Sabtu, 10 Mac 2012

Kurnia edisi edit

PROLOG


Kecewa menghantui dirinya,tiada apa lagi hendak dikatakan.Semuanya berakhir dengan cepat.Kalaulah dia mengetahui semua ini akan terjadi.Sumpah,dia tidak akan bercinta dan mendekati keluarga itu.Semua kesalahan terletak dibahunya.Wajahnya tunduk memandang rumput kehijaun.Mama telah pergi menghadap Illahi,papa menyalahkan dirinya dan adik benci akan dia.Matanya terpejam rapat,kedua-dua tangannya menarik rambut.

Air mata Miqael menitis perlahan,air mata berharga bagi seorang lelaki.Tamak yang menguasai diri manusia menyebabkan orang lain menjadi mangsa.Kini,dia meraup muka berkali-kali bagaikan tiada jalan penyelesaian.
“Mama maafkan El”.Sayu suara kedengaran.Perasaan bersalah menguasai dirinya.

Perempuan itu,perempuan yang disayangi sepenuh hati telah menikam Miqael dari belakang.Hatinya ditoreh untuk kali kedua.
Lafaz yang diucapkan sehidup semati hanyalah sebuah janji palsu.
“Kau memang anak tak berguna El”.Ujaran papa masih kedengaran di telinga.
“Papa”.Miqael menyebut perkataan itu.Sedih hatinya apabila papa melempar kata-kata itu.Dibumi Itali inilah menjadi saksinya.Andai dapat diputarkan masa,tidak ingin dia mengenali keluarga itu.Kesedihan dan kekecewaan harus dilalui.

Hujan menitik dipipinya,awan mendung menunjukkan bahawa sebentar lagi hujan lebat akan turun.Jiwanya melayang waima jasad masih ada disitu.Dentuman guruh tidak dihiraukan lagi.Air hujan mula turun dengan lebat tetapi Miqael masih kaku disitu.
“Arghhhhhhhhhhhhh”.Miqael menjerit,dia benar-benar tertekan dengan situasi ini.Hendak diluah pada siapa?kawan baik jauh nun disana.Pada adik?adik benci akan dirinya.Papa?tidak akan mempercayai dirinya.Mama?mama telah pergi kerana sebuah fitnah.Miqael menangis teresak-esak bersama hujan,biarlah dia tenang dengan keadaan segini.Jiwanya tewas.


BAB 1
Beberapa tahun kemudian...

Miqael Adham bin Dato' Adam  menarik nafas dalam-dalam.Kakinya kini berpijak dibumi Malaysia.Bumi Itali ditinggalkan bersama kesayuan dan bumi Ireland bermula hidup barunya dan sekarang papa menyuruh Miqael melanjutkan pelajaran di tempat kelahiran.Dahulu,dibumi Italy pelajarannya terumbang-ambing tidak tahu mana arah tuju.Mujurlah Dato'Adam datang menjadi  penyelamatnya.Benci hanya dibibir.Hatinya masih sayang.Papa adalah papa yang terbaik.

Saat dua beranak ini berbincang pasti Miqael terguris dengan percakapan Dato'Adam.Tiada kata-kata yang diluahkan dengan kasih sayang tapi yang ditunjukkan hanyalah ketegasan yang melampau.Dia tidak kisah tentang itu,hatinya amat bersyukur kerana Dato'Adam masih menerimanya dan mengambil berat.Hatinya bertekad untuk berbakti kepada papa.Dia ingin menebus kesalahan lalu yang dicipta tanpa sengaja.Tangan kanan menahan teksi.

Rumah agam terletak indah di bukit tinggi jauh dari bandar.Yang hanya ada adalah tumbuh-tumbuhan yang memberi oksigen.Saat melangkah ke rumah agam milik Dato'Adam,hatinya berbelah bagi.Perasaan bersalah mula menghantui dirinya.Tiada mama di rumah mewah dan tiada kemesraan papa.Hatinya sayu mengenang segalanya.

"Miqael Adam".Lantang suara itu menyebut.Miqael segera menyalami tangan Dato Adam dan dikucup tangan itu dengan penuh kasih sayang.
"Terima kasih papa".Ucap Miqael,sebuah senyuman dihadiahkan buat papa tersayang.Dato'Adam tidak membalas,kedinginan masih terserlah.
"Untuk apa?"
"Kerana masih mengambil berat tentang Miqael walaupun Miqael telah lukakan hati papa."
"Kau kan anak aku".Nada suara tegas dituturkan.
"Sudahlah,kau pergi naik atas.Mandi,rehat lepas tu turun makan."
"Baik papa".


Miqael meneruskan suapan,tiada percakapan di antara mereka.Tiada gelak ketawa mahupun kemesraan  di meja makan.Suasana hambar.
"Papa dah daftarkan kau di universiti."
Miqael memandang Dato Adam lalu mengangguk tanda mengerti.
"Esok kau akan mulakan kelas".
"Cepat sangat la papa".
"Tak ada masa main-main tahu tak.Cukuplah setahun kau membazir masa.Papa tak nak tengok kau ulangkan kesalahan lagi."
Tiada bantahan yang dikeluarkan dari mulut Miqael.Dia akan setuju dengan arahan papa,tidak mahu mengecewakan hati orang tua itu lagi.

"Papa masih marahkan El?"
Miqael melontarkan soalan,hatinya tertanya-tanya dengan tingkah laku dan gaya Dato Adam.Pada masa yang sama,dia turut berdebar mendengar jawapan yang akan dikatakan oleh papa.Matanya tidak berkalih dari wajah Dato Adam,masih setia disitu.Dato' Adam menghabiskan suapan terakhir dan bangun dari kerusi.Miqael tertunduk kecewa.

"Papa maafkan El".Entah yang ke berapa kali Miqael ucapkan perkataan "MAAF".Mungkin yang seribu atau berpuluh-puluh ribu,tiada istilah  jemu dalam hidupnya.Perkataan itu harus dituturkan selagi nyawa masih ada pada jasad.

Hati yang terasa dipendamkan.Inilah balasan atas kesalahannya.Dalam hatinya berdoa agar papa menerimanya seperti dahulu.Sebuah keluarga yang bahagia terlakar dimindanya tapi itu hanyalah sebuah khayalan semata-mata.




Universiti swasta cukup gah berdiri di pandangan mata.Sebuah Universiti yang bekerjasama dengan Universiti swasta di Ireland.Matanya meliar memandang segenap universiti.ini.Perkataan  WELCOME  pintu gerbang Universiti,di luar Universiti sudah nampak megah apatah lagi di dalam Universiti.Tidak sia-sia Dato’ Adam melaburkan saham di sini.

              Tiada pendaftaran yang dilakukan,Miqael akan terus menghadiri kelas pada hari ini.Memang mudah menjadi anak kaya,hanya memerlukan orang dalam.Kakinya sudah melangkah di dalam Universiti. Terdapat sebuah kafe yang agak besar dengan fakulti yang didaftar oleh papanya.Pelajar sudah ramai dikafe itu,ada yang datang untuk makan dan ada yang datang untuk membaca buku.

               Yang difikirnya adalah mungkin mereka baru habis kelas.Dia melihat jam di tangan.Baru pukul 10 pagi,kelasnya bermula pada 11 pagi.Masa masih ada lagi 1 jam.Kerana terlalu teruja,dia sanggup datang awal dengan hanya menaiki teksi walaupun pemandu papanya hendak menghantarnya.Dia menolak dengan ramah.Malas mahu menyusahkan pemandu itu.

              Kakinya melangkah ke kafe,niatnya untuk minum..Matanya terpandang sesuatu dihadapannya.Seorang gadis yang sedang membaca buku bersama seorang lelaki.Gadis itu cukup cantik dipandangan mata tetapi apabila berkata-kata cukup kasar.Lihat dari cara pemakaian,gadis ini mungkin seorang tomboy.Itulah telahan yang dibuat oleh Miqael.Rambut yang panjang diikat ekor kuda.Cukup ringkas tapi nampak menarik dipandangan mata dia.Dia tersenyum lucu.Entah kenapa,hari ini matanya nakal melihat setiap tingkah laku gadis itu.

              “Comel”,Miqael memuji gadis itu tanpa sedar.Matanya terus-terusan memandang gadis itu dan mata mereka bertembung.Kantoi.Dia telah ditangkap oleh gadis itu.Wajahnya hanya  bersahaja dan  mengalih pandangan.Gadis tomboy itu merenung dia tajam.Mata tidak puas hati ditunjukkan.Miqael hanya menghadiahkan senyuman yang cukup cantik buat si gadis tomboy.Agak lama di kafe itu,barulah dia beredar dari situ untuk mencari kelas.



BAB 2
                                                  
                 Nur Amalina terasa seperti  diperhatikan.Matanya segera mencari siapa gerangan yang memerhati dirinya dan dia bertembung dengan mata seorang lelaki.Lelaki itu,lelaki yang duduk berhadapan dengan meja kafe.Pandangan seakan-akan mahu menerkam dirinya.Sebuah pandangan tajam diberikan pada lelaki itu tapi dia hanya tersenyum.Tak guna punya orang.Bebel hatinya.

                “Kau pandang apa tu?”Tegur  Haziq,pelik melihat rakan baiknya memberi pandangan tidak puas hati.
“Tak ada apa-apa lah.Makan lah cepat oii,kejap lagi ada kelas.Kau makan macam perempuan lah weii.” Sebuah pertanyaan dibalas dengan bebelan.
“Kau nih,sabarlah.Nak habis lah ni”.Balas Haziq dalam nada merajuk.Mukanya cemberut.Bengang dengan mulut celupar Nur Amalina.
“Ada ke patut,dia samakan aku dengan perempuan”.Rungut hati Haziq.Dalam hati membebel.
Nur Amalina bersahaja,tiada perasaan bersalah walaupun Haziq merajuk dengannya.


                  "perhhh,boleh tahan minah ni.Hermmm kulit putih gebu,lenggok jalan tak boleh nak kata.Kalau aku dapatlah, sure tak cari awek lain ni".Ujar  Haziq yang tersengih sumbing.Merajuknya hilang dengan Nur Amalina.Gadis cantik menjadi perhatiannya.
"Ala kau nih,semua awek kau nak kebas.Tak cari lain konon..tu si Tina tu nak kata tak ada paras rupa,bersepah orang tergilakan dia tapi kau mainkan dia."Perli Nur Amalina.
"Heh,jeles ke?

 "Tak ada masa aku nak jeles kat kau ziq,boleh blah la weiii,tadi merajuk dengan aku konon.Bila nampak awek sikit.Mula la merenyam tak tentu pasal.."Nur Amalina meninggikan suara.Menyampah dengan perangai buaya Haziq.Haziq tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu yang dikenali sejak tingkatan 6 lagi.Sememangnya Haziq suka melihat Nur Amalina marah dengan  dirinya.
     

“Boleh percaya ke?Dalam hati manalah tahukan.Kau suka aku ke?”Haziq mengusik Nur Amalina.Nur Amalina menjuihkan bibir,kelakar apabila dikatakan begitu.
Dengan mamat Playboy macam dia,aku tak akan tersangkut punya.Hahaha,kelakar beb kalau aku jatuh cinta.

“Orang dulu-dulu selalu kata.Perempuan kalau diam tandanya betul atau setuju.”
Keningnya diangkat,sengaja mencari pasal.Ingin membalas dendam atas keceluparan
Nur Amalina.
“Huh,dari aku bercinta dengan mamat player macam kau.Baik aku bercinta dengan Pak Mat tukang kebun tu.”
Air yang diminum oleh Haziq hampir tersembur,tergamam dia  mendengar kata-kata
Nur Amalina yang tiada perasaan.
Minah nih tak ada perasaan ke patut,ada ke patut kata aku player.Lepas tu nak bercinta pulak dengan Pak Mat tukang kebun tu.Aish.Amal,Amal.

“Eee,tak senonoh lah kau nih.Boleh tak minum tu biar betul-betul.Pelik lah aku dengan kau ni,macam mana la awek boleh tersangkut.”Matanya menjeling,geram dengan perangai Haziq.Betul-betul tidak senonoh,nasib baik air yang diminum tidak tersembur ke mukanya.Kalau perkara itu terjadi,pasti Haziq akan makan penumbuk.
“Sorry la tak sengaja.Terkejut aku dengar kenyataan kau”.Balas Haziq.Hatinya merungut geram.
“Asal pulak?”
“Tak ada apa-apa lah”.


“Weh perempuan tu ada kat sana lah.”Bibirnya dimuncungkan ke arah gadis cantik yang dilihatnya sebentar tadi.
“Betul-betul buaya la kau nih Ziq.”
Ujaran Nur Amalina tidak dihiraukan,matanya tertancap pada gadis itu.Niat dihatinya mahu memiliki gadis ini.Mungkin teman wanita yang ke 50.


           Rupa paras yang kacak dan hidup yang mewah adalah senjata dia memikat wanita tapi Nur Amalina adalah teman baiknya.Tidak pernah terniat dihatinya untuk mempermainkan Nur Amalina.Nur Amalina bukan seperti gadis lain yang suka mengambil kesempatan.Dia seorang yang ikhlas.

“Dah lah tu”.Nur Amalina menegur,puas menasihati rakan baiknya agar tidak bertukar-tukar perempuan.Kata nasihatnya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri,hati batu.Susah untuk mendengar cakap orang lain.
“Kau nih Ziq,tak baik tau.Kau ingat perempuan nih baju ke apa?Tiap-tiap hari nak tukar.”Nasihatnya penuh kelembutan.Mudah-mudahan,Haziq akan mendengar nasihatnya.
“Aku just kawan je.Tak lebih dari tu la.”Balas Haziq.Dalam diam dia memasang strategi untuk memikat gadis cantik itu.Gelak ketawa gadis itu membuatkan dia makin tertarik.Rupa paras dan gaya menambahkan lagi minat dia untuk mendekati.

“Kau jangan risaulah Amal,aku just hang out dengan dia orang je.Aku tak pernah nak buat jahat.Aku masih tahu dosa dan pahala okey.”Ujar Haziq.

         Nur Amalina memandang Haziq sekilas,pandangannya kini jatuh pada gadis cantik atau lebih tepat sasaran Haziq.Budak itu memang cantik tapi sayang perangai tak cantik.Perangai lebih kurang sama dengan Haziq.Tiap-tiap bulan bertukar teman lelaki.Informasi yang dia tahu,malas mahu diceritakan pada Haziq.Biarlah kalau perangai lebih kurang sama.

“Tak silap aku.Ini junior kita kan.Rasanya minah nih memang top kat fakulti kita.”Haziq membuka bicara,mula bercerita tentang gadis itu.
“Nama dia Hanna.”Haziq menambah lagi.Siapa tidak kenal akan gadis cantik itu,setiap hari dia akan terjumpa gadis ini dengan lelaki yang berbeza.Playgirl.
“Perangai lebih kurang sama macam kau jugak”.


Haziq tersenyum,betul apa yang dikatakan oleh Nur Amalina.Sebab itulah dia ingin mendekati gadis itu.Apa yang istimewa sangat sampaikan orang lain berbangga memiliki dia.Setahu Haziq,Hanna ini seorang kaki kikis.Lelaki yang berdamping dengan dia hanyalah orang kaya.
"Dah ar,aku cau lu".Ujar Nur Amalina,pergi meninggalkan Haziq yang matanya masih tertacap pada perempuan itu.

"Ok semua,saya nak assignment letak dekat meja saya esok.Lambat hantar potong markah."Ucap Puan Alina tegas.

"Aduh,dahlah tak siap lagi".Bisik Haziq ke telinga Nur Amalina.Nur Amalina buat tidak endah.
Haziq menyiku lengan Nur Amalina hingga pen yang dipegang oleh Nur Amalina jatuh ke lantai.

"Oiii,apa nih.Kau buta ke aku nak tulis?"Marah Nur Amalina,dipukul bahu sahabatnya itu.Dia geram dengan perangai Haziq.
"Kau nak apa weiii?"Tanya Nur Amalina.
"Aku tak siap lagila yang Puan bagi uh?"
"Apa?"Tanya Nur Amalina agak lurus.
Haziq menepuk dahinya menandakan geram dengan pertanyaan agak lurus sahabatnya.
"Assignment la weiiii".Balas Haziq geram.
Nur Amalina hanya tersengih.
"Sorry bro".Ujar Nur Amalina.
"Boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa?"Soal Nur Amalina keras.
"Nak pinjam assignment".Ujar Haziq separuh merayu,mukanya dibuat belas kasihan.
"Tulah engkau,ada masa tak buat.sibuk dengan makwe sana makwe sini.Kenapa kau tak suruh dia orang buat je?kan senang.Tak membazir sikit masa kau".Ceramah Nur Amalina panjang lebar.
"Ala boleh tak?"
"Tengok ar dulu".
"Hehehe,ni aku sayang kau."Ujar Haziq,dilepaskan flying kiss dekat Nur Amalia.Flying kiss dibalas dengan jelingan tajam tanda amaran jangan nak menggatal dengan aku sangat.



Nota:ini edisi edit..Insyaallah bab 19 akan menyusul dalam 2,3 hari lagi..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan