekat ni?"Ujar Fikri Aidil,matanya masih tertumpu pada pemanduan.Aria yang mendengar terkejut dengan keputusan Fikri Aidil.
"Cepatnya Fik.Bukan ke dalam tahun depan kita akan nikah.Baru 2 bulan kita bertunang".Gusar hatinya dengan keputusan Fikri Aidil yang ingin menikah awal dari tarikh sebenar.Wajahnya dimaniskan agar rahsia tidak terbongkar.
"Fik tak sabar nak nikah dengan Ria.Fik nak Ria jadi milik Fik sepenuhnya atau dalam erti kata lain ikatan yang sah".Ujar Fikri Aidil dalam separuh berbisik menimbulkan suasana romantik walaupun didalam kereta.
Fikri Aidil melemparkan senyuman yang menawan dan Aria mengangguk setu dengan keputusan tunangnya.
"Ah bantai je lah.Pandai makan pandai lah tutup lebih-lebih lagi dengan papa.Tak adala papa nak masuk campur".Omelnya didalam hati.
Hanya dengan sekali lafaz,Aria sudah menjadi isteri yang sah kepada Fikri Aidil.Pada upacara membatalkan air sembahyang,tidak berkelip mata Fikri Aidil melihat kecantikan wajah isterinya.Jatuh cinta untuk kali kedua dan seterusnya.
"Fik janji akan bahagiakan Ria".Bisik Fikri di telinga Aria setelah mengucup dahi isterinya.Hakikatnya,dia amat mencintai isterinya.Aria menghadiahkan senyuman dan buat kali kedua Fikri Aidil terpana.
"Mic,you boleh tak jangan kacau I?I dah married you tahu tak.I janji I akan jumpa you nanti."Ujar Aria di telefon bimbit.Hari ini adalah hari pernikahannya dan kekasih gelapnya menelefon untuk berjumpa.
Talian diputuskan agar Fikri Aidil tidak syak wasangka terhadapnya.Hatinya juga bimbang jika Fikri Aidil mendapat tahu.
"Hai sayang".Sapa Fikri Aidil.Tanggannya melingkarki pinggang ramping isterinya dan mengucup bibir serta kedua-dua pipi.
"I love you so much".Bisik Fikri Aidil mengoda,matanya menatap anak mata Aria.Serba salah Aria untuk membalas lalu tunduk.
"Kenapa?"
"Err,tak ada apa-apa.Ria cuma berdebar.Yela,errr".
Dipaut dagu runcing Aria untuk menatap wajahnya,dihadiahkan senyuman menawan bertambah menyerlah ketampanan wajahnya.
"Kitakan dah jadi suami isteri,so tiada lagi istilah malu baby".Ujar Fikri Aidil dan terjadilah malam istimewa buat Fikri Aidil.
Dua minggu menjadi suami kepada Aria menyeronokkan tetapi disebaliknya Aria lebih berpura-pura setia dan gembira.Dibelakangnya,Aria main kayu tiga dengan lelaki lain.
"Fik,aku nak cakap something dengan kau.Aku harap kau tak marah".Ujar Haikal ketika selesai bermesyuarat dengan pelanggan.Fikri Aidil hairan dengan bicara rakannya untuk meminta izin bercakap.
"Eh,sejak bila kau pandai minta izin dengan aku.Selalu pakai redah je".
"Erkk,kau bahagia dengan Ria?"Soal Haikal agak ragu-ragu.Tersentak Fikri Aidil dengan pertanyaan sahabatnya.
"Kenapa kau cakap macam tu Kal?aku cintakan Ria sepenuh hati aku.Dah la,kau nak cakap apa lagi?"
"Abaikan apa yang aku nak cakap tadi".Ujar Haikal.Sebenarnya dia ingin bercakap tentang Aria tapi bila kata-kata sahabatnya yang cukup tegas.Dia berfikir sejenak,mungkin Fikri Aidil bahagia hidup dengan Aria.Bila difikirkan lagi hatinya resah mengenangkan perangai Aria tempoh hari dengan seorang lelaki.Lebih baik abaikan saja.
"Cakap je lah.Kau nak cakap pasal Aria?kau tahu tak,kenapa aku nak kahwin dengan Ria awal?.
"Kenapa?"Soal Haikal ingin tahu.
"Sebab masa aku bertunang dengan dia.Aku ada nampak dia dengan seseorang,kau tahu tak hanya tuhan je yang tahu isi hati aku bro.Bila aku fikir balik,lebih baik aku kahwin je dengan Ria sayang aku tu.Aku nak dia jadi milik aku sepenuhnya dan sekarang hasilnya aku bahagia sangat,sangat dan sangat."Ujar Fikri Aidil bahagia.
"Kau tak siasat dia dulu?hei Fik,manalah tahu belakang kau dia mainkan kau?"Duga Haikal.
"Huh,kau saja nak naikkan darah aku .Okey,apa masalah kau sebenarnya nih Kal?Masa aku bercinta kau selalu cerita pasal Ria and masa aku bertunang dengan Ria kau still cakap keburukan Ria.Now,aku dah kahwin dengan Ria kau tetap cakap tak baik pasal dia.Asal hah?"Tengking Fikri Aidil.Hilang kesabarannya dengan Haikal.Haikal dalam dilema,ditelan mati emak diluah mati bapak.Fikirannya buntu,antara persahabatan dan juga hidup Fikri Aidil.Ahhh,biarkanlah.Lihat sahaja dan tunggu.
Psttt:macam biasalah pesanan zatul.jangan lupa tinggalkan komen sbb sush nak cri ilham nih..huhu..kecian2 lah kat kite k..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130?sk=wall
wahaaa..yng blm like page cdrh..sila lah like..terima kasih bnyk diucapkan..
untuk watak yang terbaru..jngn lupa iaitu heroinnya akan mcul bab seterusnya...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan