Jumaat, 1 April 2011

Kerana cintaku 1




"Rina saya cintakan awak."
pangggg......."aduh"...Farhan hasyim mengaduh setelah ditampar oleh Rina.
"asal minah nie,takkan aku luahkan perasaan pun kena makan penampar.Aku bukan buat salah pon."Bisik Farhan  Hasyim dalam hatinya....
Rina agak terkejut dengan tindakan drastiknya itu.
"Awak ,saya mintak maaf.Saya tak sengaja,saya pergi dulu."Ujar Rina  cemas dan terus pergi meninggalkan Farhan Hasyim di restoran mewah itu.Farhan Hasyim tidak terkata apa dengan gelagat rina dan   melihat Rina menghilangkan diri.Dia hampa.Teramat hampa,setelah bersusah payah untuk menyampai hasrat hatinya.Ini yang dialami kini.



Rina terus berlalu pergi ke biliknya tanpa memandang ke arah suhada teman baiknya yang sedang menonton tv.Rina menghempaskan badannya ke katil yang bertemakan warna merah jambu yang sememangnya menjadi kegilaannya sejak kecil lagi."Hei rina.macam mana date tadi ok?wah-wah tak pandang aku dah eh."Suhada bertanya kepada Rina sambil ketawa di permukaan pintu bilik Rina.Rina hanya memandang wajah kawan baiknya dengan wajah lesu.Suhada terus berhenti ketawa setelah melihat wajah kawannya yang sunggul.
"kenapa nih?kau ada masalah ke?".Suhada duduk dibirai katil Rina.Rina hanya mampu mengeluh.
''Dia lamar aku tadi." kata Rina dengan suara yang perlahan tapi masih didengari oleh kawannya.
"Habis?kau tolak?" tanya  Suhada kepada Rina.
"A...ku,tak boleh terima dia.kau tau kan kenapa"
"Bukan ke yang kau tunggu selama nih.Ni peluang Rina"pujuk Suhada.
"aku takut.aku takut kalau dia tau"
"itu kan bukan yang kau nak.bukan salah kau.itukan anugerah cinta pada kau.kau cubalah berterus terang."
"Aku takut."kata Rina dan memandang ke arah kawan baiknya.
"kau tak perlu takut."Suhada menaikkan semangat Rina.Dia tahu akan masalah kawan baiknya itu.Dia turut simpati dengan keadaan sahabatnya itu tapi dia hanya mampu memberi semangat dan nasihat.Sebagai kawan dia mahu yang terbaik terhadap Rina.Dia tak nak Rina tewas dengan perasaannya.
"kau jangan mengaku kalah"
Nasihat suhada sambil mengusap belakang Rina...Rina hanya menunduk diam membisu.Tiada lagi kata-kata yang dapat diluahkan.Otaknya dan hatinya melayang ke tempat lain.Kini ,dia hanya memikirkan tentang Farhan Hasyim yang ditinggalkan di restoran mewah itu.Dia berasa bersalah dengan tindakan yang tidak sepatutnya.Rina menyandarkan kepalanya di bahu rakannya manja.
"kita terlalu berbeza Farhan" bisik hati Rina...Dia tertidur dibahu rakannya.Rakannya hanya membiarkan sahaja.Betapa bertuahnya Rina mendapat sahabat sebaik Suhada yang tak pernah kenal erti lelah untuk memberi semangat kepada Rina.Suhada membaringkan Rina ke katil dan meletakkan bantal di bawah kepala Rina.
Dia mengusap lembut rambut Rina dengan penuh kasih-sayang."semoga kau temu kebahagian Rina"bisik hati Suhada.
Dia menutup suis lampu dan berhati-hati menutup pintu bilik agar kawannya tidak sedar dari tidur.




Farhan Hasyim memegang pipinya.Masih teringat lagi peristiwa yang berlaku di restoran mewah itu.Dia merebahkan badannya ditilam empuk itu.Matanya terpejam rapat.Otaknya ligat memikirkan hal tadi.Pedih sungguh hati dia ketika ini apabila memikirnya cintanya ditolak.Sungguh bukan ini yang dia inginkan.Tapi sekeping hati suci wanita itu yang amat dicintai.
Telefon bimbit bergetar menandakan mesej masuk.Farhan Hasyim mengambil telefon bimbit dimeja dan terus membuka mesej untuk dibaca.

salam bro..macm mana date tadi?ok?-yusri
wasalam..erm.hampeh bro-Farhan
Asal?dia tolak cinta kau.hehe.Don't give up my frenz-yusri
Kalau dia tolak aku pon tak kisah.nie kena penampar tau tak n tinggal aku gitu je-Farhan
Hahaha...sejarah beb.melamar perempuan tapi penampar kena dapat,story at aku-yusri
Esok lah aku story.Aku nak tidur-Farhan

Farhan Hasyim mencampakkan telefon bimbitnya ke katil.Dia melangkah kakinya untuk menuju kebilik air.
Sungguh serabut perasaannya ketika ini.Dia mahu mengambil wuduk untuk menyembah kepada pencipta..Berisgtifar hatinya akibat melupakan kewajipannya pada Allah kerana terlalu memikirkan seorang hamba Allah..Terasa amat berdosa pula dia ketika ini.








mAAF kalau bab 1 nih xberapa best.arap diberi komen..tq

3 ulasan :

  1. it's okey..bab kali ni menarik juga..byk lg kejutan selepas ni, kan? hm..smbg lagi :)

    BalasPadam
  2. terima kasih witch kerana beri komen...harap ada lagi respon

    BalasPadam
  3. best2....menunggu entry yg seterusnya...

    BalasPadam