Isnin, 16 Mei 2011

Kerana Cintaku 7

Sampai sahaja dipejabat.Rina sudah disapa oleh setiausahanya.Senyuman meleret setiausahanya membuatkan Rina hairan.
"Apa kena dengan budak nih,lain macam je aku tengok."Desisnya didalam hati.
"Awak nih kena?lain macam je saya tengok?"Tegur Rina kepada setiausahanya.Setiausahanya masih lagi tak lekang dengan senyum walaupun ditegur oleh Rina.Malah makin melebar pula senyumannya.Naik ngeri pula Rina melihatnya."Cik Rina kejap ek.Saya nak ambil sesuatu".kata Vivian dan meluru keluar dari bilik Rina untuk ambil sesuatu".
Vivian masuk bilik Rina dengan membawa sejambak bunga besar dan teddy bear hampir sama besar degan umur budak 5 tahun.Terkesima Rina apabila melihat bunga dan teddy bear.
"Eh nih untuk sapa?".Tanya Rina pelik yang masih tergamam.
"Dah saya bawak hadiah nih ke dalam bilik cik Rina.Sudah tentu cik Rina punya."Jawab Vivian.
"Untungnya jadi cik Rina".Kata vivian dalam hatinya.
"Hari ini bukan hari jadi saya,kenapa awak bawa hadiah nih untuk saya?".Tanya Rina lagi yang semakin pelik.
Berkerut-kerut wajahnya melihat barang itu.
"Pelik'.Luahnya perlahan.
"Cik Rina.Ini bukan saya bagi tapi orang lain.Kalau nak tahu ni ada kad bacalah Cik Rina".Kata Vivian beria-ria yang sungguh fasih dalam berbahasa melayu.Sekali cakap dengannya tak ada langsung slang cina.Kagum-kagum.
Rina yang melihat kad itu terselit di bunga.Laju saja dia memgambil dan membacanya.Vivian yang melihat mengeleng-geleng kepala melihat bosnya itu.Gelojoh sungguh.Haiya.

PANAHAN CINTAMU
MEMBUATKU TERKAKU
BICARAMU MEMBUATKAN 
KU CAIR
GAYAMU
MEMPESONAKAN KU
MOGA HARI INI INDAH DENGAN CINTAKU.
Farhan Hasyim-yang sentiasa merinduimu.

Tersenyum sampai ke telinga Rina membaca ayat jiwang itu.Berbunga-bunga hatinya ketika ini.Oh indahnya dunia ini bagai aku yang punya.
"Wah cik Rina senyum samapi ke pipi.Bf lah tu bagi."Kata Vivian yang senang hati dengan gelagat Rina.
"Awak nih.ada-ada saje lah.Nak bodek ya?BF ape tu BEST FRIEND ya maksudnya?"Tanya Rina sambil tergelak.Vivian turut gelak sama."Apa-apa lah Cik Rina".Sahut Vivian yang masih bersisa dengan gelaknya.


"Ehem.gembira nampak?Boleh syer dengan I?".Ucap Shah Iman yang ralit melihat kelakuan Rina dan vivian.
Kedua-duanya melihat dan tersenyum.
'Wah ,bunga dan teddy bear,pakwe bagi?"Tanya Shah Iman yang berbaur cemburu.
"AAh.Encik Shah".Sahut Vivian selamba.Vivian sengaja berkata begitu selepas melihat wajah Shah Iman yang sudah lain macam melihat hadiah itu.
"Cemburu lah tu".Desis hati Vivian.
"Ok saya keluar dulu Cik rina dan Encik Shah".Vivian meminta diri untuk keluar.Dia malas mengacau bosnya itu.Kedua-duanya angguk serentak.
"Boyfriend bagi?"Tanya Shah Iman.
"Aah".Satu perkataan yang mudah dikeluarkan.
Resah sungguh hati Shah Iman."Lelaki itu ke?".kata Syah Iman tapi hanya didalam hati.
"Wah dah ada.tak kasi tau I pon ya".Ucap Syah Iman dalam nada ceria yang cuba dikawal agar tak nampak sangat dia cemburu.
"Ala kawan lelaki".Jawab Rina ringkas yang masih membelek teddy bearnya itu.Shah Iman hanya melihat kelakuan Rina itu.

Bipppp.Bunyi mesej di telefon bimbit Rina.Secara pantas Rian membuka mesej itu dan membaca.


Bunga itu lambang cintaku
Teddy bear itu melambang aku mencintaimu

Rina membaca mesej itu sambil tersenyum lebar.
Mesej kedua menyusul.

Rina you suka bunga tu n teddy bear tu tak?

Rina membacanya dengan riang.Niatnya tak nak membalas.Biar lelaki itu tertunggu.Oh Rina kesian Farhan Hasyim kau berbuat begitu.Kehadiran Shah Iman macam tak wujud bila Rina semakin leka dengan mesejnya itu.Akhirnya Shah Iman berdehem agar Rina tahu dengan kewujudannya itu.
"Eh lupa plak."Kata Rina bersahaja.Baru sahaja hendak bercakap.
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk.Rian mencapai telefonnya dan menjawab.
"Hai Rina,you suka tak apa yang I kasi?"Kata si pemanggil.
"You agak-agak?"Jawab Rina dengan nakal.
"Mana I tahu.You tak suka?"Tanya si pemanggil dalam keadaan suara yang merajuk.
"Ala you nih,I suka.Thanks ya .OK I nak sambung kerja.Nanti kita cakap lagi.Salam".
Ucap Rina kepada si pemanggil.Dia mematikan talian telefonnya.
Rina berpaling untuk bicara denga Syah Iman tetapi orangnya sudah tidak ada.
"Aik.Dah hilang".Kata Rina hairan.Dia buat tidak dan menyambung kerjanya.




Korang sory pendek ya.kalau ada masa lapang nanti.saya akan buat panjang lagi.Hope you all suka

1 ulasan :