Hari ini hari jumaat,niatnya adalah ingin menyarungkan baju kurung ditubuhnya.Baju kurung warna biru diambil dari almari.Seterika dipanaskan untuk menggosok baju kurung agar tidak berkedut.
"Cantik juga aku nih".Ujar Nur Amalina.Rambutnya disikat rapi dan mengikat rambut kemas.
Setelah berpuas hati,dia mengambil kunci motor.
Nur Amalina mematikan enjin skuternya.Haziq menyandar pada motor besarnya dan mengukir senyuman apabila melihat Nur Amalina.Hari ini dia memakai baju melayu warna biru sedondon dengan "si dia".seperti berjanji pula.Tidak perasaan Haziq ada disitu,Nur Amalina terus melangkah pergi.
"Ish minah nih,aku yang hensem ni pun tak nampak dek dia".Rungut Haziq.Haziq memanjangkan lehernya untuk melihat Nur Amalina yang sudah jauh dari pandangan.Sudah hari ini,mereka tiada kelas yang sama.
Miqael yang ternampak Nur Amalina berjalan hanya buat tidak endah.Malas ambil tahu tentang gadis itu buat masa ini.Nur Amalina yang juga melihat Miqael didepan membuatkan dia resah.Belum pernah lagi hatinya rasa begini waima dia seringkali mengeluarkan kata-kata kasar.Jantungnya berdegup kencang.Mahu lari?tidak mungkin kerana dia tak nak menunjukkan wajah bersalah.Mukanya selamba dan berjalan bertentangan dengan Miqael.Miqael juga sama wajahnya hanya bersahaja seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain.
"Erkkk,kenapa Miqael tak tegur aku eh?"Soal Nur Amalina pada dirinya.Hatinya rasa bersalah dengan percakapan semalam tapi benda sudah terjadi tidak boleh diputar masa.
Miqael tidak menghadiahi senyuman seperti selalu malah mahu menyakitkan hatinya juga tidak.Ohh,tidak janganlah katakan yang aku sudah...Ahhh,mengarut.
Makan malam diantara anak dan bapa menimbulkan suasana sunyi sepi.Tiada gelak ketawa atau saling berbicara.
Miqael hanya meneruskan suapan demi suapan.Datuk Ilham menjeling sekilas,anak sulungnya tidak
menegurnya seperti biasa.Walaupun dia agak dingin dengan Miqael dan cakap apabila perlu sahaja namun Miqael tetap bertanya pelbagai soalan tapi hari ini hubungannya agak hambar.Entah mengapa dia agak rindu mendengar suara anak sulungnya.Anak perempuannya akan tamat belajar pada tahun hadapan di Amerika.Terdengar sahaja berita tentang perangai Miqael yang tidak senonoh,sungguh mengecewakan hati
bapanya tapi pada hari ini kecewanya sudah beransur hilang kerana dia tahu,Miqael akan melakukan apa sahaja demi dia.
"EL"Nama panggilan Miqael disebut.Ditatap wajah anaknya itu dengan penuh kasih sayang setelah sekian lamanya.
"Ada apa pa?"Miqael yang perasan dengan pandangan matanya mengukir senyuman tetapi didalam hatinya.
"El tahu kan.Dirah tamat belajar pada tahun hadapan."Ujar Datuk Adam.Miqael masih meneruskan suapan.Miqael yang tadi kurang berselera kini seleranya meningkat.
"Papa nak kau bekerja dengan syarikat papa".Tambah Datuk Adam lagi.
"Tapi El tak habis belajar lagi pa.Macam mana nak kerja".
"Papa maksudkan,kerja sambil belajar.Tolong papa apa yang patut.Just papa nak kau tahu pasal syarikat.Belajar tetap belajar".
"Herm,ok pa".Miqael setuju dengan cadangan papanya.Kalau ditolak sudah tentu papanya terasa hati dan hubungan mereka
makin hambar.Inilah peluang untuk dia perbetulkan keadaan dan mengambil hati Datuk Adam.
"Hubungan dengan Suzana, EL dah putuskan.So sekarang EL ada hubungan dengan mana-mana perempuan?"Soal Datuk Adam.
Sebenarnya,dia ingin Miqael berkahwin agar hatinya tuanya senang.Tambahan pula,dia mendapat tahu yang Suzana bekas kekasih anaknya selalu datang kacau.Dia mengetahuinya kerana dia mengupah penyiasat peribadi untuk melihat segala gerak geri anaknya.Ternyata,anaknya berubah.Huh,perempuan macam itu baginya tidak sesuai untuk Miqael.Terhenti suapan Miqael.
"Kenapa pa?"
"kalau kamu ada teman wanita,papa nak nikahkan kamu dengan dia."
"Hah".Miqael terkejut.Tidak disangka Datuk Ilham berkata seperti itu.
"EL,tak ada mana-mana teman wanita la pa".Balas Miqael ringkas.Dalam hatinya berharap agar Datuk Ilham tidak membuat keputusan bukan-bukan.
"Kau percaya pada cinta?"Tanya Haziq pada Nur Amalina ketika selesai bermain skateboard.Tempat lepaknya di taman seperti biasa sambil melihat suasana semula jadi dan kanak-kanak bermain.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
Nur Amalina memeluk lututnya dan berpaling ke arah Haziq.Dalam hatinya tertanya.
"Ala kau nih,aku tanya je la".Rengek Haziq manja.Nur Amalina tersenyum melihat Haziq yang keanak-anakan.Dia sudah sedia tahu bahawa Haziq agak manja apabila bersamanya.
"Macam budak-budak".sinis Nur Amalina membalas.
"Huh".Rajuk Miqael.Dipalingkan mukanya,mulutnya muncung.
"Kalau kau merajuk,aku tak pujuklah Ziq.Kalau kau budak-budak,baru aku pujuk".Nur Amalina ketawa,Haziq yang merajuk makin bertambah merajuk,bukannya hendak dipujuk malah ditambah lagi.
"Kau merajuk,tak ada kawan aku nak cakap.So aku balik dulu".
Baru saja Nur Amalina mengangkat pungungnya dari rumput,Haziq membuka mulutnya.
"Ok aku tak merajuk da".Sungguh cepat rajuk Haziq berlalu kerana dia tahu Nur Amalina tidak pandai memujuk.
Nur Amalina tersenyum.Rambutnya yang diikat rapi dilepaskan,terselah kejelitaan gadis ini.Haziq terpana melihat keindahan itu.
"Aish minah nih,tak pernah-penah biarkan rambut dia bebas macam tu.Tiba-tiba je tapi cun lah sumpah aku kata".Bebelnya didalam hati.
"Kau nih kenapa tengok aku macam nak telan je?"Tegur Nur Amalina dengan pandangan tajam Haziq pada masa yang sama Haziq merasakan dia baru berlari 100 kilometer.Adushhh,parah nih.
"Errrrrr,kau...percaya pada cinnn...taaa?"Tanya Miqael teragak-agak.
"Percaya kut tapi kan aku tak nak jatuh cinta."
"Kenapa pulak?"
"Sebab cinta itu menyakitkan.Tengoklah perempuan yang sukakan kau semua kena reject kan?tu tandanya dia orang kecewa dan hati akan sakit".Ujar Nur Amalina.Dia selalu berfikir tentang perempuan yang bercinta dengan Haziq dan Haziq selalu berkata mereka berkawan,bila berfikir kembali sudah tentu mereka akan kecewa dengan cara Haziq.
"Errkkk,tapikan aku kawan je.Dia orang yang lebih-lebih".Miqael membela dirinya.
Betul apa,dia hanya berkawan.Perempuan yang berdamping dengan Haziq hanya lebih-lebih sedangkan Haziq sudah kata mereka kawan bukan berkasih.Perempuan seperti mereka mata duitan dan pengikis kerana setiap kali keluar mesti minta belikan benda yang mahal.Nur Amalina juga kerap keluar dengannya,minta belanja pun tak pernah.Itulah perbezaan mereka dan Nur Amalina.
Bagi Nur Amalina pula penjelasan Haziq bagai angin lalu,lubuk hatinya berkata Haziq memag kasanova.Waima Haziq kasanova,Haziq seorang kawan yang sangat baik.Dalam diam dia memuji sikap Haziq.
Nur Amalina mencapai telefon bimbitnya diatas meja belajar.Ditatap skrin itu,tiada mesej atau panggilan yang menerjah.Semalam juga tiada,yang ada hanya mesej Haziq.Selalunya,Miqael menghantar mesej untuk mengucap selamat malam.Semalam dan hari ini,tiada apa-apa kata dari lelaki itu.Dulu katakan benci tapi kenapa hati tak menentu.Dalam hatinya berkata jatuh cinta.Hatinya tetap menepis.Kata orang jatuh cinta mandi tak basah tapi mandi Nur Amalina basah malah menyegarkan badan.Nur Amalina terfikir dengan perasaan tak menentunya.Ahh tak mungkin,ini pasti perasaan benci pada Miqael menebal.
Nota sikit:Yes,akhirnya ada juga bab untuk kurniakan.Jangan lupa tinggalkan komen anda kerana anda
meningkatkan lagi penulisan saya..hee..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
dan jangan lupa like page tu ea..yang dah like..terima kasih..Zatul hargai anda semua.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan