Sabtu, 30 April 2011

Kerana Cintaku 6

                       Hati ini sentiasa teringatkan dirimu
                       setelah ku bangun yang ku nampak
                        hanya bayanganmu
                        Hatiku makin jadi tak keruan keranamu

Itulah ayat sms yang diterima tadi sewaktu dia baru bangun tidur.Rina tersenyum senang melihat ayat romantis itu tapi kenapa hatinya masih ada perasaan takut lagi.Rina cepat-cepat bangun dari katilnya dan bergegas ke bilik air.Takut lambat untuk solat subuh.

Tok tok tok.Ketukan dibilik Rina tidak berhenti-henti.Suhada mendengus."Nih tak lain tak bukan bangun lambat nih,nak kena nih."Luah Suhada seorang diri.
Terus sahaja Suhada membuka pintu bilik Rina.Kelihatan katil kusut menandakan Rina sudah bangun.Suhada tersenyum.Rupa-rupanya dia salah sangka.Mengucap panjang dibuatnya.
Rina sudah keluar dari bilik air dalam berpakaian berkemban.Dia tersenyum manis melihat Suhada menolong mengemas katilnya.Untungnya Rina mendapat kawan baik sebaik itu,tak pernah mengira walau sesen.
"Thanks Su".Ucap Rina
"Hah kau,tak da ape la.Nih mesti tak solat lagi kan.So cepat la gi".Kata Rina.
"Hehehe,baru kena  da".Balas Rina dengan tersenyum sumbing."
"ooooo".
"Rina kau nak tahu tak?."
Suhada hanya mengangkat kening menandakan dia ingin tahu.
"Semalam dan hari ini,dia hantar sms romantis".Kata Rina dengan suara ceria.
"Oklah tu.Apa lagi masuk la jadi wife dia.hehe".Usik Suhada
Rina hanya tersenyum tersipu malu.
"Dah-dah cepat siap".
"Baik bos".kata Rina seolah-olah menerima arahan dari bosnya sambil menabik tangan.








Rina mempercepatkan langkahnya untuk memasuki lif agar tidak terlepas.
Sedang dia mahu melangkah.Rina terlanggar seseorang.Habis semua dokumen yang dipegang jatuh bertaburan."Maaf encik".Rina memohon maaf kepada orang itu.Dia tahu itu adalah kesilapannya kerana tidak berhati-hati.Cepat-cepat dia mengutip kertas itu yang jatuh bertaburan dilantai.
Lelaki itu turut menolong."Takpe encik,saya boleh buat.Silap saya."Kata Rina tanpa memandang ke wajah lelaki itu dari tadi.Sebenarnya dia takut kena marah.
Lelaki itu hanya diam dan terus menolongnya.Tiba-tiba untuk satu kertas yang ingin dikutip.Dia terpegang tangan lelaki itu tak sengaja.Merah padam wajahnya ketika ini.
Sekali lagi dia memohon maaf kepada lelaki itu untuk menutup malunya.
"Maafkan saya encik".
"Tak pe".Balas lelaki itu membuatkan Rina terkedu.
"Adoi,takkan lah dia".Fikir Rina dengan hati yang tak keruan.
Lama-lama,Rina cuba untuk melihat wajah lelaki itu.Dia terkejut melihat Farhan Hasyim yang kini betul-betul berada didepannya.
Lagilah dia bertambah malu,ingin sahaja dia lari dari situ.Dia sedar dia harus profesional.
Farhan Hasyim tersenyum melihat melihat muka merah Rina.
"Kenapa terkejut?"Farhan Hasyim memulakan perbualan menyebabkan Rina tersedar.
"Apa aku nak buat nih".Bisik Rina didalam hatinya.Rina sehabis mungkin menunjukkan wajah yang tenang.
Farhan Hasyim tahu riak wajah Rina ketika ini.
"You buat apa kat sini Farhan?"
"Lah Rin,nih kan syarikat.So I ada urusan kat sini".Balas Farhan Hasyim dengan wajah selamba.
Jawapan Farhan Hasyim tidak dapat menenangkan hati Rina yang dilanda kegelisahan yang teramat sangat.
"Kenapa?"Tanya Farhan Hasyim.
"Takde apa-apa".Balas Rina pendek.
"Oklah I nak jumpa your bos.Jumpa lagi."Farhan Hasyim meminta diri dan terus menuju ke lif.
"Adoi mampus aku,dah lambat da.Nih semua dia punya pasal."
Kata Rina seorang diri yang sedang merenung jam tangannya.







Farhan Hasyim tersenyum seorang diri di dalam bilik pejabatnya mengenangkan perlanggarannya dengan Rina.Dia menyusun strategi agar dia lebih dekat Rina dan memilikinya.
Farhan Hasyim menekan nombor di telefonnya untuk menelefon flower love.Dia ingin menempah bunga untuk Rina.
Setelah menempah bunga istimewa untuk kekasih pujaannya, dia meletak telefon.
"Tak jauh lagi nih".Bisiknya.
Farhan Hasyim terus melakukan rutin hariannya sebagai pengarah syarikat

1 ulasan :