Sabtu, 23 April 2011

Kerana cintaku 4





 Bippp.

Bunyi telefon bimbit Rina menandakan mesej masuk.
"Hisy sapa pulak nih"Rungut Rina dalam hatinya.
Dalam rungutan Rina itu,dia masih menyampai telefon bimbitnya di meja bersebelahan dengan tempatnya duduk.
"Kacau la,dah lah aku penat".Rungutnya lagi.Dia membuka mesej dan terpampang nama iaitu Farhan Hasyim.
"Herm".Dia mengeluh dan mendengus apabila melihat nama itu.Terus sahaja baca mesej yang dituliskan.


       Pertama kali hati ini melihatmu
       Hati ini sudah terpaut
       Lihat saja bicaramu
       Hati ini tergoda selalu
       Lihat saja kelakuanmu
       Hati ini menjadi gila
       Sesungguhnya hati ini ikhlas
        Terimalah cintaku sayang
       Kalau engkau masih ragu-ragu
       Aku setia menantimu


Penuh leka Rina membaca itu dan penuh minat.Berulang kali dia membaca.Cuba membaca luahan hati itu.
Akhirnya dia tersenyum tapi masih ada ragu-ragu lagi dalam hatinya.

Bippp...Sekali lagi mesej masuk.Terkejut sungguh Rina dengan bunyi itu kerana terlalu terleka.
Cepat-cepat dia membuka mesej itu dan terpampang lagi nama Farhan Hisyam.
Bibirnya tersenyum.Adakah aku betul-betul bersedia?
Ya Allah tolonglah aku.
Dia membaca mesej itu.

                    Masa kau lari tanpa kata
                    Hati ini untuk milikimu semakin hancur
                    Hati ini seolah tidak boleh hidup tanpamu
                    Hati ini seolah kecewa
                    Tapi walaupun kau lari sejauh mana
                    Aku tetap mengejarmu
                    Kakimu akan ku ikat
                    Akan ku beri cinta dan hatiku demimu
                    Aku akan sentiasa mencintaimu
                    Walaupun kau buat tak tahu

Aku akan mencintaimu
walaupun kau buat tak tahu

Bait ini cukup membuatkan nalurinya bergoyah sekali lagi.Berapa kali dia membaca bait-bait itu seakan berada dikayangan.Kau putera dan aku puteri kayangan.Indahnya.
Bibir Rina tak henti-henti senyum pada tadi.Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dada.
Seolah-olah Farhan Hisyam mendengar bunyi jantungnya.
Adakah ini cinta pertama?tapi?Ahhhhh...Ragu-ragu pergilah engkau dan biarkan lah hati ini senang.
Televisyen yang terpasang dibiarkan begitu sahaja.Rina hanya melayan angan-angannya.


               Aku ikhlas mencintai kau

Farhan Hasyim menghantar mesej terakhir.
Dia tersenyum senang."I love you Rina".Bisik hatinya dengan penuh bunga-bunga cinta.
Dia berbaring di sofa dengan perasaan yang hanya ditahu.Dia tersenyum sendirian lagi.
Teringat kembali bagaimana dia marah gadis itu di pusat beli-belah.



"Woi,tak nampak ke?"Jerkah lelaki itu kepada Rina.Rina terkedu.Itu semua akibat kecuaiannya kerana melanggar lelaki itu tapi tak disangka akan dimarah sebegitu.
"Rengkali pandang depan".Jerkah lelaki itu lagi.
"Maaf,saya tak sengaja".Ucap Rina berhati-hati agar tidak dimarah lagi.Dia maulu dilakukan sebegitu.
Adakah lelaki itu tak punya perasaan.
Lelaki itu hanya memandang Rina seperti singa kelaparan.Rina hanya menunduk.Tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.Lelaki itu hanya merenung tajam.Rina menjadi tidak serba kena.
'Huh".Dengus lelaki itu.
Farhan Hasyim pergi meninggalkan Rina.
'Fuh,lega".Ucap Rina tapi dalam hatinya masih tinggal debar akibat lelaki itu tadi.


Farhan Hasyim tersenyum lagi apabila mengenang kenangan itu.Kalaulah dia tak langgar aku.Mungkin aku takkan diserang angau cinta.

1 ulasan :