Isnin, 9 Januari 2012

Untuk mencintaimu 3

"Ria sayang nak pergi mana ni?bawak beg segala bagai."Ujar Fikri Aidil lembut kepada isterinya.Aria mengemas baju-baju dan dimasukkan ke dalam beg besar.Barang-barangnya juga dikemas sekali kecuali pemberian Fikri Aidil.Fikri Aidil cuba memegang tangan Aria tetapi cepat ditepisnya.Sedih hatinya apabila isterinya berkelakuan sebegitu.
"Aria?nak pergi mana ni?"Soal Fikri Aidil sekali lagi.Tangannya mengambil kembali baju Aria yang sudah letak di dalam beg.Aria mendengus kasar dengan tindakan Fikri Aidil.
"Kau jangan keluarkan baju aku nih?"Suara Aria meninggi.Panas hatinya dengan tindakan Fikri Aidil yang cuba mengeluarkan pakaiannya dari beg.
"Ria.Ria nak pergi mana ni?"
"Aku nak tinggalkan rumah ni.Kan kau tak nak ceraikan aku.so aku nak blah dari sini.Aku dah tak tahan lah hidup dengan kau".
"Tapi Ria."Mendatar suara Fikri Aidil.
"Ria jangan tinggalkan Fik.Fik tak boleh hidup tanpa Ria."Fikri Aidil memujuk Aria dari terus hilang dari hidupnya.Aria yang mendengar tersenyum sinis dan cincin perkahwinan dijarinya dicabut lalu dilemparkan ke muka Fikri Aidil.Tergamam Fikri Aidil,air matanya jatuh namun tetap tiada simpati yang timbul.
Setelah selesai mengemas semua barangnya,kakinya melangkah keluar dari bilik.Fikri Aidil cepat mengejar dan memaut pinggang Aria dari belakang.
"Jangan tinggal Fik,Ria.Pleaseee".Bisik Fikri Aidil ditelinga Aria,Aria berpaling menghadap wajah suaminya.Perasaan simpati telah dibuang awal lagi kerana dia berkahwin dengan Fikri Aidil bukan demi cinta tetapi disebabkan harta dan ugutan bapanya.
"Aku tak cintakan kau tau tak."Jerit Aria dihadapan Fikri Aidil.Wajahnya memerah menandakan dia marah dengan tindakan Fikri Aidil yang menghalangnya.
"Ria."Sayu suara Fikri Aidil menutur nama itu.Nama isteri yang paling dicintai separuh mati tapi sayang dikhianati cintanya.
"Ish,aku tak suka kau lah".Lantang Aria berkata,melihat Fikri Aidil melepaskan pinggangnya yang dipaut tadi,Aria pantas menuruni tangga.Fikri Aidil mengejar isterinya tetapi Aria telah berlalu pergi bersama sebuah kereta mewah.Terjelopok Fikri Aidil di permukaan pintu banglo,hatinya terasa disiat-siat dengan perangai isterinya.Sekali lagi air mata menitis.


"Aria".Nama itu juga disebut.Dilihat ke luar rumah agar isterinya balik kesisinya namun hampa setelah 1 jam dia duduk disitu dengan wajah berserabut kelibat Aria tetap juga tidak kelihatan.Sampainya hatimu.
Deringan telefon rumah yang minta diangkat dibiarkan sebegitu.Beberapa panggilan tidak dijawab,Fikri Aidil hanya melayan perasaan.Akhirnya,Fikri Aidil melangkah longlai untuk menjawab panggilan setelah dibiarkan.
Hiba hatinya setelah mendengar panggilan itu.Sebentar tadi dia kehilangan orang yang paling dicintai,sekarang kedua-dua orang yang disayangi pergi meninggalkannya tanpa noktah.Meraung Fikri Aidil di ruang tamu mewah.Tiada apa lagi yang tinggal.


"Fik sabar Fik,ini dugaan Allah pada kamu."Nasihat Pak long Aziz.Diusap belakang Fikri Aidil perlahan-lahan,timbul simpati didalam hatinya kepada pemuda ini.Kini,anak saudaranya tiada ibu bapa dan Pak long Aziz tidak isah jika Fikri Aidil menumpang kasih dengannya.Tadi,Fikri Aidil meluahkan perasaan yang sedih dan kata-kata  mengejutkan ,beristighfar Pak Long Aziz dengan kata-kata anak saudaranya tetapi dia tidak hairan dengan kata-kata itu kerana dugaan ini mungkin terlalu berat untuknya.
"Pak Long,Fik rasa Fik nak mati.Orang yang Fik sayang semua tinggalkan Fik.Fik dah tak da siapa-siapa lagi Pak Long.Daddy dan Mummy tinggalkan Fik.Isteri Fik pun tinggalkan Fik Pak Long.Kenapa orang yang Fik sayang separuh nyawa Fik tinggalkan Fik.Fik tak nak hidup lagi Pak Long."
Hiba hati Pak Long Aziz dengan luahan Fikri Aidil.

"Fik.Siapa kata Fik tak ada siapa-siapa,Fik ada Pak Long.Pak Long sayang Fik macam anak Pak long sendiri.Ini dugaan buat Fik,jangan mudah mengalah dengan dugaan ini.Allah menguji keimanan kamu sayang.
Allah tidak akan mendatangkan dugaan dan kesusahan yang tidak mampu dipikul oleh hambanya.Allah sayangkan kamu Fik sebab itu dia datangkan dugaan untuk kamu dan Dia tahu kamu mampu harunginya.Fik,kamu fikirlah diluar sana ramai lagi orang susah lebih dari kamu tetapi kamu masih bertuah.Kamu ada harta tetapi diluar sana lebih hebat dugaan dari kamu.Dia orang tidak pernah mengeluh malah lebih bersyukur apa yang ada."Nasihat Pak Long panjang lebar.Fikri Aidil yang mendengar nasihat Pak Long itu menghirup udara dalam-dalam.Dia ingin mencari kekuatan.Sepanjang kenduri tahlil,dia hanya senyap umpama mayat hidup yang tidak mampu berbuat apa-apa.Mujurlah ada Pak Long dan kawan baiknya ada,merekalah yang membantu dan melayan tetamu.Kawan baiknya meminta diri terlebih dahulu kerana mahu menjaga isterinya masih berpantang.Bertuahnya kawan baiknya tetapi kenapa tidak dia?
Fikri Aidil berfikirlah secara rasional.Hidup ini tidak selalu indah dan keburukan yang datang pada kita sebenarnya adalah kebaikan untuk kita dan kadang-kadang kebaikan adalah keburukan untuk kita.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan