BICARA HATI SI FIRA
Berkata soal cinta,aku sudah bosan mendengar.kenapa?jawapannya mudah saja.Kerana semenjak aku masuk UM lagi kawan-kawan serumah aku sering berkata soal cinta.Kalau tak cerita tak boleh ke?
Aku pula sering diperli gara-gara tiada teman istimewa.Ahhh serabutnya.Apa istimewanya cinta?Aku malas nak memikirkannya yang penting masa aku kat universiti lagi aku nak belajar dan belajar.Kata orang sambil menyelam minum air tapi macam mana kalau masa aku menyelam nak minum air tu aku lemas.Hah,sapa nak jawab?Bila aku kata begitu dekat kawan aku,semua senyap.Padan muka kawan aku banyak cakap sangat.
Teringat kembali kata kawan aku ."Fira kau ni bila nak ada pakwe?kalau jadi anak dara tua baru tau".Ujarnya yang sememangnya terkenal dengan perangai suka memerli aku.
"Ala buat apa bercinta.Pastu putus bercinta,putus dan bercinta.Ingat pampers pakai buang ke.".Balasku dengan nada sinis.
"Ok apa sekurang-kurang laku".Ujarnya lagi.Orang macam ni memang perasan lebih.Kadang-kadang aku naik menyampah dengan perangai dia ni tapi aku sabar je la.
"Jodoh kan ditangan tuhan.Apa nak sibuk-sibuk.Kalau ada,adalah".Itulah peristiwa yang masih segar di ingatan aku.Kini,aku pun masih bersendirian.Malaslah aku nak fikir soal cintan -cintun yang kadang-kadang bukan betul pun.Yang penting hidup aku bahagia.
Minggu depan,aku kena balik kampung halaman aku,ada doa selamat.Rindunya pada kampung halaman,lama aku tak balik.Mesti berkumpul saudara mara.malasnya.Tak lain tak bukan adalah suara sumbang mengutuk aku.
Hari yang aku tunggu dikunjung tiba.Hari ini aku balik kampung.Oh bestnya jumpa Mak,abah,kakak dan adik aku.Sebenarnya aku dah lama tak balik kampung sibuk dengan belajar lepas ni pula aku tunggu surat di temuduga."Ibu,rindunya".kataku yang berlari mendapatkan ibu di dapur.Ibu tersenyum memandang aku dan terus memeluk aku dengan erat bagai tidak berjumpa tahun lamanya.Adik dan kakak hanya tersengih-sengih memandang aku yang begitu manja dengan ibu.
"Dasar anak manja".Kutuk adik aku Farha.Aku terus menumbuk bahunya dengan lembut.Ayah pula waktu begini pergi ke kebun.Itulah rutin hariannya.Hari ke esokannya,kenduri doa selamat diadakan.Aku dan kakak menolong apa yang patut.Sedang aku leka mengisi lauk dalam pinggan,aku di sapa oleh kakak sepupuku.
"Eh,Fira apa khabar?"Soalnya.
"Oh baik sahaja".Balasku pendek yang masih sibuk menhidangkan makanan.
"Fira bila lagi?"Tanya kakak sepupu aku ini."Apa?"Balas aku yang endah tak endah."Ala bila lagi nak kahwin?"Ujarnya yang tersenyum penuh makna.Yang ni lah aku mudah bosan bila berkumpul dengan sanak saudara.Jangan salah sangka ya umur aku baru 25 tahun bukan andartu lagi tapi kenapa nak cakap topik kahwin.Hei muda lagilah banyak cita-cita aku belum dikejar.
"Ala Fira tu nak tunggu jadi anak dara tua".Sahut mak ngah aku yang baru masuk ke dapur.Lebih dah tu,aku tahu dalam kalangan keluarga ibu,anaknya memang laku bak goreng pisang panas.Umur baru 18 tahun sudah ada yang meminangnya.Cantik katakan.Yang aku tak boleh blah tu.Anak dia baru berumur 16 tahun dah sibuk menggatal.Pelajaran entah ke mana tapi mak ngah aku tak kisah malah dicanang satu kampung bahawa anaknya itu tip top dan laku.Ohhh sengalnya aku rasakan.Buat apa kahwin awal nanti risiko pun cerai awal.Opsss.Aku malas melayan mereka lama-lama boleh jadi gila.Aku teruskan sahaja kerja aku.Kalau dilayan sampai esok tak habis lagi.
Hari ini hari aku ditemu duga.Aku melihat sekeliling kawasan syarikat itu.Memang gah,kagum betul aku melihatnya.Betapa untungnya aku kalau dapat bekerja disini.Aku mula memasang angan-angan tinggi.
"Kalau anda diterima,kami akan hubungi anda".
Itulah jawapan yang sering diberikan kalau orang ditemuga.Tak ada ayat lain ke?Bosan lah selalu dengar dalam drama.Setelah selesai,aku mahu masuk ke lif.Tanpa disengajakan aku terlanggar seseorang."Cik adik ni buta ke?"Ujarnya dalam bahasa kasar.Lelaki ini pula merenung aku macam tak pernah jumpa perempuan.Gila ke apa.
"saya mintak maaf encik".Ucap aku yang cuba bersabar.Aku tahu aku salah,jadi aku mintak maaf tapi orang ini tak boleh ke cakap baik-baik.
kalau kawan aku lihat ketampanan jejaka itu mesti cair punya.Aku?tak main lah tak tergugat pun.Aku ni bukan jiwa adik-adik tapi abang-abang,tak tangkap cintan pun.Fira jangan nanti kalau kena baru tau huhu.Kalau hensem tapi bahasa tak ada boleh jalan da.
Hari seterusnya berjalan seperti biasa dan aku mendapat panggilan dari syarikat itu,aku diterima kerja.wah bangganya.Hari pertama aku bekerja sudah nampak seksaannya.Lelaki itu,ala lelaki yang aku terlanggar tu lah.Itulah jadi bos aku.Sadis betul bila lelaki tu jadi bos aku.
"Fira siapkan document ni sekarang.kalau tak siap jangan balik".Kata bos aku yang bagi arahan.Bos aku ni bagi kerja masa saat akhir-akhir.Mana aku nak siapkan.Dah malam ni.
"Ala encik,saya tak biasa balik malam-malam.saya sambung buat kat rumah.".Aku cuba bagi alasan yang agak kukuh.Kukuh ke?Tragisnya alasan aku tak diterima."Ada saya kisah".Eh tremard aku tu.
"Siapkan cepat.kalau tak siap jangan balik."Dia sudah memberi arahan tegasnya.Aku menurut sahaja malas hendak melawan.
Apa nak buat aku bukan bos tapi kuli.Aku meneruskan kerja-kerja yang dia bagi itu.Terpaksalah aku balik malam.
Cepatnya masa berlalu hampir 2 bulan aku bekerja disini.Hari-hari dia cari masalah dengan aku walaupun aku tiada kesalahan.Aku malas membalas dan aku hanya mengikut rentaknya sahaja.Adalah satu masa tu dia buat aku betul-betul sedih.
"Fira,apa ni lain saya suruh,lain awak buat".Dia menengking aku dan mencampakkan kertas itu ke lantai.Sedihnya aku diperkata begitu.Sabar Fira.
"Bukan ke yang ni encik minta?encik izham dah lupa ke."Aku menjawab dengan berani.Ini pertama kali aku melawannya.Sakit hati lah hari ini.
Awak ni pekak ke?Buta hah?Cuba tengok betul-betul ini ke yang saya minta?"Tengkingnya lagi.Aku diam sahaja.Aku bungkam tanpa kata."Kalau tak reti buat kerja letak jawatan".Katanya perlahan tapi masih dengar di cuping teligaku.Tersentap hati ini.Habis da sifat abang-abang aku ni yang ada sifat naluri perempuan aku.
"Encik document ni saya ambil,nanti saya baiki then hantar terus ke encik.Kalau encik tak suka,saya boleh letak jawatan.Baru puas hati encik kan."Ujarku dalam nada yang ditahan-tahan.Aku betul-betul terasa kali ini.Aku meninggalkan bos dalam keadaan sebal.Jelas diwajahnya terasa bersalah.Lantak lah.Aku lagi sedih.
BICARA HATI IZHAM
Kawan-kawan aku semua setia dalam bercinta.Kata mereka,aku ni playboy.Betul ke?aku pun tak tahu.Dia orang je yang lebih-lebih.Aku tak.Aku ni jenis yang peramah layan lah,kalau tak layan dikatakan sombong.Aku sering disalah ertikan.Ish-ish.Kita cuma berkawan je lah."Kalau aku jadi girl aku pun perasan la.Yela asyik bagi hadiah je".Kata kawan aku iaitu Azam.Apa salah aku kalau bagi hadiah.Kan itu sedekah.Kata mummy sedekah tu bagus atau aku yang bangang sangat tak tahu ertinya.Mummy anak mummy ni bangang ke?.
"Sedekah ke?beli hadiah mahal".Sindir Zikri pada aku.Aku buat tak tahu je."Playboy la nama kalau asyik bertukar perempuan".Ujar Azam.Ye ke?
Setahu aku,aku tak pernah ucap sayang kat perempuan kalau mummy aku ye la.Dia orang yang perasan lebih.Aku suka berkawan.Aku sering melihat kawan-kawan aku berkepit dengan pasangan masing-masing.
Apa istimewanya cinta?Kata mereka kalau di panahan cinta pertama dibuai perasan.Tidur tak lena mandi tak basah.Dah orang yang terkena cinta ni tak mandilah?hahaha.Boleh percaya ke?Kalau benar tapi kenapa ada lagi yang curang.Tak percayalah aku dengan cinta ini.sekarang padan muka aku sebab benda tu dah terjadi pada aku.Bila tu?
Tempoh hari masa syarikat ayah aku a.k.a nak jadi syarikat aku tu ada buat temuduga untuk setiausaha.
Masa itu dia tak sengaja terlanggar aku,dah lah aku tengah serabut apa lagi kena sembur lah minah ni.Entah kenapa masa aku masuk dalam pejabat,degupan jantung aku rasa lain macam.Aku ingat dah nak mati.Eh biadap betul mulut aku.Aku teringat lagi waktu.
"Asal aku rasa melayang je bila nampak minah tu"Ujarku.Terasa macam jatuh cinta.Tak mungkin.Hari demi hari aku biarkan sahaja.Hari ini aku akan ada setiausaha baru.Oh minah yang hari itu jadi aku punya setiausaha.Lihat sahaja wajahnya,hati aku jadi betul-betul tak keruan.Barulah aku tahu,aku jatuh cinta.Pertama aku lihat dia,betul-betul dibuai perasaan.Aku bukan seorang yang mudah menunjuk perasaan.Masa hari pertama,aku dah bagi dia kerja yang menimbun sebenarnya aku nak cari masalah.Dia pula hanya menurut.Bosannya.Kenapa kau tak melawan.Aku ingat lagi hari pertama dia bekerja,dia terpaksa balik lambat kerana arahan aku.
"Fira dah lambat ni.Biar saya hantar awak balik".
Dia pula mendiamkan diri.
"Awak pekak ke?"Saja aku berkata begitu untuk menyakitkan hati dia.
"Tak pa lah encik,saya boleh balik sendiri".Ujarnya setelah menyepi.Dia terus meninggalkan aku dan menahan teksi,aku tak sempat nak menghalang.Dia sudah pergi.Aku rasa bersalah sangat kerana aku dia balik sampai lewat malam,apa yang harus aku buat.Aku naik ke atas semula untuk mencari maklumat peribadinya.Hatiku dihambat resah yang semakin menjadi-jadi.
Akhirnya aku sudah mendapat maklumat tentangnya.Nombor telefonnya aku terus simpan didalam telefon bimbit dan aku mendail nombornya."Helo,Fira ke ni?"tanyaku."Ya saya,sapa disana?"Ujar Fira.
"Saya Izham"Aku perkenalkan diri ku kepadanya."Bos awak lah".Ujarku lagi sewaktu dia sedang memikir siapakah gerangan diri ini.
"Oh bos,mana dapat no saya".Tanyanya yang seakan resah.Aku tidak menjawab.
"Awak dah sampai rumah?"Tanyaku dengan pantas.
"Ya saya sudah selamat sampai".Katanya.Belum sempat aku berkata apa,dia sudah meletakkan panggilan.Sadisnya.Sekurang-kurangnya tiada lagi bimbang menghambat.
Masa berlalu pantas.Hampir 2 bulan gadis kesayangan aku bekerja di syarikat aku.Aku selalu cari masalah dengan dia.Ada satu hari,dia betul-betul buat kesalahan.Aku pula tak ada mood hari itu.Entah kenapa perkataan tak sepatutnya aku berkata begitu padanya.Tergores hatinya.Beberapa hari dia meletak jawatan.Naik gila aku dibuatnya.Adakah kerana kelakuan aku tempoh hari?
Dia hanya memberi alasan ada tawaran lebih baik dan mahu memcari pengalaman.Aku pula tidak boleh menghalang.Kalau aku tak begitu,mesti dia masih ada disini kan.
"Senang-senang,kau pegi meminag dia je bro".Nasihat sahabat aku Azam.Aku kena fikir ni.kalau tak melepas gadis kesayangan aku.
BICARA HATI AKU DAN KAU
Setelah berhenti kerja,aku balik kampung.Nasib baik ibu dan ayah tak banyak soal.Bulan depan aku nak mula kerja ditempat baru.Aman aku kalau tak ada orang gila.
Sekarang pula aku rasa macam tak aman.Nak tahu kenapa?
"Fira,ada orang datang meminang.Ibu terima tau."Ujar ibuku tempoh hari.Oh dugaan apa hari ini.
"Dia budak baik Fira".Ayah aku pula berkata.Ditelan mati emak,diluah mati bapak.Jawabnya dua-dua tak lah.Pagi tadi ibu kata 2 minggu lagi aku nak nikah.Mak aih awalnya.Mamat ni memang nak kena dengan aku lah,macam tak ada perempuan lain.Kenapa aku yang jadi mangsa?.
"Jangan jadi anak derhaka".Ujar ibuku lagi.Aku hanya menurut sahaja.Aku tak nak jadi anak derhaka.Erm ni bukan prinsip aku ke?nak bercinta lepas kahwin.Manis katanya macam aiskrim walls ke?kan mudah kalau macam tu.Erkkk.....Ibu dan ayah sibuk membuat persiapan,aku menolong apa yang patut saja.Jumpa bakal suami?Bakal suami tak nak berjumpa,katanya masa akad nikah.Kalau orang tua yang nikah dengan aku.Boleh meraung aku macam ni.Kalau encik Izham tak apa juga.Ahhh tak mungkinlah tapi kenapa aku tiba-tiba sebuat nama dia.
Hari pernikahan aku sudah tiba.Berdegup jantungnya.Badai keresahan mula melanda di hati ini.Ibu marah aku sebab aku masam kata ibu kalau aku macam ni,nanti lari bakal suami.Aku pula buat bodoh.Aku tak sangka secepat aku jadi isteri orang.Baru umur 25 tahun.Kata ayah bakal suami aku baik,kacak dan kaya.Aku tak kisah lah semua tu.Air mata aku pula tak berhenti menitis.Marah mak andam yang make over aku.Aku pula dah memang hati jenis suka tak mendengar kata.Aku buat tak layan.Itulah aku.
Masa yang ditunggu untuk acara pembatalan air sembahyang.Aku sudah jadi isteri orang.Suami aku memberi salam dan menyarungkan cincin ke jari manis aku.Aku tak menatap wajahnya dan hanya menunduk."Assalamualaikum Fira"Katanya stelah mengucup dahiku.Menitis air mataku.Aku masih tak menatap wajahnya tapi suara macam pernah dengar.Takkanlah dia?Tak mungkin.Jerit hati aku.
Dia memegang dagunya dan menyuruh aku memandangnya.Aku hanya memejamkan mata dan mendengar suamiku berbisik ditelingaku.
"Izham cinta Fira.Abang sayang Sayang".Tuturnya lembut.Naik bulu roma aku dibuatnya dengan panggilan romantiknya.Aku memandang wajahnya dan pandangan aku kabur.Riuh suara orang yang ada dibilik itu sebabnya aku pengsan.
"Kenapa sayang terkejut ke?"Ujar Izham romantis."Aku mimpi ke?"Kata aku yang baru tersedar.
"Tak lah sayang"Jawabnya sambil tersenyum penuh bermakna.Rupanya Izham menjadi suami aku.Yahooooooooo.Sebenarnya aku dah jatuh hati dekat dia bila dia nikahi aku.Izham terus sahaja memeluk aku dan mengucap kalimah cinta pada aku.Aku dibuai perasaan.Indahnya hidup aku.Tak perlu dicari tak perlu bercinta tapi Allah yang bagi aku jodoh itu.Apa yang aku pegang selama ini,semua ternyata hebat.
Aku sudah diadili cinta.Lepas ni tiada lagi suara sumbang.Hebatnya hidup aku dengan satu kisah.
Aku bahagia apabila dia jadi isteri aku.Aku sudah diadili cinta.Cinta aku tak perlu dicari tapi jodahnya di depan mata aku.Inilah penangan cinta pertama aku.Tak semua orang dapat bersama dengan cinta pertama sebab tiada jodoh tapi ini lah jodoh aku.Cinta itu adil kan?Betul ke?Aku pun tak tahu.
Semua orang ada pandangan lain-lain.Yang penting kita kena percaya jodoh itu ada.
Nota:akhirnya dapat juga habiskan cerpen ni.Saya tak tahu kenapa ada ilham nak tulis pasal cerpen ni.
Cerpen ni saya buat hanya secara santai untuk hiburkan anda.
jemput singgah tok bace hikayat gadis jahat kalo berkelapangan :)
BalasPadam