"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnyaaaaaaaaaaaa aku."Jerit Farhan Hasyim di bilik pejabatnya.Di lantai pejabatnya habis bersepah gara-gara amukan terlampau Farhan Hasyim.
Dah gaya macam orang tanjung rambutan.
"Hoi kenapa ni?da gila ke?rileks..rileks."
Muncul Yusri dibalik pintu pejabat Farhan Hasyim.Yusri hanya memandang pelik ke arah Farhan Hasyim yang sedang berserabut.
"ce cite kat aku.ce cite bro".
Ucap Yusri kepada Farhan Hasyim.
"Aku geram,aku geram tau tak."Jerit Farhan Hasyim.Sifat tenangnya sudah tiada didalam dirinya akhir-akhir ini sejak Rina menolak cintanya.
"Syhhhhhhhhhh.slow sikit bro.Buat malu je kat staff kau".
Balas Yusri kepada Farhan Hasyim untuk menenangkan sahabat baiknya itu yang hampir-hampir mahu menjadi gila.
"Huh"
Itu sahaja perkataan yang dilafazkan oleh Farhan Hasyim dan mendengus kasar.
"Cakap jew la.mana aku tau kau ade masalah kalau tak story."Tanya sekali lagi Yusri kepada Farhan Hasyim.
Setelah berdiam,barulah Farhan Hasyim bersuara.
"Tadi aku nampak Rin dengan lelaki mana entah.Mesra sungguh.Aku ajak keluar macam-macam alasan dia berikan.Huh."Kata Farhan Hasyim dengan penuh geram.
"Berani betul dia tipu aku,kalau tak nak keluar.Cakap aje lah.Aku tak marahnya.Nie menipu,buat aku bengang."Tambah Farhan Hasyim lagi.
Sungguh tekun Yusri mendengar kata-kata yang dilafazkan sahabat baiknya yang dari kecil lagi.
"Ala membe je bro.Maybe dia ada alasan sendiri."Luah Yusri untuk menenangkan sahabatnya itu agar tidak terus berprasangka buruk kepada Rina.
Yusri tahu Farhan Hasyim sungguh kecewa ketika ini.
"Kau nak mengalah gitu je ke hah?"Tanya Yusri.
"Aku?mengalah no lah beb".Sungguh bersungguh-sungguh yang dilafazkan oleh Farhan Hasyim.
Yusri terangguk-angguk mendengar apa yang dikata oleh Farhan Hasyim.Bagai orang tua pula gayanya.
"Tadi macam orang gila je aku tengok."
Usik Yusri sambil tergelak besar.
Farhan Hasyim hanya tersenyum.Dia tidak terasa langsung dengan kata-kata Yusri.
"Oklah aku cau lu.Banyak lagi kerja.So chaiyok ok bro."Yusri menepuk bahu Farhan Hasym menandakan memberi semangat.
Farhan angguk dan melihat sahabatnya keluar dari biliknya itu.
Dia meraup wajahnya beberapa kali dan memandang lantai yang bersepah gara-gara perangai kebudakannya tadi.Dia menekan butang di telefonnya.
"Suhada masuk".
Farhan Hasyim mengarahkan setiausaha.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan