Ahad, 25 Mac 2012

edisi edit kurnia

BAB 3

             Nur Amalina mengibas-gibas bajunya yang kotor akibat terkena air kotor yang telah dilanggar oleh mamat itu.Setengah jam lagi,kelas akan mula.Terpaksa dia ponteng kelas hari ini.Untuk balik ke rumah sewa tidak sempat kerana jarak antara universiti dan rumah sewanya agak jauh.

            Miqael memberhentikan keretanya.Atas kesilapan diri,dia ingin memohon maaf.
“Eh perempuan tomboy tu”.Bisik hatinya.Dengan tenang,dia melangkah ke arah perempuan tomboi itu.Penuh bergaya,sekali pandang seperti model tengah buat catwalk.
“Hoi,kau buta ke?”Jerkah Nur Amalina.Geram dengan lelaki ini.
“Eh macam pernah nampak je tapi kat mana eh”.Desis hatinya.Puas ditenung wajah itu tapi tidak dapat dikenal pasti.

“Cik,saya tahu saya hensem kalau ya pun.Jangan tenung macam tu.Nanti awak jatuh cinta, susah saya.”
Nur Amalina yang sedar dengan kesilapan dirinya terus membulatkan mata.Mamat ni memang perasaan tapi hensem la ala-ala pelakon korea gitu.
“Kau jangan nak perasaan lebih-lebih la”.Nada yang cukup tegas.Baru mamat ni tahu yang Nur Amalina tak mudah jatuh cinta waima mamat ni paling hensem di dunia.Huih.Tak main cinta cintun ni.

“Kau tengok baju aku kotor tau tak.Mana kau letak mata masa bawak kereta.”Ujar Nur Amalina.Tangannya menunjukkan baju kotor.
“Maafkan saya cik,oklah macam nih.Saya hantar awak balik rumah.Lepas tu saya akan hantar awak sini balik.Okey.”Miqael memberi cadangan.Nur Amalina berfikir,boleh juga tapi skuter nak campak ke mana?
“huh.Tak payah susah-susah,aku cau dulu.”Tangannya di angkat.Belum sempat meninggalkan tempat itu,Miqael memberi cadangan lagi.Sebenarnya,ada udang di sebalik batu.
“Apa kata,saya beli baju baru.Maksudnya,untuk menggantikan baju yang kotor tu.”
Baik punya cadangan.Bisik hati Miqael,mudah-mudahan gadis tomboy ini sanggup menerima.Nanti ada juga kenangan.Mana lah tahu,gadis tomboy ni boleh jatuh cinta dengan dia.

Idea tak boleh blah.Tak nak aku terima,karang kata terhutang budi pulak.Mamat ni memang la boleh tahan tapi hati manusia siapa tahu kan.Baik aku tolak.
Negatif betul pemikiran Nur Amalina.
“Heh,tak ape-ape.Terima kasih aje la ye.”Nur Amalina segera menolak cadangan Miqael.
“Apa pulak.Kan salah saya.Ni sebagai tanda maaf.”
“Eh,aku rasa lebih baik kau sedekah je baju yang kau nak beli.Tak pun,duit yang kau nak guna beli baju tu.Simpan je buat bayar ansuran kereta ya.”
Hahaha,baik punya cadangan aku.Tahulah kereta mewah tapi jangan nak menunjuk-nunjuk dengan aku.Huh,satu kali dia menunjuk seribu kali aku katakan ada aku kisah?

“cik,saya berniat baik.”
“Aku cakap pun.Berniat baik juga.Sebab apa?sebab kau tak payah bazirkan duit nak beli-beli.”
“Tapi..”
Belum sempat Miqael bercakap,Nur Amalina segera memintas.
“Tak ada tapi-tapi.Aku kata tak nak maksudnya tak nak.Dah ar,aku dah lambat.Hari ni aku terpaksa ponteng kelas taw sebab kau punya pasal la”.
“Selagi saya nak mintak maaf kat awak.Saya betul-betul tak sengaja.”Sekali lagi dia memohon maaf.Tanpa pamitan dan tanpa mendengar ayat dari mamat itu.Nur Amalina pergi dari situ.Miqael hampa dengan reaksi gadis tomboy itu.
Aish,kena fikir ni untuk tarik perhatian gadis ni.

"Ish,habis kotor baju aku.Harap je kereta besar tapi mata letak dekat lutut.Terpaksa aku ponteng kelas,hish.Rugi masa aku kalau macam ni."Bebel Nur Amalina dihadapan cermin.
Rambutnya dikemaskan agar tidak kusut,bajunya diperbetulkan.Cukup ringkas, seluar jeans dan t-shirt merah lengan panjang.Topinya diletakkan di atas kepala,rambutnya yang panjang separas pinggang diikat kemas agar tidak menyusahkannya.Selesai berhias,dia ingin kembali ke U untuk kelas seterusnya.
"Erm,kelas Encik Azman terpaksalah aku pinjam nota kat haziq".Bicara Nur Amalina.
"Hah ponteng kelas eh".Sergah Haziq.
"Eh kucing aku melantun"Nur Amalina melatah,buku ditangannya dilempar ke atas muka Haziq.
Nur Amalina benar-benar terkejut dengan sergahan Haziq,dilurutkan dadanya agar lega dengan kejutan tadi.
Haziq pula ketawa berdekah-dekah melihat gelagat sahabatnya itu.
Ditumbuk bahu kiri Haziq dengan kuat.Hatinya benar-benar bengang dengan tindakan Haziq.
"Kalau aku ada penyakit.Dah lama aku jalan,so kau suka ar kan?"Tengking Nur Amalina.
Haziq terdiam.
"Aku gurau je la".Ujar Haziq.
"Kau gitu ar dengan aku kan,ngok ngok betul la kau nih".Ujar Nur Amalina.Suaranya agak kendur sedikit.
Dipercepatkan langkahnya untuk meninggal Haziq.
"Oii minah,tunggu aku ".Jerit Haziq.
Cepat betul minah nih jalan.Kaki keretapi ke apa?

Nur Amalina hanya buat tidak endah dengan jeritan Haziq.
"Hah tengok,hebat tak aku dapat lintas kau...hahaha".
Nur Amalina cebik mendengar pertuturan sahabat baiknya itu.Baru dapat mengejar sudah bangga.Ops,terlupa pula Haziq memang suka bangga diri.
"Amal,kau nih kenapa.Aku taulah aku buat salah.Maafkan lah aku.Pleaseee.."Rayu Haziq.
Nur Amalina tersenyum dengan rayuan Haziq.Hah.. padan muka sekali-sekala patut diajar temannya yang seorang ini,rasakan.
"Kau nih macam perempuan la Amal".Bicara Haziq untuk menyakitkan hati Nur Amalina.
"Woi gila,aku memang perempuan.Kau ade nampak aku macam lelaki kerr?"Balas Nur Amalina kasar.
"Yes,aku menang.Akhirnya bersuara jugak kau,kan aku dah kata kalau aku cakap je mesti kau nak balas."
"Dah lah kau,aku nak masuk kelas nanti lambat pulak aku."
"Ala kau nih,leceh ar,petang nih main skateboard nak tak?.
"Tengok dulu camne,hah da sampai.Jom masuk kalau lambat nanti kena ceramah free.Tak sanggup aku weii".Ujar Nur Amalina.

"Weiii,asal lambat?"
"Sorry la brader,tadi ade masalah teknikal sikit".Ujar Miqael.
"Aku ingat tadi tak nak datang".Jawab Ikram yang menghembuskan asap rokok berkepul-kepul dihadapan Miqael.
"Oit,nak mati,pergi mati sorang-sorang la.Jangan suruh aku join kau pulak..hish."Bidas Miqael pedas.
Ikram hanya tersengih sumbing mendengar kata-kata kawannya.
"Ok-ok".Rokoknya itu ditenyeh ke tempat habuk untuk mematikan api rokok.Kalau dia masih merokok alamatnya kena sembur dengan lebih pedas.
"Kau bila lagi nak habis belajar?"
“Aku kan baru masuk.So,dalam tahun depan aku habis.”
“Beruntung jadi anak orang kaya.Belum habis belajar disana.Disini dia sambung belajar.”
Miqael tersengih mendengar ujaran Iqram.Berkata tidak kena sedangkan dia juga anak orang kaya Cuma yang bezakan hanya dia anak Dato’.

"Baguslah".
"Apa yang bagusnya?"Soal Miqael.
"Bagus sebab nanti boleh tolong bapak kau kat syarikat,kesian aku tengok dia busy tak menentu".
"Aku pun pikir macam uh".Ujar Miqael.
"Kenapa kau tak nak habiskan study kat ireland?Sayang oii,bukan senang nak study kat sana,ni tup-tup sambung kat sini.Kalau orang lain tak nak balik terus nak menetap kat sana."Soal Iqram bertubi-tubi bagai melepaskan bom atom.Miqael pula hanya menjadi pendengar setia dan tiada alasan untuk menyampuk.
“Bapak aku yang suruh aku study kat sini.So tak kan aku nak tolak.Aku tak nak sakitkan hati dia lagi.Cukuplah sekali.”Luah Miqael.Sesal yang di dalam hati tiba-tiba datang menyerbu.Jarinya mengetuk-getuk meja.
“Sabarlah mungkin ada hikmah disebaliknya.Yang lepas biarlah lepas.Lagipun bapak kau masih prihatin dengan kau lagi kan.Kau patut bersyukur tentang itu.Now,kau harus fikir masa depan bukan masa lalu.Anggap je itu kenangan ngeri dan pengajaran buat kau.”Iqram menasihati Miqael.Dia simpati dengan kisah lalu sahabatnya itu.Sebagai kawan,dia hanya mampu menjadi pendorong.Jarak yang jauh bukan alasan untuk dia sentiasa bersama sahabatnya seorang ini.Dia sanggup ke Itali berjumpa dengan Miqael dan memberi semangat baru.Persahabatan mereka sangat erat ibarat adik-beradik.

Miqael tersenyum mendengar nasihat Iqram.Bertuah dapat sahabat seperti Iqram.Sahabat yang baik adalah sahabat yang sanggup bersama sewaktu susah dan senang.Dalam hatinya mengucap kesyukuran.Di dalam kesusahan pasti ada kesenangan.

“Terima kasih Iqram.”Ucap Miqael ikhlas.
“Kau kan kawan aku.”Balas Iqram.Iqram berusaha mencari topik yang sesuai.Dia mengetahui kisah Miqael seterusnya dan bukan kisah lalu.Biarlah itu menjadi sejarah hidup sahabatnya.

“So tak ade jumpa awek yang boleh buat kau terpikat.Minat orang putih kat Ireland ke?Boleh kenalkan kat aku.”
“Orang putih?hoho,jangan harap.Aku suka perempuan Melayu.”
“Tak kan tak de sangkut kut”.Ujar Iqram.Muka yang kacak,mustahil jika tiada yang terpikat bertambah lagi dengan kekayaan yang ada.Dia kagum dengan Miqael kerana Miqael bukan seorang yang riak bahkan selalu merendah diri.Atas faktor itulah,dia suka berkawan dan serasi dengan Miqael.
“Kan aku dah cakap.Aku minat perempuan Melayu.Sekarang ni malas aku nak fikir pasal perempuan.Aku nak beri perhatian pada papa dan pelajaran .”
“sambil menyelam minum air.Tak salahlah.Kau tengok aku sambil belajar dulu ada awek”.
“Kalau aku sambil menyelam minum air terus lemas.”Miqael memberi jawapan yang mudah.Betul apa yang dia kata,dulu dia bercinta dan akhirnya tak ke mana.Malah,dia sendiri hampir dibuang keluarga.Iqram tersenyum sumbing,kata-kata itu dia faham dan terasa bersalah menbangkitkan soal perempuan.
Bodoh betul aku nih,ada ke patut cakap hal nih.Sorry El.Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau.



BAB 4

"Hoittt,sengal...Yang kau asyik menempel dengan aku pehal,nak kena siku ke ha??"Jerkah Nur Amalina kepada Haziq yang asyik mengekorinya pada tadi,dia naik rimas dengan perangai Haziq.Tak habis-habis dengan perangai sengal melampau.
"Rileks arr,aku takde awek nak kacau.Tu kacau kau."
"Huh."Nur Amalina mendengus,dilabuhkan punggungnya di kerusi kafe universiti.
"Kau gi order air aku ,aku haus".Nur Amalina mengarah Haziq.Umpama diktator.
"Untuk kawan yang aku sayang,segalanya boleh ku lakukan..hihihi."
"Gatal ar kau nih weii,da cepat la bla."
Naik seram dengan perangai Haziq yang kadang kala menggodanya.Pada zahirnya,Nur Amalina selamba tetapi dalam hati dia rasa nak lari.

"Heii,tu kan lelaki yang mamat perasan hensem tu".Ujar Nur Amalina yang masih menyisip air dibibirnya.
“Mamat perasaan hensem?Siapa aku ke?”
“Bukan kau lah.Tu.”Matanya dijelingkan kea rah tepi.Menginsyaratkan bahawa lelaki itu berada diantara 2 buah meja.
"Apa kau ni?"Tanya Haziq.Dialihkan mukanya untuk memandang apa yang dilihat oleh Nur Amalina.
"Oh tu,Miqael.Student   baru pindah kat sini.Dulu study kat ireland".Ujar Haziq,jelas sekali maklumat yang diberitahu oleh Haziq.
Kenapa dengan Amal ni.
"Mana kau tahu pasal dia?"
"Jiran aku la tu".Ujar Haziq yang menikmati mee goreng yang baru dipesan tadi.
"Huh."
"Kau nih pehal?pada tadi asyik naik angin je.Bulan kau da datang ke?"
Nur Amalina menunjukkan penumbuk tanda tidak puas hati,Haziq pula makin galak mengusik sahabat baiknya itu.


"Dah ar,aku mengaku kalah".Nur Amalina akhirnya bersuara.
Haziq pula hanya tersenyum mengejek.
"Kau senyum macam tu lagi,aku bagi penyepak kang".Ugut Nur Amalina,kakinya sudah mara ke kaki Haziq.
"Adoi".Haziq mengaduh,tangannya ligat mengosok ke kakinya yang telah disepak oleh Nur Amalina.
Nur Amalina ketawa senang hati.Tangannya bertepuk menandakan dia menang,perangainya pula ibarat kanak-kanak yang baru mendapatkan gula-gula.
"Kau nih tengok gaya ugut aku tapi sekali aku kena.haiyooo,apa malang aku dapat kawan macam kau.Muka nampak lembut tapi kau fulamak tak sangka perangai macam jantan oooo..Mak tolong ziq mak,ziq kena buli dengan Amal.Dia jahat dengan Ziq.Uwaaaaa..Ujar Haziq yang disengajakan nada suaranya mengada-ngada.
Mukanya seolah-olah menahan sakit,hakikatnya dia hanya menipu.

Bukkk.Tendangan kali kedua oleh Nur Amalina,sasarannya tepat di betis Haziq.
Nur Amalina tersenyum puas,dijelir lidahnya.
"Ya Allah,sakitttnyaaaaaaaaaaaa".Haziq sengaja meninggikan suaranya.
"Bukan sakit,kau tu mengada sangat.Dasar anak manja huh."Ujar Nur Amalina kasar.Digaru tangannya yang gatal.
"Kau nih perempuan,bukan jantan Amal".Kata Haziq,tanggannya masih menggosok kakinya.
"Hahaha,kau jugak kata aku lelaki kan?so sekarang asal kau bengong sangat.Nak makan penampar aku pulak ke?"Nur Amalina sudah bangun dari tempat duduknya.
"Ok-ok".Balas Haziq.
Tangannya diangkat tanda dia mengalah.
"Sorry"
"Tak ikhlas".Ujar Haziq.Kepalanya digeleng kekiri kekanan.
"Aku minta maaf da cukup untung".
"K lah".Sekali Haziq mengaku kalah.
Nur Amalina tersenyum puas dengan kemenangannya.Dia terus beredar meninggalkan Haziq.
Nur Amalina membalas renungan Mikael.Tajam,sengal punya mamat perasan hensem.Asyik pandang aku je.
Miqael hanya memerhati gelagat mereka.Tanpa sedar ada sesuatu yang lahir dihati Miqael.
Miqael hanya tersenyum melihat gelagat Nur Amalina yang kasar itu.
Dia sudah tahu bagaimana untuk mendekati gadis tomboi itu.Mencari pasal.
Hahaha,idea jahat sudah datang.Haziq adalah sasaran utama.


 Woi,petang nih skateboard jom
Nur Amalina membaca pesanan ringkas dari Haziq.
“Nak gi ke tak eh”.Fikirnya.

                        Ok,tempat biasa.
Balas Nur Amalina dan ditekan butang send untuk menghantar.

Haziq tersenyum senang hati melihat pesanan ringkas itu diterima Nur Amalina.
Dia bangun dari sofa.Dia ingin bersiap,kalau lambat pasti kena semburan lada yang hebat. Sakit telinganya mendengar kata-kata tajam.Apabila mengingatkan tentang Nur Amalina,dia tersenyum senang lagi.
Dibilik,dia menyanyi riang.Sungguh ,tidak sabar berjumpa dengan Nur Amalina.

“Perh,awal kau datang.Menang nombor ekor eh,tu pasal datang awal.”Nur Amalina memerli,agak hairan dengan perangai Haziq.Selalunya muka dia,muka sudah di cop muka lambat.Tak tepati masa tapi kali ni memang bagus.
“Mulut,tak ada insurans.”Ujar Haziq,
Aku rasa syarikat insurans kena buat insurans,senang sikit aku nak tempat untuk minah ni.
Papan luncur dipeluk erat.Mood untuk meluncur sebentar lagi berkobar-kobar.
“Aku nak kalahkan Ziq.”Desis hatinya.Hari ini dia akan bermain di jalan raya yang telah disediakan di taman ini.
Haziq memakai helmet keselamatan dan juga beberapa alat keselamatan lain.Keselamatn dalam bersukan harus diutamakan jika tidak boleh mendatangkan kecedaran serius.
Tanpa bicara banyak,mereka terus meluncur.Saling berlumba siapa yang akan sampai cepat ke garisan penamat.




Nota:Assalamualaikum,maaf ya zatul hanya post entry edit..entry bab seterusnya zatul tak tulis lagi.
Zatul busy sebenarnya......Maaf sangat2 bg yang mnunggu...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan