Jumaat, 6 Januari 2012

kerana cintaku 13

Farhan Hasyim membuka peti sejuk dan mengambil air putih lalu dituang ke dalam gelas.Diteguk air itu dengan rakus sehingga habis.Pada malam ini,Farhan Hasyim pulang ke rumah keluarganya di Putrajaya.Sudah agak lama ,dia tidak menjenguk ibu tirinya semenjak ayahnya meninggal.Bukan membenci tetapi terlalu sibuk malah hubungan Farhan Hasyim dengan ibu tiri terlalu rapat.Farhan Hasyim melihat jam dinding di dapur.Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam,patutlah sunyi.Mestilah bibik atau lebih di kenali sebagai bibik Mah sudah tidur dibiliknya.Datin Azana juga sudah tidur,malas mahu menganggu mereka tidur.Farhan Hasyim hanya menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu banglo mewah ini.Farhan Hasyim termenung,direnung gelas itu tajam.Rindu mula bertamu dihatinya,malam yang mendinginkan seolah-olah memaksa dia merindu seseorang.Sudah agak lama,dia tidak berjumpa dengan gadis pujaan.Seiras-iras dengan wajah kekasih lamanya.
Wanita yang meninggalkan dia dahulu telah menghantar e-mel,perasaannya tidak menentu sejak akhir-akhir ini.Telefon bimbitnya dicapai dan menekan butang panggilan apabila di isyaratkan panggilan masuk lalu dimatikan.Telefon bimbit itu diletak tepi,sebuah keluhan dilepaskan.Terlalu penat dengan perasaannya sendiri yang sering mendatangkan masalah.


Farhan Hasyim memejamkan mata,bahunya terasa disentuh oleh seseorang.Menoleh kebelakang dan wajah itu mengukir senyuman gembira.
"Ibu tak tidur lagi?"Ujar Farhan Hasyim lalu mencium pipi kanan dan kiri ibunya.Terlunas segala rindu yang ada dalam hati.
"Ibu nak minum air lah sayang.Tup-tup tengok An ada kat sini,lama betul An tak balik sini.Ke dah lupakan ibu?"
Suara Datin Azana berubah sedih.Farhan Hasyim hanya tersenyum mendengar luahan isi hati ibu.Masakan dia boleh lupa dengan ibu yang telah banyak berjasa padanya.Tangan ibunya dicium lama.
"Tak la ibu.Takkan An nak lupakan ibu.An betul-betul banyak kerja.Tak lama lagi An akan masuk syarikat baru dan An ada kejutan untuk ibu."
"Kejutan?Kejutan apa?An nak kahwin ya?"Ujar Datin Azana teruja.wajahnya berubah ceria.
"Tak la bu,asal kejutan je.Mesti ingat An nak kahwin ya".
"Dah apa dia?"
"An dah beli saham untuk ibu dan hotel atas nama ibu".Farhan Hasyim memandang wajah Datin Azana dan dipeluk bahu ibunya erat.
"La kenapa untuk ibu?Ibu dah tua la sayang oiii."
"Untuk ibu dan untuk ibu,ibu masih muda lagi kan."
Dituang air putih kedalam lalu diteguk dan mengukir senyuman untuk ibu tersayang.Datin Azana membalas senyuman itu walaupun anak tiri namun Farhan Hasyim amat menghormati.Bertuah sungguh dia.



Sebulan telah berlalu dengan pantas.Pada pagi yang indah tanpa sebarang gangguan,hanya kicauan burung yang berbunyi.Esok adalah hari pertunangan Alia dan Hasrul Rizal.Rina hanya mendapat cuti 2 hari iaitu hari ini dan esok.Dia terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan.
"Rin,cantik tak baju akak untuk majlis pertunangan esok?"Tanya Alia yang sedang menayangkan baju pertunangannya yang berwarna merah.Sungguh sesuai dengan badannya yang ramping bak model.Dipusing badan berkali-kali ibarat sang puteri.
"Cantik tak Rin?"Sekali lagi Alia menyoal apabila adiknya membuat tidak endah.Rina yang sedang mengupas kulit bawang memandang ke arah kakaknya dan tersenyum hambar.
"Cantik kak".Balas Rina.Dibasuh bawang itu agar tidak pedih nanti dan mengambil sayur untuk dipotong.
"Betul tak tipu?"Soal Alia lagi dalam nada manja.Mukanya masam.
"Cantiklah kak,Rina tak tipu.Apa masam-masam nih,esokkan dah nak tunang.Nanti lari pulak bakal tunang akak".Sakat Rina.Terkekeh-kekeh dia ketawa apabila melihat wajah kakaknya yang cemberut.
"Alolo.Rin gurau jew la kak".Pujuk Rina.Akhirnya,Alia tersenyum melihat gelagat adiknya yang nakal.Sesungguhnya,dia seronok kerana hari ini adiknya telah kembali seperti dulu.Semenjak,dikhabarkan dia bakal bertunang dengan Hasrul Rizal,adiknya Rina agak dingin perangai.Perangai yang mesra dulu entah hilang ke mana.Esok hari,selesai majlis pertunangan Alia,Rina bergegas pulang ke Kuala Lumpur.


"Eh Liyana,Azean kata bos baru nak masuk hari selasa.Tapi aku peliklah kenapa tak ada pun.Puas aku tunggu,dah dua minggu tak nampak batang hidung pun.."Ujar Rina ketika Liyana ke pejabatnya.Liyana hanya menjungkit bahu menandakan dia tidak tahu.
"Larh,kau kan kaki gosip.Mesti tahu perkara remeh temeh nih kan."
"Amboi,sedapnya kau kata aku kaki gosip.Agak-agaklah wei.Banyak lagi perkara lain yang aku perlu buat."Balas Liyana agak bengang dengan ayat celopar Rina.Rina hanya tersengeh.
"Cik Rina,bos baru sudah sampai.Sekarang Encik Zaidi suruh masuk bilik meeting".Ujar Vivian kepada Rina.
"Cik Liyana sekali".Ujar Vivian sekali lagi.Rina dan Liyana hanya mengangguk dan terus bnagun dari kerusi untuk pergi ke bilik mesyuarat.

Masuk sahaja bilik mesyuarat yang bercermin hitam,Rina dan Liyana tercari-cari tempat duduk.Tapi sayang,yang ada hanya sebelah Shah Iman. Rina dan Liyana duduk di sebelah Shah Iman manakala Shah Iman berada ditengah-tengah antara mereka bertentangan dengan Azean yang tersenyum sumbing.
"Ceh,mentang-mentang aku datang lambat.Semua orang tengok".Ngomel Rina.
"Oke semua,mintak perhatian.Ini saya mahu memperkenalkan rakan kongsi saya selaku bos baru anda semua."Ujar Encik Zaidi yang memperkenalkan Farhan Hasyim sebagai bos baru dan juga rakan kongsi syarikat ini.
Rina yang sedang menunduk terus sahaja menoleh ke arah bos barunya itu dan matanya terpana.
"Alamak,dia bos aku".Bisik hati Rina dan mukanya tiba-tiba berubah pucat.Liyana yang perasan akan perubahan wajah Rina,menyiku lengan Rina.
"Aku tahulah bos baru hensem".Sempat lagi Liyana bisik ke telinga Rina.Rina yang gelabah cuba bertenang.
Farhan Hasyim yang bercakap pada tadi dibiarkan bagaikan angin lalu.Hanya sebuah ucapan sahaja yang dia dengar betul-betul.
"Harap kita semua boleh bekerjasama".Ucap Farhan Hasyim ringkas.Sebuah senyuman terukir dibibirnya membuatkan pekerja wanita terpana.
"Okey,setakat ini saja perjumpaan kita.Semua boleh bersalaman dengan Encik Farhan.Saya harap sangat kamu semua dapat bekerjasama dengan Encik Farhan bagaikan sebuah keluarga.Itu sahaja yang saya ingin cakapkan".Setelah selesai mendengar  sepatah dua kata dari Encik Zaidi.Pekerja yang ada di dalam bilik mensyuarat memperkenalkan diri dan bersalaman dengan "Bos baru mereka".Hanya Rina seorang sahaja yang kaku di tempat duduk tanpa memperkenalkan diri.Tidak betah duduk di bilik mesyuarat,Rina mahu beredar pergi tapi belum sempat mencapai tombol pintu namanya terlebih dahulu dipanggil.


"Rina".Namanya dipanggil oleh Encik Zaidi.Rina tergamam namanya dipanggil dan menoleh kebelakang lalu menghadiahkan senyuman.
"Ya ada apa encik Zaidi?"Rina cuba menutup kegugupan apabila Farhan Hasyim merenungnnya tajam.
"Encik Farhan,inilah akauntan muda kita."Encik Zaidi memperkenalkan Rina kepada Farhan Hasyim dan Farhan Hasyim hanya mengangguk.
"Hai Encik Farhan,Saya Rina.Maaf ya saya tak sempat memperkenalkan diri tadi.Bukan apa nak kejar masa.Banyak sangat kerja yang tertangguh.Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik tanpa ada perbalahan".Ujar Rina panjang lebar untuk menutup debaran dihatinya.Wajahnya cuba dimaniskan.
Farhan Hasyim yang melihat gelagat Rina yang lain macam hanya menghadiahkan senyuman mengoda.Lepas ni,sudah tentu dia akan dapat menatap wajah Rina sepuasnya.2 bulan tidak berjumpa dengan Rina bagaikan 20 tahun lamanya.Rindunya bertamu dikalbu.
"Saya harap begitu juga cik Rina.Moga cik Rina dapat bekerjasama dengan saya sebaik mungkin."Balas Farhan Hasyim.
Selesai memperkenalkan diri,Rina meminta diri untuk masuk ke bilik pejabatnya.Hatinya berdegup sungguh kencang.


Tok tok tok
kedengaran pintu pejabatnya diketuk dan Rina menyuruh masuk.Terpandang sahaja wajah itu,lemah semangatnya untuk membuat kerja.Lelaki dihadapannya menghadiahkan senyuman cukup menggoda.Aduh,cair aku kalau tiap-tiap hari macam ni.
"Kenapa Rin terkejut?"Tanya Farhan Hasyim dengan romantik sekali.Rina bungkam tanpa kata,badannya kaku di tempat duduk.
"Rin".Panggil Farhan Hasyim.
"Ya encik Farhan.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Akhirnya,Rina kembali bersuara setelah ada di alam fantasi.
"Larh,formalnya sayang ni.Kalau tak ada orang,Rin panggil Farhan sahaja ya.Jangan terlalu formal."
"Eh mana boleh,awak bos saya dan saya tetap kena hormat pada awak".Rina berhujah dengan yakin sekali dan cukup tegas didengar Farhan Hasyim.Sebaik tamat Rina bersuara,Farhan Hasyim ketawa.Sungguh lucu mendengar kata-kata Rina.
"Rina,Rina.Buat lawak ya?Untuk Rina yang tersayang tak payah lah nak berencik-encik cuma kalau depan pekerja Farhan baru Rina panggil begitu ya".
Rina tidak berkata apa-apa yang dia pasti,dia mahu Farhan Hasyim pergi dari sini.Hatinya cukup sesak dengan kedatangan Farhan Hasyim yang sudah menjadi bosnya ini.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan