Jumaat, 27 Mei 2011

Cinta Antara Kita 1




Awadah duduk dibawah pokok berhampiran dengan Fakultinya.Puas dia membelek setiap helaian muka surat tetapi tidak masuk dibenak otaknya.Cuba sekali lagi tetap tidak boleh.Awadah cuba menulis nota pendek untuk dia mengingati agar tidak sia-sia.Walaupun Awadah cuba sekali lagi pelajaran yang hendak diulangkaji masih lagi gagal masuk di otaknya.Dia mendengus geram.
"Asal dengan aku nih".bisiknya seorang diri.Awadah tersentak apabila ada daun jatuh tepat dimukanya.
"Ish dah lah tak ada mood.Daun pulak ni jatuh."Rungutnya.
Awadah mengambil daun itu dan diselit ke dalam buku serta menutupnya.Baginya sia-sia membaca tetapi tidak langsung dapat.Membazir masa.Awadah tersentak lagi apabila terdengar hilaian suara perempuan.Pantas dia ke arah suara didengar itu.Sepasang kekasih duduk dikerusi.Si lelaki pula makin galak menyakat si perempuan.Awadah memandang menyampah."Tau nak mengatal je."Dengusnya lagi
Entah kenapa hati dia akhir-akhir ini tidak sedap.Adakah kerana panggilan bapanya tempoh hati.Pening dia memikirkannya.
"Wadaaaaaaaaaaaaaaaaaah".Jerit Sakinah menyebab Awadah terkejut yang hendak melelapkan mata.
Habis alam mimpi yang hendak dicipta sebentar tadi.
"Kinah,kau tak reti beri salam ke hah.Kau ingat aku pekak."Jerkah Awadah kepada Sakinah.Kawan-kawanya yang lain tergelak melihat situasi itu.Sakinah pula tersengih apabila dijerkah begitu.
Awadah memandang geram ke arah Sakinah.Malas dia melayan karenah teman sebiliknya merangkap teman sefakulti.Dia masih melayan perasaannya.
"Kau tidur,aku tukang kejut".Ujar Sakinah bersahaja.
"Aku baru nak lelaplah."
"Hai Wadah".Sapa Zikri dengan senyuman manis terselah lesung pipitnya di pipi kanan.
Mia,Liana,Sofia dan Sakinah membalas hai serentak walaupun hai tak dituju buat mereka.
Awadah hanya memandang selamba ke arah Zikri.Dia malas membalas dan berpura-pura membaca buku.
Empat kawannya hanya tersengih."Ganggu ke?"Soal Zikri.Lebih dituju kepada Awadah.
Sememangnya Zikri amat menyukai Awadah.Awadah seorang gadis yang agak kasar tetapi bagi dia dalam sebalik itu ada kelembutan.Ramai temannya yang mempersoalkan tetapi baginya tidak penting.
"Memang ganggu pun".Jawab Awadah dengan selamba tanpa ada perasaan bersalah.
Berubah wajah Zikri apabila Awadah berkata begitu."Maaf".Ucap Zikri.
Awadah memandang muka Zikri sebentar dengan wajah bosan.
Sakinah pula menyiku tangan Awadah.Awadah hanya membuat selamba.
"K la.Saya pergi dulu."Ujar Zikri dan berlalu."
"Bye".Ucap Awadah dengan senang hati."Kau ingat aku syok sangat dengan kau.Blah la wei.Kau ingat kau kacak aku suka.Kau ingat kau kaya.Aku terpikat.Nih Nur Awadah iman lah".Kata Awadah dengan berlagaknya.Sakinah pula mendengar menyampah.
"Kesian dia".Ujar Awadah.Awadah hanya bungkam tanpa kata.Sebenarnya dia malas membalas kata.
Keputusannya senyap.






"Fuh serabut betul".Rungut Aakif Ameer apabila baru pulang dipejabatnya.Dia menghempaskan badannya disofa.Kondominium Aakif Ameer berselerak dengan barang-barang.Dia tidak sempat menyusun .Sakit mata pula apabila melihatnya.Minggu depan pula dia harus pergi ke luar negara untuk menyelesaikan masalah perniagaannya.Jadualnya betul-betul padat bulan ini.Aakif Aamer tidak pernah merungut dengan kesibukannya malah bangga dengan pencapaiannya yang mampu memajukan perniagaannya.Sejak bapanya meninggal,dia ambil alih syarikat bapanya itu seratus peratus.Aakif Ameer merajinkan diri untuk berkemas walau letih dia tidak mampu melihat rumahnya bersepah.
"Kena cari pembantu ni".




"Macam mana aku nak cakap dengan Wadah ni".Aku takut nanti dia tak nak belajar pulak".Kata Pak Aman kepada ayah Semat dihospital yang sedang tunggu Mak Imah menerima rawatan."Kau janganlah bagi tau dulu.Nanti apa yang mampu aku tolong."Balas ayat Semat.Ayah Semat berasa kasih melihat penderitaan yang dialami oleh keluarga mereka.
"Apalah aku nak cakap dengan Wadah nanti".
Pak Aman pening memikirkannya.

1 ulasan :