"Damn it".Ujar Shah iman setelah memasuki bilik pejabatnya.Hatinya jadi panas apabila
wanita sayangannya menerima bunga pemberian orang lain.Kerana bunga,Rina langsung tidak melayannya.Entah kenapa yang dahulu dia boleh kawal perasaannya tapi kini sebaliknya.Merah padam wajahnya ketika ini.
Adakah lelaki yang dekat restoran hari itu.Monolognya bersendirian.
"Su,minggu depan aku nak balik kampung.Mak aku kata kakak aku nak balik."Ujar Rina ketika dia dan sahabatnya menonton televisyen rancangan awan dania."Kau nak ikut tak?"Ujar Rina lagi.
"Erm tak lah.Aku ada banyak kerjalah masa ni".Balas Suhana yang matanya masih melekat di televisyen.
Rina mengeluh perlahan."Kenapa?"
"Tak ada apa-apa lah.Cuma aku malas nak balik lah."
"Sebab jumpa kakak kau?"Tanya Suhana.
"Entahlah."Jawab Rina bersahaja.
"Eh,kau tau tak.Tadi kat pejabat Farhan hantar bunga dekat aku dengan teddy bear".Beria-ria Rina membuka cerita.
"Oh ya".
"Macam tak nak dengar je".Ujar Rina seakan-akan merajuk dengan kawannya yang buat tidak endah apabila dia membuka cerita.
"Mana ada,da aku kalau tengok awan Dania memang macam ni".Jawab Suhana membela diri.
Suhana sememangnya obses dengan awan Dania,lebih-lebih lagi melihat abang-abangnya dan Dania yang selalu bergaduh.
"Ok da iklan.Ceritalah,aku nak dengar".Pujuk Suhana sambil tersenyum manis kepada Rina.Rina yang merajuk terus tak jadi merajuk malah bersemangat bercerita.Suhana hanya mendengar cerita Rina dengan penuh minat dan bagi reaksi.
"Tapi kan aku tengok Shah lain macam je la tadi".Ucap Rina yang tengah memikirkan Shah Iman yang tiba-tiba berubah tadi.
"Lah kau ni lurus la.Kan dia minat kau".
"Yeke?"Tanya Rina.Suhana pula bengang dengan pertanyaan Rina.Asal la kawan aku ni lurus sangat.Bisik Suhana didalam hati.
"Kau ni kan.Hari tu kan dia luahkan perasaan kat kau.Takkan da lupa".
Rina mengaru-garu kepalanya.
"Aku lupa".Balas Rina ketawa terbahak-bahak.Suhana pula melihat tingkah kawannya itu dan malas mengikut Rina ketawa.Makin dilayan makin gila jadinya.
Suhana mencubit pipi Rina geram.
"Auchh.Sakitlah sayang.yelar aku ingat da.saja je tadi.huhuhu.nak buat kau marah"Ujar Rina sambil ketawa melihat wajah Suhana yang menahan sabar.
Shah Iman termenung di balkoni kondominiumnya sambil memandang keindahan suasana malam.
Dia masih berasa hati lagi dengan Rina yang tidak melayannya tadi.
Shah iman berasa hatinya sudah parah."Rina pasti jadi milik aku."Katanya perlahan.
Dia membuka I-phonenya.Di skrinya terpampang wajah Rina.Gambarnya Shah Iman menangkap sewaktu Rina tidak sedari.Kalau tidak jangan harap dia dapat gambar wanita kesayangannya.Dia melihat asyik wanita kesayangannya dan mengucup skrin I-phonenya.
"I love you Rina"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan