Selasa, 10 Januari 2012

Untuk mencintaimu 4

Haikal melangkah masuk ke rumah banglo dua tingkat milik sahabat baiknya.Ditekan lonceng berkali-kali tetapi tidak seorang membuka pintu.Pintu pagar pula dibiarkan sebegitu sahaja,terdetik niatnya untuk masuk sahaja.Dipulas tombol pintu perlahan,hatinya makin pelik.Pintu juga turut tidak berkunci,apa yang terjadi pada sahabat baiknya setelah tragedi hebat berlaku dalam hidupnya.3 hari 3 malam,dia sibuk dengan kenduri arwah ibu bapa sahabat baiknya dan hari seterusnya dia benar-benar sibuk,tiada masa untuk menjenguk.Sahabat baiknya juga tidak masuk ke pejabat,sesungguhnya dia mengerti dengan keadaan sahabat baiknya.Genap 2 minggu ibu bapa Fikri Aidil,agaknya bagaimana keadaannya.
"Ya Allah,kau berilah kekuatan kepada Fikri Aidil".Doanya didalam hati.Sebagai sahabat yang sentiasa ada susah dan senang,Haikal sentiasa mendoakan Haikal.Persahabatan mereka dari kecil sehingga dewasa,sekolah menengah yang sama dan Universiti yang sama serta dalam bidang yang sama.Segala suka duka turut dikongsi bersama.Cuma Fikri Aidil dari keluarga yang berada dan Haikal dari keluarga yang sederhana tetapi tidak menghalang persahabatan mereka.


"Fik".Haikal melaungkan nama Fikri Aidil.Sekali,dua kali,tiga kali dan empat lima,tiada yang menyahut.Ruang tamu bersepah dengan surat khabar,laptop dibiarkan begitu sahaja.Tangan Haikal mengutip pinggan kotor yang ada diatas meja,laptop ditutup,baju yang bersepah diatas sofa mewah turut diambil dan dibawa ke ruang dapur.Diambil penyapu yang ada dan mengemas ruang tamu dan juga dapur.Setelah selesai,kaki Haikal menaiki tangga untuk menuju ke bilik Fikri Aidil.Diketuk pintu Fikri Aidil,tiada jawapan dan dia membuat keputusan untuk membuka sahaja pintu bilik ini.
Fikri Aidil terbongkang atas katil,bilik mewah ini juga tidak terurus umpama ditinggalkan bertahun-tahun.Pakaian bersepah sana-sini.Menggeleng Haikal melihat sahabatnya.

"Fik,bangunlah".panggil Haikal untuk mengejutkan Fikri Aidil dari bangun tidur.Digerakkan bahu sahabatnya tapi tiada tanda-tanda untuk bangun.Haikal menyelak langsir dan membuka tingkap untuk memberi cahaya dan udara masuk ke dalam bilik yang penuh kegelapan.Cahaya yang menyinari ke muka,membuka mata dari terus lena dari alam lena.Terkebil-kebil matanya melihat Haikal yang berada di dalam biliknya.
"Dah bangun Fik,aku ingat tadi kau nak mimpi terus.Kau tahu tak aku datang sini.Tengok pintu pagar rumah kau yang tak berkunci,pintu pun tak berkunci.Aish,apa nak jadi dengan kau ni.Wake up man,yang dah pergi sudah pergi kita yang hidup kena teruskan".Haikal mula bermukadimah.
"Kalau aku tak datang sekarang,aku tak tahu apa yang jadi dengan kau.Baru seminggu rasanya aku tak datang sini.Banglo kau dah gaya macam rumah puaka."Bebel Haikal dengan perangai Fikri Aidil.
Bebelan Haikal kepada Fikri Aidil ibarat mencurah ke daun keladi,tiada balasan dan hatinya seola-olah mati.

"Kal,kau nak tahu tak?"Ujar Haikal dalam keadaan lemah.Entah mandi entah tidak dia ni dengan wajah serabai.Bulu-bulu yang meliar di wajah tidak dicukur rapi.
"Tahu apa?dah kau tak cite mana lah aku nak tahu."Haikal cuba bercelucon tapi sayang tidak terkesan di hati Fikri Aidil.
"Tiap-tiap hari aku sms dia Kal,aku hantar Emel.Pagi dan malam,tak pernah putus.Aku harap Aria baca dan dia kembali pada aku."Ujar Fikri Aidil penuh berharap dengan penantiannya.
"Kau ingat,Ria akan baca emel dengan sms kau.Jangan menunggu buah yang tak gugur,nanti kau juga merana."Sinis Haikal membalas.Bila menyebut nama Aria,hatinya cukup menyampah kalau boleh ingin sahaja dia nyahkan perempuan itu dari terus ada di minda Fikri Aidil.
"Aku sayangkan dia macam nyawa aku.Daddy dan mummy aku dah pergi,aku nak Ria je.Itu dah cukup buat aku".Luah Fikri Aidil.Menitis lagi air matanya apabila menyebut nama Aria.Murah air matanya kini.
"Fik,boleh tak kau jangan ingatkan dia.Dia tinggalkan kau dan dia tidak pernah cintakan kau.Kau paham tak?
"Jerkah Haikal dengan nada dengan cukup kuat bagi menyedarkan Fikri Aidil dari terus lena.
"Jangan bermimpi disiang hari Fik".Cukup tegas Haikal berkata-kata.Bukan niatnya untuk menyakitkan hati Fikri Aidil tapi untuk bangkitkan Fikri Aidil.Dia tidak sanggup melihat sahabatnya mengejar bayang-bayang Aria.
"Aku tak ceraikan dia lagi".
"Memang kau tak ceraikan dia lagi tapi dia tu ada fikir pasal kau hah?Sanggup main kayu tiga belakang kau walaupun korang masih nikah dan sekarang nih tak ada maknanya".Nada suara Haikal makin meninggi.Direnung wajah sahabatnya dalam-dalam.Sebuah senyuman sinis terukir dibibirnya.


Fikri Aidil mengalah dengan kata-kata Haikal.
"Syarikat okey?"Tanya Fikri Aidil,wajahnya masih menunduk.Tidak berani menatap wajah Haikal,nanti sudah tentu dia akan dibasuh cukup-cukup oleh Haikal.
"Baru kau tahu kau ada tanggungjawab.Aku ingatkan kau dah tak ingat".Sindir Haikal.Badannya yang bersandar pada dinding kini melabuhkan punggungnya dikatil.
"Sudahlah,aku harap lepas ni kau ada semangat baru Fik.Baik kau pergi mandi sekarang.Aku nak beli makanan."
Fikri Aidil yang mendengar arahan itu terus bangkit dari katil dan menuju ke bilik air.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan