Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Sabtu, 14 Mei 2011
sinopsis cinta antara kita
Setiap kali aku melihatmu,
hati ini tidak tenang seolah-olah panahan cinta pertama,
sungguh hati ini merinduimu setiap kali kau hilang dari pandangan mataku,
Adakah ini cinta?sehingga aku sanggup melakukan apa sahaja demimu.
Salahkah aku mencintaimu?Salahkah aku ingin bahagiakanmu?
Salahkah aku terus-terusan mencintaimu?
Kau katakan dunia kita terlalu berbeza tapi bagiku kaulah segala untukku.
Kaulah bidadariku.-Aakif Ameer
Hati ini amat resah bila kau lafazkan cinta.
Dunia kita terlalu berbeza tapi kau pekakkan telinga bila ku ucapkan begitu.
Adakah salah aku kerana tak menghargai pengorbanan kau?
Adakah salah aku tidak mencintaimu?
Tapi kenapa hati ini terlalu susah menerima cinta setiamu?
Ikatan suci kita,aku biarkan begitu saja.
Maafkan aku kerana tidak membuat yang terbaik.-Awadah Iman.
Kesusahan yang dihimpit pada keluarga Awadah Iman memaksanya untuk berhenti belajar dan terpaksa bekerja
demi menanggung keluarga.Pembantu rumah itulah pekerjaan yang mampu dia lakukan.
Gaji yang menarik menyebabkan dia menjadi pembantu rumah di rumah Aakif Ameer.
Panahan cinta pertama membuatkan Aakif Ameer dibuai perasaan yang tak pernah dia alami selama ini.
Ikatan sah sudah diikat antara Aakif Ameer dan Awadah Iman.
Tapi sekelumit cinta tiada dihati Awadah kerana budi dan masa depan Awadah Iman sanggup menerimanya.
Apa yang tidak ada pada Aakif Ameer sehingga Awadah Iman memandangnya sebegitu sahaja.
Katakan apa sahaja.Rupa?Wang?semua ada.
Aakif Ameer hanya mampu berusaha untuk membuat Awadah Iman jatuh cinta padanya.Itulah azamnya walau badai melanda.
Saat Awadah Iman terikat,Awadah Iman jatuh cinta kepada lelaki lain.
Hatinya meronta-ronta.Demi cinta,Aakif Ameer tidak melepaskannya.
Aakif Ameer hanya menjadi seorang yang setia pada cinta gila isterinya.
Adakah Awadah Iman akan jatuh cinta kepada Aakif Ameer atau minta dilepaskan?
Tegarkah Aakif Ameer sanggup menutup cintanya terhadap Awadah?
Cinta kita takkan pernah ku lepaskan
kerana ku tahu pasti ada
cinta antara kita
Label:
Cinta antara kita
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan