Isnin, 12 Mac 2012

kurnia 19

'kita kahwin".Ujar Suzana.
Haziq yang enak berbaring di tilam memandang Suzana.Tak percaya.
Tidak berkelip dia memandang wajah itu,Suzana sanggup berkahwin dengannya.Usah ditanya kenapa kerana dia sendiri mengetahui kenapa.
"Aku ingat kau tak nak kahwin dengan aku."Sindir Haziq,matanya memandang ke atas.Gembira apabila Suzana akan menjadi miliknya yang sah.Tidak perlu dipaksa-paksa lagi.
"Aku dah tak nak buat dosa."
Haziq tersenyum sinis dan matanya seakan-akan menyindir Suzana.Mungkin nak kata "aku ajak kahwin kau tak nak pulak.Sekarang tahu pulak dosa dan pahala."

"Lepas nih,kau jangan datang dekat sini lagi."Ujar Suzana.Rambut yang jatuh ke dahi,diselak ke belakang.
"Why?"
Haziq menongkat dagu dikatil,menunggu jawapan dari Suzana.Wajah itu nampak tidak ceria.Raut wajah yang cantik nampak pucat.Kejam ke aku?
Haziq,Haziq.Tindakan engkau merogol dia dan memaksa dia melakukan perkara yang dia tidak suka memang kejam.

suzana walaupun kau lebih tua dari aku.Aku sayang sangat dengan kau tapi kenapa kau mesti pilih Miqael.Kita kahwin nanti,aku janji akan bahagia hidup kau.Aku akan mencintai kau lebih dari Miqael.

"Kau masih sayang dia?"Soal Haziq.
Ahh,kenapa mesti aku tanya soalan nih nanti aku juga yang sakit hati.

Air mata Suzana mengalir tanpa dipinta olehnya.Sayu hatinya.Cinta dia terhadap Miqael Adham akan dibuang jauh,Suzana ingin hidup bahagia.Haziq yang melihat air mata Suzana terasa serba salah tapi dia inginkan kepastian.Suzana adalah bakal isterinya dan Miqael adalah sahabat.

Amal?kalaulah Amal tahu tentang ini,dia akan benci aku.Aku akan simpan rapi.Miqael?Bagaimana pula kalau dia tahu tentang aku dan Suzana.

Haziq pening memikirkannya.Baru sekarang dia memikirkan orang sekeliling dia.Dia yang mulakan dan dia akan akhiri semuanya.Jari kanannya menyeka air mata Suzana dan sebuah kucupan di dahi bersama pelukan erat.



Nur Amalina termenung panjang,entah kenapa dengan dia hari ini.Semuanya tidak kena di matanya.
Pusing kiri,pusing kanan.Muka Miqael menjelma.Makan nasi,muka Miqael juga menjelma.Mandi pun muka Miqael juga menjelma.Parah ni.
Bila dihitung hari,tak silapnya lagi 3 minggu dia akan menjadi tunangan orang.Rasa takut mulai menjelma dalam dirinya.Tunang dan kahwin?Tak pernah terfikir masa muda dan masih belajar dia akan menjadi isteri orang.
Jatuh cinta?tak mungkin.Muka Miqael menjelma sebab dia teramat takut menghadapi kenyataan.Orang yang paling dibenci boleh jatuh cinta padanya.Mustahil.

"Hai sayang termenung apa tu?"Sapa Miqael.
"saya geli bila awak panggil saya macam tu".Balas Nur Amalina tulus,sememangnya dia terasa geli mendengar panggilan itu.Tak rock katanya.
"Dah,awak nak suruh saya panggil awak apa?baby?darling?honey?"
"ee,tak nak lah.Tak best".
"larh kenapa?cuba bagi sebab."

"saya geli tahu tak.Panggil awak cukuplah."
"Awak?macam burung wak-wak je.Hahaha,kelakarlah tak romantik langsung."Miqael ketawa terbahak-bahak.Lucu dengan perangai gadis kesayangannya.
"ish,main-main lah dia ni".Nur Amalina cemberut,geram dengan sikap Miqael yang suka main-main.Tak pernah serius.Tak nak kahwin dengan dia baru tahu.
Miqael tersenyum,dia tahu bahawa gadis ini sedang merajuk dengannya.Inilah hakikat cinta,daripada benci bertukar menjadi sayang malah manja.Dulu dialah gadis yang paling anti.

"Jangan merajuk sayang.Nanti tak comel.Buruk sayang saya nih merajuk".Pujuk Miqael.Sungguh lembut bicaranya agar gadis ini cair dengan cepat.
Nur Amalina tetap mengeraskan kiri,kecil hati dengan kata-kata Miqael.
Dia kata aku buruk.HUH,tak patut betul.

"Sayang".
Nur Amalina membisu,pujuknya tidak menjadi.Hati keras macam batu.
"Janganlah macam ni,sorry ya kalau kata-kata saya menyakitkan hati awak.saya tak sengaja."
Akhirnya,ujaran Miqael dibalas.
"Tak ada kalau-kalau.memang dah menyakitkan hati.Tak sengaja konon.padahal awak sengaja nak sakitkan hati saya."Balas Nur Amalina,suaranya kasar.
Miqael terkedu,gurauannya telah disalah erti.Ditelan air liurnya berkali-kali.Mulutnya ditampar berkali-kali.

Nur Amalina mengerutkan dahi,keningnya bertaut.Tingkah laku Miqael mengejutkannya.
"Asal dengan mamat perasaan hensem ni".Ngomelnya didalam hati.Nur Amalina hanya melihat gelagat itu tanpa menegur.
Dalam hati Miqael geram dengan Nur Amalina yang tidak menghentikan perbuatannya.Tidak ada perasaan tapi nak buat macam mana hati sudah sayang.

Nur Amalina menongkat dagu,mulutnya menahan dari mengukir senyuman.Matanya leka memerhati perbuatan Miqael.
Merajuk didalam hati masih melekat lagi.
"Sampai bila awak nak buat macam tu?"Tegur Nur Amalina,nada suaranya bersahaja.
"Sampai awak tak marah."
Tangannya masih menampar mulut.Kerana gadis kesayangan,sakit mulut pun tiada masalah.
Nur Amalina masih bersahaja.Menunggu sampai bila Miqael menghentikan perbuatan itu.

Miqael menahan rasa didalam.Perbuatannya itu tidak dihalang.Akhirnya,dia mengalah.

"Kenapa berhenti?kata sampai saya tak marah.saya tengah marah lagi ni."Ujar Nur Amalina.Matanya dijeling sekilas.Menguji keihklasan Miqael.Hakikatnya,rasa terharu dengan perbuatan Miqael.Sanggup menyakiti diri sendiri demi dia.Dalam hatiu mengumpat.Aik,mana satu yang betul ni.

Miqael meneruskan lagi.Nur Amalina tersenyum lucu.
"Dah lah.Tak payah buat perkara bodoh."
"bukan saya bunuh diri."
"Memanglah tapi menyakiti hati sendiri bodoh namanya tau tak."

"Dengan awak je.Dengan orang lain tak ada."
Tangannya digoyangkan.Lenguh,mulut kebas.
"Ye la tuh.orang lelaki bukan boleh percaya sangat bertambah lagi orang macam awak.Mulut manis."

"kalau mulut saya manis.semut hurung mulut saya."Sesi menyakat telah tiba.
"bagus juga semut tu hurung mulut awak.Biar tak ada mulut.Tak adalah saya sakit hati dengan awak dari dulu tahu tak".Balas Nur Amalina.Bunga pemberian Miqael diambil kelopaknya satu lalu dibaling ke arah Miqael.
Miqael memejamkan biji mata.Tindakan manja Nur Amalina terhadapnya.Dia suka.


Suzana dan Haziq berjalan menuju ke kereta.Mereka telah sah menjadi suami isteri yang sebenar.Semuanya diatas pertolongan kawan Haziq yang sanggup mengatur majlis secara rahsia.Sekadar akad nikah.Pernikahan ini dirahsiakan.Itu kemahuan Suzana sendiri.Haziq,suzana,rakan Haziq dan beberapa orang di masjid itu yang mengetahui.
Haziq merelakan hati dengan permintaan Suzana.Suzana sudah dimiliki secara sah,tiada lagi paksaan selepas ini.Tugasnya menjadi berat.


nota sebentar:erk,maaf ya entry kali ni pendek.Mungkin,selepas ini ada edisi edit.Insyaallah..

1 ulasan :