Jumaat, 8 April 2011

Bila Rindu Berlagu





"Kita putus".Pinta Ryzal kepada Suhana.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah wanita itu.Suhana memandang lama wajah kacak lelaki itu yang berjaya bertakhta di hatinya."Tapi kenapa?"Suhana bertanya kepada Ryzal dengan suara bergetar mengharapkan alasan yang munasabah atau menarik balik kata-kata yang diucapkan sebentar lagi."Su anggap saja kita tak de jodoh,lupakan Ryzal.Kalau jumpa buat macam tak kenal".Sungguh senang yang diucapkan oleh Ryzal tetapi hanya hati Suhana sahaja yang tahu.
"Senangnya Ryzal cakap.Su yang tanggung pedih hati nih.Tolong tarik balik kata-kata tu."Rintih Suhana.
Ryzal hanya berwajah selamba,sedikit pun dia tidak kasihan terhadap wanita itu."Dah lah tu Su,kan Ryzal dah kata tadi kita dah tak da jodoh.Takkan tu pon kau tak paham-paham lagi nak aku jelaskan lagi ke?"balas Ryzal.Perkataan saya dan awak da tidak digunakan lagi,hanya kau dan aku membuatkan Suhana terpana."3 tahun kita bercinta,sekarang ni yang Ryzal balas pada Su.Ryzal ingat Su apa hah?"Suhana meninggikan suara dalam suara bergetar.Setelah cuba ditahan,akhirnya air mata wanitanya jatuh jua.Sungguh dia terseksa.Sapa sangka lelaki yang dulu tergilakan dia,kini meninggalkan dia dengan alasan yang ringkas.
Tanpa jawapan Ryzal pergi meninggalkan Suhana."Ryyy...........zallllllllllll.Tunggggggggggggggggggggu".
Jerit Suhana dalam sedu.Ryzal tidak menoleh langsung ke arah Suhana.
Suhana jatuh terduduk di tepi tasik itu.Inikah kesudahan cintanya selama 3 tahun.




Aku rindu pada suaramu
Aku rindu segala tentangmu
Tapi kenapa ini yang kau balas kan padaku

Suhana memandang lama gambar itu.Sungguh dia rindu.Sudah genap 2 minggu dia putus bersama lelaki itu.
Dia kecewa.rindu,benci..Semuanya ada dalam dirinya kini.Tapi dia tak dapat berbuat apa-apa.Akhirnya dia terlena dalam pembaringannya bersama kenangan manis yang pernah dikecapi.

"Ryzal sayang Su".Ucap Ryzal dengan nada romantik membuatkan naluri wanitanya bergetar hebat.
Suhana menunduk malu setelah mendengar kata-kata lelaki dihadapannya.
"Kita baru kenal".Ucap Suhana malu."Tapi Ryzal cintakan Su.Ryzal tak tipu Suhana,percayalah".kata Ryzal lagi sambil meratah sepuasnya wajah gadis yang telah membuatkan hatinya tidak keruan.Rambut keperangan semula jadi,alis mata yang cantik dan wajah yang menawan.Itulah kata keramat yang dikatakan dalam hati Ryzal.Sungguh sempurna.Bisik hatinya.Suhana menunduk malu lagi setelah perasan dengan tindakan Ryzal yang rakus melihat kearahnya.Pipinya berubah menjadi merah padam.Ryzal hanya tersenyum dengan tingkah laku Suhana yang agak malu bila berhadapan dengannya.Ryzal cuba memegang tangan Suhana,laju sahaja Suhana menepis."Maaf".Ucap Ryzal setelah sedar dengan tindakan terburu-burunya.
"Su terima Ryzal?".Ryzal meminta kepastian.Suhana hanya memdiamkan diri dan mengalihkan pandangan ke arah pemandangan di luar kafe itu.Setelah lama kesepian akhirnya Ryzal bersuara memecah kesepian sebentar tadi."Su,Ryzal tetap tunggu Su sampai bila-bila".Luahn Ryzal dengan nada romantis.


"Su kau teringat lagi kat lelaki tu?".Pertanyaan Sahida teman rumahnya merangkap teman baiknya membuat Suhana tersedar dari lamunannya yang lama.Suhana memandang wajah Sahida dan menggeleng.Wajahnya kelihatan cengkung sejak Ryzal meminta putus 2 minggu yang lalu.Dia terlalu cintakan lelaki itu.Betapa bodohnya Suhana.Fikir Sahida."Dari mata kau,aku da tau kau tipu aku.kau masih ingatkan dia kan?dah lah Su jangan jadi bodoh sangat boleh tak.Dah terang-terangan dia tak nak kau."Nasihat Sahida pada Suhana.Apa yang boleh dibuat hanya kekuatan yang dapat diberi."Tapi aku cintakan dia".balas Suhana dengan lemah."Memang kau cintakan dia,tapi dia ada pikir perasaan kau.dah-dah lah Su jangan fikir dia lagi".Ucap Sahida dengan ringkas tapi sedikit pun terkesan dihati Suhana."Kau nak pergi kelas tak?"Tanya Sahida.Suhana hanya menggeleng menandakan dia tak nak pergi lagi ke kelas."Apalah nak jadi dengan kau nih Su".Bebel Sahida.

Setelah 3 bulan yang ditunggu oleh Ryzal akhirnya dapat juga jawapan...Pertemuan di kafe citra.Ryzal memandang sekeliling Kafe itu untuk mencari Suhana...Pada ketika ini sungguh ramai pelanggan.Suhana melambai kearah Ryzal menanandakan dia duduk dihujung kafe itu yang sedikit tersorok dari orang ramai.Lihat saja Suhana,terus kaki Ryzal melangkah cepat.
Suhana mengangguk.Yahhhhhhhhhhhoooooooooooooooooooooooooooooooooooo.Jerit Ryzal kegembiraan yang tidak mengendahkan  orang lain turut ada di Kafe citra itu.
"Ryzal".Tegur suhana.Dia malu melihat orang awam memandang pelik ke arah Ryzal.Ryzal duduk kembali ke kerusinya setelah melihat orang ramai memandang ke arahnya."Maaf,Ryzal terlalu gembira."Ucap Ryzal dengan senyuman manis.


"Suhana apa masalah awak nih.Pada tadi  saya tengok awak termenung".Pertanyaan Puan Karina membuatkan Suhana tersentak dan akhirnya kembali ke alam sedar."Maaf puan".Ucap Suhana kepada pensyarahnya yang memang terkenal dengan sikap tegas yang amat terlampau di Fakulti seni bina."Baik saya maafkan kali ni.Jangan buat lagi".kata Puan Suhana dengan tegas dan kembali menyambung pengajarannya yang tertunda."Sungguh aku amat merinduimu".bisik hati Suhana.Dia melayan perasaannya tanpa mempedulikan pensyarah yang sedang mengajar.Inikah manusia yang dilanda kekecewaan?

Keadaan di kantin  agak sesak  dengan   pelajar jurusan seni bina.Suhana duduk bersendirian melayan persaannya."Su".tegur Amir ."Su okey?pada tadi Amir nampak  su     termenung je?tanya Amir  dengan    penuh prihatin terhadap sahabat baiknya.
"Su okeylah   Amir".Ucap Suhana  ringkas ."Su masih memikirkan dia?"Tanya Amir.Pertanyaan Amir membuatkan air mata Suhana megalir deras.Amir mengelap air mata Suhana dengan tisu,baru lah dia mengerti."Jangan menangis nanti orang lain ingat Amir buat Suhana menangis".Amir cuba berjenaka dengan Suhana.Suhana hanya tersenyum dengan kata-kata Amir.



3 bulan yang lalu..
"Su,tadi Amir nampak Ryzal dengan perempuan lain".Ucap Amir  berhati-hati agar Suhana tidak cepat melatah.Suhana hanya memandang selamba ke arah Amir.Hanya tuhan yang tahu dalam hatinya kini."kawan dia tu".Bela Suhana dengan senyuman dibibir.Amir tidak berkata apa-apa.Dia hanya mengangguk dan berfikir."kawan?takkan lah berpegang tangan ,berpeluk-peluk.mustahil."kata -kata itu hanya diluahkan adalam hatinya sahaja.Suhana menghabiskan minuman yang tinggal sedikit didalam gelasnya.Setelah habis minum,dia meminta diri untuk pulang kerumah sewanya.Amir hanya mengangguk dan tersenyum.
"Suhana,Suhana.Kalau orang lain dah gelabah tapi kau selamba rock je."Luah Amir setelah lama Suhana meminta untuk pulang.Dia bangun dan meninggalkan kantin fakulti itu.


Suhana masih teringat dengan kata-kata Amir di kantin Fakulti ."Tadi,Amir nampak Ryzal dengan perempuan lain".Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Suhana 3 bulan yang lalu.Sungguh sakit hatinya ketika mendengar perkhabaran itu dan dia hanya mampu mengawal perasaannya..Bukan sekali dua tapi kawan dia yang lain juga berkata perkara yang sama.Dia hanya bersabar kerana terlalu sayangkan lelaki itu.Dia juga ada memikirkan betapa bodohnya dia memikirkan lelaki yang tak pernah menghargai dirinya.Bagai sampah,itulah perkara yang terjadi pada dirinya.Dia juga tidak lupa di kafe citra inilah Ryzal melamarnya .Di kafe ini jugalah dia menerima lamaran lelaki itu yang bersungguh-sungguh.Habis madu sepah dibuang.Itulah yang di ibaratkan dirinya.

APABILA RINDU BERLAGU
HATIKU TEWAS
INIKAH PANAHAN ORANG YANG DILANDA PUTUS CINTA?



Keadaan dipusat beli-belah kelihatan sesak kerana ada jualan murah.Suhana dan Sahida juga tidak melepaskan peluang.Tidak lupa juga Sahida mengajak Amir.Amir hanya setuju dengan pelawaan Sahida dan Suhana,kemungkinan dengan cara ini Suhana dapat melepaskan tekanan.Itulah yang dikir 2 sahabat baik ini.
Perjanjian di butik harapan tepat jam 2 petang.Yang sampai tepat pada waktunya hanyalah Amir.Kelibat dua orang wanita itu belum lagi sampai.Amir hanya menunggu.Dua minit kemudian muncul Suhana dan Sahida dibutik itu.Amir memandang dengan wajah geram yang disengajakan  untk menakutkan kawannya itu."Maaf Mir,kita orang lambat.parking tak de da".ucapkan Sahida dengan wajah yang dibuat kesian untuk meminta simpati.Suhana hanya tersenyum riang dengan gelagat dua rakan baiknya ini.
"Jom masuk".Ajak Suhana setelah berdiam diri.Mereka melangkah ke dalam butik itu untuk mencari pakaian.Amir hanya menjadi pelayan setia untuk Sahida dan Suhana.
Sewaktu leka memilih baju, Amir dan Sahida ternampak kemesraan Ryzal dengan wanita lain dengan bergelak ketawa.Amir terus mengajak Sahida dan Suhana keluar dari tempat itu agar tidak dilihat Suhana adegan itu."Takde pilihan la.jom su".Sahida memberi alasan.Suhana menurut sahaja.


Semasa mereka keluar dari butik harapan tanpa sedar Suhana terlanggar seorang wanita.Hampir-hampir sahaja wanita itu jatu terduduk tapi sempat seorang lelaki kacak memegang pinggang wanita itu."Maaf tak sengaja".Ucap Suhana yang dilanda perasaan bersalah."You buta ke?"Ucap wanita sombong itu.
Suhana hanya menunduk tanpa sedar ada seorang lelaki memandang tajam kearahnya.
"Jalan pandang depan".kata wanita itu lagi.Setelah rasa seperti  diperhati lama.Suhana menoleh ke arah lelaki itu.Betapa terkejutnya dia dengan kehadiran lelaki itu."Ryzal".lahir nama itu dari bibir mungilnya.
Kini baru dia sedar rupanya lelaki yang dipuja bersama wanita lain.Dia melihat sendiri kemesraan itu.Dia melingat tangan lelaki itu melingkari pinggang wanita itu.
Dia terus meninggalkan pasangan itu.Air mata mula mengalir deras dipipi gebunya.Persetan semua itu.
"Aku setia,menanggis kerana kau.ini yang kau balas."Jeritnya didalam hati.Dia lelah dengan semua itu.


Di tasik Permai kelihatan ramai pengunjung bersama keluarga dan pasangan masing-masing yang bergembira sedang beriadah.Dia duduk dibangku kosong yang diteduhkan dengan pohon yang rendang.Suhana teringat kembali uacapan Ryzal."Ryzal sayang Su".Tapi itu dulu.Sekarang sudah tinggal kenangan.Ketika bisikan itu menjelma terasa bahagia Suhana ketika itu.Terasa dunia ini dia yang punya..Sekarang hanyalah mimpi.
Sekarang dia tak nak lemah.Dia mahu kuat.Itulah azamnya.
"ya aku tak nak bersedih lagi,aku mahu kuat".luahnya dengan penuh semangat.
Suhana kuat ketika ini setelah jelas apa yang dilihatnya didepan mata.Tidak guna lagi dia membazir air mata.


APABILA KAU KATAKAN KATA PUTUS
AKU KECEWA DENGAN UCAPANMU
SEHARIAN BERLAGU RINDU PADAMU
KINI APABILA RINDU BERLAGU
AKU SUDAH TIDAK HIRAUKAN
KERANA AKU TAU RINDU ITU AKAN PERGI JUGA.


"Terima kasih Ida dan Amir kerana mu aku kuat.kerana kau aku disini'Suhana bangun dari bangku itu dan melangkah pergi dari tasik itu untuk pulang.Azam yang baru menjelma kembali.






maaf semua kalau cerpen bila rindu berlagu xberapa best..insyaallah nanti kalau saya ada masa.saya akan tulis TERIMALAH CINTAKU bab 2...
harap anda sudi beri komen dan membaca

2 ulasan :

  1. best cerpen ni...benci lelaki cam Ryzal..hehe
    btw, tulisan kecil sgt la, kalau boleh besarkan sikit body post ni.okey? ^_____^ v

    BalasPadam
  2. hehe..oke3..nanti saya akn besar kan tulsn uh..thanks beri sbb bri komn..

    BalasPadam